Title :- Yang mana Satu
Bonus around the coner!!!Muahahah... yea yea la aku ni... tah dpt tah tidakkan? Oklah kita berkongsi la kat sini... saving aku pun dah kureng, macam korang tahulahkan... gara2 beli lappy... bos aku ni lain macam sikit... dia dah bagi aku bonus halfmonth bulan 6 lepas, so aku dapat rasakan aku akan dikurangkan setengah bulan tu... confirm punya ar!Kalau yang lain dpt sebulan bonus, maka aku dpt setengah bulan la gamatnya... contoh ar... macam aku tak tahu politik bos aku tu... heheheh....
Currently im using this model... aku beli awal tahun 2006..kira fon yang canggih la zaman tu... walaupun time tu permulaan 3G... since aku pakai fon ni, aku sayang.... nak tukar fon tak terlintas dalam pikiran aku. Zaman sekarang dengan cyber shot camera la, 3G la... 3D la... hahah aku tetap dengan benda ni... tapi sejak berblogging ni... susah lak aku nak ambik gamba... camera fon ni bukan bagus sangatkan? gamba pun tak la se-sharp mana...
So i decided...kalu ada rezeki hujung tahun ni nak ambik N95 8Gb... tapi mahal ooooo RM 2500++...kalau mahal tu... aku rasa ambik biasa kot N95... baru RM 1800 kalau zitron... tapi bak kata Didi, ramai pakai N95 tu... dah kira out dated dah...
Pastu tengok kak Ellyn husband and wife pakai E71... tetiba macam tertarik lakkan... kak ellyn cakap price Zitron pun baru RM 1700... hahah mmg berbalaoi la kot....
Erm... apa pendapat korang? ada model fon yang best? I just want Nokia... model lain macam tak reti sangat nak pakai....
Ok aku bukan berlagak ok... aku nak beli ni pun tengok pada duit...sekali bos aku kata tak ada bonus? Macammana? tak ada la gamatnya... kenalah kumpul merangkak! Any away kalau pikir balik, fon aku nak beli sbb camera je... hahah nak ambik gambar sorok-sorok ni senang... ni nak bawak kuar camera macam apa je... heheheh
Oklah... tu je nak kongsi... adios... bubye....
The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-
Title :- Sekali lagi di uji
Sekali lagi aku di uji... baru je nak lupakan kesedihan kehilangan anak ku, tapi aku di uji lagi... ni cerita ari ahad yer... baru teringat nak tulis entry...
Pagi ahad tu aku bangun tido... badan menjadi sakit... terutama bahagian dada... i mean buah dada la... nak gerak kiri kanan pun susah... mmg sakit sangat... yang ada anak tu tahu la kot kenapa... aku bangun masuk toilet... sekali tengok air susu mengalir... aduhhhh... tetiba sedih dan syahdu... org kata kalau susu keluar time anak tuk makan...
Teringat Aryssa yang tiada... dah tentu aku panickan... aku pun tak tahu air susu akan kuar sebanyak tu... dan sepatutnya doktor bagi tahu aku air susu tu akan keluar...
Aku mengadu kat ibu... kebetulan Fidah pun ada... ibu suruh kuarkan air susu sampai rasa kurang bengakak... nak ke hospital pun, klinik tutupkan? Zamani pujuk suruh aku sabar... esok dia hantar ke hospital... lagi sekali aku nangis... sakit sangat...Pidah pun tak tahu nak cakap apa... sbb bengkak dan sakit tu akan hilang bila BAYI menyusu...
Semalaman aku tahan sakit...
Esoknya Zamani hantar aku ke sepital Putrajaya... nampaknya hospotal sekarang semakin canggihkan? Ke aku yang dah lama tak ke hospital kerajaan... the last aku aku gi pun time sekolah dulu... ayah akukan kerajaan... bila dah besar ni banyak gi swasta...
Sampai je org penuh... sangat ramai... than ambik number kat kaunter pertanyaan...
Kaunter :- Ada buku appointment?
Aku :- Ada... tapi appointment saya lambat... saya nak jumpa doktor... tak pun saya nak ambik ubat tuk hentikan susu badan
Kaunter :- Nak behenti susu badan? kenapa pulak?Kan elok tuk bayi...
Erm... kejam sangat ke aku ni? kalau anak ada nak minta ubat berhentikan susu badan?
Aku :- Anak saya dah meninggal kak... air susu saya tak henti mengalir... takkan nak biarkan?
Walaupun free... tapi sakit yang aku sendiri tak dpt nak tahan... sakit wei... nak gerak pun payah. Macam ful tank gitukan...
Kaunter :- Ambik number than daftar...
So aku pun tunggu la tuk pendaftaran... kemudian diorg bagi number, lepas tu terus ke farmasi... kat sini pun satu lagi... aku tak tahu pun kena scan number tu... padan la aku tengok org yang dtg lewat dr aku di panggil dulu... hampir setengah jam aku tunggu... dah tu aku naik angin... nak serang la... than nampak nota kecik cinonet... "sila scan number anda di sini...kemudian tunggu giliran anda????" aku macam....awat kecik sangat notis korang ni???
Lepas tu terus scan... than tak sampai 10 minit, nama aku di panggil... wah sangat cepat!
Kaunter :- Akak nak buat apa yer?
Aku :- Akak nak ambik ubat tuk berhentikan susu badan
Kaunter :- Oh tu kena tunggu doktor ORDER!
Aku mcam ha? Order???
Kaunter :- Akak gi kaunter E... minta doktor orderkan
Ibu lagi best soalan dia...
Ibu :- Doktor order ubat tu kat malaysia ke atau luar negara? Berapa lama pun nak tunggu???
Aku terus ke kaunter E...
Di ulang benda yang sama... dah macam aku ni mak yang jahat lak... kalau ada anak idok la teman susah payah ke sana sini... diorg tendang aku kat bahagian ibu2 mengandung... adoiiii bodos je rasa... aku ke kaunter A... tanya minah yang sama... sama jugak memandai cakap tak elok tuk baby... sepatutnya diorg ni tahu... org minta mestilah ada sbbnyakan? Takkan tak faham... dan terima mesti la ada kes tertentu... aku rasa macam nak nangis pun ada... badan org lepas bersalin ni mmg tak kuat... lemah je... bisa je sana sini... dah la aku kuar tak pakai baju sejuk... ingatkan lengan panjang tak la sejuk sangat... badan dah bisa2... buah dada dah tegang semacam sbb banyak air...
Aku :- Saya ni bukan la ibu kejam... anak saya dah meninggal... takkan air susu ni nak buang macam tu je... tak tahan la... sakit ni...
Baru la dia ambik buku appoiment... nak doktor order ubat... erm kalau aku gi swasta rasa di layan macam ni ke?
Rupanya bukan doktor ubat kat luar... cakap la kena kebenaran doktoer.... sekali lagi aku scan number kat farmasi...
Ibu aku sangat peramah. Dalam masa yang singkat pun dia dah dapat kawan... aku malas nak campur, kang di tanya bukan2, aku ni bukan leh... cepat nak sedih je...
Bila nama di panggil.... aku ambik ubat...
Dua bijik je... boleh tak???? Kena kuarkan susu... than makan... kalau susu still kuar, dtg ambik lagi... ermmm tak pa la... so far aku makan ni hari selasa... ok dah... susu dah kurang, bengkak pun dah susut. Than tadi aku baru tengok surat2 yang pihak hospital bagi... kira aku entitle 2 month maternity leave sbb consider bersalin dan bukan kes gugur yang perlukan 2 bulan cuti.
Surat pengakuan kemasukan ke hospital...
Surat pengakuan bersalin... ni yang akan di tunjuk ke majikan tuk dpt entile 2 month leave... Kat bawah tu ada lah definasi tentang kelahiran, sekiranya bayi berusia lebih dari 20 minggu atau berat melebihi 500 gram, dah consider as bersalin...
Dan yang menyedihkan every time aku tengok ni...
Surat pengakuan kemasukan ke hospital...
Surat pengakuan bersalin... ni yang akan di tunjuk ke majikan tuk dpt entile 2 month leave... Kat bawah tu ada lah definasi tentang kelahiran, sekiranya bayi berusia lebih dari 20 minggu atau berat melebihi 500 gram, dah consider as bersalin...
Dan yang menyedihkan every time aku tengok ni...
19 Nov... tak tahu nak definasikan... is it Aryssa Birthday??? Ermmm tarik kelahiran... tapi dia dah lama tiada... tapi tarikh ni akan aku ingat sampai bila2... berat aryssa 430 gram... kurang 500 gram, tapi usia kandungan aku sudah melebehi 20 minggu, aryssah sepatutnya dah menjangkau 27 minggu sekarang... and yang best confirm dia perempuan... she my angel...
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-
No comments:
Post a Comment