Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, December 30, 2010

Memori sekolah lagi

Rajin tul kengkawan aku ni mencari gambo2 lama ni... bagus! Hahah... ni gambar 1997. Kira aku form 5. Cikgu Angelina Jolie... wakakak mampus aku kena tetak... Miss Angelin. Cikgu ni best. Suke mata dia yang besar dan bulat kalau marah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

kawan2 aku sekarang dah cun cun belaka... dah jadi mak org tapi tetap cun oooo...

Ekceli aku nak cerita pasal 3 kawan baik aku kat sekolah... we called our group as Along's group. Wakak poyo nak mampus sbb semua anak sulung. Dan semua panggil kak long. Ala biasa la time bebudak, adik beradik berderet pun tapi stil kat sekolah nak berangkat2. Tak cukup2 nak bagi mak apak pening kepala...hahaha....

Sbb tu zaman sekarang, including DD pun panggil kawan2 adik la kakak la, ku tak heran sbb aku pun gitu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

This is us... kami saja susun duduk macam tu... Kak long Aisyah sbb dia lahir bulan 2. Than Kak Ngah Ana sbb dia lahir April, Yan sbb lahir May dan aku Setember. Ni la geng buat jahat, buat baik.

Tak la jahat sangat kitaorg ni. Dan yang baik tentunya aku...hahaha... kalau plan nak lari sekolah, aku yang buat niat diorg tak jadi. Sbb kalau bawak aku sure kantoi...wakakaka...

Aisyah pandai melukis. Selalu lukisan dia aku gantung kat bilik. Dia juga buat logo the Along Group sbb time lukisan tajuk 'Logo syarikat' dia yang lukis. Dapat 'A' tu! Siap tampal kat belakang kelas. Lepas tu aku ambik tampal kat bilik...kui kui kui...

Ana plak kitaorg selalu lepak umah dia. Dia pun suke lepak umah kitaorg... hahah... pandai masak oooo. Age 17 dah pro masak. Balik sekolah masak, kami tumpang makan. Sampai bising mak dia. Dah muke kita je ada kat umah dia. Naik rimas mak org tu. Heheh

Yan close dengan aku... we share everything together. Mulut lezer nak mampus. Wakaka... lepas cakap je. And antara kami dia paling awal kawin. Lepas2 exam SPM je terus nikah. Yan antara kawan yang paling lama aku kenal. Dari mula darjah satu. Masuk2 kelas aku duduk dengan dia sampailah ke tingkatan 5... OMG sangat lamakan? Mmg kelas sama sepanjang 11 tahun. Hahah... Sekolah aku tak ada kelas pandai bodoh. Dua kelas je pun seingat aku. Sekolah menengah yang 5 kelas tapi kami tetap bersama. Niceeee kan?

Tapi mmg lawak la kalau kenang balik. Sbb kami try jadi jahat tapi tak menjadi. Biasalah darah remajakan. Ikut kengkawan yang lagi ganas dr kami tapi tak pernah menjadi. Mungkin sbb rasa tanggungjawab kot... hakkkkkkkk tuiiiiii tangungjawab la sangat. Macam aku sendiri aku dok pikir ibu. Lagipun Fidah satu sekolah dengan aku. Gila kau! Semua cikgu kenal adik aku as 'budak baik'. Pelajar yang dapat 100% kedatangan full berapa tahun. Gila adik aku tu. Kakaknya??? Bangun lambat 5 minit belakon macam nak mati, tak leh gi sekolah. Hahaha. Pastu kalau tunggu bus, bila bus nak datang mula aku cakap aku sakit perut la apa la.

Fida??? sakit pun dapat MC tahu2 dia dah siap nak gi sekolah. Hebat tak hebat anak dara encik rusli. So pada adik ipor ku, usahlah di kau bising2 kalau dia nak kerja hari cuti sbb adik aku tu tak normal. Wakaka patut dapat tittle Dato ooooo... larikssss... Tapi aku? Juara MC, juara cuti. Malas nak gi sekolah kalau kering idea sakit, buat muke kesian kat ayah, tulis surat.

Kesan dari perbuatan itu, mak apak tak peraya anak boleh berdikari sendiri. Dapat title 'lembek'. Mana2 nak gi kena berteman.

Miss my old time!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails