Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, June 6, 2011

Some time its true

Ok semalam berbual dengan Zamani... aku pun tak tahu tempat kerja dia, ada yang kena kerja on Sunday. Tapi itu hanya volunteer la. Terkejut jugak sbb on saturday, aku hang out dengan opis mate dia tengok X-man First Class... syok gila! So tetiba terdengar conversation dia dengan kawan dia yang cakap "Goin to work tomorrow la"

Esokkan ari ahad???

Ok so masuk topic tu... sbb opis dia lain macam sikit. Kalau tak ada volunteer tu la jadi paksaan kerja cuti2 ni.

Me :- B tak kena ke kerja on sunday?

Zamani :- Ni volunteer je.

Me :- Tak berminat ke?

Zamani :- My friend ada yang ajak... sbb diorg bayar double ke triple.

Me :- Oh... berapa jam?

Zamani :- 6 hours.... that day si 'dot dot dot' ajak i kerja. Cari duit lebih masa... oh tak nak la. I tak nak korban my only weekend for money. Kalau i bujang lain cerita. I bole buat OT, i boleh kerja public holiday semua. Tapi dah kawin ni, that is the only day that i can spend my time with my family. My wife... sooner we gonna have baby and i dont want to miss moment spend time with my wife and kid. Coz i told 'dot dot' kerja hari biasa ni pun, lepas time kerja someone is waiting for me at home. Kalau i ada anak, my kids sure waiting me at home.Kan??

Ala terharu beb... alhamdulilla la laki aku bole pikir macam tu

Zamani :- we can not buy anything with money. Walaupun ganjaran dia besar tapi kita akan miss the big moment of our life. Even time tu kita ada banyak duit. Bila org tanya anak ko dah pandai apa... ko sendiri tak tahukan... so sad la kalau macam tu.

Aku terus terdiam. Harap abang Zamani korang tak cakap jerkkan? Sok ada anak dia tahu nak main dengan anak je. Anak sakit, anak berak, anak kotor bagi kat mak jer... hehehe. Sometime aku terpikir. Mungkin ada khimah Aryssa pergi. Sbb when the time dia ada, we never tot of this. We never tot mengandung, membesarkan anak tu sesuatu yang sukar. Apa yang kami pikir, we had ibu, ayah, mak and abak who sure can help us kalau we need favor suruh jaga ke apa. Even sok ada anak pandai la nak belajar nanti. Tapi mcm mana pun bila naluri semakin kuat nak ada anak, kita akan timbang balik baik, buruk, cara yang betul nak mendidik anak. Kita akan survey segala2nya pasal anak ni. Dari nak buat, sampai dah jadi.

Betul beb! Apa jugak article, apa juga pasal blog, apa juga pasal topic, forum kat mana2 pasal anak, korang akan join, akan luang masa tuk AMBIL tahu.

Insya Allah, kali mental and fizikal kena lebih bersedia. Not only during pregnant, tapi selepas kelahiran si anak. Semua kena pikir. Simpanan anak, perbelanjaan anak, simpanan emergency anak terutama sakit. Sekarang ni aku tengok banyak penyakit yang serang kanak2. Bill perubatan pun bukan RM 30-RM 50... kadang2 check je dah cecah RM 200 lebih. Semua tu kena juga kita sedia. Bukan kita doa atau pikir negetive. Tapi semua ni kena kena ambik tau supaya esok kita tak panic. Kita tak melatah.

Now semua nak gune duit... bukan air liur jekan? Bersalin pun sekarang paling tidak makan RM 3-4 K... bersalin je, yang lain tak campur lagi.

Zamani pun aku tengok lebih bersedia. Ari tu cari barang baby tuk kawan bersalin, dia tengok lampin baby. Terus je syarah kat aku...

Zamani :- Sok kalau kita ada anak, pakaikan anak kita yang ni je kat umah. Tak yah membazir beli pampers.

Me :- ha? Tak kose la nak cuci.

Zamani :- Asal pulak.. its gud. Bole jimatkan?

Me :- Jimat, lepas tu i yang payah basuh lampin budak semua?

Zamani :- Itukan tugas seorg mak? Kenapa nak merunggut? Budak berak terus basuh je la. Tak susah rasanya. I tak nak umah kita bau taik budak. Sbb bila kita buang kat tong sampah. Kena kita lupa nak buang? Ha satu umah bau...

Me :- B ni cakap senang je tau. I berkerja la... siapa lak nak basuh lampin budak kalau dia berak?

Zamani :- Like i said... bila kita ada kat umah la. Bukan kita nak susahkan org... kita latih la. Baru belajar nikmat jadi mak ayah... sama gak dengan susu budak. Kalau semua ok, bagi budak minum susu badan je. You kena rajin jangan malas nak pam, nak bagi budak makan. Susu fomular is only option kalau you betul2 tak bole bagi.

Me :- Esh... you ni nak jimat je tau...

Zamani :- Bukan jimat... ini tanggungjawab mak ayah. I want both of us rasa moment tu... bukan lama punkan? Berapa lama sangat budak kena pakai lampin? Berapa lama sangat budak minum susu? Sok dah pandai makan oklah. Kalau you dah rasa itu satu beban, macammana nak pikul tanggungjawab yang lain?

Ermmmm apa yang Zamani cakap tu ada benarnya jugakkan? Ermmm sok ada anak, elaun aku naik tak hagak2?

Well may be aku tulis ni nampak mudah. Aku tahu ia bukan satu yang mudah. Tambahan lak kami suami isteri berkerjakan? Pasal pampers tu mmg betul la... tapi ko bayangkan kalau anak ko berak 2-3 pagi... ada masa la pulak ko nak menyental lampin anak pepagi buta tukan? Ahak! So org kata belum rasa belum tahu lagi... cakap je semua org boleh cakapkan? Apa pun ini hanya bual kosong je antara aku dengan Zamani. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan.

Entah sok ada anak, dia terlebih rajin buat overtime kat opis gara2 nak lepas tention dr umah. Bini dah start membebel bila ada anak... anak pulak tak henti nangis. Ha siapa nak jawabkan? Kita tak pernah tahu masalah org. Dan setiap org pun tak sama cara bila nak atasi masalah. Kan?

Apa pun kita sendiri yang bakal tentukan masa depan kita. Org lain tak boleh nak campur. Org tua2 kata tepuk dada tanya selera. Kalau kita nak yang terbaik, kita kena lakukan sebaik yang bole. Anak ni anugerah yang tak terhingga bagi setiap pasangan. Aku faham sangat. Yang tak dapat bersungguh2 dan sehabis boleh berusaha tuk mendapatkannya. Yang senang dapat sometime sia2kan anak, buang, dera, bunuh, pukul. Tapi Allah tu adil. Di sebalik semuanya, aku tahu semua ada khimahnya. Semua ada alasan di sebaliknya... hanya kita je yang tak tahu.

Allahualam....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails