Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, April 16, 2013

Kenduri kawin

Hello readers!

Amani iman dah tido. Dia tak tido siang so? Malam pukul 9 dah mengantuk. So sambil mengadap dia tido, maka kita update la entry. Sawang dah rumah aku... Hahah buget ko retis ke? Banyak sangat org baca blog ko?

Tak kisah pun....

Cerita 3 minggu lepas. Anak sepupu ibu kawin. Aku kenal2 mcm tu je la. Kalau dah atuk aku datang, so semua kena pergi la. Me malas, sbb tak kenal. But bila dah ramai2... Pergi je la. Lagi pun atuk berulang kali tanya.




Zamani lead the way. Bini dan anak mengedik. Erm tengok mulut amani iman. Isap punting lama sangat. Baya dia semua dah stop isap punting. Dia? Dah jadi addicted sampai sekarang .Ko sembunyikan puting , dia ambik anak org lain punya puting. Tu la salah we ols tau. Haizzzz...sbb tak nak ajar dia stick to one pacifier. Konon senangkan diri sendiri, kot kalau tinggal ke apa tak yah nak cari, beli pun ok. Mmg la jadi, buat2 la nak buang puting ke apa. Dia ok je...



Amani iman bila dah besar ni, dia nak berkawan. Aku biasalah paranoid tak habiskan. Tapi zamani cakap biarkan. So dia suke bila dapat duduk kusi org besar dengan abang sepupu dan pak cik baya dia... Hahaha



Sangat behave... Makan! Minum. Duduk pun tak buas. Kalau ko dudukkan dia atas riba ko, mmg susah nak kawal. Kejap naik atas meja... Kang nak turun. Kang kapai apa je yang ada atas meja. Stress! So hari tu bila kita ikut je dia. Dia pandai bawak diri pulak. Nak buat apa je tengok ibu dulu... Tunjuk isyarat jari je dia dah faham... Bagus!



Majlis perkahwinan kat kajang. Ini rumah pengantin lelaki yang kami pergi ni.



Meja makan beradap. Tapi ada budak yang agak biadap telah mencacatka. Kek pengantin!!!!!



I got my own reason to be paranoid, seorg mak yang hati2. Sbb kita sendiri rimas tengok anak org kalau nakal, betul tak? Punya jaga! Ralit sikit je... Amani libas bunga manga kat kek... Kek tu 3 tingkat ok... Kalau la jatuh! Celah mana mak ko nak cari amani iman!!!! Kami bawak 3 hero, tapi heroin yang terlebih lasak...

Hahah amani dah nampak mak dia besar mata, kelam kabut peluk atuk... Yang lain pujuk aku... Budakkkk dia tak tahu apa2... Mmg la mak pak dia la kena tahu apa2... Terus je bawak amani iman masuk rumAh. Panas ati aku sepanas cuaca di luar rumah. Hohoho


Makan cendol pun tak ada senang. Rumah tuan rumah ni dah la bersih. Susun elok je walaupun ada majlis kawin... Impress.. Rumah sendiri tak ada kenduri pun berselerak macam ada kenduri!



Nenek saya yang tengah-tengah pakai tudung pink. Dan yang tudung itam adalah nenek pengantin.



Amani teruja tengok cermin ni macam cermin ni cermin ajaib. Kejap2 sorokkan diri...


Budak ni ajak balik sbb nak shopping! Mogok bila mak long tak layan kehendak dia.


My atuk ( baju biru) dengan atuk pengantin. Kira adik bongsu atuk. Tinggal mereka dua beradik je. Tak hagak berbual depan pelamin... Hahaa


Pengantin data g dalam pukul 230 macam tu... Yes sungguh dan sangat panas ari tu....


Tema cream puteh... Tetiba macam confuse. Tengok pada hiasan semua macam oren and cream, masuk pelamin, merah...

Tak pa la... Janji semua berjalan dengan lancar. Lama gak kitaorg berkampung kat situ... Dari kul 11 pagi sampai ler 230. Masuk kereta amani tido... Mak dia nak tido gak, tapi risau abak terlelap sama... Atuk nenek pun ketiduran sbb panas, penat dan kekenyangan...

Itu sahaja laporan tuk hari ni...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kajang

Friday, April 12, 2013

Lunch time



Nampak tak org depan aku? Tak adakan? Hahah lunch sorg diri ari ni. Ari ni jumaat. So abang zamani keluar awal. Akukan pekerja yang baik. Bole kot keluar awal tapi tak berani la. Makan sorg kat kedai mamak. Tak ramai org sbb mungkin hari ni jumaat. Tak kose aku nak jalan panas2 ke tesco. Hehe alasan... Takut sebenarnya. Nan ado temankan.



Lunch ku hari ni.

Ok mau naik opis. Bye BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Minum 'drive' bertukar jadi Aaron ajis??



Statement tak bole bla zamani. Selalu minum red bull so semalam dia cakap kat BP jual 'drive' 2 tin RM 5! Sbb satu RM 2.9

Y 'drive' selalu red bull.

Than tanpa rasa serba salah dia cakap???

' minum drive terasa jadi aaron azizi' hahaha lawak ok! Dia perli bini dia. Sikit2 aaron aziz. Alo alo alo. Tapi mmg aaron aziz terbaek pun.
Kan kan kan BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, April 11, 2013

Follower yg setia



Follower tegar ku. Zamani kalau ada add apa2 application yg baru dia mesti geleng kepala. But i dont carelah kan. Tp few day after that dia sure open account and join me. Hahah penangan amani mmg kuat. Cause he know mak amani mmg rajin update semua ni. Hahaha

Kalau dia pulak bukak account application apa2. Dia akan dlown and open account for me. Mcm instagram. Leh gaduh bila aku tanya password dia mati2 kata tak tahu. Bila aku ckp hang ko bukak account tuk aku. Baru nak tersengeh mcm kerana busuk.

Korang rasa kenapa abang zamani buat gitu? Jelea ke? Nooo dia pantau kot bini dia merapu. Know him la. Diam je tp sekali tegur akak sentap tau!


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

WeChat

WeChat

I chat, u chat? WeChat!!! So new application. Macam2. Mcm menarik terus download and paksa my relative dload sama. Pastu abang zamani menjadi mangsa paksa paksa paksa download cepat! Hahah

So far mcm tak gheti gune. Not like watsapp terus link dengan contact, yg ni request than kena tunggu plak org tu approved. Bila dah semua approved jadi syok dan gila!

Few second je pun. Function mcm wokie tokie je.





Korang dload ar. Seronok. Di galakkan my relative tuk dload so that we can chat macam sebelah rumah. Bye! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, April 10, 2013

Sosial media

Salam....

Terpanggil buat entry pasal sosial media...

Memula gila facebook... Aden ado...

Than di ikuti pulak dengan twitter... Aden bukak walaupun aden tak ghoti. Apa syok twitter ni pun tak tahu.

Lepas tu Instagram... Pakai blackberry mmg idoklah. Tengok je suami aden tu post gambar. Cantik2... Pakai telephone je kot snap gambar. Tapi macammana leh cantik... Bla bla bla... Bila dapat ipad, terus install jadi teruja.

WatsApp... Tango... What else?

KEEK! Aku download than rasa macam poyo... Kalau ko artis tak pa gak la. Tapi bila tengok artis mcm bosan. Ko follow artiskan. Tak ada beza ko tengok kat tv. So aku follow blogger yang aku suke baca blog diorg.

Seronok gila ko! Yer la... U can see org tu macammana. Baca blog je,Macam ko baca buku cerita. Ko dok bayangkan dia ni macam mana... Macam aku pulak, aku baca blog org aku bayangkan cara org tu bercerita. Well mmg ko bole tahu ayat yang diorg guna tuk blog dan secara live.... Bole ku katakan menyeronokkan...

Yah i know some of you yang cakap syok sendiri, poyo... Lantak la tak suke jangan follow. Dah tu jangan la tengok, ko tengok than ko nak komen org ni poyo, org tu eksen...get a live mannnnn!

Bagi aku la... Post kat fb, post twitter, instagram semua ni, hak masing2. Aku tak rasa pun diorg atau mereka2 ni ganggu org. Diorg tunjuk apa diorg buat, apa diorg lalui. Setengah org akan cakap, eh tak ada kerja lain ke? Yahhhh tak ada kerja la tu. ada kerja diorg tak buat benda2 tu. kadang2 jadi pelik... Ada je yang bukak account just to follow and to be kepochi.

Aku sendiri? Tah... Benda2 ni dah jadi macam sebahagian hidup sekarang. Kalau tak ada internet rasa macam nak gi cekik service provider. Opis baru aku ni, tah diorg tak ingat wifi. So tak leh pakai wifi. So bulan ni quata tuk internet pakej telah pun melebihi had. Than dapat sms dari maxis. Increase credit limit to 3g internet plan RM 68. Sekarang plan 500 mb sebulan RM 55. Harus la upgrade... Happy ko!

Sbb tu aku tak heran sangat kalau ada kawan ke tak. Sbb i got friends in my pocket. Kadang2 yang tak kenal pun tegur,buat aku rasa happy. Eh at least kurang tau dosa. Hahaha yer ke... Niat tu kena betul la.. Macam rutin aku,

Pagi bangun tido, lepas bersiap HARUS bukak FB, its like newspaper ko tahu. Hahah tengok status2 dan update2 kawan2, sedara dan keluarga. Bila keluar rumah, aku akan snap la gambar yang aku nak snap. Muke tak lawa nak post kat FB, so apa yang aku rasaa nak bagitahu satu dunia aku bagitahu. Tak ada niat lain. Tak ada niat nak riak, nak menunjuk. Kalau dengan amani, aku suke rakam aksi, macam selalu aku ambik video than simpan kat dalam phone or ipad. Sampai dah tak terrtanggung memori gajet ko tahu! So nasib baik ada keek. So abadikan semua yang ko nak kat situ. Than malam nak tido, baca blog yang aku follow. Its like reading book sebelum tido. Kalau malas, update entry.

Itulah masa yang aku gune sepenuhnya. Sampai amani pun dah pandai. Kalau nampak camera ke video ke. Pandai dia beraksi. Tak geram ke ko tengok??? Maksud aku, aku la...

Sometime zamani bising... Eh dia tu nak bising aku surfing la apa la... Dia mengadap game tak menyedorkan diri tak pa lak? Kan??? Bagi aku, selagi ia tak menganggu org, buat tak tahu je. Ceriakan cerita2 di FB anda, twitterr, instagram dan keek anda dengan cerita anda sendiri. Tak yah nak peduli sangat la org lain.

Kan kan kan...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bilik haku

Memori daun pisang

Sengkuang calit

I teruja tengok sengkuang calit ni jual. After more than 10 years tau tak makan. Habis sekolah mmg tak jumpa lagi. Ahad tu bawak amani pergi taman layang2 and jumpa la. Dulu 30 sen now seringgit. Tak kisah sangat la janji dpt rasa.

Dah beli, agak frust bila sengkuang tu keras and rasa pun ermmm hilang mud nak makan. Kalau dulu sengkuang tu rangup tapi now? Gigi pun sakit baiiii.

Heheh banyak no aku punya komen eh. Nak jual la sendiri. Kan kan kan.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, April 9, 2013

Jahanam


Salam...

Hari ni? Aku rasa tak besh! You know why? Sbb saya telah membocorkan rahsia syarikat pada org luar yang saya ingatkan 'org dalam' company ni sendiri... tell you i hate the girl that i talk to. Padan la she question me a lot of thing.

According to my bos, dia suke cara company ni kerja which systematic. Alaaaa ko buat excel je. KAlau u have accounting software yang elok, ko bole refer to system je.Tak susah pun. Aku pun masih baru lagi nak faham nature company ni. So i tot dealing dengan perempuan ni macam u deal dengan pekerja under bos u jugak la. Cume company yang beza.

Mana tahu rupanya lain. My bos pun tak cakap apa2 cume cakap communicate dengan this gurl je.

Bila aku call dia, aku bagitahu im from company A. Dia mcm tak kenal je nama company yang aku sebut. Dia tanya lagi, but told her aku baru je join one week. So dia pun macam peramah2 la. Aku tanya sama ada company dia tu buat benda yang sama as my company, she said "AAH" kalau dah sama senang la kerja aku. Than dia client company aku siapa

So i bagitahu la one of client tu. Kebetulan dah itu  je nama client yang aku uruskan. Dia buat friendly dia dengan aku tanya sama ada dpt letter from the client tak sbb ada pindaan sikit. Akak ni tunjuk friendly jugak la cakap dapat, this and that.

Than dia cakap bos dia call. And will call me back. Aku mmg tak berapa senanglah nak cakap dengan dia sbb dia tak jawab soalan aku pun. Dia terangkan aku like i fresh graduate punya budak. Cerita pasal account. Mak ayah aku hantar aku sampai degree dah pun. And aku background account more than 10 years! So malaslah nak return call dia ke atau tunggu dia call.

Than pagi ni my boss call me... terkejut la... muke bos yang pucat and tetiba dia cakap i not suppose to tell her anything. Dan start investigate me,la kan... mcm mana aku cakap semua. Aku dah tak sedap ati. Kalau PNC takkan aku nak bagitahu. Dan dapat arahan dari bos aku yang aku bole communicate dengan dia. Bila aku cerita, my boss cakap lepas ni tak yah cakap or call dia... and he will tell the girl dont be bzbodi.

Sbb tu la aku tak suke nak join budak2 opis ni. Lain pulak jadi sbb bila ko bahagian finance or account, kau banyak pegang rahsia syarikat. Silap langkah habis ko! As for me, tot we team. Kalau kat opis lama aku pegang semua. Sini setiap org ada tugas dan tanggungjawab, so they narrow down kerja kau. So mana ko nak tahu mana team ko mana team org lainkan?

Still aku terpikir2 pasal benda ni... apa pun process learningkan?

Oklah kanda ku dah menunggu tuk lunch together2. Sejak opis dekat ni, we all macam belangkas... hahaha... iyo la...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Friday, April 5, 2013

Happy birthday my Hubby

Salam....
Its 6 April! When 6 April muncul bermakna hero saya tua setahun. Well perkahwinan yang baru nak masuk 4 tahun dan perkenalan yang baru je 4 tahun, dah tak tahu nak beli apa tuk besday boy.
Hanya doa la tuk tahun ni yer kanda...
Selamat hari jadi yang ke 37 sayang... Terima kasih di atas segalanya. Terima kasih di atas kasih sayang... Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia dan kawan di kala suke dan duka selama ini. Doa dinda semoga kanda sentiasa di lindungiNya dan sentiasa murah rezeki.




Kau ada dikala ku suka, Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu




Happy birthday hubby... Love you everyday! Every hour! Every minute! Every second!
- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, March 31, 2013

My new job

Salam...

Dah 5 hari aku setat kerja... Alhamdulillah, nampaknya aku selesa dengan kerja baru. First two days mmg tak ada kerja. Sumpah aku macam org bodoh je rasa. Mengantuk, nak surfing net pun macam tak berani. Kang org kata ko makan gaji buto!

Alhamdulillah minggu ni cuti sekolah. So tak banyak la kereta. Abang zamani hanto akak gi balik kerja. Masa kerja 9-530 ptg. Yang syok depa ni tepat pukul 530 balik dah... Tak pusing kiri kanan. While me? Opis abang zamani dengan akak lebih kurang 5 km??? Hagak la... Tapi kalau jem tu ambik masa setengah jam jugak la... Zamani balik kerja pukul 545. Cik abang tu boleh tahan lemah lembut juga nak ambik tatak korang ni. Bayangkan 530 semua dah balik, zamani 545 habis kerja. Dia punya masa nak kuar opis pun dah pukul 6.... Stress ko tahu!

Budak opis tentu cakap aku poyo banyak kerja nak buat. Lalalalala...padahal????



Yeah my new opis. Terkejut bila diorg bagi aku bilik. Heheh...sempat ko snapkan?



Study serba sedikit pasal company... Mmg blur masuk. Tah aku jenis yang tak mesra alam ni. So budak2 opis pun tak berapa mesra. Only one or two je. Masuk je, tunjuk tempat duduk aku. Tak terangkan apa2 sampai selama 3 hari aku guna toilet lelaki ok! Padanla semua tengok aku semacam je. Than aku tengok seliper toilet pun saiz lelaki... Terasa macam nak gantung diri bila senior aku tanya selama ni aku gune toilet luar ke? I said yes... Kot ada 'kesan' yang tertinggal ke apa. Hahaha

Rupanya toilet perempuan belah dalam, bahagian belakang.... Pantry pun asing lelaki perempuan! Dan di sebabkan staff melayu semua perempuan. So surau pun kat area tu jugak. Lelaki staff banyakkan runner. So solat gi je masjid negeri. Hahaha

Tapi tak pa... Cabaran org baru. Zamani marah aku sbb tak nak rehat dengan Diorg. Dia tu macam tak kenal akukan... Dia ingat bini dia ni mesra alam ke? Dia sendiri tak ada kawan. Lagi nak kutuk aku. So di sebabkan tu dia turun lunch dengan aku every day. Hahaha...



Perbualan laki bini... Bila pukul 12 je tanya lunch mana. Elok lunch sesama ni... Hahaha jimat kos!


Pandangan dari bilik aku... Depan tu federal highway. Sesiapa nak info trafic boleh roger. Hahaha...at least tak la bosankan. Bole cuci mata.

Kerja ni mencabar jugak. Tapi banyak working paper. Banyak akta kerja aku nak kena tahu sbb itu sebahagian dari job scop aku. Masih lagi belum menyentuh akaun. Bos aku nak aku belajar flow business ni dulu sbb aku boleh touch account. So aku kalau baca2 ni mmg otak lembab. Baca sampai 10 kali sbb nak faham. Aku tak suke nak hafal, aku lebih suke fahamkan konsep. Jadi org pusing macammana pun kita boleh terangkan.

Masuk hari ke tiga dah mula biZi... Mak aiiii so far customer aku mmg banyak songeh la... Yang best company aku tak ada masalah pasal bad debt. Sbb semua cash term. Tapi nak buat confirmation tu punyalah mencabar. Diorg pulak jenis cakap lepas. Cakap system culculation bodo la... Apa la... Sampai confuse, siapa yang baru ni? Aku pekerja baru ke, atau ko customer baru? Tengok contract dah setahun dua ikat contract tapi tanya macam ko customer baru pulak. Oklah mungkin aku org baru kot...diorg ambik kesempatan la... Ambik 3 hari jugak la nak suruh diorg confirm figure... Hawau je.



Motip gambar? Ini la pencel yang aku gune... Ikea ok.aku nak tanya stationery pun macam takut... Takut org baru selalu di cop bukan2. Hahah biasa buat kat orang, kan dah kena batang idung sendiri. First day tu jugak aku beli barang stationery. Pueh hati den...

Ekceli belakang opis tesco... Apa lagi??? Makin syok la cari alasan nak beli barang. Tak pa la... Aku ni memilih pen, pensel semua. Kang tak sedap aku jugak bising, sentap!






Ha hasilnya? Bahaya tau... Asik terjebak je beli baju... Hahaha.

Ok tu je nak cerita... Bubui

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Opis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails