Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, March 9, 2016

Memori daun pisang



Rindu... ini la sekolah ku...

Dan sekolah amani iman zulaikha.... insya Allah.

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 8, 2016

Tanam anggur

Salam...

Dah 6 bulan jugak aku menganggur. Lepas2 bersalin which dlam pantang pun aku dah mula update resume dan hantar mana2 yg memerlukan finance/account manager or senior exec.

Tp belum ada rezeki. First interview aku lepas 3 minggu cser. Minggu ke 2 diorg dah call. Nampak macam nak pakai urgent. So pergi ok. Merayu pada mak and somi. Diorg mmg tak benarkan. Tp hakak degil kot itu rezekikan?

Tp sayangnya tak dapat pun. Bukan rezeki. Hujung pantang pun di panggil interview lagi. Tp tah la, diam lama tetiba panggil untuk second interview. Harap2 dapat la. Second interview khamis ni.

Jumaat lepas pun g jugak. Macam confident leh dapat. Kenapa aku cakap mcm tu? Sesi interview tu macam bukan interview. More pada berbual. Company yg supply equipment kat lego land and angry bird park. Yang interview ceo comp tu. Siap cerita dia frust dengan manager account yg nak berhenti. Di sebabkan aku ni malas orgnya. Hahaha aku malas sangat nak berurusan dengan bank bab2 kecil ni. Macam nak cash money, nak buat remittance ect ect ni mmg aku malas. Tetiba bila dia baca resume, aku mention yg reducekan penggunaan chq, reduce masa tuk g bank. Macammana? Internet banking. Hahah dia interested. Sbb dia pun agree banyak masa terbuang. Infact aku ada g training dengan cimb tuk transfer salary. Dulukan aku handle 300 org pekerja asing. Diorg cash out duit beratus ribu. Mmg tak la nak ambik risk. Diorg dah ada cimb salary system tp tak implememt. So ambik usaha je g training belajar.

Interview tu dr kul 11 pagi sampai 1230. Berbual je. Dia siap bgtahu sblm aku dia interview 2 org which dia rasa dua org tu ambitios je lebih. Motip dia bagitahu aku? Mesti la aku rasa ada peluang. Since dia ada lagi org dia nak interview on monday, dia cakap dia akan call aku ptg monday or tues which hari ni. Tp aku rasa candidate isnin mungkin better than me. Walaupun dia ada cakap susah semua candidate masih berkerja. Dan perlu notis 1 month.

Tp aku x dpt call dari diorg. Mungkin tak berjaya. Ermmm...

Its ok. ALLAH sebaik perancang. Mungkin kerja ni tak sesuai dengan aku. Kan? Siapa tahu? Walaupun aku dah excited sbb nampak peluang cerah di situ. Bak kata mak aku, blm ada rezeki. Rezeki tu walaupun dlm mulut kalau tertulis bukan rezeki kita pun bole terkeluar balik.

Sangat risau pasal financial keluarga. Simpanan makin tipis. Uhuhu... now jobstreet dan aku macam x leh nak pisah. Mmg pulun apply je.

Doakan aku je


posted from Bloggeroid

Monday, March 7, 2016

Pendaftaran sekolah bagi sesi 2018

Akhirnya! Terlaksana impian tatak nak daftar anak kat sekolah lama ku. Convent klang. Siap pilih convent 1. Tak nak convent 2. Hahaha. Jilaka perangai kan?

Sekarang online. Terima kasih pada kawan2 yg sudi kongai maklumat. Kalau tak aku pun tak tahu. Ada yang cakap susah nak dapat sekolah tu sbb ikut alamat mana kita tinggal. So setiap tamankan dah ada sekolah. So gigih la aku dok cari alamat rumah yang dekat dengan convent. Rupanya procedurenya ko kena online dulu.



Gi ke link tu and buat pendaftaran. Kemudian sila print borang pemdaftaran online.



Borang ni yer. Kena submit kat sekolah. Tetiba time abang zamani bawak balik borang ni, ada nota kaki kat bawah tu...



Kalau la abang zamani bawak balik borang tu lambat2, dan dah lepas 2 minggu. Mau akak meroyan. Kan? So terus je bertindak cepat. Aku mmg dlm perancangan nak settlekan benda ni sblm setat kerja. Kerja tak dpt lagi. Interview je.

Kena gak isi manual. Diorg bagi borang tuk isi jugak. Sajer nak bagi aku lepas rindu kat sekolah ni agaknya. Hahaha



Sampai sekolah terus gi pejabat sekolah. Chewah tak sesat der. Kata my schoolkan? Menonong aku jalan macam pero der! Abang zamani tinggal belakang. Sesat bang tanya org yer.





Kerani sekolah. Aku syak dia yg tak nak layan pertanyaan aku first time aku call sekolah tanya pasal pendaftaran ni. Haha maaf la org nak buat kerja jahat, gigil tangan. Sebenarnya nak ambik gambar pejabat sekolag ni da proper. Dulu seingat aku satu meja kerani dan bilik pengetua. Sekarang advance kan? Uhuhuhu



Selfie. Gah gah gah. Motip tak di kenal pasti.



Ok selesai sudah... sekejap je pun. Bayaran rm 3 di kenakan yer. Duit setem katanya.



Cop di belakang surat beranak! Yeah...

posted from Bloggeroid

Sunday, March 6, 2016

Aksi potong rambut

Lepas pantang... rimas rambut panjang lagi berat ni. Than tengok rambut anak2 pun serabut sangat. Amani lagi la. Dah la kerinting. Malas nak sikat. Malas nak ikat. Sudahnya mak serabut nak suap makan sampai kena rambut.



Nampak?

Si ammar rambut lurus tp rambut depan dah mencucuk2 mata.



Nampak? Hahaha sampai kena sepit rambut



Manis muke anak bujang? Hahahah.

So pergi gunting rambut. Bukan senang. Amani ni kira kali ke dua. Yg pertama abak ada so dia behave. Kali ni payah yang amat. Ammar, aku nak buat g.i tp kakak tu kata kalau dia tak dok diam payah. Takut salah melainkan botak. Kalau botak bila la rambut dia nak tumbuh. Rambut ammar mmg lambat nak tumbuh. Sbb tu la abak dia sayang nak botak rambut anak. Amani pun dia sayang sayang nak potong.

Ko tengok abak dia sangup potong rambut anak sendiri semata2 tak nak aku hantar kedai.



Sesuatu kan? Pertama kali org cakap ammar perempuan sbb gaya rambut macam ni.









Sebab aku baru lepas pantang, adik aku peluk dia. Ko tahu lakan dia punya meronta bukan calang2. Hahah

Bole la tak leh potong g.i pendek sikit.

Amani aku yg handle so outcomenya??



Si ammar plak? Tak ada beza



Tp dah sedap mata memandang anak2. Abaknya senyum je la. Aku plak takut kena marah. Abak dia pasal anak2 erm hak mutlak decision kat dia. Menyampah akak. Akak ni penat penat mengandung kena kelar badan, tp nak lawan dia tak bole. Haizzz.... kena bawak diorg senyap2. Dah buat tak leh kata apa kot kan?

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 2, 2016

Rayyan and raeesah birthday.

Salam... sambutan hari jadi anak buah yg wajib diaorg buat tiap2 tahun. Kali ni kat tropikana mall kat bahagiann ala lupa plak nama tempat tu.

Jkid ke benda tah.



Mmg osem la tempat ni. Tp kena ada duit je. Senang bebudak ada tempat bermain dan kawasan tutup. Nak makan2 ada party room. Mak pak bole masuk. Makanan pun sukati nak bawak apa.

Tema dua dunia berbeza. Agak pelik nak pilih. Selalu mak dia pilihkan tp bila dah besar ni ada citarasa sendiri. Punya banyak kali tukar, last2 si abang nak star wars dan adik frozen. Hahaha. Kan beza tu. Adik aku nak stress2. Katanya macammana nak buat dua? Ala buat je la. Takkan si abang nak teme frozen plak. Jadi hasilnya?

Dua tema berbeza...



Cantik kek. I like.



Nak tunjuk jugak room parti yg osem tu. Senang kerja.



Birthday girl and boy. Dengan face paint.



My sister. Dia pun nak jadi frozen gak. Kata anak dia, mama kan dah tua. Hahahah biadap ko nak. Mak ko beria2.



Anak 3 walaupun baby tak tahu apa2. Claim tetap claim 3 ok



Kesengalan dengan anak buah



My small familia... hahah payah nak ambik gambar satu family. Anak2 bersepah tak duduk diam. Yer la excited dengan gamekan. Yg aiman plak asik tido je. Malas nak kejut sbb dia bangun mesti nak menyusu. Hahaha kijam si ibu.



Happy family... terima kasih kerana menjemput.

Besday boy susah nak bergambar dengan mak long. Bz bebenor. Yg sempat si adik la. Feeling2 puterikan.





Tema frozen bukan main banyak elsa and anna. Hahahah

Tp ammar dpat special mask from pak ngah and mak ngah. Anak dara aku yg excited dengan mask tu... abang biasa la kakak pakai dia pun sibuk....



Ok til here xoxo

Love cida

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 24, 2016

Hives

Hari tu di landa kegatalan. Seram tengok badan sendiri penuh sangat dengan bintat2. Tak tahu la punca apa. Nak kata pemakanan jaga makan. Tp doktor kata pasal ubat. Kan aku makan leesa formula. Takkan la sbb dah makan 2 minggu baru benda ni terjadi. Ewah ayat akukan.....

Tp kata mil aku dulu time amani aku makan gak. Jadi macam ni. Erm tak ingat plak. Rasa ok je. Ada la kat bahagian pelipat tangan je. Tp aku syak sbb makan banyak sangat ikan masin.



Terukkan? Gatal jangan cakap. Sampai jatuh sakit badan. Sampai deman2. 4 hari menangung. Nak injet doktor x benarkan sbb anak menyusu badan. Paling tak ubat tahan gatal. Yg buat aku tido 24/7. Sian aiman. Mak aku bg minum susu formula je. 3 hari nenek jaga. Masuk hari ke 4 tak tahan minta tolong MIL. Dia letak bedak sejuk campur garam bukit. Sapu satu badan... walahhhhh merenyam kepedihan uols... nangis ko tahan pedih. Tp susut terus. Sampai kuar dlm tekak. Punya la sakit nak telan. Aku ingat tonsil ke apa. Baca internet yes hives bole kuar sampai tekak, telinga. Bibir aku sikit punya tebal macam cucuk botox. Malu seh.... hahaha

Bila tengok cermin, aku tak ubah macam the thing. Fantastik 4 tu...



Gini la rupanya... bintat beso beso satu badan. Takutkan? Doa terus kat Allah jangan la kekal. Huaaaa... tp mungkin ini adalah cara penghapus dosakan?

posted from Bloggeroid

Saturday, February 20, 2016

Aiman 1st month check up

15 feb tu first jab Aiman Yusuf sebulan. Ni first time aku bawak anak aku check up kat klinik kerajaan.

Dah tak kerja kan?? Lagi pun bila aku check up mengandung dulu, tengok budak2 check up bulan2 macam seronok. Sbb nurse akan tanya development anak. Contoh nurse akan tanya berapa perkataan anak dah leh sebut, anak dah pandai ke cakap da da, ba ba....

Benda2 ni bg aku bagus, sekurang2nya kita bole tahu tahap perkembangan anak. Tengok macam amani, sampai umur dia 4 tahun lebih baru la cakap. Itu pun 2 or 3 patah perkataan.



Aiman sebulan... berat 4.3kg / panjang 53cm

Doktor yg check aiman ni baru kot... kelakar pun ada. Rambut aimankan togel2 sikit. Dia tanya kenapa aku botakkan kepala anak tak rata. Apa gila??? Haha.

Puas terangkan. Botak licin! Tumbuh macam tu. Dia tanya lagi oooo botak tak licin la?

Gasak la doktor. Harap tu tak masuk dalam rekod pertumbuhan baby dah.



Ini adalah guide line tuk perkembangan anak. So jadikan panduan. Hahaha. Terasa ruginya time amani and ammar. Aku yg terlalu sangat paranoid. Memikirkan klinik kerajaan selalu wat silap dlm imunisasi baby. Padahal kalau nak jadi, swasta pun bole jadi. Kan??



Aku pun kena check gak. Siot je. Ingatkan last tak ambik hb time mengandung. Sekali kena la plak...

12.5 hb aku.... awat la time mengandung bawah 10 je. Uhuhuhu.... nampak tak oksigen dalam darah baby dengan ibu share? Uhuhuhu my own istilah. Medic term tanya doktor. Uhuhuhu



Gambar on 12 feb 2016....

Aiman Yusuf genap sebulan....

posted from Bloggeroid

Sunday, February 14, 2016

Cukur rambut

Salam satu Malaysia....

Aiman botak setelah 14 hari... mcm yg lain abak dia yg buat. Anak2, baik amani, ammar and aiman rambut bukan main tebal. Amani siap pakai mesen botakkan. Ammar and aiman pakai shaver je.



Kasi basah rambut... than gunting dulu. Seriau time gunting tu. Gunting plak jenis yg tajam depan. Takut je tercucuk kepala. Abang zamani bukan leh cakap ulang2. Kena maki ko di situ. Hahaha....

Berani maki hakak??







Ni paling sempoi... hahaha sentap hakak bila abang zamani cakap 'ok dah siap!' Hang jangan sampai aku wat rambut hang gitu bie....



Hasilnya.....

Kenduri Mil tolong wat tuk aiman. Ala buat pulut kuning sedekah kat surau je. Terima kasih mak.



Pic adik ipar hantar. Depa bz packing pulut kuning pada hari raya cina. Heheh



Ni bekas yang mil hantar tuk hantar ke jiran2 rumah.

I tukang tengok ambik bau je la... hantu pulut kuning kot!

Pantang... pantang.... 2 minggu jr nak habis pantang

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 10, 2016

Nursing cream



Hoyeah... saya telah mendapatkan cream ni akhirnya... dah tak tahan tengok aiman keep di bantu dengan susu formula lebih dr susu badan. Bengkak jangan cakap la. Dengan luka lagi.

Tp aku sebenarnya cari butter cream. Payah nak dpt. Hanya kedai tertentu je ada.



Cny kan cuti panjang. Sebolehnya aku nak cari ni sbb semua yg gune kata elok. So kalau bole nak la beli bila org bg testi. Tp tengok aiman minum susu formula hati jadi sakit. Hihihi. Ajak abang zamani cari kat guardian or watson. Jumpa kat watson. Try je lakan.

Abang zamani ni kalau akak shopping biasa2 dia hantar and tunggu depan kedai. Tp bab anak masuk sekali. Tolong survey sama. Siap tanya selamat ke tuk direct feeding.

Nampak?? Cinta agung tuk anak2. Takut bebenor kalau bab anak.

Mcm ammar dia mmg tak bg beli susu formula. Mmg support bf. Belikan manual pump la... buat dek je bila minta beli susu newborn. Tp aiman aku rasa dia simpati kat aku jugak. Uhuhuhu.

Malam tadi cube direct feeding. Syukur la baru la rasa lega. Cume si aiman plak malas isap. Agaknya laju sangat air dia tadah telan. Time luka ko tak buat macam tu plak. Esh anak...

posted from Bloggeroid

Monday, February 8, 2016

Baby visual stimulation

Amboi tajuk.... macam pro.... gah gah gah!



Aku beli ni dari teacher amani di GBOB. Awalnya tengok video teacher wati la ajar anak dia Qasmira yg sama baya dengan Ammar. Rasa beza sebulan dua. Tp teacher wati gune flash card yg black and white. Yg color ni tuk budak 6 bulan ke atas. Sbb tu aku syak anak dara dia mata cantik. Hahaha tetiba! Comel mata macam mata anak patung. Tengok video dia mungkin org akan cakap 'eh awal2 dah ajor anak tu belajar' bukan belajar. Aku pun awal2 tengok mcm pelik tp teruja tengok respond baby dia time tu. Terus nak jugak buat kat ammar. Sblm tido susun card2 tu so that stimulate penglihatan dia.

Mcm instruction card ni pun ada gak mention. Bukan ko ajar 'cat'! 'Tree'! Ha tu minta penampo. Tuk baby ko jarakkan card tu dr dia dan tengok la respond dia. Mungkin dia akan nampak bayang2 la kan. Tp janji bila dia ikut arah kad tu dan ok.

Excersice mato kata org

Buat dalam 4 or 5 minit je. Ok... kalau dah pandai meniarap ke apa bole gune gak. Si ammar nampak aku buat kat aiman dia pun sibuk gak. Gelak2 bila aku pusing2kad tu macam kapal terbang. Dengan aku terpusing2.



See aiman did well. Teruja plak mak dia. Sampai terpusing2 kepala anak. Bagus gak kuatkan tengkuk dia. Video kat fb la plak

Gune blogroid ni tak gheti teman nak mengeshare

Ala tak perlu beli spesific card kot. Ada benda abstrak bole je tunjuk kat budak2. Tapi tak tahu la may be gambar2 tu membantu stimulation penglihatan babykan?

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails