Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, June 2, 2013

Pagi esoknya....

Salam...

Dah lupa melaka with love part berapa... Hahah aku tahu macam poyokan... So buat je la title biasa. Bangun pagi sbb nak kejar bfast. Hotel ni tak la grand mana pun penyediaan makanan dia... Tapi oklah tuk alas perut. Me pun tak kisah sangat. Amani ada masalah nak bangun pagi. So ni habuan nak bagi dia senyap. Hahah tengok video sendiri... Hasil kerja abak. Suke pulak dia tengok baby tu... Padahal gambar2 dia kecik2. So. Iar la ko melayan. Janji jangan buat bising.

Aku perasan dia tak nak makan. Badan dia penuh sangat ruam. Tapi bahagian kaki. Terutama celah jari kaki.



Puas ajak makan tak nak. Not even nak makan sosej pun... Diakan hantu sosej. Mmg dia tak nak. Aku suspek dia tak ada selera nak makan sbb tak sihat.



Ruang sarapan pagi kat cafe hotel... Aku suke kalau sikit2 ni... I mean kenalah dengan buget ko bayar otel tu... Kalau 300- 400 haruslah ko meroyan makanan macam tu jer.

Lepas makan, lepak bilik sbb pukul 130 petang we all nak kena hantar pengantin.


Katil ni best kot... Dia suke lompat2... Lepas makan lepak jap... Than mandi dan siapakan both abak and anak... Hahaha...sementara abak main game, anak khayal, kenalah gosok baju tuk meke....


Pukul satu berarak di rumah perempuan.... Kul 115 dah tercongok depan umah pengantin perempuan. Hahaha


My uncle baju biru tengah deal dengan org2 kompang.... Pengantin tak sabo...



Rombongan pengantin lelaki... Tanpa di sedari, we all belah lelaki expecially mak cik2 semua berbaju itam... Including me and my lil family... Hahah panas nak matik! Pakai baju itam.... Mmg terbaek!



May 26, 2013 | Cik gu garang berbaju merah. by cidazam_7890 on Keek.com




Ada anak buah haruslah kau pegang bunga mangga.



Menunggu puteri kuar menyambut...


Muke amani iman yang tak sihat... Dia menangis je tak selesa. Abak dia hilang sabar jugak... Ruam kat kaki mmg banyak sangat.... So zamani dengan muke stress cakap lepas ni terus hantar amani kat klinik...

Klinik mana pulak????? Susah2 hanyao Pantai Ayer Keroh sahaja. Call linda tanya ada mana2 Pakar kanak2 tak. Dia cakap dia ambik doktor kat pantai, tapi pandai close hari tu... Suruh aku tengok klinik doktor tu kat depan hosp pantai tu sendiri... Ok will cerita kat uols nanti.



Excited betul pengantin lelaki tu yer... Hahaha cozen siapa tah... Uhuhu





Me and mira... Sempat ko posing... Ate pengantin perempuan lemah gemalai keluar menyambut... Hahah yer la takkan ko nak expect pengantin perempuan datang mcm menyerang pulak... Yer dak?



Majlis bersanding belah perempuan....






May 26, 2013 | Tepung tawar by cidazam_7890 on Keek.com



Majlis tepung tawar di buat oleh dua belah pihak... So aku duduk senyum je la... Hehehe... Gelakkan pengantin.


Part ni jangan di tiru... Yer biadap dr jay makan cendol waktu eri sanding! Hahah tak ajak boleh pulak makan macam tu... Ekceli not him je... Sepupu aku yang lain beratur macam tengok pertunjuukan sambil enjoy makan cendol, bole.... Hahah ni ayat bengang sbb di tinggalkan tak join sekali.




My auntie... Makan kat meja pengantin. Tell u mmg best gila! Banyak lauk... Hahah jadi rakus family pengantin lelaki... Ada ku kesah. Macam2 sampai lauk sup ayam pun di hidangkan... Udang, ikan siakap 3 rasa... Kari, asam pedas, rendang... Oiii terbaik... Tak ada gue pandang nasiberiyani. Hahah tapi nasi puteh dah habis time aku join... Jaga anak, bagi laki makan dulu. So nasi brayni makan dengan lauk2 ni... Tak pa sedap jugak...


Aku suke gila kuih ni... Haven rasa... Last rasa time aku kecik2 time sekolah... Mmg susah nak dpt kuih ni kat melaka now days... Ala tengok gambar nak lagi... Hampir 3 biji gak la aku makan... Sedap sedap sedap....


Penuh! Dengan tahu sumbat... Hati masak kicap, ayam goreng, ekceli ni dah habis kena bedal... May be tak ikut protokol raja sehari, tapi macam aku cakap, ada aku kisah. Org pun nampak pihak pengantin lelaki mak aiii makan tak hengat dunia... Tak yah cover... Org kampung tahu.... Hahah



Kek sarawak pun ada... Kata cikgu dari sarawakkan... Cendol pun ada. Org cakap sedap...tapi me tak sempat. Anak buat hal meragam.




Cik abang tak peduli dia rasa sehari. Aku cakap control la! Dia cakap lantak la... Akukan raja... Hahaha bengong mung! Siap arah mirah and mirin ambikkan cendol. Tapi mmg haven la kalau panas mcm ni minum cendol uols...



Dont try this at you wedding... Bini menyambut tetamu. Ko gigih dengan cendol. Wakakaka...

Ok stop entry sampai sini jap... Sbb time ni abang zamani dah muke singa! Tak bole lengah bawak puteri pucak kelompang gi klinik... Dah nampak tuk dah anak dara aku time tu.

- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Melaka

Saturday, June 1, 2013

Melaka with love part 3

Sambung.....
Malam masih mude, nak balik hotel macam awal. So aku ajak zamani pergi tengok lampu dan lepak depan Majlis Perbandaran Melaka. Sbb amani sure sukekan?




So depan pakson melaka....




Dan budak yang suke dgn air...teruja tengokbebudak kat situ mandi. Yes mandi ok... Asal bole je diorg ni bagi anak mandi macam mandi air terjun. Heheh tapi budak oklah. Kalau org tua! Harus la ko masuk youtube sbb buang tebiat.



Ko tengok muke dia bila aku cakap Amani iman NO! Bukan dia tak faham. Tapi cubaan melawan di situ...



Yes abak mmg monitor... Kan?

Ok try tengok keek la uols.



May 24, 2013 | Bawak amani jalan2 lepas perjumpaan kawan2 kat ayer keroh by cidazam_7890 on Keek.com






May 24, 2013 | Happy tengok air 'lompat-lompat' by cidazam_7890 on Keek.com






May 24, 2013 | Dah mula excited by cidazam_7890 on Keek.com




Amani iman mmg hantu air... Risau gak kalau kat rumah,aku selalu pesan kat mak aku tutup pintu bilik air... Dia suke sangat kalau flush air jamban tu...



May 26, 2013 | Apa respond raudhah??? Esh esh jakunnya budak amani iman tuuu by cidazam_7890 on Keek.com



Kebetulan kawan aku si ely pun bawak anak dia kat situ... Terjumpa pulak mak cik ni... Anak dia tak berani nak main air tu... Haha dia geleng kepala macam eshhh jakunnya budak ni! Tak pernah jumpa air ke???? Hehehe

Itu la anak cidazam... Kalau nak tahu... Hehehe


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Melaka

Friday, May 31, 2013

Melaka with love Part 2...

Salam...

Memula fb, than wechat telah menemukan dan merapatkan kami kembali. Tiba2 rassa rindu dengan kawan lama... Masa belajar kat kolej. Memula aku dengan Linda. Than rapat dengan Ely dan marhana.

Aku paksa diorg join group wechat. Hahaha... Mmg haruk la. Zamani pun jeling je. Macam over bini dia gelak sakan.



Mereka tetap macam dulu. Tak berubah pun. Rindu sangat. Dengan wechat aku rasa kami macam dulu balik. Ada masalah kami berempat la.





Meh aku cerita sikit la kawan2 aku ni. linda mmg kawan dari mula aku start kat kolej. Punya kenal2 rupanya dia pun org kampung aku je. Tapi family dia menyewa kat kawasan taman compare aku yang duduk dengan nenek. So kami dah macam kembar, apa pun nak sama. Beli beg, beli baju. Cermin mata. Semua la...

Si Mar pulak kawan rapat dengan si ely. Mar menyewa kat kawasan kolej. Than aku, linda dan ely mmg duduk luar. Jauh dari kolej. So bila ada break je mmg bilik mar jadi tumpuan kami.

Yang Ab??? Kita org tak suke kawan dengan dia dulu sbb dia kasar. Tapi tah... Lepas dah kawin, dan ada family sendiri, kami rapat dengan dia. And she not bad. Mungkin lepas join krusus jenazah dia insap join group kami ni... Hahah lawak betul bila dia wechat kami berempat cakap dia takut sbb penceramah nak cari model jenazah... Lol...


Pukul 8 malam, kami berjumpa kat mcd ayer keroh. This is us...


Bila dah jumpa mmg 3 malam pun tak cukup. Lama tak jumpa diorg. Kecoh mcd tu dengan suara kami semua.


Mar duduk rembau... Terima kasih kerana sudi turun, walaupun dia kerja wesak day ari tu.


Me and ab... We share alot of thing. Susah senang aku pun dia yang menjadi penasihat....


Ini la linda... Budak yang sekolah tak habis2 (cikgu sekolah) hehehe


And me and ely sharina. Ely dengan aku ada persamaan yang best sikit. Beza aku dengan dia aku tua 10 hari dengan dia. Dan amani dengan raudhah (anak ely) jugak 10 beza... Yah... We all berempat September baby... Baby la sangat aku pun!


Gambar ni pasal apa eh? Hahah candit! Yeah amani mmg folo mak dia... Huhuhu



Layan je la gambar...


Motip ab??? Hahahaha... Aku mak tunjuk anak dak linda dengan anak ab bergusti dalam tu... Hahaha mak2 bukan main sopan kat luar... Hehehe




Ha dah jadi rupa ini dah... Mesra sungguh.


Amani sangat buas... Tengok je muke zamani yang stress. Bagi chan je abak... Ibu lupa diri kalau jumpa kawan2.



Amani iman dengan ab... Punya susah dia nak bergambar, tetiba senyap pulak... Or may be she know ab...maklum la... Penasihat dan pendengar ibu yang baik... Aku mmg rapat dengan ab... Siap nangis2 sms ab dulu... Hahaha...tu amani kasi chan tu... Heheh kalau tak??? Mmg tak ada la dia nak org.




Main kepala bapak dia... Nampak muke zamani dah macam nak telan dah tu.



Amani mmg pandai ambik hati bapak dia. Sbb tu abak sayang amani more than ibu... Sob sob... Betul uols. Amani kalau kena marah, dia akan buat benda yang buat kita nak tersenyum tau... Pandai ambik hati bila dah salah.



Dia cuba letak benda tu kat kepala bapak dia... Konon lawak la...



Yes its funny abak! Hahah ibu nak gelak takut abak ko marah... Hehehe...

Hai... Tah bila nak jumpa lagi yer... Insya Allah kita jumpa lagi. Tak puas rasanya jumpa. Sbb mar nak balik. Banyak gelak dari bercerita...

Will sambung lagi nanti...

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, May 30, 2013

Melaka with love Part 1

Salam...

Wesak day tu anda ke mana? Aku ke Melaka. Cozen wedding on 25th ari tu. Tapi 25 haribulan tu sepatutnya cuti, tapi opis ku kerja... Haizzz... Ganti dengan hari raya kata bos. Tapi semua dah di rancangkan. So macam tak best pulak nak cancel.

So pagi jumaat pun bangun baru terhegeh nak kemas baju semua. Hery nikah pukul 3 petang. Dah buget ari tu mesti jem. Ibu dengan ayh dah selamat dah jalan seawal 9 pagi. Weols kuar rumah pukul 11 pagi.


Me dengan budak yang baru bangun. Mengamuk je pagi tu. Ku pakai tudung al humaiya yang aku beli ari tu... Hehehe... Ini la tudung raya. Tak ado maknyanya. Macam kena beli tudung baru je? Hahaha...


Tak sampai Nilai pun dah jam. Teruk sangat-sangat! Stress...


This time kami tido hotel jer. Hotel melaka semua full house uols... Ini je yang ada. Anyway aku tak kisah sangat la. Nak tido je pun. Tapi hotel ni not bad actually. Bagi aku la...



Check in... Tepat pukul 2 sampai terus je check in.




Yang penting! Katil king.... I like...



Amani iman yang sangat jakun... Habis semua dia check. This is the first time kami bawak amani iman holiday. Tido hotel. So memula dia takut2. Tapi tengok tak ada org, dia suke la...



Mengadap jalan. Yang best malam lampu sepanjang jalan di buka. Lampu icty.,. Ha duduk melanguk la si amani iman... Terwahhhhhh wahhhhhh....jakun sikit... Heheh sian anak aku. Lupa pulak nak mambik gambar malam. Mmg cantik.




Pandangan luar dari lift nak ke bilik....


Tempat yang sunyi... Nama pun youth hotelkan, mmg semua budak mude. Rasanya bawah 30 tahun... Aku tengok macam nak tak nak percaya je staff kat situ... Hehehe... Jenis mat rempit aku rasa... Yang perempuan pun macam minah rempit. Dengan rambut terhurai, tp so far org kata jangan judge a book by its coverkan.




Depan bilik kami... Bole mengendap oooo bilik depan. Hahah


AmaniZamani.... Lepak depan bilik lepas bfast hari ke dua ke hari ketiga... Tak ingat. Hehehe...

Ekceli sampai je terus tukar baju dan pergi majlis Heri. Majlis pukul 3 petang. Sampai rumah tak ada org. Kalau u ols nak tahu Heri kawin dengan org kampung tu jugak. Cerita drama melayu la... Bercinta kat Sarawak rupanya org kampung. Ini sbb wife Heri ni adik beradik semua masuk asrama la apa la... So tak selalu la nampak kat kampung tu. belakang rumah je. Tak sampai 2km pun... Jauh lagi umah mak mertua aku dengan rumah aku sekarang... Hehehe

Sampai je tengah nak akad nikah


Nasib baik la sempat! Seyes aku mmg nak tengok majlis nikah dia.



Dengan sekali lafaz, Heri menjadi suami siti zubaidah. Hoyehhhhh....



Wife... Sama2 cikgu sekolah kat Sarawak.



Hantaran untuk pihak perempuan... Lepas tu makan2... Amani iman buat perangai sbb panas sangat. Lepas nikah, kami terus balik hotel. Since malam ada perjumpaan dengan kawan lama. Kawan semasa UTM dulu....mmg dah lama aku tak jumpa diorg... Excited sangat sampai minta maaf dengan pengantin, tak dapat nak temankan majlis berinai malam tu....

Ok nanti sambung eh.... Hehehe....

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Melaka

Happy Birthday to You

Salam... Dear Susta (Gaya nepal panggil kakak) hehehe

Happy Birthday to you... Semoga kau panjang umur dan murah rezeki... Thank you for everything... thank you being such wonderful sister, daughter, auntie to my kids...

I love you and will always be at your side like you always did when i need you... wahhhhhh meleleh air liur... kih kih kih

So sista... enjoy your day...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails