Cerita pasal piala Sudirman... berbalik pada pertanyaan aku pada suami aku...
Aku :- B, asal piala Sudirman?
Zamani ;- Ye la peringatan tuk sudirman
Aku :- Tapi kenapa sudirman? Dia suke sport ke?
Bodo/ blurnya aku pasal sukan pun aku tak pernah tahu pun Arwah Surdiman main badminton... sekali korang sila baca entry yang aku copy paste ni
Aku telah di tipu... mmg jarang la Zamani kasi wrong info! Macammana ni??? hahah anyway bukan bidang dia... hahah dah mcm set kat otak ni apa dia nak jawab... kah kah kah
Baik diorg buat piala sidekkan??
Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu; perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.
Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini ditawarkan buat para pemain. Mereka hanya bermain sekadar mengharumkan nama negara yang diwakili dan juga memperoleh mata ranking dunia BWF
No comments:
Post a Comment