Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, October 27, 2010

Rehat sebentar

Ok... nak pengsan... fuhhhh pening mengadap kerja...


Ok take a break. Maaf tak ada kit kat. Semalam on the way go umah MIL... kami berbual dalam kereta.


Me :- Anyah dengan Ta tak datang ke malam ni?


Hubby :- Tah... tak sempat tanya anyah tadi.


Me :- Bagus la jugak kalau dia tak dtg malam ni...


Hubby :- Asal?


Me :- Semalam yang you tido kat umah, dia (anyah) tolong we all packing barang. Hari ini anyah tak ada boleh you tolong packing barang. Kalau you dengan dia ada rasanya lagi lambat nak habis.


hubby :- Kenapa pulak, kalau dua2 adakan lagi cepat kerja.


Me :- Yer la tu... buat kerja kejap je... pastu yang lamanya menyinggah kat 'Ali coner'.


hubby :- Ah you ni memandai je mana ada....


Me:- Aik bukan macam tu ke kalau jumpa adik2 you.


Hubby :- Ayang tak baik tau tuduh B macam tu. BERDOSA (ayat standard laki aku biasalah). Dah la berdosa... buat fitnah lak tu... tahu tak fitnah itu dosanya sama besar dengan membunuh. BAIK YOU BUNUH I! BUNUH!


Tetiba tak dapat kawal lak lakonan drama dia... siap menjerit, terperanjat aku ok! ahahah... chet! Poyo!


Ok itu je nak cerita... tak lawak kan? korang buat2 gelak je la...hahaha




:: Selalu nak buat aku tergelak walaupun aku tengah marah ::

P/S :: Che ta and Mr Ana jangan marah ar.... sajer gurau2 nak perli suami ku yang tomei itu... ngeh ngeh ngeh::

short update

Ok blog akan kesunyian sikit...

Aku teramat la bz...

Cuti dua hari masuk2 kerja kerja kalah cuti org bersalin dua bulan...

Than umah macam tongkang pecah. Balik cuti je macam tu la semua campak2 kat umah. Baju kotor menimbun2... baju gosok dok diam2 dalam bakul. Kalau selalu ku gosok baju tuk stok seminggu. Kali ni terpaksa gosok sehelai2 baju tuk kegunaan esok hari. Tak suke betul. Sian plak Zamani tergaru2 kepala bila tengok almari kosong...

Ha ha ha ... selama ni aku gosok tuk stok seminggu, dia dok cakap tak payah. Nak pakai kang baru gosok. Now you can see the consequence,kan darling? Dia sendiri garu kepala. Aku kalau dia garu kepala, hati mula gusar...

Bukan dia je, sama jugak dengan aku. Adoi la...kadang2 kita nak pakai baju yang cap jenama ayam. Dah gosok semua, nampak baju cap boaya, nak pakai plak. Tu yang aku tak suke sangat. Kemain almari aku kosong sekarang.

Masak mmg tak ada la... sbb balik2 kerja rushing buat benda lain plak. Balik umah penat dah terlentang atas katil. Itu kalau nasib baik sempat naik bilik. Kalau idok? Terbongkang ler kat bawah. So nak pegang lappy kat umah pun tak larat. Nak buat kat opis, silap laaaa... gue banyak sangat kerja. Menimbun2.

Ingat aku update kat opis ke?? Neheee.... semua auto publish. Tak kose aku nak buat time kerja. Kekadang je... nak rehat minda kata org. Kalau entry without pic tu normally kat opis je...mcm sekarang ni...uhuhuhu...

Oklah nak stop... dalam kerja ni sempat terpikir nak belikan hadiah apa tuk anak dara aku sorang yang akan menyambut birthday yang ke 2 tahun akhir bulan ni...ermmm otak hang! Pak long tak nak sesakkan kepala otak dia. Bila tanya?

"Ayang pikir la...let me know the price je"

Erm terasa sangat bengang... ni kena include price pikir lagi ni. Kalau beli tuk si adik, si kakak kena beli sama. Kalau tak ada yang kena gigit nanti. Dengan pak long2 mak long smack down sbb pilih kasih. Insya Allah! Kalau beli tuk satu, yang dua pun tentu dapat. Hahah tapi since Qayyum tak gheti nak main2 lagi. Hold dulu yer Qayyum! Let kak ngah (aliya enjoy her day being 2 years old)

Oklah nak sambung buat kerja... ada cerita kang aku hapdate ler...

See jangan kata umah sendiri... blog pun bersawang... siap ada bau lagi... uhuhu

Sunday, October 24, 2010

Sebuah kisah tuk masa hadapan

Sticky Note Until 24 Oct 2010! Scroll for Next Entry

Ha! Cepot je aku menaip... nak masuk peraduan yang di anjurkan oleh kawan aku si Bee Darling. Nak tunggu dia bagi cenderamata mmg hampeh la nak dapat... kena masuk contest plak... haisemen...


Ok kita tengok syarat2nya ok


  1. Terbuka pada semua blogger dan follower menjadi keutamaan - ok masuk syarat

  2. Tulis Entry pasal blog http:://beedarling.blogspot.com TAPI syarat dia payah sikit...sbb tak leh kait dengan setiap entry dia buat atau personality dia. Dan tak leh nak bandingkan blog dia dengan org lain...
Weii che B oiii blog melambangkan personaliti kita la... tak caya tanya abang Zamani aku... dia pembaca setia aku sampai buat keputusan berani mati kawin dengan aku... tanpa memikirkan masa depan dia. Hahahah harus baca blog ko la yang bertajuk Sebuah kisah tuk masa depan. Jeng jeng jeng... aku promote ni...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Susah aku rasa buat contest ni... hadiah punya pasal oklah kita mula...

Eh tapi betul la... sepanjang aku baca blog minah ni, aku rasa dia tak ada cerita pasal kisah silam dia. Ada ke? Mmg sesuai dengan nama blog dia yang hanya menceritakan kisah dia sekarang tuk tontonan masa depan dia. Kira ala ala diari la...Tapi of coz la dia cerita tu lepas sesuatu insiden... takkan buat rancangan LIVE plakkan? Baik ku betulkan ayat aku, kang korang tak faham plak. Ngeh ngeh ngeh.

Aku rasa blog BeeDarling adalah blog yang tulus mulus. Tak ada kutuk2 dan mengata bagai. Hanya kisah dia, suami dan anak. Aku tak kisah la, sbb bagi aku blog mencerminkan keperibadian org tu. Sbb setiap penulisan adalah dari hati. Kalau hati kita menulis di saat kita sedih, maka sedihlah jadinya. Kalau kita menulis dalam keadaan mara maka teruk la jadinya. Betul tak?

Kaler blog ni tak leh tahan... Pinky purple, oh jingga pun ada. Bee darling memilih kaler blog dengan kaler umah dia sama daaaaa... hahah yer aku dah pergi umah dia dah... korang tak tengok lagikan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Suke tengok gambar anak2 dia yang dah pandai bergaya ::

Kalau menyentuh pasal blog dia, aku suke baca cerita anak dia yang banyak songeh. Sejak Kyra membesar ni, banyak sungguh cerita yang di ceritakan. Dan aku suke membaca telatah anak dia yang sering buat aku ketawa dan tersenyum. Yerla bagi org yang nan ado anak mcm akukan? (simpati simpati)Tapi aku bukan takat baca ok... secara tak langsung aku belajar cara mcm mana dia mengajar anak dia. Bukan sifat dia (bee darling) tapi sifat suami dia. Aku kagum cara suami dia berkomunikasi dengan anak dia. Wakakk habis mati aku tak menang sbb puji laki dia.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Saat si anak ganggu si ayah makan, tapi suami B darling layan ok ::

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tapi seyes uols... baca la than korang akan tahu. Jarang kot nak tengok lelaki yang sanggup melakukan tanggungjawab seorg ibu. Kesabaran dan ketabahan yang max di perlukan di sini. Idok la aku cakap Bee Darling ni pemaleh. Tapi dia selalu cerita yang suami dia ringan tulang dalam uruskan anak dia. Kalau aku pun, harap2 abang Zamani korang pun boleh belajar macam tu. Handle anak dengan sebaiknya. Apa lagi berhadapan dengan anak yang sedang membesar yang ingin tahu segala benda.

Apa lagi eh??? Alaaa baru la terasa payah nak buat entry. Cheh! Ayat macam buat karangan plak! Awat la bee darling tak buat contest teka bunyi ka? Cari barang tersembunyi ka? kan senang.

OK sambung!

Selain dari cerita dia sekeluarga, aku masih ingat bagaimana dia berkongsi cerita tentang kesedihan beberapa individu. Cerita kesengsaran adik Fadlin, anak buah suaminya yang meninggal dunia dalam umur yang kecil sbb barah (Kalau tak silap). Oh time tu mmg syahdu. Walaupun Fazlin hanya anak buah suaminya tapi Bee Darling telah berkongsi kesedihan bersama reader2nya. Dan secara tak langsung aku turut merasa kesedihan dan kesengsaraan keluarga arwah WALAUPUN aku hanya mengetahui kisah adik Fazlin dari blog Bee Darling sahaja.

Dan aku tak rasa apa yang dia paparkan di blognya untuk meraih simpati pembaca. Tapi sekadar berkongsi dengan pembaca2nya. Dan melalui blog Bee Darling juga, aku dapat menambah kenalan. Kisah kawan Bee Darling, Ujie menarik perhatian ku. Bukan sahaja simpati, aku dalami keperitan yang di lalui. Kehilangan anak. Anak yang baru lahir. Anak yang di kandung selama 9 bulan. Dan korang pun tahukan, aku turut pernah kehilangan anak, bagaimana aku mengatasi kesedihan ku adalah dengan bersyukur bahawa ujian Allah ini tidak seberapa jika di bandingkan dengan mereka yang di luar sana.

Alhamdulilla... banyak manafaat yang aku dapat dari blognya. Aku rasa tak ada apa yang kurang dan perlu di baiki. Everything perfect kot. Cume penulis blog ni pemaleh ubi jugak ni... aku ingat lagi entry dia beli laptop, semangat bukan main. Lepas 2 minggu hampeh... lalalala tapi aku rasa blog dia je kot (di antara blog2 yang aku ikut) ada sediakan game... bagus bagus. Selalu jugak main Pacman kat sidewall dia. Bee Darling terharu tak????!!!! Aku bosan2 main game kat blog dia jugak.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: GAme yang selalu aku main kat blog dia ::

Gambar2 dan slide2 kat wall dia jugak menunjukkan dia seorg wanita yang gumbira... walaupun anak hanya sorang, complete as one family. Tak perlu anak berderet nak tunjuk. To me perfect! (Ok ayat menghayat sbb nak menang contest... mampus meke yang anak lebih ni kecik ati dengan teman...lariks lariks lariksssssss)

Ok tak sabar nak dengar nama pemenang. Kalau tak jadi johan, saguhati pun jadi la...kot2 ada batu2, siput2 tepi laut ke, akak terimaaaa... org nak bagikan?

Thursday, October 21, 2010

hansem tak saya?!!!

AMACAM?! ADA GAYA TAK?! AUNTIE AUNTIE UNCLE UNCLE QAYYUM DAH BESAR DA... ADA MUKE ABAK SAYA TAK??? NGEH NGEH NGEH...

Bio -essence

Ok aku nak cerita yang aku sudah bertukar kepada product lain... so good bye to Vanness International...Aku setia pada Vanness ni hampir 7 tahun sbb gune dari awal tahun 2004. Pakai than stop sbb pengeluaran di stopkan. Lepas tu pakai Shadira, tapi kesan tak sehebat Vanness.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


:: Set yang hampir habis ::
Ramai yang tegur kulit muka aku bila pakai Vanness ni. Buat daku vangga gila. Org gila pun tak bangga macam aku bila di puji. Tak tahu la sbb mungkin kulit aku tak ada problem. Sbb ku rekemen few kawan, semua tak serasi.
Tapi sbb akak pengeluar Vanesse ni dah tutup kedai plak tu tak bagitahu aku mana dia pindah maka kenalah cari product baru.
Product Malaysia yang macam Tia Amelia la... citra ayu la... NV... semua elok. Kira sesuai dengan kulit asia macam semua org malaysia. Tapi amatlah payah nak dapat. Mahal pun lebih kurang. So aku pun rasa baik aku bertukar pada product yang senang nak dapat. Kira kalau aku terlupa nak bawak balik singapore pun, aku boleh dapatkan kat sana juga. Cume hasilnya ermmm mungkin tak sama la sbb product2 oversea ni bezanya sbb di buat tuk org kulit sana. Mcm mat salleh cuaca diorg mmg sentiasa sejuk. Musim panas pun org kata tak la panas mana. Malaysia lak lain. Korang faham tak penerangan aku? Heheh...
Aku tak heran sangat dengan make up. Sbb tu aku hanya make up bila kuar DATING... betul2 dating kalau takat kuar biasa ni mmg tak ada... dan kalau ada majlis2 rasmi mmg aku akan pakai make up yang lite... Lagi pun aku bukan pandai sangat make up.
So aku mmg jaga betul2 kulit muke aku. Sbb kulit muke aku sangat kering. Dan jenis kulit muke aku adalah jenis yang ada pigmentasi... perhhhh kalau tengok sebelum aku pakai Vanesse ni, mmg teruk la pigmentasi aku.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: kulit aku boleh jadi macam ni kalau tak jaga betul. Gambar google ::

Ini yang aku tahu la... kalau salah tolong betulkan. Kata akak yang jual Vaneese tu, kalau kulit muke terlalu kering dia akan jadi macam ni. Dan kulit jenis ni macam ni mmg sensitip sikit dengan cahaya matahari. So kalau nak pilih pemakaian product pun kena ada sunblock. So selalu kalau nak cari jenis cream yang bersunblock ni, kenalah cari whitening product. KALAU TAK SALAH LA.... salah im soriiiiiiiiiiiiii!

Korang ingat aku suke2 nak pakai whitening product? Banyak la korang. Sbb jenis yang whitening ni ada UV protection dalam cream. AGAIN!!! Ini yang aku tahu. Aku bukan doktor atau pengasas product kecantikan. Tapi ini yang aku tahu. Sbb aku kena gelak dengan sepupu aku...

"Ni adalah contoh snow white malaysia yang dah puteh nak puteh lagi! Taksub dengan product whitenning dia..." Hampeh punya statement. Korang apa tahu! Tapi mmg betul. Aku hagak giler sikit kalau product kulit ni. Tu yang suke dok watson tu. Tester habis aku try kat kulit tangan... wakakak... ada flyers kat situ mmg ambik la... confirm.

Tah mmg aku minat... tapi kalau aku mampu pakai SkII mmg aku beli. Kalau aku mampu la... masalah tak mampu. Tengok kulit Dr Halina isteri angkasawan tu... perhhhh she look goges la! Terkebil2 mata akak tengok skin natural dia yang ala2 merah tu... mana aku tahu dia pakai SkII? sbb tengok hantaran dia... wakakak... tapi kulit dia sangat chantik! I like!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

So tiga minggu lepas, lepas aku tahu kedai akak yang jual Vanesse tu tutup, aku telah menjadi lebih gedik duduk berjam2 kat watson mencari product apa yang sesuai. Ingat nak pakai Citra Ayu. Tapi kang jadi masalah tuk dptkan product tu. Since aku tengok Bio- essence ada product whitening, so aku try la pack ni. Hanya RM 29.90.

Yang best pencuci muke dia, tak menegangkan kulit wajah. Kalau korang perasan, setengah pencuci muke ada buat muke kita tegangkan?So far aku gune mmg tak ada.

Tonner dia pun menutup liang roma (yer ke istilah ni). Sbb kau tengok idung aku ni mmg cepat naik black head... stupid! rasa geram plak. Jenis yang nampak2 tau... bila seminggu pakai ok la nampak kesan setelah ku picit2 kuar semua, pakai tonner tu nampak la tertutup. Plus tonner dia sangat kesan pada jerawat.

Kebetulan peyedkan? So banyak la jerawat tumbuh. Selalu jerawat kalau kuar kat muke aku, paling cepat ilang pun 2 minggu. Jenuh nak tunggu dia naik, masak, susut, kering... perh. Tapi percaya tak, 3 hari jerawat dah kering...so dalam sehari dua ko leh nampak ilang.

Walaupun jeragat tu tak ilang sangat, di samping still ada la kesan2 org kata permukaan bulan, yang pasti lotion dia buat kulit muke aku lembut. Bak kata Zamani macam pau! Yer dia nak mention bini dia gemuk... tu mention pau! sangat tak sesuai.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Kesan pada kulit jadi lembut ::

Aku bab kulit aku suke tanya mak aku. Dia suke tegur kulit muka aku. Kalau lain macam je mula dia dia tegur kenapa kering sangat, kenapa jerawat banyak tumbuh... bla bla bla. So bila aku tanya dia, dia cakap dia tak nampak perbezaan ketara pada kulit, janji nampak bersih TAPI bila dia sentuh kulit aku dia cakap lembut... ngeh ngeh ngeh

Terus nekad tuk ambik product ni.

Pastu waktu nak gi watson, hati berbelah bagi lagi ni. Ermmmm sekali tengah dok pilih2. Ada sekumpulan budak2 remaja... nak kata remaja sangat tak la... around 25 thn macam tu. Kawan dia nak cari product kot. Dia promote...

"Eh bio essence ni elok... ko try la... tak rugi. Kawan aku ada sorg pakai, cantik kulit muke dia..."

Ha! apa lagi! Org dah buat testimoni free ni... lagi2 tengah banyak promotion. Penjimatan berganda wei!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Promotion Facial wash + Toner RM 35.90 ::

Pencuci muka sahaja RM 19.90. Than tonner kalau tak silap dalam RM 25-26 ... kira sendiri. Kalau beli asing... tuk dua ni hanya RM 35...oklahkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Facial form and wash ::

Aku sebenarnya nak beli pack kembar cream day and nite cream. Yang besar punya. Harga satu cream RM 49 - RM 52 kot... kalau ko member watson dapat la kurang RM 46 je. But still mahal sbb ko kena beli dua, nite cream and day cream kan? So its cost dalam RM 80. Tapi tak silap discount hanya 'day cream' sahaja. cream malam tak ada discount.

Tapi ada twin pack... promotion hanya RM 79... erkkkk rugi ooo tak beli.

Tapi belek punya belek...sekali tu terasa benda ni penting!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Double action ::

Fungsi tak tahu... hahaha...

Kan aku cakap part ni aku suke buang duit. Chantik tak mana punkan? Biar la...kan kan kan? Sajer gedik nak beli. Tapi erk kang buat statement kat sini Zamani bising plak. Dah beli benda ni kan kan kan, bila pakai muke ku berminyak plak! Waaaa tensi... tapi cover dengan cream day and nite tu, kembali lembut seperti kapas. Mungkin tu kot. Baik beli cream day and nite je yer tak? Tapi nak buat lagu mana. Dah terbeli plak. Dapat gaji peruntukkan plak beli cream day dan nite tu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Tiga barang ni RM 109 ::

Pengsan.... sob sob sob... TAPI!!! berbaloinya sbb boleh tahan berapa bulan... jeng jeng jeng.

Aksi rayyan the lion

Hansem tak anak buah mak long ni??

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hujung minggu yang lepas, kami duduk bertengek umah ibu. Kebetulan si Fidah and family ada. Susah betul nak jumpa adik aku yang satu tu. Bukan senang nak dtg sana. So kalau dia datang seronok la melayan si kecik moks ni.

Kebetulan ahad lepas mak dengan abak, pergi family day bank rakyat dekat putrajaya, so dah alang2 kat putrajaya singgah umah ibu dengan ayah. Bukan main suke si Rayyan kalau org datang rumah. Lagi ringgan mulut dia...siap menjemput...

"Asuk asuk..." Hahah lawak wokeh... terus je berkenan dengan Si Aliya... tak padan yang kecik

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Hambik! Fidah siapkan wang hantaran tuk anak dara che ta, terus cium ::

Ko ingat ini negeri omputeh polok cium??? Betapa baiknya Aliya menjaga tertib seorg wanita... hahah bagus! kekalkan Aliya sampai besar. Tapi jangan lak ko tampo suami ko sok kalau dia nak cium... boiperen ok! hempuk dengan beg... kalau nak best dengan kasut...ok! Nasihat tuk bebudak, mak long dengan pak long pun bercinta bukan main lagi hebat...lalalalala.. shuuuuuu....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Ush maafkan saya Untie Azita, saya xcited jumpa Aliya ::

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Posing dengan biskut pemberian tok mama ::

Mmg pantang nampak makanan. Sbb tu badan dia sihat. Alhamdulilla... kurus2 sangat pun tak elok,kan...perempuan kurus mmg baik, lelaki tak mo... kang budak lain tolak jatuh. Not gud! badan si rayyan mmg padat.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Dan jugak Kit Kat from tok mama ::

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Budak yang paling takut ari tu ialah Aliya ::

Seram dengan aksi Rayyan nak nak peluk org... tak takut org plak dia ari tu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Jom la Aliya... kita main2...kenapa baring je ::

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Tak dapat adik, layan kakak... siap polok Aisyah...sayang la sangat yer ::

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: dan pak long biasalah, fav uncle kan... mana2 budak nak kat dia ::

Dan yang best, gambar aksi ambik hati... menangis nenek ko tengok Rayyan dengan nenek bukan main ko garang tak nak eh... tapi sesungguhnya perangai dia mmg kuat la perangai mama dengan papa dia... pandai ambik ati ooooo....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Meh Tayyen urut kaki tok mama ::

Ini adalah ayat bodek sbb cubaan tuk mendapatkan cinta Aliya... hahahah... Aliya tua Rayyan 4 bulan. Dua2 fav song yang barney tu...

Version Aliya :- I love you, you love you ----> Versi wanita hati batu... hahaha dan Rayyan

Version Rayyan :- I love you, you love I ----> Versi mamat jiwang mengayat...

Apa pun dua2 cute. Dan Rayyan... makin besar makin panjang akal! Mak long sayang kamu... uhmmmaaa...

Credit to mak su Ijat tuk semua gambo!

Wednesday, October 20, 2010

Gumbira dapat beg baru

Ingat entry hadiah beg tuk Rayyan the lion???

Ok tengok apa aksi dia. Sepanjang hari seret beg roda dan pikul beg mak long bagi... cute!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Jom mama kita jalan2... i got two new beg mama! ::

Nampak macam peserta pertama AF keluar pun ada... tapi muke ceria...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Jom ar mama! Balik kampung umah wan dan mak tok ::

Dah besar dah budak nikan? Aku rasa kecik je dulu. Besar satu hal, bijak plak bercakap. Mulut bukan main ringan nak bercakap.Tanya itu ini.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Rayyan the lion ::

Mak long and pak long sayang kamu... 30 oct Aliya turn to 2 years... apa nak beli tuk anak dara yang sorang tu??? ermmmmm

Lady D service lagi

Ingat tak my entry dulu waktu Lady D baru kuar? Baca kat sini

Since dah 2 bulan maka kami kenalah hantar Lady D ke klinik. Tak mo la ada problem apa-apa.

Ok kalau sebelum ni aku lepak kat bawah sahaja. Kali ni nak berubah angin ke tingkat atas. Sabtu dan ahad mmg sangat penuh sbb time ni la semua org nak buat sevice yer dak?

Kalau kat tingkat bawah, kita tak nampak sangat. Tapi kat tingkat atas ni mmg ko leh nampak la apa diaorg buat. Kali ni Zamani add sound alarm. Since Lady D tak ada bunyik kalau lock atau unlock. Suami aku tu kan veteren, selalu tak perasan tau biarkan kereta tak berkunci. Kang sedap2 jalan ke apa, baru la nak terhengat. Produa buat promotion add RM 50 jerk. Ko tak mo?

Service kat sini bagus la. Walaupun kereta tempatan, layanan mmg best. Siap ada makan2. Sebelum ni kami datang punya banyak kek. Kek coklat, kek pisang, kek kopi. Than ada plak pack air yang 3 in 1 tu, sedap je la customer2 yang datang sambil tunggu sambil makan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kebetulan time aku dengan Zamani datang, time lunch. Terasa sangat la lapar. Sampai kat atas, kuih2 nan ado. Habis, hanya bekas sahaja yang tinggal! rakus betul! Yang ada hanya biskut. Erm biskut kureng sikit. Sbb time kami datang ada customer duduk makan nasi bungkus kat situ. So nak ambik biskut tu macam segan sbb betul2 depan diorg...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Ruang parking ::

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Ruang Memerhati ::

Zamani yang risau sangat 'bini' dia di periksa. Kih kih kih... sekali pandang macam menunggu isteri bersalin la plak. Ha ha ha... risau sangat. Takut sangat apa-apa jadi kat Lady D tu,kan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kami buat appoiment jam 2:30 petang. So di jangkakan kereta siap pukul 4:00 petang. Di sini once kereta ko naik kat benda ala tu. Di kira perlu siap dalam sejam. Kalau nak pasang itu ini ko kena tunggu la. Hanya service sahaja. So kalau lebih one hour its free...

Alah minor service apa yang lama sangat pun kan? Tukar semua benda je. Waaa aksen pandai je akukan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Lady D di angkat tuk buang segala kekotoran ::

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kat sini ko leh nampak dengan jelas cara diorg kerja. Kalau kat bawah tu nampak jugak tapi di halang dengan kereta2 yang nak pasang skirt la, pants bagai. So senang kat atas ni dapat la korang tengok kereta korang macammana. Plus kat tiang tu siap tulis "Kereta anda di service oleh......." Nama makenik tu. Macam aku punya ari tu Fauzi. hehehe tu nama mamat depan kereta kami. So agak senangla, kalau apa-apa mmg kita pun senang la nak deal dengan siapa.

Hanya mengambil masa setengah jam je tuk service.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Nak tunggu pasal sound alarm plak ::

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Ruang kanak-kanak::

Sempat pasang angan2. Ada tempat tuk kanak2. Baby nak tido ke apa ke,boleh baring kat situ. Ada mainan jugak. Senang. Lawakan deco macam tu. Veranggan nak buat kat umah tapi tak ada budak kecik. Alah buat tuk anak2 buah yang nak mai umak mak long pak long pun ok jugak.

Time tu aku mengantuk sangat. Rasa macam nak baring sbb span kat situ. Kalau ada budak lama dah ku landing buat2 temankan anak... hahahah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Time aku kuar tengok kereta, family ni semua duduk situ. Family ni bawak Alza kot... babynya satu, tapi satu family duduk situ mengadap baby tu memain. Dengan atuk nenek join sama. Jeles saya!

Best la... kalau aku ikut zamani pun tak bosan. Sbb ada jugak stremexy kat sini. Dan bila ada internet connection, tak ada istilah bosan buat saya... lalalalala

Tuesday, October 19, 2010

lihat la.... Salah siapa?

YANG!FOR YOU...KORANG TGK LA... MCMMANA BADAN AKU TAK NAIK??? ZAMANI TAU HANYA COKLAT INI DAKU TAK TOLAK...SOB SOB... REZEKI TAK ELOK D TOLAK... YER DAK?

Buat aku ketagih dan gemuk

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yer menu wajib ambik...

Sekarang dah macam KENA ambik tiap2 minggu. Murah pun murah RM 4 henget je... tapi tah... sedap ku rasa melampau2...

Ekceli aku minat Secret resepi punya, tapi mahal... mau bengkok abang kesayang ku itu... jelly dia tu penambah perisa...yum yum...

Seminggu makan luar, seminggu sebat air ni... dan dalam seminggu berat ku naik 2 kg!!!!! oh tidakkkkkkk selamat tinggal ais belen choc ku...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails