Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, July 26, 2013

Majlis berbuka Nakhoda

Salam...

Dah berapa Ramadhan... tak kuasanya nak tulis pasal puasa macam tahun2 lepas... haiz... dah masak makan. Tak ada nak snap gambar. Macam tu kat umah mak mertua atau kedai. Lepas azan je makan. Sementara nak tunggu makan tu adalah snap gambar letak kat IG dengan FB je...

Tapi ni nak cerita, ai dapat invitation dr ex office. Boss aku kata dia rindu aku. Wahhhh... jemput dtang... undangan khas la kiranya ni.Sila la jeles yer kawan yang dah berhenti dr Nakhoda. Memula bos tanya aku free atau nak join majlis berbuka ni... tapi akak takkan nak pergi sendiri. Tak syok la... dah ni 'bekas' kawan sepejabat... nanti apa pulak abang zamani korg cakap...

ho ho ho... abang ai tu, nampak je ok...

Aku tolak pada mulanya. Tapi bila dia cakap Zamani dan Amani di jemput... apa lagi??? jangan di lepaskan peluang!

Seronok dapat jumpa diorg... macam aku cakap la...kalau nak ikutkan opis lama kawan2 lagi best. Sbb lamakan? Gurau senda semua. Bila aku masuk je restaurant tu, bos aku dengan wife dia mmg layan aku baik... yang best diorg cakap aku KURUS! hahahah

Puasa mmg la kurus... kah kah kah... sebenarnya bila kita pakai baju hitam, mmg nampak la kecik sikitkan. Nan ado maknanya...


 
 Bodonya aku ambik gambar 'bekas'... gara2 ai malu... kata tetamukan... padahal nak ambik dekat2. Kemaluan sangat... Mmg diorg book tingkat atas tu tuk company. Lupa kitaorg makan kat Nyonya Kitchen, Bayu Perdana Klang.

Kuih, rojak buah dah buah2an....

Sampai sana mmg tak makan pun... banyak berbual. Banyak sangat benda nak di bualkan... cerita pasal progress semua. So far diorg ok tanpa aku...kih kih kih...

Ex boss aku berulang kali tanya 'You eh, tak nak kerja balik dengan saya ke?' Gelak je la... offer macam tu je ke boss? Heheheh...

Ala nak beralih angin jugak... lama2 bosan jugakkan.



 Ini maid bos aku... merangkap telephonist kat opis tu... budak Kemboja... mmg lawak, nampak aku macam nampak retis! hahah nasib baik tak minta otograp... dia suke sangat dengan amani iman. Amani dah jumpa cinta hati dia... kawan anak aku...


 Ni macam pasangan pengantin baru... heheh baru lepas bersalin. Datang berdua je... mmg payah anak kecik nak bawak. Kang meragam. Tak pa la bebila nanti bole jumpa dengan baby...

Ika dan Aisyah
 Si Aisyah ni aku interview dulu... blur habis... hahah tapi dia yang terbaek... wakaka...sekarang org kuat kat Nakhoda... tah bila nak belanja aku yer... wahhh tetiba... dia kerja bersungguh2, ko nak dapat nama. Apakah?


Aiyah dan Fazli

Di sebabkan Fazli ada awek... so aku paksa kawan aisyah masuk...kang fitnah... aku tak boleh tido malam di ganggu oleh Fazli... jangan salah anggap... bukan kacau apa... mengadu domba la... pasal aweks... sebelum aku pening maka ambik tindakan sewajarnya. Tak boleh berdua... kena bertiga...elakkan fitnah. Tak jadi tunang jugak si Fazli hujung tahun ni.


BFF kat Nakhoda... 
 
Nakhoda team.   
  

 Bos aku baya Zamani... mudakan? Bini dia baya adik aku Fidah... aku akui la diorg ni mmg baik sangat. Kalau tak, takkan boleh tahan sampai 7 tahunkan? hehehe... tapi ada sbb la... kalau tak aku tak akan gerak dari kotak selesa akukan?



Bersama Jenny... ketua deparment tuk Declaration... 

Vanessa, May Chua dan Winny.

Rahman (Warehouse supervisa), Jeffy dan Chin... diorg ni, kuat betul kerja! tengah makan pun boleh cerita pasal kerja... aiyaaa... tak berubah... bagus la... keep it up bro!

 Punya bz nak bercerita, ini je sempat aku snap gambar... hahahah teruk betulkan? Janji ado... itu pun sbb Susi gi solat magrib. Boring tak tahu buat apa... ambik la gambar. Ko nak suruh abang Zamani snap? Dia sejak terima anugerah bapa mithali, boleh jahanam dengan Singgah Sebentar... kalau tak bukan main arkan? Dia sekarang lebih minat ambik gambar anak manja dia  je.

 Ni cendol santan nama dia... Santan dia je bukan main banyak lagi... 

Amani Iman dah ada boiperennn... bukan main mengekor anak kawan aku ni... kalau tak dia segan, main sendiri je, sekarang walaupun tak tahu bercakap, bukan main ramah mulut. Budak tu pun gelak2 macam dia faham je apa amani iman tu cakap. 

Me and Susi...

 Dan gambar kenangan sebelum balik... siap tapau tau... hahaha... gigih pes time gi bufe bole tapau balik umah...

Apa pun ku enjoy...

Terima kasih atas tanda ingatan... insya Allah akan sedaya upaya membantu kalau ada kemuskilan... wahhh gitu...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, July 25, 2013

Rezeki ibu ayah

Salam... aku dah ceritakan pasal adik aku belikan wallet Braun Buffel tu,kan? so sabtu tu dia ajak aku shopping barang raya tuk mak dan ayah aku...

Dia nak belikan kasut raya tuk ibu dan baju raya untuk bapak aku... so aku ni supir je la kiranya...  murah la rezeki ko ngah... satu rumah dia beli... macam menang loteri. Tapi my sister tak beli hanya sbb kalau dapat rezeki lebih. Dia ni mmg pemurah. Kalau adik dan kakak dalam kesusahan selagi boleh dia bantu... nikan pula mak dan ayahkan...

Bapak aku jenis cerewet sikit. Uhhhh kalau  tak kena dengan citarasa dia... erm.... duduk umah pun pakai kemeja tau... kih kih kih.... kitaorg selalu gelakkan dia. Jahanam punya anak2... dia dah biasa pakai smart. Bila kitaorg tegur dia, dia cakap sayang la sbb dia tak kerja dah. Kalau tak pakai siapa nak pakai???

Betul gakkan?

Ibu pulak selalu mengadu sakit kaki...erm sudahnya Fidah nak belikan dia kasut yang dia selesa... Scholl la jawabnyakan... bila temankan mak aku beli barang, teringat dulu dia bawak weols beli barang raya... sekarang kita pulak pilih untuk dia. Syukur la mak aku mmg jenis yang cool. Kalau ada, adalah...tak ada dia tak pernah merungut atau mintak. Baik dengan anak mahupun dengan suami. Mungkin aku ikut perangai dia sikit kot... heheh sbb tu aku kerja. Nak minta suami ni alahai... makan dalam je... kan bagus kat dahi keluar notis apa kita nak?

Tapi bila dah keluar bertiga termasuk adik bongsu aku, jadi lain macam sikit. Aku biasalah selalu nak seyeskan. Still suke mengarah. Yang adik aku Fidah, mmg suke buat lawak. Ada je... yang bongsu normal la... gedik kena lebih... hahaha... mak2 dan isteri org tak der nak heran sangat. Yang nom tiga ni terlebih ramah tetiba...

Apa je...kitaorg gelakkan dia... tapi biasalah ini peluang nak buli adik bongsu aku... kitaorg suruh dia jaga budak2... wakakak... gaya bibik2 tu adakan? hahaha...


Betul tak? ada gaya bibik tak? Wakakaka dengan seluar kaler blok ko... adoi la hai... mmg sepanjang keluar tu dia kena kutuk secara teruk dengan kakak2 dia... ngeh ngeh ngeh...

Budak2 ni, by the time nak gi shopping, time tu la nak tido. Stress... dah la stroller bawak satu. Untuk si amani pulak malas la nak bawakkan dia stroller yang besar. Bawakkan yang duduk ni. Sekali dia tido... kalau stroller yang besar tu boleh la dia baring. alahai kesian anak aku.

Penat kot main, masuk kereta kena aircond terus tertido. Sama jugak dengan Rayyan. Ok dua budak yang tengah tido... amani punya mengantuk tahap boleh tido tepi jalan.. hahah sbb aku letak je dia dalam seat stroller ni...


Lena dia tido korang tahu.... aku bawak yang ni sbb kecik dah ringan. Kalau ko nak naik escalator pun ko boleh lipat je. Ringan sangat2 la... tapi sesuai tuk duduk je la... abak dia pulak tak ikut. Sbb kerja. Jadi nak tak nak letak la dia kat sini, sbb si rayyan lagi berat kot nak pikul...

Jadi Raeesah mengalah dengan abang. wakakak... dia di dukung oleh 'bibik' seluar kuning baju leopard tu eh... hehehe

Uhhhh Raeesa semangat ooo... tak laray nak dukung lama2... tapi kita terpaksa akur sbb kalau nak pikul Rayyan, mahu keluar taik hijau kot... hahaha...


 
Lama tak bergambar macam ni tau... tudung tu fidah beli kat Humaira. Hodie... oklah smart sbb sarung je... tak yah brooch ke apa... tutup mata pakai je la walaupun org kata faktor usia tu tak kena nak pakai macam tu... waakaka...

Tapi bila amani iman dah bangun, terus je masukkan Raeesah dalam stroller tu... Raeesah baru 3 bulan, so duduk pun tak bole lagi... jadi gigih la kitaorg masuk dan tahan dia dengan bantal... hahaha

 

Wahhhh sedapnya bebulu ni kalau dapat masuk ke mulut. Cubaan nak tunduk menyembamkan muke ke bantal... sangat lawak si checah ni...duduk kejap tetiba je melorot... yang si Amani pulak dah ku 'tambat' dia pakai harness. Sangat aktive kalau dapat berjalan. Semua tengok aku macam mak yang kejam. Sbb aku buat tak tahu je. Si amani cuba nak lepaskan ikatan tu, dia main tarik2 tali dengan aku pulak... bila bengang dia baring tengah2 jalan... oh sangat mencabar!

Tetiba dia tak boleh nak di kawal. Kan aku cakap kalau dia keluar dengan aku tanpa abak dia, dia sangat behave... tapi mungkin sbb nenek dengan mak ngah ada kot.

 Ragam budak2... ni anak aku sorg je...kalau dua?? mak dia mau jadi mak badang... si Amani tengah tunjuk protes dia... geram betul. Nasib baik abang long tido...kalau tak, aku rasa mmg dua2 masuk troli je... senang kerja aku... baik je si checha... hahah belum lagi yer dak? Checah pun macam amani iman kecik2 dulu... diam je kalau jalan2...

 Ko tengok... muke budak yang keras ati... elok la... abak tuduh itu perangai ibu... hoi! hang pun gitu gak... keras ati... lalu je depan zon kid tu, dia dah tentu arah. Time tu si rayyan pun dah bangun... mak! stress... amani tengok rayyan nangis, dia pun nangis sama. Tergendala shopping kat zone kid ni...

Tengok si amani iman... rayyan ajar dia main bowling. Terus 'bertapa' kat situ... tak kasi chan... RM 5 aku tukar, semua habis kat sini...  haiz...

Darah siapa la kuat mengalirkat darah anak ai ni eh
 
 Duduk mengadap macam pro sangat...


 Tu dia.... Zamani junior beraksi....

Ok citer dah habis... hahaha... tak beli apa pun... lepas bawak diorg main game. Beli kasut raya tuk amani, macam biasalah fanatik Mickey mouse pilih kasut jenama mickey la...

Muntah daku... tapi what to do? dia sukekan? Pakai kasut tu asik tunduk je... suke sangat cop mickey tu...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Monday, July 22, 2013

The First Generation

Salam...

First nak cakap, aku terkejut... *Urut dada*

Tengok berkali2... wow! hansemnya? Tapi ada iras2 siapa eh??? Macam laki aku... ada???



This is Arwah Wan Nawawi... Wan Zamani. First generation, bukan girl generation eh... kot ko minat kpop pun hagak2 sikit... uhuhu



 Well... korg rasa??? sama tak? sama tu dak la... tapi kira halal la... kih kih kih... nasib baik Amani Iman tu perempuan... kalau lelaki? Ho ho...op cos mak dia sentap... da semua anak ikut muke dia... apa tak cantik ke aku... hua hua hua... elok la muke laki sendiri. kot ikut muke org lain dah sesuatu la pulak. Kan?



Gambar atas is second generation. Abak mmg confirm la muke Wan... and Zamani pulak turun muke abak. Since we all semua tak pernah pun jumpa Wan. Not even picture pun. Selama ni Mil cerita pun aku agak sipi2 la.. macam Rayyan muke bapak aku... wakakaka... still Rayyan ada muke chomel. Mana tahu nampak gambar ni, dalam otak aku...

'eh apa punya edit la....si zamani ni buat' Tapi tengok nama mak cu Zamani... takkan la... tengok caption Ah?

Hj Nawawi?  Apakah..... jeng jeng jeng...

Ok... at least daku dapat la tengok arwah wan yang selalu di sebut2... Al- Fatihah.... maaflah kalau aku ambik wan ni... puas la aku nak save gambar tapi tak bole! Apa ke heinya? Kalau Apple kacang je nak save gambar... last2 buat entry. Hope bole la save... gila panjang jalan aku nak save gambar...


 Tadaaaa..... version terkini... angel tepi lak... kalau depan mesti nampak sama. Tak pa nanti aku belek lg tengok eh...ku tak puas ati... there must be one picture yang mmg aku rasa sama sangat. Tapi time ni la pulak tak jumpa... 

Motip gambar tunang? 

Faham2 je la... dah tembs ni tak nampak sama... uhuhuhu....

I is banyak kerja... tapi terhenti sat... ok hati puas... entry siap... kah kah kah


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Wednesday, July 17, 2013

Its Braun Buffel


Salam...

Sabtu lepas, adik aku balik rumah tuk sambut puasa dan sahur kat rumah mak ayah aku... tetiba je dia hulurkan paper beg...

Braun Buffel

Apa ni?? chewah buat terkujatkan... mana tahu paper beg je BB tapi dalam kurma ke kan...

Fidah :- Untuk ko Tatak.... hadiah birthday advance...

Jauh lagi kot....

Me :- Biar benar...

Bila bukak paper beg tu, tengok ada kotak berbalut Braun Buffel wrapping paper... takkan kurma yer dak?? hahah

Me:- For real???

Fida :- Aah la... sajer je belikan kau...harga balut free so sajer susahkan sales girl tu... heheh...

Yahhhh rite... buka je.. oh I love you sister...



Me :- Berapa ni?

Fidah :- Hadiah besday mana bole bagi tahu...

Me :- Allaaaa bagi la tahu... ni dah bukak awal tak bole consider hadiah besday...

Fidah :- Poyo la kau....

Me :- Alaaa bagitahu la... mmg tak ada niat pun nak bayar balik... hehehe

Fidah :- RM 399 less 10 percent...

Juling sat mata....

Me :- Tipu!

Fidah :- Betul....

Siap keluarkan resit dari handbeg dia... ha? HA? HA????

Me :- Hye! berdosanya aku... ko dapat duit apa ni??? ke ko beli tuk kau than ko tak berkenankan???

Fida :- Bodonya beli tuk sendiri habis balut bagi diri sendiri ke?

Me :- Mr Bean buat apa...

Fida :- Aku ingat 50%... jahanam gi kaunter bole pulak dia cakap salah... 10% je...

Me :- Laaa belum bayar punkan? tukar je la.. apa la...

Fida :- Malu la... tak pa... rezeki ko. Ko banyak tolong aku...

Tolong apa??? gila adik aku ni....terus masak sup daging tuk Rayyan... hahah kejikan!Esh idoklah aku nak beli mahal2 ni... set kat otak handbeg paling mahal pun RM 100 je la... wallet pun RM 100 lebih tu sila kerja OT 12 jam 365 hari...

Amboi cida..... bercakap macam org tak mampu... yer mmg tak mampu pun. Bila dah kawin priority to family... bukan senang... i dont mean aku tanggung semua ar, tapi back up. Time2 nak mewah berakhir bila anda kawin... hehehe...

Kawin dengan Dato ka, or something yang mewah oklah... bonus for you... tapi aku ni bazir jugak kalau nak ikutkan. Tapi bukan pengemar beg ke kasut or baju... aku suke habis duit ke baju2 yang murah, jenis bawah RM 50 ni, boleh beli satu kedai... hahahah... aku lebih suke habiskan kat suami dan anak.

Sudah rasmi sblm hari jadi

Aku belikan dia kek je tuk besday dia tau... ini balasan kek yang tak sampai 50 henget tu... wakakak... percaya la uols... beg mahal tapi duit tak sebanyak tu pun dalam tu... ho ho ho...

Suke bau...

Bau kulit....

Kulit yang best... kulit yang mahal tu....

Hahah benda Freekan... kalau beli sendiri mesti aku menyesal tak sudah2... hehehe... bila pikir herge tu, mula la cakap kat adik tu

'Eh ko belikan aku oven pun ok....'

'Eh ko belikan aku baju raya pun alrite'

HAhah dasar!!!! org dah bagi kebas je la!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, July 16, 2013

Memandu ke tempat kerja

Salam...

Hari ni aku drive sendiri ke opis... lama sungguh tak mengadap jem dengan mengunakan kederat 4 kerat ni. Chewah... bercerita macam bawak Bulldozer...

Pagi ni hati syahdu sbb Amani iman kan kurang sihat. Semalam nak tido dia cium pipi aku dua kali... alahai anak buat hati ibu cair tau. Sampai dia pegang tudung aku tak nak kasi aku pergi kerja. Maka merangkak la mak diakan bangun tak nak kasi dia terjaga. Manja anak ibu... macammana ko nak ada adik ni? heheh

Than dr kawasan rumah dah jem sikit. Zamani dah pergi kerja awal la,kan. Sbb utama aku bawak kereta sbb aku balik 430 petang, Zamani pulak pukul 530 petang. Kalau dia dari opis dia, terus je balik rumah. Kalau nak ambik aku, dah habis masa satu jam je kat area opis aku. Selalu je sentap! Mencik... yerlah dia tak marah akak, tapi bebel dia tu... adoi sayang ,tak gune you puasa... KUASA (bak kata Umar Qayyum) you kurang.

Lelaki kan mmg baran...lagi la laki ai...

Jadi akak terus cakap, tak pa bulan pose ni daku bawak kereta sendiri. Adoiyai payah... dia nak suruh aku bawak kereta tak berani nak cakap. Bila bini bersuara, laju je tanpa berpikir panjang dia sokong...

Tiap hari sampai rumah pukul 7! ko boleh bayangkan tak?

Pagi ni bawak kereta, sungguh lawak. Aikan pemandu yang berhemah. Tak reti potong que, tak reti cilok2. Tak reti nak bawak dekat2 cium bontot kereta org lain. Baiknya saya... ahak... mengakibatkan trafic lagi slow la kot. Terutama kat bulatan simpang lima nak ke bandar Klang/shah alam... ada kete nak masuk kanan, ada yang nak ke kiri. Aku nak masuk kiri, kereta belah aku nak masuk kanan, kereta belakang dok hon macam nak pecah hon dia tu... tercucuk2 bontot kete ai...kalau sentuh WKD, harus ko... ko buta ke apa... aku ada

'P' wakakak... siap tunjuk tangan kat pemandu BMW... kalau dia dengar bebelan aku agaknya lagi best... tunjuk tangan yang mewakilkan kata2... 'Saba la bodo... kalau nak cepat bawak kapal terbang ar!'

Ha gitu....

#sentapatimaknak

Bole pulak time tu, kasut ni nak tersangkut2 kat kapet kereta... ahhh suda... nak masuk gear payah la... kete bukan das auto. Lagi sekali 2-3 kereta hon... ahahaha... stress... pagi2 dah stress...

Aku tak pernah drive kat tempat sibuk macam tu... memula kerja kat Subang la... aku kerja USJ 1 dulu... siapa tahu tempat tu, tahu la betapa jemnya... nak ke kerja pun jam, balik pun jam. 2 tahun suffer. Rasa nak tercabut kaki. Lagi la time tu jalan KESAS... dari dulu lagi kat persimpangan Hicom tu jem. Than persiaran kewajipan tu mmg wajib la jem... kuar lambat ke awal ke sama je... tak ada bezanya.

Time best la sbb kereta boleh consider baru lagi. Semangat nak drive pun berkobar2. Ayah siap tukar CD player kat kereta aku tu... lagi la best.

Sekarang??? adoi la... menguap tah berapa kali dah dalam kereta. Dah tu ada eksiden plak. Akak maintain bawak mcm org tak  bersalah kat line paling laju... hahaha... padan la tengok kereta satu2 potong, rupanya belakang semua menunggu aku...kih kih kih... kereta tua... tekan minyak sampai habis pun lajunya tahap tu je. heheh dah bersalah siap angkat tangan, rasa2 kena maki sila tengok saya masih 'P'

Hahah Pirahhhhhh....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Monday, July 15, 2013

Grand Lexis here i come...

Salam muhibah, salam satu Malaya!


Sambungan percutian kat PD.... Kita check in ke Grand Lexis pulak... mcm org kampung masuk bandar. Akhirnya!!!! baru rasa bau bandar sikit.

Dekat dengan tempat makan.

Bilik ada Wifi.

Menyesal sungguhkan... tapi mahal nak mampus! We all buat booking tu malam esoknya sbb masing2 cuti sampai hari isnin. Harga??? Ok kalau ko walkin mmg mahal nak mamps... harga satu malam, ko bole joli katak. Tambah sikit je, gi la dapatkan Tab ke Ipad, atau phone...

Online agak murah. Since check in ari ahad so rate hari biasa... Garden View Pool harge tu tengok pun nak berak cair... RM 654 kot... yeahhhh... kata kongsi tak ada hal la... sehari je pun.

Dapat kunci jadi sakai jap... wahhh adakah ini syurga... hahah tetiba ko nak bandingkan pulak. So??? Masuk2 masing2 ambik gambar. Yang bukan blogger pun ambik gambar nak tepek FB...kita apa lagi? Meh aku tunjuk apa ada dalam ni yer

Mula la berangan nak rumah yang sederhana, ada pool... wah syurganya dinda rasakan... bangun pagi, lambat pergi kerja terjun jekan... Amani iman kolam luar pun teruja... dalam rumah, apa tah lagi. Sedia nak terjun je minah tu.

The Pool....
Tak dalam 4 kaki je... tapi kalau anak jatuh dalam tu (Nauzubillah) bole lemas jugak tau. Aku dok jaga je si Amani... bukan boleh percaya minah tu. Pantang lepa... kalau air tu mmg minat dia. Kalau korang nak tahu, kat umah pun we all elakkan tadahan air. Takut uols... dia ni kalau buat kerja senyap2.


Tuan blog minta diri nak berangan. Rumah sendiri tah bilakan? Inspirasi diri... hahaha


Katil king size... di sebabkan my mak cik kira bawak 2 family, we decided la nak ambik extra bed. Kalau ko tanya aku, tido tepi pool pun ok... hehehe...



Bilik air... yang best belakang cermin tu bukak je kawasan pool tu... aku siap cakap, dah mandi, sila ikut tingkap...kang habis basah semua... ho ho ho... muat ke pun nak masukkan?


Bilik air tuk bilas... tandas asing... tak kose nak snap gambar mangkuk tandas. Sama je tak ada beza pun...

Mini bar.


Pelbagai jenis minuman teh... sila la minum sampai muntah. Air tin dalam ais box bukan main mahal setin... padahal air teh bunga je pun... RM 5! Apa gila... RM 5 tuk org kaya apa ada hal...bayar hotel beribu2 satu malam apa la sangat RM 5 tu...

Oh tidak dengan akak... kalau aku kaya pun aku tak minum air yang harga tak masuk akal ni... NEBER!


Ni milik mak si Adam dan Akil... buat benda ni je berejam2 kat teluk kemang tu... sampai rasa nak pengsan kepanasan yang melampau kat PD





 Ko tengok amani yang tenang... nampak je tenang... dia punya suke... sampai sorg2 escort dia. Jangan main dng budak ni,kalau dia nak terjun dia terjun je.

 

 Budak2 mmg tak sabar. Aqil ada sikit takut... Adam macam amani iman jugak... dah turun tak nak naik... aku rasa nak benamkan je ko dalam air. Tido, makan semua dalam tu. Tapi siapa tak sayang anak. Ni pun cukup risau. 3 hari tu asik berendam je dalam kolam


Dah masuk air, senyap la... suke bukan main... Zamani time ni dah tak larat sangat. Kerja dia baring je... so kata private poolkan... akak turun padang la... temankan anak mandi. Sbb amani tak nak org lain pun pegang dia...

Kata divakan? **Mata ke atas**


 

 Amani pelampung ni dia tak suke... kerja dia, nak keluarkan diri dia dari situ. Mungkin sbb kaki je kot kena air. Tu yang tak syok.

Tell you Amani Iman suke sangat air... dia tengok bapak dia menyelam... dia tengok Adam menyelam, tetiba aku tengah dok berbual, dia masuk muke dia dalam air. Dia relex aku yang terjerit2... paranoid terus ingat anak lemas... apa dah... lagi dia buat...

Zamani biasalah life saver. Dia pujuk aku tuk bagi amani main air cara dia. Nak tengelam ke apa ke, biarkan. So amani iman belajar. Kalau dia tak suke, dia sendiri akan stop.

Ok... kita ikut...

Bila Zamani cakap 'Yang cube selamkan dia...' What!????

Tak nak la... mmg bangkang... but laki ku suruh jugak. Habis anak dia dah tertuduk2 cubaan selamkan diri dalam air...

Ok... kita try...

Suke ko!!!



Sesi menyelamkan anak...  

 

 Keluar dari air pun muke ada senyum... lepas tu minta banyak kali nak buat aksi selam... oh anak!

 

 Terus je abang Zamani suggest aku pergi kelas renang. Sbb anak diakan takut org???!

Lepas je mandi, bukan main lapar sorg2... hahah lawak sungguh.... aku terus order pizza. Ha! kata dah duduk tengah pekankan, action la ko order Pizza... kalau kat hulu Best Western tu? Melalak la kalau ko lupa beli barang... ahak!

Open table... si amani pun makan sama... laparkan... paling lama berendam dalam air. Naik je nangis... susu sampai 3 botol!






Anak aku yang sopan.... diam je kalau tengok video... kalau besar esok, jadi macam ni bila mengadap buku yer...



Ok keadaan bilik using Panorama Mode... ini la keseluruhan bilik... boleh muat 2 family je... sbb tu ingat nak ambik extra bed! Tapi tak ada... habis takkan nak tido berhempit2 atas katilkan...
 
Ok nak cerita sikit... si Zamani tak mandi kolam ni sbb petang tu sbb dia tak sihat. Kira flat le... so lepas bini dia bagi makan ubat. Abang sayang saya ni, dia mandi sendiri malam2. Nasib baik Adam dah tido. Adam tertido pun penat nangis, mama dengan papa buat dek je dia nak mandi lagi sbb tak puas. Sekali abang Zamani mandi... anak dia  ingat abak nak mandi dengan dia. Tapi mak dia tak bagi. Gila apa malam dah... 


Zamani mandi sajer nak sakitkan ati anak... siap pakai pelampung miki Amani Iman.


Tengok betapa terujanya si Amani Iman... minta bapak dia ambik dia.

Memula, Amani Iman diri kat tepi je...



Minta abak bawak dia masuk kolam sekali... hahahah mmg lawak tau... si amani ni mmg pelakon yang bagus sangat.

Ekceli salah aku jugak la... sbb aku bz dengan camera nak rakam aksi Zamani dalam kolam... hahah aksi la sangat. Yerlah dengan gelagat si amani iman sekali.  So si amani ni sbb takut mak dia, memula dia kat tepi pintu, than makin ke depan... last dia duduk sambil kaki main air. Tarik dia, dia tolak kita... fine... zamani cakap dia tengokkan amani sama.

Amani sibuk nak pelampung miki dia tu. So dia kais pelampung tu guna kaki dia. Bila pelampung tu dah kat kaki dia,  We all tak terpikirlah apa-apa... si Zamani pun leka main dengan anak dia...sambil pegang pelampung tu. Tetiba!!!!

Amani iman TERJUN!!!!! terjun betul2 dalam pelampung tu...

Aku dengan Zamani menjerit... Amani iman galak besar... berjaya terjun dalam kolam. Berderaunya darah... bayangkan kalau kami tak ada kat situ and time tu Zamani tak ada sekeliling amani. Mean berenang jauh dari Amani IMan. Macammana???? Nasib baik tak tercampak phone aku... kalau tercampak... padan muke la...

Pak cik mak cik, mak aku semua keluar sbb kitaorg jerit... Amani dah selamat basah dah... angkat dia, dia melalak macam apa je... Yerla penatkan pikir nak masuk dalam air tu. Habis kena keluar pulak... Malas nak dengar dia bising, bukak pampers.

Mandi la kejap...





Oh anak... bikin jantung mak ko berhenti! Esh.... Zamani pun pucat muke... hahah terdiam ko. Cakap bini tak nak dengar.Tahu malam dah, dia mandi. Dia suruh tutup pintu dengan langsir. Mana si Amani Iman nak... dah nampak bapak dia mandi, nak tutup2... idoklahkan...

Terus je ajak Zamani balik malam tu jugak... hahah seriau... kang memalam dia bukak pintu, how??? Tapi pintu kat situ ada selak tinggi. So kemungkinan budak nak bukak tak la kecuali ko lalai tak tutup pintu.

So kita decide balik malam tu. Since tak ada katil extra... nak tido lantai pun tak ada bantal extra ke apa... pandai strategi Grand lexis kan... Tapi tak pa, next time kita bole pergi... insya Allah... mmg dah book la ambik hotel ni... ko nak ambik satu villa lagi tak pa la... balik klang tido sudah!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails