Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, May 21, 2010

Ermmm tak habis2...

Macammana nak mula yer?

Rasa bersalah pun ada... tak tahu la... kalau aku ada salah besar dengan org...dan tak tahu la kenapa individu tu perlu busuk hati sampai nak ganggu org... macam aku ni usik lak family dia...

Kawan2...mungkin saya ada salah besar dengan kalian... and saya mohon maaf kalau kalian rasa blog saya ni tak bagus, tak elok, menunjuk2... dan sekiranya niat kamu nak menjatuhkan saya, saya tak tahu la apa salah silap saya...

Semua confuse buat muke blur... hehehe...


Mcm ni...semalam kak pnut ada tulis entry pasal kek... sebagai customer yang setia dengan pnut, of coz ku oder berulang kali... and kak pnut suke aku... ahak! dia bagi contoh kek yang dia buat tuk aku la...read this entry...


Tetiba ada hamba Allah yang komen...



I dont know... mesti korang tanya... kenapa aku lak terasa?? bukan dia mention nama aku ke apa... kan? nampak dia serang Pnut je... but tah... ku takut jugak org tak berkenan kat aku than sajer la nak buat aku marah ke apa, i dont know... tapi seyes aku kesiankan kawan blog ni... for those yang mention my name... buat special entry, mesti blog2 diorg kena serang... ku rasa tak sedap...

Im bad... if you think im bad, than jangan la cari problem dengan org sekililing saya... harap org yang komen ni bukan musuh saya la... saya tahu tak semua suke saya... dan saya buat entry ni pun bukannya saya nak tunjuk baik ke apa. Aku kalau ada masalah dengan org, aku lebih suke diam je... dari nak serang marah2... MAY BE silap aku mungkin salah, cerita dlm blog OR luahkan pada org lain, dan penyampaian msg sudah berlaku, jadi org ingat aku ni mulut jahat...

sometime dah sedap berceritakan, tak sedar kita kutuk dia ni dia tu... tapi sampai bila nak terus menyerang? bagi org sakit hati? dan apa kepuasan yang kamu dapat anyway? award apa yang kamu terima? Looking ppl sad, crying buat kamu puas hati?

Again...aku ulang sekali lagi...

Aku manusia yang buat kesilapan... aku buat salah... korang benci aku, menyampah dengan aku... im not gud friend... tikam korang dari belakang... name it! apa juga yang buruk tentang aku. Plastik? aku tahu ada dalam setengah isu, aku salah... sbb aku tak nak panjang cerita... itu je sebenarnya... aku tak tahu la...mungkin masalah tu datang dari aku sendiri... confirm punya sbb rasa aku mana ada kawan? Bagi aku kawan2 tikam aku dari belakang...tapi bagi diorg lak aku yang tikam diorg dari belakang... so situation mcm ni susah nak cakap... sbb masing2 ada hati... kita tak faham org, org tak faham kita

Kalau ada entry yang buat korang sakit hati, maaf la... well aku tahu dengan maaf tak semestinya ilangkan sakit hati korang tu... but tak tahu la apa lagi yang boleh buat tuk hilang benci dan dendam terhadap aku...

Till now aku masih ingat komen yang aku pernah terima... menyentuh tentang kehamilan aku... always always always nak sebut berkali-kali, hati2 takut terkena anak ko... ko tu mengandung,jaga mulut takut anak ko terkenan org yang ko tak suke. Ini adalah antara ayat2 yang aku pernah terima. Terima kasih atas peringatan itu dan aku ingat benda tu dan akan sentiasa waspada untuk jaga tingkah laku aku bukan waktu mengandung, tapi kalau boleh sekarang jugak. Aku tak cakap la kematian anak aku tu salah org tu, mmg takdir. Tapi semua tu doa... walaupun korang cakap mulut je hati tak sampai...hanya segadar peringatan... semua tu doa... kita tak sempurna... tak kena pada kita, kita tak tahu dan tak rasa....

Dan aku pandai sangat cakapkan?

Ada jugak yang tulis kat blog sendiri yang dia tak nak dan tak akan jejak ke blog aku sbb mulut aku celupar... and reader tu aku kenal... silap aku dok balas apa yang dia tulis... dengan erti kata lain, menjawablah segala entry dia... itu kesilapan aku... buat tanpa fikir... ku tahu itu menyakitkan ati aku... macammana plak dengan dia? Sama je... apa aku dapat? ku dah create satu musuh...

Cume kelemahan ku, aku ni keras kepala... aku tak tahu nak jaga hati org... aku tak reti nak senyum, berbual2 dengan org. Me, Fida dan Ibu totally beza sbb ibu mmg jenis peramah. Aku lak tak kenal aku tak mudah nak mesra dengan org. Dan kalau aku rasa org tu tak puas hati dengan aku pun, aku tak berani nak menegur org, rasanya lebih baik kot berdiam diri... for me ko ada salah dengan aku ke apa, aku diam and aku maafkan org tu... sbb aku tak nak panjangkan cerita... dan muke aku ni pun tak leh nak ubah la kawan2... muke ni mmg sentiasa masam... tah sampai sekarang aku fail nak tunjuk xpresi muke yang manis dengan senyuman...

Jauh lagi cerita aku... motip hanya satu... ku minta mereka2 yang tak puas ati dengan aku ni, tuk jangan lepaskan marah, menyampah aku kat blog kawan2... kesian mereka... apa pun tuk kawan2 aku yang sabar dan tabah ni... thanks alot sbb korang sanggup mempertahankan aku sometime... sbb tu jugak la aku baca blog org tak berani nak komen apa-apa... takut mereka yang tak suke aku, baca mereka mengunakan blog kawan2 aku ni sebagai tempat lepas geram.

Tapi sampai sekarang aku pelik... kenapa? setiap kali entry pasal aku terkuar (bloger2 prihatin ni buat entry pasal aku), time tu la mereka muncul... adakah secara kebetulan? atau aku yang cepat sangat terasa?

aisyah and aliya again

Bersama dengan dua budak bijak... My mum panggil Aisyah 'budak panjang akal'... ada je dia nak buat...based on my story la... kalau jumpa ibu selalu cerita pasal diorg... ibu pun tahu daku tak ada anak... menumpang kasih pada anak2 buah... hahah gila tragik punya statement...

Aliya nak aku dah sekarang... dah berani kejutkan aku tido... kalau si kakak dok tenung muke aku... Aliya buat aksi berani mati... bukan dia, aku.... hahaha... tengah syok tido, dia tepuk dada aku... pastu tersenyum... terperanjat aden...tu next story... kalau tak tengok muke pun tak mo...

cerita pasal apa lak kali ni???

Last week mummy belikan cincin tuk dia... melaram cik kiah la anak dara che ta tu... sekali dia leh perasan cincin aku pun bentuk love... ha sbb tu la kami panggil dia budak panjang akal... benda yang remeh dia mesti perasan... sampaikan aku pakai kasut lama aku... lama gila. Sebelum aku kenal en Zamani aku dah ada kasut tu... tah mana menghilang, baru jumpa... dia terkam aku tanya...

"Eh mak long beli kasut baru ka???"

Mak long nak jaga standad SIRIM... angguk la...

"Syah tak pernah nampak pun..." cutekan???

Kami ni dia gedik nak tunjuk cincin dia sama dengan aku...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kalau setengah org tak ada maknanya nak perasan bentuk love... dia punya confirm lakan? org rabun tahap cipan pun leh nampak... of coz cincin Aisyah lagi mahal... tengok berapa karat tu... uhuhuhu... tahat CT Nurhaliza je leh pakai...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini cincin tunang saya... setahun lebih di jari... awwww i like...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kita ada cincin love.... sila abaikan muke mak long yang tak semegah tu... tetiba ku teringin nak pakai cincin sebesar tu... hagak2 kat Habib ada jual tak??? *kelip2 pandang Zamani*

Aliya plak... ha! seyes dia nak aku dah... bole la toleh2... dia mau beta bila mummy nan ado... kalau ada takat pandang mak long ekoq mata je la... kan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dia anak menakan kesayangan pak long... Aisyah kesayangan mak long... hahah tak la... i love both of them... time ni Aliya dah berjinak2 nak join the club... yer la kak long vice president mak long...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Anak mummy ooooo... mendengar arahan... mummy kata gi la kat mak long... hahaha... yer ke pepandai aku buat dialong...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mak long... main apa dengan kak long kite??

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

erk... maklong nak main sudu? heheheh...

Tetiba je mak long ko nikan????

Nota Kaki Kurap :_ Gambar yang di ambil semua dari tangan Aisyah... tak percaya??? kelip2 cari kaki Aisyah dlm gambar.... yang dua atas tu of coz mak long gedik nak buat story kat blog... hahahah...layannnnnn....

Thursday, May 20, 2010

Cerita cerita cerita lagi

Ermmm... blog ni menyepi dua tiga hari ni... di sebabkan terlalu bz kerja... than sepanjang minggu ni hamba gigih menganti puasa yang tertunggak tahun lepas dek kerana pregnant... berapa ari eh? 22 hari tertinggal and 8 hari puasa sebelumnya. Tak dan nak ganti...

So kali ni bersungguhlah ganti. 22 hari + 8 hari = 30 hari... ha genap ko sebulan... lepas tu raya sorang2....

Bila org tanya, aku malas nak jawab. Kenapa banyak sangat... ni terpaksa bukak cerita ni. My pregnancy mmg banyak sangat masalah... aku dapat tahu aku mengandung kandungan usia 5 minggu... teruja sat... eh dah sebulan lebih? Padanlah badan kembang semacam... tapi tak pa... mmg ku tunggu kemunculan si kecil itu...

Tah yer... bila di kenang... akhirnya dia pergi juga... di usia kandungan 6 bulan lebih... sepanjang aku mengandung banyak sangat masalah... di awal kehamilan, aku terasa macam period pain... sakit pinggang... gi doktor. Dia cakap kandungan tak elok... tungu tumpah darah je... aku tercengang di situ... no hubby kat sebelah nak meraung... call my sista and my cozen sista Zy...told them what happen... than baru gigih call hubby...

Itu kejutan pertama... tak putus aku doa, jangan apa-apa jadi pada kandungan ku... than MIL rekemenkan aku Klinik Umra... kandungan sihat... aku di pantau dalam 4 minggu... every week kena jumpa doktor tuk tengok keadaan baby... lepas minggu ke 12 barulah jumpa doktor sebulan sekali...

Tapi setiap kali aku jumpa doktor, pasti ada je yang tak kena...tah minggu ke berapa tah darah kuar... tak la banyak... spot cinonet je... tapi risau lakan? panic sbb time tu kat opis... call suami, mak dan abak mai ambik jumpa doktor... scan baby ok... siap lompat2... tendang bagai... doktor bagi tahu dia 'cuci/basuh muke'... tu yang bleeding... tapi tak la teruk... uri semua ok... buat ibu and abak terkejut je. Zamani yang baru setat kerja time tu tebalkan muke minta balik awal sbb takut baby apa-apa... bukan tu je... check up bulan ke bulan ada je tak kena...


Kurang kalsium

Kurang Darah

Kencing manis

Dari satu ke satu... macam2 ubat aku ambik... dah la jenis takut makan ubat... tapi demi nyawa dalam tubuhku, ku gigih jugak... tu yang tak dapat puasa... takut baby tak cukup zat...heheh panjangnya nak cerita alasan tak pose tu... kah kah kah...

Tapi macammana pun, dah tertulis hayat dia setakat situ sahaja...mcmmana ibu dengan abak try jaga dan monitor pun dah mmg tertulis Allah lebih menyayangi dia... melihat sekeliling ku ramai yang mengandung... hati tu teringin...kalau boleh nak ajak suami buat anak la ni jugak! wakakak... but aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri... aku perlu bersiap dari segi mental dan fizikal...

Lain org lain caranya... ada yang mengandung siap puasa penuh lagi... but not me la kot... after apa yang jadi ni aku rasa perlu la berhati2... tak boleh nak pikirkan diri sendiri...takut, fobia, trauma, namakan apa jua nama tuk gambarkan perasaan ini...

Next month medical check up... lepas dah dapat tahu jenis ubat, jenis darah yang pekat tu... than selamat tuk mengandung...insya Allah... sunyi rasa. Kat umah me and hubby berdua je... kalau datang angin tak baik, mmg tak bercakap... kalau dah bercakap and bergurau mau satu taman dengar suara aku terjerit jerit kena sakat dengan suami...

Org kata enjoy puas2 time berdua ni... true... ku tak menolak rezeki yang Allah berikan... kalau di katakan mengandung di saat pertama tu satu kesilapan, aku tak rasa itu kesilapan sbb me and Zamani mmg sedia je nak anak, cume rezeki yang Tuhan tulis tu setakat itu sahaja... some time aku terasa kehilangan... terutama bila sengsorang... yer la org kata kang ada anak tak leh nak gurau senda manja2 dengan suami... anak dok perhati tingkah laku mak bapak... heheh teringat entry biras ku bila cerita pasal anak dara dia dok ikut perbualan dia dan suami dia kat fon... nak gurau lebih2 dah kena control... takkan nak tunjuk depan anak yer dak??

Ermmmm semua tu ayat nak sodapkan ati... bagi aku boleh je kalau nak... kan? tah la... ni yang malas ni nak emo lebih2... hahahah... ampunnnn yer.... esok tak tahu la nak pose ke tak... macam seronok bila tengok perut kempis semacam... ahak! i like... relex... baki puasa ada 27 hari lagi... uhuhuhu... insya Allah aku akan lunaskan... doa ye....

Amarah!

Geram! Sakit ati...

Puasa... puasa... tak baik marah2... but siapa tak sakit ati bila semalam bos minta aku call satu customer ni tanya payment... ok call macam biasa... tak tinggi suara, tak tengking sbb org tu pun cakap baik dengan kita...

Dah nama pun tugas... lagi bila bos yang suruh... pagi ni masuk opis, bos masuk bilik aku...

"Why la you marah the gurl?"

I was like? WTF

"Who told you that? i dont yell at her..." mcm blur...

Bual2... manager Penang bagi tahu bos aku hingaq kat customer dia... and ku dapat tahu, sales person yang uruskan customer tu bagitahu...

You kena report ke? Harus ke? Wajib ke? Tuk apa? suke aku kena marah? Jaga account ko tu bole? so that aku tak masuk campur next time???

Rasanya tak leh nak terlalu baik dengan org... that is the fact... kita ni ingat nak tolong la bangsa sendiri... tapi org buat taik lak dengan kita... satu hari balasan pasti ada... org yang buat fitnah ni hukuman dia lagi besar... kan? Ikutkan marah aku nak je aku call minah semalam tu...ko yang gelabah aku call... lagi cakap aku bising?!!! nak sangat ke dengar aku bising? Mau? And the sales person... aku rasa nak serang je... ko ada masalah ke dengan aku? sampai perlu buat report bagai?

I hate kaki report ni... macam tak ada benda lain nak buat... buat je kerja ko... and im doing my work! bukan nak sebok pasal account ko.

Tapi akhir2 bulan ni... rasa malas nak buat kerja aku... expecially urusan gaji... gaji kat opis aku ni rasa rajin la nak buat... TAPI tuk branch... ermmmm perlu ke aku sibuk pikir? tengok la... sama ada nak jadi profesional atau tak...

Ermmmm ingat aku busuk ati macam ko ke?

Tuesday, May 18, 2010

Ah don kaki jalan

Since ibu jaga don... dia menjadi kucing yang paling mengadas... ooo ibu jangan cakap budaklah kalau dia jaga... dia jaga kucing pn confirm spoil!

Now Don dah di latih oleh ibu naik kereta... gi kedai pun bawak... til dia dah biasa... kalau nampak ibu pakai tudung ke apa, dia dah ready duduk tepi pintu nak meng folo...

On that saturday, aku kerja... tahu2 Don dah tunggu dalam kereta... agak teruja tengok dia diam tak macam kucing lain yang aku pernah jaga... senyap dan menikmati permandangan alam... hahaha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Fav spot dia...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Apa pandang2 ni??? no camera plssss...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Indahnya cipta Tuhan... banyaknya kereta... hehehe

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ushhh ada aweks!

Makanan dan mimuman dia dah sedia dah dalam kereta.... kalau aku tak kuasa nak layan....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lapar makan, haus minum...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pasir berak pun ada... kalau melepas habis... terpaksa berhenti tepi jalan... yer sila tahu mak ayah aku mmg sanggup... yer la sbb ada org yang nak uruskan...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini dia pencacai angkat najis.... tender 2 tahun.... heheheh larikssssss

Monday, May 17, 2010

ku baru tersedar sesuatu

Nak tahu tak??


Taknak tahu, kena tahu jugak... siapa suruh korang masukkan?? hehehe... ok banyak kerja tapi tangan ni tetap nak menuliskan... otak dah karang panjang2... tuk puaskan ati kita blogging dulu... uhuhu logic tak alasan akak korang ni?


Ok akukan kalau boleh nak kuar dengan suami tu pakai baju yang sedondon kalernya...kalau dia pakai coklat, akak pun gigih la cari kaler yang sama... Kadang2 mulut abang Zamani korang tak ada insurance selalu buat akak kecik ati...


"sibuk la ayang ni... org pakai baju ni, dia pun nak pakai baju ni tau..." Dia gurau aku tahu... tapi aku tak kisah... mmg aku suke pun... baru nampak boria sikit... kalau ada anak pun ku pastikan semua kaler sama... silap2 org kata ikut pasukan umah kaler apa... kui kui kui...


Expecially kalau nak dating atau majlis kawin ke apa... mestilah sama...terpengaruh dengan Deqna dengan Neena... ahak! Tak pa benda baik ikut... uhuhu kan?


So ari sabtu tu kami kena hadir umah org tawen... Zamani tak kerja, aku balik kerja aku tengok dia dah siap berbaju biru... alahai, baju kurung biru ku tu saiz mengandung... sekarang sbb dah kurus (wahhh perasan sendiri)... maka aku mengalahla... takkan nak suruh di bukak tukar baju... aku pun pakai baju kurung kaler pink... baju pink abang Zamani basuh... hehehe tu yang pasti sbb tu aku tak suruh dia tukar... tahu salah sendiri tak basuh baju laki siapa suruhkan???


Korang tahu abang Zamani dah siap!!! tahu dia buat apa? tetiba naik bukak almari dia...


Aku :- What are u doing?


Zamani:- Cari baju... baju ni basah...


Aku :- Erk macammana leh basah?


Zamani :- Mandikan Adon...


Tetiba... punya la aku dari pagi kerja tak nak mandikan kucing, dah siap dengan wangi tetiba mandikan Adon?aku tahu tektik laki aku yang tak nak mengaku tu...


Aku :- Baju tu elokkan... taklah basah mana pun...


Zamani :- Berpeluh la yang...


Tersenyum comel, hahah dia tahu aku tahu niat dia tu, nak cari baju pink dia nak pakai baju sedondon...pang kan...ingat aku nak lembut ati???


Aku :- Pakai je la baju tu... dah la minggu ni malas nak basuh baju bagai... mengada... pakai je...


Akur juga dengan akukan... and malam lak... time nak siap keluar... aku pakai baju superman aku tu... heheh dia kuar bilik mandi... tengok aku... terus capai baju superman dia...


Zamani :- Baju i banyak tak ada eh... mana eh? terpaksa la i pakai yang ni yang...
Asalla lelaki bersikap ego??? termasuk laki aku... hahaha...ilang macho ka kalau pakai baju sama punkan... bukankah itu sesuatu yang sweet????

baju yang aku maksudkan... heheh lama oooo time bercinta kami beli...

Tak ada... alasannnn... nak pakai baju sama cakap je la kan??? hahahah... buat suami ...ini bukan komplain... aku happyy tindakkan kamu itu... lalalala...

Pak cik diet

Tahukan en suami saya tengah berdiet? Dia hanya makan nasi seminggu sekali... jeles aku... badan dah kembali ke bentuk asal... ngeh ngeh ngeh...

Akak pun choti la masak... org tak sudi nak makan masakan kitakan... sob sob... maka aku pun ambik peluang ni tuk diet bersama-sama... sila tahu ada 27 hari lagi puasa nak kena ganti... adoiiii yaiiiii....

So hari tu ibu datang bawak nasik goreng... sajer je la since diorg dtg Klang lepas waktu kerjakan... aku pun idoklah sediakan tuk dia... sekali tu tengok dia ambik sendiri... heheheh siannya...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sedih ooo bila tengok dia ambik pinggan sendiri... heheheh...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Muncung.... next time nak makan bagi tahu bini yer... :P

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pak cik diet makan nasik seminggu sekali sahaja.... uhuhuhu


Birthday Suprise

Cerita lama... 5 may 2010... lama tul entry ni menunggu turn tuk di publishkan... uhuhu... semangat mem-blog...

Birthday mak bos... padan that day aku tengok dia luar biasa sbb make up bagai... sekali sendiri announce hari ni birthday dia... org da ingatkan kita... maka wish la...

Tengahari tu bos belanja makan semua staff... tapi tak ada gamba ler sbb ku kemaluan nak kuar camera... tapi bebudak opis ni tetiba pukul 4 petang tu dengar kecoh2 nanyi lagi birthday... sooooo nak tak nak tunjuk muke... ambik la gambar...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Tengah khusyuk oooo buat kerja tetiba ada org nanyi... yang nyanyi 3 org tapi bergema macam 10 org.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Terkejut malu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Buat wish... kot2 boleh menang nombor malam ni... wekkk dush dush jahat akukan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aku tak suke kek buah... tapi sumpah!!!! mmg sedap weiiii... sedap sangat2... aaaa tervayang2...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok selamat mengemukkan diri... uhuhuhuh....

Sunday, May 16, 2010

masih terasa

sori my lappy tinggal umah my family in law kat shah alam. zamani dah mula bz dgn game football manager dia. maklum la nak world cupkan. kena train la... poyo. Anyway ku update melalu fon.So sori kalau ada silap yang bakal anda jumpa nanti. i dont know, mungkin akan ada yang bosan bila menyentuh tentang kesedihan, kerinduan yang ada pada diri ku ini. Even Zamani sdri nasihatkan aku jangan mention pasal anak kerap sangat... ada yang tak suke dan meluat. i talk about it selalu in my old blog. patutnya dalam new blog, aku nekad tak nak cerita mengenainya. Tapi aku tak sekuat itu. i never mention secara lisan dengan sesiapa pun, not even zamani. Apa la sangat yang aku lalui ini,kan? kalau nak di bandingkan dgn mereka yang di duga dengan lebih berat lagi. Puas aku pujuk dan memotivasikan diri ni, tapi gagal. Tak tahu la, setiap kali aku solat, aku minta kekuatan tuk lupakan semua kesedihan, dan berikan aku kekuatan tuk lalui segala spt biasa. Tapi semua itu ku lalui seketika. Dan setiap kali bila balik shah alam, melalui kawasan perkuburan di mana kami semadikan puteri kami iti, hatiku menjadi sungguh sayu. Terutama malam... i miss her so much. Sesuatu yang aku tak dpt sembunyikan. 

Happy Teachers Day

HAPPY TEACHERS DAY TO ALL TEACHERS IN MALAYSIA....

Gambar sekadar hiasa... wakakaka....


Spekong lak aku yer...

Tak pernah aku kisah hari guru ni... dulu time sekolah pun, aku hanya di paksa menyambutnya... ahak! kijam tak? tak iklas yo? idok la... budi cikgu2 di sekolah ku sentiasa ku kenang... tanpa didikan di peringkat pertama, na mungkin hambo di tempat hambo sekarang... walaupun gaji ku tak la setinggi mana... tapi bule la nak menyara diri sendiri... uhuhuh.... terima kasih wahai cikgu2...

Tapi dedikasi ini ku tujukan buat mereka yang berada di sekeliling ku...

Terutama buat 2 org adik ku yang aku tak pernah terpikir la bebudak ni jadi cik gu... sedih aku tak ilang lagi ni... mereka jauh dari mata ku.... nasib baik la sekarang ni yang jauh pun leh jadi dokat... tak la terasa yer dak....

Mereka yang aku maksudkan ini adalah

Buat Cik gu Herry...


Buat Cik Gu Rizal...

Diam tak diam dah dua tahun mereka berkhimat mendidik anak bangsa...tak pernah aku pikir mereka akan memilih kerjaya ini sebagai kerjaya tetap mereka... i knw them very wel la! Tapi manusiakan? Rezeki , jodoh maut semua telah di tetapkan olehNya....

Dan paling aku bangga bila mereka tidak lupakan aku... walaupun aku hanya kakak sepupu je... kalau balik je ada je buah tangan, ada je barang2 termasuk duit mereka hulurkan pada aku... heheh sorilah dulu akak selalu marah korang... tapi korang tak pernah lupakan akak...

To both of you... happy teachers day... semoga kekal menjadi pendidik yang berjaya... untuk anak2 bangsa...

Tak lupa jugak... ucapan selamat hari guru buat Ibu mertua ku... Cik gu Norhayati...

Bagi ku, mak bukan sahaja berjaya mendidil anak org... tapi mak berjaya mendidik anak2 dan menantu dengan baik... hehehe... tunjuk ajar dan didikan mak pada anak2 mak, membuahkan hasil bila semuanya berjaya... hasil kejayaan tu, acik pun dapat rasainya sama... hehehe...kan abang Jamani kan kan kan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails