Kali ni aku betul nekad nak pantang. Kebetulan ada mak mertua yg pandai jaga pantang. Mmg aku minta mak mertua aku masak tuk pantang aku. Sian mak mertua aku jugak terkejar2 masak semua. Zamani dah warning siap2 suruh pantang betul2 sbb cos nak kurus dlm pantang much cheaper than ko nak slim sdrikan? So duit ubat, duit makan pantang everything he will handle. Bukan murah tau, tengok lauk lauk yg mak anta semua bole di terima tekak. Halia pun aku telan! Kongmengaaaaa! Kalau tak benda2 tu tolak tepi je kan?
Air aku tak ambik. Air halba je aku minum. Kalau haus sangat aku ambik setengah cawan air zam2. Adoiii nikmat. Time makan kul 12 tengari. Sarapan pagi makan roti bakar dgn air milo. Kopi boleh minum tau sila tahu saya pengemar kopi.
Erm mak kata kalau nak badan cantik pantang 100 hari. Terbeliak mata akak! Sanggup ka kau cida? Ckp kat zamani, dia ok je. Alaaa mak kata pantang 44 hari tu lepas tu bukan sama mcm pantang, it just air ais jangan ambik dulu, start makan ayam after 44 hari tu. Daging jgn ambik. Mean lepas 44 tu diet la. Haha tu yg payah. Aqiqah anak nak buat ni. Tuan umah takut tak tahan menu sendiri. Wakaka
Masalah sembelit so far belum lagi. Mil suruh mkn sebiji limau sanqis tu. Memula takut jugak. Tak berani makan banyak2 makan sebiji. Mmg lawas sgt. Operation ni dah baik tp kalau meneran rasa koyak perut ko! Oh tak sanggup nak bayangkan lepas sehari kuar sepital punya azab aku rasa.
Apa lagi?? Oh putik mengkudu! Mcm apa je rasa. Tapi bila telan bayang muke suami. Wakaka. Everything tuk cik abang.
Tadi mil call, dia dpt carikan bengkung tuk operation. Laju je call zamani. Takut jugak banyak sangat aku minta dia ni. Bil bersalin kat putrajaya tu pun makan ribu. Than umah siap, zamani siap beli heater tuk amani iman mandi tak yah esok nak jerang air panas. Than katil pun we all tukar walaupun katil ni tak la makan ribu, ratus pun still moneykan?
Laju je dia jawab
'ok nanti b balik kerja singgah umah mak. Berapa harga bengkung tu?'
'Erk 200 je b. Nanti dpt gaji I bayar duit bengkung tu kat u eh?'
Jawapan suami ku yang buat aku nak melayang-layang
'Tak pa b bayar kat mak petang karang'
Eh tak yah bayar balik eh?? Vah vah!! Aku bgtahu mak aku
'Haaaa pakai! Pantang betul2. Esok gemuk sendiri memekak! Ko dgn fidah sama je.'
Hahah mmg la sama kan kami anak ibu. Kami ni beranggang je lebih. Wakaka. Tak gitu??
Selasa ni urut. Adoiii mmg lemah badan ko tunggu 2 minggu. Itu pun my MIL uruskan. Nasib baik la. Rezeki amani iman semua ni. Best urut ni tapi tu la risau sakit je. Bahaya tul sakit bersalin ni. Selalu kita tengok org kata mengada la apa la, mat salleh, cina tak pantang pun? Tak tahu la, tp aku sekarang pegang lengan ke apa bisa jugak. Kaki lengguh. Perut pun senak. Kata mak mertua aku perut senak rahim nak kecut. Nurse pun kata gitu.
Ok amani mau susu. Heheh bye
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
2 comments:
Insya Allah dah berurut nnti susu dah senang keluar dan pengeluaran susu pn bertambah, niat dah ada, insya Allah smuanya dipermudahkan..
Kalau mnyusukan anak, mmg kita akan kerap rasa haus..dan mmg kena byk minum air..cuma jgn minum air bnyk sekali gus, minum banyak kali tapi sikit2..:-)
aku pun nak pantang...kasi kurus murus skit..pewittttttt..nasib mak dan mak mentua aku kuat pantang..aku risau aku je langgar pantang ni..beb bg resepi air halba buleh
Post a Comment