Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label Ammaryusuf ; baby. Show all posts
Showing posts with label Ammaryusuf ; baby. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Ammar 1st Birthday Party and Open House For Aidilfitri 2015


Salam....

Kisah birthday party ammar dan open house raya tahun ni. Tema ialah Spiderman. Kalau bab tema birthday anak ni, bukan la idea aku. Mostly abak yang pilih. Percaya tak? Nampak aku yang overkan? Aku over buat je. Org bagi idea kalau aku rasa senang nak buat maka buat la. Bukan payah pun kan? Sekarang google je. Pakai PC copy paste. Kalau nak upah org makan RM 300 to RM 400 tau. Sayang duitkan. Yang ni ambik masa ko je la. Rajin tak rajin. And anak-anak pulak macam-macam perangai. Diorg pun suke. Suke kacau. Since amani dia dah terdedah dengan kelas art GBOB so bab gam gam ni bagi kat dia. So its become aktiviti anak beranak.

Tapi dia gam satu je lebihnya banyak nak jahanamkan. Hihihi

Aku rasa puas hati dapat buat besday anak-anak walaupun diorg ni bukan tahu sangat. Manjakan sangatkan sok asik minta je. Dulu aku kecik-kecik i always dream to have birthday party. Tapi sbb ibu tak kerja ayah je mencari malas la. So bila ada anak, seronok meraikan dengan budak2 sebaya diorg. Walaupun diorg tak ada kawan lagi. Anak2 kawan mak pun jadi la!



Ni spiderman garang... gigih la kitaorg edit gambar. Just for fun. Ammar pun pandai bila tunjuk gambar ni dia tersenyum senyum dan cakap 'Mar mar' (Dia panggil diri dia mar mar...)

Asalnya mmg malas nak buat... cukup la potong kek. Tapi tah la aku tak boleh. Time amani bersungguh2 buatkan? 3 tahun macam2 kitaorg buat. Takkan ammar tak buat. Mula la rasa berat sebelah. Anak dua tiga kerat je. Kuar dari perut/rahim yang sama. Kalau tak pernah buat tuk kakak tak pa la. Nampak sok gambar, dia tanya kita kenapa? Nak jawab apa kan? Nak ulang masa dah tentu tak boleh. So buat je la. Selagi tak membazir. Asal buat besday si amani pun sbb all this year sejak adanya Rayyan, aku dah buat tuk dia. Tolong Fidah. So anak sendiri tak bole buat? Anak org bersungguh-sungguh buat kan....




Back drop yang abang zamani buat. Last minit. Bini dia nak perfect! Hahah perfect ke? Bukan la. Dinding tu kosong sangat. Macam tak best. Sajer je goggle pic dan minta dia buat. Sbb Zamani ni creative gak. Cume bakat terpendam. Macam aku, aku tak creative. Tapi suke benda-benda macam ni. Nak suruh deko pakai lukisan ke apa mmg tak. Takat potong-potong gambar lekat tu bole la.


Ruangan kek


Bahagian Snak/ makanan ringan tuk bebudak. Tak seberapa tapi oklahkan?


Ruangan potong kek


Kek besday... ok tu gambar ammar. Bukan gambar anak mat salleh tapi anak Mat Zamani. Hahaha... Bole plak ada org tanya ini gambar ammar ke? 


Ini bahagian goodies bebudak. Self service. Sbb tak ada org yang nak bagi bagi satu-satu. Tapi telah di sabotaj anak sendiri dan cozen2. Bukak semata nak coklat. Acamak! Kakak Amani ni.

Kali ni decide buat macam ni. Senang. Leceh dlm plastik. Bekas mak pak leh gune. Letak syiling. Letak Brooch semuakan? Pandai tak kak ton?



Ni plak party accessory... pun letak je. Siapa nak ambik main, silakan tuk ambil sendiri :)


Menu hari tu, nasi ayam, mee/bihun/kuahteaw sup... nasi impit, rendang, kuah kacang, roti jala, roti puding dan pulut kuning

Aku masak rendang, mee sup, pulut kuning dan nasi impit. Nasi ayam aku tempah kat org sbb tak pandai nak buget nasi. Kang org makan bubur tak pun beras. Hahaha.

Aku minat plak. Alhamdulilla dapat la jamu 50 - 60 orangkan. Terima kasih pada MIL. Dia banyak bagi tunjuk ajar. Segan la kawan masak bukan la pro. Tp rasa buat sendiri lagi puas ati dari upah org. Cume penat la. Tapi tak pa akan cube sampai berjaya. Aku bercita-cita bila anak tu minta, mak boleh sediakan walaupun dengan pejam mata je. Hahaha. Tapi slow slow la kan?

Tengok bebudak bertambah-tambah mee sup tu, bangga. Hahahah Risau je tak lakukan.



 Dengan bakal menantu. aHahahaha... Anak BBF ai ni baya amani. Segan kalau nampak amani. Suke sangat dengan pulut kuning aku buat. Bangga la. Aku tanya sedap ke adam, dia cakap Sedap sangat!!!

Sedap sangat! Hahaha....

Budak tak tipu nakkkkk!



Yang ni org kuat jugak. terima kasih anak buah sayang kerana banyak membantu...

Yang lain mak dia yang over bergambar dengan kawan2 mak dia. Tah besday anak ke mak ni? Hahaha.... Terima kasih yang sudi datang. Walaupun hujan lebat dan org cakap nak masuk bandar kelang jam sangat. Semua org buat open house rasanya... Apa pun terima kasih



Bersama kawan opis lama






From us
 Thank you yang sudi hadir....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, July 24, 2015

Progress amani lepas Play Terapi

Cerita raya nanti-nanti la ye. Kalau sempat ada lah dalam blog ni. Tapi aku nak kongsikan perubahan amani lepas masuk play terapi ni.

Kenapa aku masukkan amani play terapi ni?

Banyak sebab sebenarnya. Tapi antara salah satu sbb, ada lah sebab aku rasa amani level confident dia sangat sangat rendah. Dia ikut mak dia sebenarnya. Hahaha... bila tengok amani, dia mengikut perangai aku. Dia banyak menyendiri. Kalau ada kawan sebaya dia pun, dia usha dari jauh je. Nak dekat mmg jauh sekali. Than aku tak tahu apa dia rasa. Aku nak sangat tahu kalau dia takut dia cakap ibu amani takut sebab XXXXXXX... amani tak nak sbb XXXXXX

Aku nak dia cakap, express apa dia rasa. Tapi amani mulut dia asik cakap tak nak.

Tak nak sbb apa?

Takut....

Amani takut apa? Diam. Selalu conversation kami terbatas sampai kat situ. Aku tak tahu dia sering cakap takut. Takut sbb apa? Sampai aku sendiri buat conclusion tau, aku plak pikir macam-macam. Mak su dera dia ke? Nenek pukul dia ke? Atuk buli dia ke? Apa yang di takut sangat, Tapi bila aku dengan zamani kat rumah dia ok. Buli plak nenek dengan atuk. So tak mungkin la kan? Ke sbb dia ada conflik dengan emotional dia. As mak yang baru, and anak sulung, aku bukan seorg yang penyabar. Bila dia nangis untuk expresi diri dia, aku jadi cepat marah. Dan aku rasa itu satu sbb amani MUNGKIN tak nak cakap. Mak terlalu garang, Tak sabar. So untuk apa aku cakap apa aku rasa.

Amani is going to 4. Tapi tell you aku tetap dan sangat risau tentang perkembangan dia. So i decide nak masukkan dia ke play terapi. At first macam biasa, dia nangis takut kena tinggal. So ni dah minggu ke 3. She happy and rasanya looking forward nak pergi kelas terapi. And alhamdulillah, lepas 3 sesi terapi, aku nampak perubahan amani.

Kalau dulu dia tak berani berkawan, tapi sekarang dia berani berkawan. Now dia bole berkawan bertegur dengan budak seusia dia. Main-main, gelak-gelak.

Kalau dulu dia pasif, takut dan tak berani melawan or defence diri dia, sekarang dia dah bole melawan. Walaupun ati aku ada sikit kerisauan, yerla takut dia buli org plakkan? Tapi aku rasa oklah. Cume aku akan pantau. Macam dulu dia redha org main mainan dia. Tapi now mainan org pun dia nak main. Hahaha so aku akan cakap dengan dia. Dia kena minta dengan cara baik dengan orang. Walaupun dia sikit degil dan keras ati, tapi for startkan.

Nak susu, nak makan, dia akan tetiba nangis. Nangis nak apa pun tak tahu. So ko sebut satu-satu tuk dia. Masak la... kalau nangis kat dapur aku tunjuk nak susu? nak air? nak apa???? Mula la mak ko hijau! Now dia dah tahu minta.

'Ibu amani nak nashi dengan black kicap!' Ko mampu cakap gitu? Bila plak kicap ada warna puteh? Ho ho ho.

Amani mmg tak bole dengan strangers. Even cik gu play school dia pun mmg lambat dia nak rapat. Anak org lain bukan main nak duduk dan nak main dengan teacher Anne. Amani dah tahun ke dua, baru2 ni la baru nak warm up dengan cik gu. Husb teacher Anne lagi la. Dia tegur amani pun dah jerit macam kena lempang. Bikin malu mak la. Anak siapa ni???



Ni kat kelas GBOB... aku agak terkejut amani ok je bila teacher uncle pegang dia. Anak austik macam amani mmg susah la ko nak pegang dia. Meronta macam apa je. Dia hanya akan ok dengan org yang dia rasa selamat. Aku dengan abak dia boleh peluk sampai dia bosan. No problem. Dia mmg suke kena peluk dengan abak dia. Tapi tengok dia ok mcm ni, tak buat perangai dah cukup baik.



Dia dengar instruction dengan baik... ko tengok gambar kat atas ni dia over. Now kat GBOB she looking forward semua jenis activiti. Kalau tak, teacher baru cakap

 'Ok children next ACTIVITY'

Dia dah lentok nangis dah....

Tak nak takut takut. Hang takut apa ni??? Maka berepisod la mana mak stress nak dengar instruction teacher. Dah anak tak dengar mak takkan buat tak tahukan? Mana stress dia ganggu tumpuan pelajar lain. How la nak???

Sama macam mak lain, aku hanya nak amani belajar mendengar arahan. Tak susahkan org dengan perangai yang kurang menyenangkan org sekeliling.

Well aku sblm ada anak, aku cepat meluat tau perangai bebudak yang macam amani. Rasa macam nak sound, mak diorg ni tak tahu ke didik anak. Allahkan adil...

Tahu ke ko didik anak than??

Kalau kita biarkan dan mengharapkan mereka belajar, i dont know. Aku mungkin akan hilang amani. Apa yang amani alami bole menyebabkan kecacatan kekal... Ya Allah minta jauh sangat. Ye la kalau kita biarkan dia sendiri, tak tunjuk ajar dia, dia sampai bebila tak belajar. Cume skrg aku tak ada masa nak latih dia toilet training.... kerja! Nenek tak sihat plak. So insya Allah amani akan masuk sekolah. Dan kat sekolah tu di ajar. Terpaksa la. Want the best for anakkan?


Yang ni plakkan... baru la dia focus nak buat kerja. Kalau kalering ke apa. Dia buat sungguh2... kalau tak nak pakai apron hijau tu pun boleh bergaduh anak-beranak ko!

Sebab tu la, selalu la bersyukur kalau anak tu boleh buat itu dan ini. Org kata membesar ikut perkembangan umur. Amani ni badan dia besar sikit. Org ingat dia 6 or 7 tahun. Pakai pampers dan tak plancar sangat cakap. Cakap english mmg ko rasa dia dari sana... hahaha

Ayat baru nak beli barang... Cakap je la 'Can i buy/ can you buy'

Ayat budak2 zaman IT

"Ibu can u subscribe apple/chocolate for amani?' 

Banyak sangat masa terluang dengan gajet. Ayat pun dah macam robot sekali sekal dengar. 

As for ammar yusuf, erm... bukan nak bezakan anak. Setiap anak uniq dan dan sama walaupun kembar ada juga beza. Ammar cepat belajar dan cepat tangkap. Amani banyaknya ikut adik. Kalau berserak kan rumah, ko jerit la macam org gila suruh amani kemas. When she said NO jangan ko paksa dia. Dia bole melekatkan diri dia kat sofa atau mana-mana. 

Ammar plak lain. Bila ko suruh dia kemas, dan tunjuk satu cara je masukkan mainan dalam kotak dia akan ikut. Ammar lambat sikit nak merangkak. Even setahun pun umur dia, dia mengesot je. Sampaila teacher amani cakap buat wheelbarrow.... buat sekali je terus si ammar merangkak. Hahah lembab betul mak ammar ni, kalau aku buat awal2, lama dah dia merangkak.

This is latihan wheelbarrow

Aku buat kat ammar dua kali lepas tu dia dah bole merangkak. Cume kelakarnya lutut sakit. Hahah bila tak selelsa kembali mengensot. Uhuhuhu....

Aku takutla ammar kecik lagi. Otot tak kuat. Tapi bila teacher anne ajar, ammar terus laju je. Ini latihan yang amat baik tuk anak pegang barang tau. 

Now ammar belajar bukak baju dan seluar. Sangat comel bersungguh2 dia cube bukak baju dia. Kalau baju berbutang, juling2 mata nak focus bukak butang. Kalau baju sarung, pandai dia tarik tangan masu kedalam dan kuarkan baju dari kepala. Teruja sat. Dulu marah amani kalau dia bukak baju. Sampai sekarang anak dara aku kalau bukak baju, mandi ke apa, tunggu org bukak kan.

Skrg tengok org puji adik, dia pun struggle nak mencube. Mana leh org puji adik saya lebih2kan?

Tapi now apa jugak ammar buat we never said NO directly. Gune pendekatan sign language yang GBOB ajar... Amani kalau marah adik over sangat. 

'No ammar! X (cross jari telunjuk kat adik) mean NO!' 

Ammar memula langar je. NO ke Yes ke, kalau aku nak, nak la! Tapi bila lama. Dia tahu. Bila sign tu je dia pikir nak buat ke tak. Hahahah.... 

Letih but its fun. Being part of your children membesar. I always remind myself and Zamani. Amani is amani, ammar is ammar. So ada yang ke empat, semua ke tiga mereka adalah berbeza. We thankfull Allah sbb bagi anak seperti amani tuk kami belajar sama macammana nak didik dia. Money wise jangan cakap la, lebih berbaloi dengan apa yang amani tunjukkan sekarang. As for ammar we all bersyukur sbb dia involve indirectly when we train and learn how to guide amani. Dalam kandungankan? So bila ibu berpikir dan buat activiti dengan kakak, so secara tak langsung baby dalam kandungan akan belajar sama. So mmg betul la kalau org cakap pendidikan awal tu dr dalam rahim ibu. Ammar very adventures type. Mata dia sharp. Kalau dia merangkak kat dapur,ko panggil dia, dia patah balik. Hahahah buat muke bengang

'Asal panggil!' heheheh

Erm anak2... 

Oklah... sampai di sini dulu...

XoXo



Smile face on the 3rd class play therapy.... walaupun bila nampak auntie anne bukak pintu, dia sempat cakap

'amani takut la ibu'

Nebes agaknya!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, June 26, 2015

Ammar Yusuf Turn One!


Syukur Allamdulillah....


Gambar yang menjadi tatapan semangat ibu di saat kau masih di dalam rahim ibu.

Selamat Hari Jadi Muhammad Ammar Yusuf.

Hari ni genap la kamu setahun. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman ini.

Dear Ammar....

Ibu dan abak doakan semoga Ammar sentiasa di berikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan Allah dan sentiasa di murahkan rezeki dan panjang umur. Ibu dan abak juga harap Ammar akan menjadi anak yang soleh, buat kami dan sentiasa membimbing kami ke arah ke baikkan kelak, insya Allah. 

Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, ibu berharap Ammar membesar dengan penuh kasih sayang dan harap menjadi harapan dan juga tulang belakang buat kita sekeluarga. Hihi besar sangat ke harapan ibu pada Ammar yang baru berusia setahun ni? Insya Allah.... kita doa yang baik yer...





Pemilihan nama mu adalah sebab terpikat dengan kisah 'Ahmad Ammar Azam' anak muda yang mati shahid di negara arab. Waktu cerita tu tersebar meluas ketika kamu berusia 12 minggu. Terus je request kat abak nak letak nama Ammar. Abak ko biasalah poyo lebih macam dengar tak dengar. 12 minggu tu masih belum jelas kelihatan jantina. So sbb tu dia tak kisah sangat.

Tapi i dont really care sbb bg ibu apa pun ibu nak akhir nama anak lelaki ibu dengan nama "Yusuf"

Abak menentang. Nama tak glamer kan? Ibu ada alasan sendiri sbb pertama anak perempuan ibu dah pun ibu letak nama Zulaikha di belakang. Dan sejarah islam pun ada mengatakan Zulaikha seorg perempuan yang sangat cantik dan Yusuf pula lelaki yang paling kacak.

Ibu sangat percaya pemilihan nama sedikit sebanyak membawak perwatakan seseorg. Dalam zaman yang moden ni ada lagi ke org letak nama Yusuf? Yusuf nama yang indah. Bukan sahaja kacak tapi ahlak Nabi Yusuf juga patut di contohi.

Di awal usia kandungan Ammar, sangat sangat teruk bagi ibu. Tapi pengalaman mengandungkan Kak Aryssa mengajar ibu supaya tidak merungut. Terima segalanya supaya anak sihat. Dan pengalaman sickness ni bukan la selamanya. Ibu kuatkan semangat. Muntah jangan cakap la. Baring je memanjang sampai kesian kat Kakak Amani ketika itu. Abak la yang main peranan. Bila kandungan membesar, lain pulak dugaan. Ammar sungguh lasak. Mungkin lelakikan, lain macam. Sampai kadang2 tak ada ribut ke apa ibu nangis. Sbb tak tahan awak lasak sangat. Hehehe

Abak selalu tetipu ingat awak nak keluar dah... ibu nangis bersungguh2 tahan sakit. Ibu rasa kamu bukan gerak2 manja tapi macam ko berpusing kanan kiri, atas bawah nak...... senak sesak napas  ibu ok

Tapi ammar anak yang tak banyak ragam. Cume buas dan banyak benda yang ammar nak advanture sendiri. Naik tangga la, keluar dari walker, cubaan keluar mengesot ke luar dari rumah. Tak bole lepa sekejap ada je ammar nak buat.

Dan hari ni, insya Allah kita keluar sambut besday ammar ye... ammar makan kek sudah! Hihihihi

Oh ibu buat video ini tuk tatapan dan kenangan tuk ammar. Kalau abak tuju lagu Terukir di bintang... ibu bagi counting star tuk back ground video ammar yer nak....





Happy birthday hero... Ibu love you so much!Muah


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, May 24, 2015

Crop and minimize...

Anak bapak ni...

Kadang2 aku tak leh terima asal anak2 aku ni mmg ikut muke bapak je. Dr amani sampai la ke ammar...

Uols tak baik tau tak jaga perasaan ai... sob sob..

Tp dah mmg kenyataankan??

It like y crop muke zamani and minimize so muke ammar...

Ha ha ha...

Setuju kamu?

Love cida

Saturday, May 9, 2015

Young Living EO

Salam...

Zamani : u beli minyak apa tu?

Me : minyak senyoyong... nak tenyeh anak dara dengan si bujang tu....agar diorg dengar cakap i.

Zamani : banyak la you....

Hihihi... lately amani punya old behavior dtg balik. Dia bukan marah tapi memberontak lebih2. Expecially nak bangun tido. Aku rasa semua bdk macam tukan? Tp tell you ni jenis mengamuk yg ko rasa nak makan dia.

Mencederakan diri. Tah balik balik perangai dia tu. Meronta2 jangan cakap la. Macam batu giling pun ado.

So aku try Eo ni. First beli RC. Ingat tak time ammar masuk sepital. Rc tu serasi dengan amani and ammar. Dr batuk terus lega tido lena bebudak ni. Syukur jugak sejak kuar dr hosp letak je RC terus ok pernafasan bebudak ni. Fungsi mcm vick. Tp tak lekit or berminyak. Resap kat kulit. Aku sendiri pakai tido lena...

Ni peace and calm. Budak tengah mengamuk bagi dia cool sikit. Tak cube lagi tapi advice by teacher watie. Macam amani ada masalah behavior patut ada set minyak yg kena sapu for 14 days. Tp 14 hari ni ko kena dilute without fail. Masalah di situ adalah amani yg pantang org pegang badan dia apa lagi nak urut. Minyak eo ni tak la berminyak tp bau dia kot payah si amani ni nak tahan. Sapu vick pun mengelupur. Ni ada few minyak ko kena sapu mmg tak la kan. Tp testi mak2 yg gune ni ternyata anak diorg behave. Satu lagi masalah aku takut aku lupa. Hahah balik kalau susukan ammar aku kemana anak ke mana. Fail satu hari jahanam usaha.

Tp itu bukan satu alasan. Ko nak anak elok dan buat terbaik tuk anakkan?

Ok kita try PNC dulu... tengok macammana. Kalau berkesan at least aku tak mengadap amani meronta hanya nak susu aku rasa ia berkesan.

Ammar pun bole tahan mak mengamuk. Try kat dia sekejap and oklah dia bole duduk dengan abak dia. If not?? Abak pun tak nak.

But my objective pada si amani. Doakan yer mummy2 semua

Friday, April 3, 2015

Sediakan payung sebelum hujan


Salam...

Berapa abad dah tak menulis. Kebzan yang teramat sangat. Apa kabar orang kampung? Chewah. Tah ada reader tah tidak. Tapi tak mematahkan semangat menulis. Nampak? Nampak tak ke pocoyo ku di situ.

Sblm CNY ari tu anak bujang sakit. Pada sesiapa yang tengok FB aku, tahu la mcmmana. Pertama kali ammar jadi macam tu. Napas dia bergelombang. As mak kita akan sentiasa peranoid kalau anak tu sakit. Macam amani iman jenis memekak. So ko tahu la dia sakit, tak selesa. Makan ubat pun susah. Macam Ammar Yusuf, dia lain sikit. Dia sakit pun mampu tersenyum. Hansem bangat anak ibu. Tak merengek sangat cume nak melekap kat kita. Melekap tu sbb diakan menyusu badan. Mmg sakit2 badan, tapi dia tak merengek. Raut muke dia cukup buat aku risau.

Makan tak nak, badan panas berulang ulang.

First kita bawak ke klinik pakar, tapi doctor cakap kalau sehari punya deman ni tak la merbahaya sangat. Kena tunggu 3 hari. walaweh mampu ka ko nak bertahan 3 hari. Aku risaukan pernafasan je sbb amani pun dah ada bronkitiskan? Doktor mati2 cakap ok, lung clear.

Ok! kamu doktor.

Malam tu tetap demam. Aku tak bole nak lelap. Pantang terlepas pelukan dia terjaga dan tarik baju aku. Menyusu pun touching tau. Pegang jari! Tapi malam tu batuk dia lain macam. Berkahak. Nak tunggu 3 hari?? Ke pantai la kita.

So ke ward emergency. Doktor check pun tak, terus cakap kena tahan. Lucky Ammar dah beli insurance perlindungan.

Kawan-kawan.....

Ni nak bagitahu. Penting insurance zaman ni! Pening sangat sangat. Sbb mahal! Biar pun kita ada hosp kerajaan, tapi tolong la, anak kecik tak tahu nak bercakap. Merengek pun dah cukup buat kita geram sbb tak faham apa dia nak! betul tak? Kalau korang mampu beli beg jenama, kasut berjenama, apa la salahnya simpan tuk insurance.

Well aku tahu ada yang bengang sbb bayar tak gune, duit tu macammana? Aku faham apa yang korang rasa, sbb insurance aku dah 4 tahun, guna tak lagi. Bayar je RM 200 sebulan buat apa kan? Tapi siapa tahu, malang tak berbau. Walaupun ada masa aku rasa menyesal. Bayar, tapi apa aku dapat? Baik beli ini itu. Jangan! penting bila macam ni siapa yang senang kalau bukan kita.

Aku tak anti atau pro kerajaan. Tapi hospital kerajaan kena adil. Dahulukan yang mana teruk. Ko tengok anak ko dah teruk, ada lagi yang suffer yang diorg kena dahulukan. Than service ko jangan la minta bagus. Hosp kerajaan ko buat aduan, mau doktor injek mulut ko bagi sebal. Terus terang tuk amani dan ammar mmg sebulan berhabis RM 300 tuk insurance diorg. Sakit jugak, tapi lgi sakit if i do nothing for them.

Lagi la amani dapat offer dr Prudential tuk 100% medical paid by prudential. Sbb sblm ni 90% je. So ko kena kuar minimum RM 300 to RM 1000 tuk medical yang lain prudential bayar. Tapi kali ni 100% insurance tanggung. Tapi sbb ko tak ada share saham dengan prudential maka premium tu tambah RM 50. Tak kisah la. RM 50 sekarang mana ada nilai sangatkan? For ammar pun sama, ada 100% + pruclinic. Tu pun aku rembat. Tapi pru clinik dah tak ada sekarang. Aku bernasib baik sempat berdaftar sblm aug 2014 ari tu. Dapat la insurance tanggung 2 tahun. Bebudakkan selalu sakit. Bawah 2 tahun ni lagi la. Kadang2 sesak. Bukan kadang2, selalu je nak sesak aku ni. So ada insurnce dah tak payah pikir pasal duit.

Zamani mmg tak menentang kalau apa2 pasal ni, cume akak ada sifat gopoh. Org kata tak elok mintak benda-benda buruk terjadi. Bukan meminta, tapi menyediakan payung sblm hujan. Kita menyimpan tapi mesti terpakai.

Aku bukan jual insurance, tapi kebaikan.

Time amani kos perubatan 5 hari jugak berkampung kat hosp yang sama RM 3 ribu. Bila tengok bill Ammar, rasa nak pengsan!!!



Double uols!!! RM 6 ribu.... Ammar usia 8 bulan je this time. Kalau aku bayar sebulan RM 150 ko rasa cover ke bill hosp yang RM 6k tu? Opis tak bantu yer. Saya ni bukan la kerja kat syarkat hebat2. Standart kedai runcit je. Ramai yang ambik insurance lepas anak 6 bulan. Tak tahu kenapa. Tapi aku mmg tanya habis2, syarat nak ambik insurance ni paling awal tuk baby berapa bulan? Kalau korang nak tahu ada polisi yang lindung dari dlm perut lagi, tapi aku tak layak sbb ada kes. So menurut agent insurance aku, seawal 2 minggu bagi baby...

Lepas ammar 14 hari terus je beli! Dan polisi plak hanya bermula 4 bulan. Kalau aku beli time ammar 6 bulan, mmg tak cover la jawabnya.

Kat sini, aku berkampung. Aku risau pasal amani iman kalau dia berjauhan lagi dengan aku. Siankan, mmg dia rapat dengan bapak dia. Tapi ikut mana pun dia tetap nak mak. Betulkan? Aku mintak single room. Kalau tak leh tido pun, as long ada bilik yang privacy sudah. Sbb hosp swasta, visitor bole je masuk sampai malamkan? So tak la menganggu. Yang paling syok bila bilik ada sofa dan katil extra. So berkampung la kami beramai2.



Abak chest is the best place tau! Hahah anak2 lena je tido. Sama dengan omaknya jugak satu ketika dulu. Satu ketika dulu ok!!!! Sbb sekarang berebut dengan anak2. Demmmm....

Ok mengalah.



Senang sangat ammar ni masuk drip. Nangis kejap je. Lepas tu dia pelik kenapa tangan dia gitu. Hihihih... doktor chong adalah doktor yang paling sopan. Sangat terkejut cara dia layan Ammar... macam layan kita yang dewasa. Aku confuse, dia cakap dengan ammar tu nak ammar jawab ke apa? Tapi doktorkan? Alhamdulillah Ammar tak nangis pun. Yang nangis poyo poyo kakak dia!!! Siap dia tanya

'Are you a doctor???' Banyak sangat tengok gogo the advanture. Doktor suntik mulut ko bagi sebal baru ado akal!



Aku nak share jugak pasal Young Living ni... sangat berkesan. Anak2 aku batuk and in fact aku pun kena serangan 'athma' time ni. Tido tak bole. Ko tak bole sakit sbb anak ko perlukan ko. Dah rasa aku yang sakit. Aku order kat guru besar amani. Diakan dah sekolah. Mmg membantu. Amani batuk teruk jugak. Aku risau je dua2 kena tahan ward. Baru rasa supermom, dua2 kena jaga. Tambah diri sendiri tak sihat. tetiba ai bangga atas diri aikan.

Sapu kat dada dan tapak kaki. Terus tido lena. Benda ni membantu jugak la kalau tak ammar di tahan lebih lama... sobsob

5 hari kat ward, ko rasa macammana? Amani 2 minggu miss GBOB. Konon bapak dia nak la penuh masa lapang dia. Gila bosan kot dalam sepital. Aku mmg tak kuar. Even malas nak kuar ke kaunter jumpa nurse. Aku tekan je butang panggil nurse masuk. Nak beli apa2 sms laki aku je. Namun nak tinggalkan anak tak la.Syukur jugak amani iman dah cerdik. Suruh jaga adik, pandai plak dia duduk in between adik dan bantal. Hahahah... bole la aku mandi or ke tandas. Tapi itu pun bila ammar tido. So ko bole bayangkan bosannyakan?

Tapi ko nak kisah bosan ko ke kisah anak? Since Zamani is there, dia bawak amani kuar jugak. Makan, balik basuh baju pun dia bawak amani. Fuhhh legalah kalau dia bawak amani sama. That gurl mmg nak perhatian. Dia mana la tahukan. Dia pun confuse, ibu sakit ke adik sakit? Sama je dua2 atas katil.

Zamani bawak balik art ni... well tak sesuai lagi dengan amani walaupun tulis 3 tahun. Tapi budak umur 38 tahun ni yang bersungguh buat.

Tak bole bla marah anak bila budak tu sentuh. Dah kenapa kau??





 Nampak tak ketekunannya di situ???

hihihi... belasah je la abak oiii... ku tahu kamu yang bosan. 



 Ok tak tahu nak tulis apa. Dah tersasar sangat jauhnya ni... chq di atas dr prudential. Setelah bayar bil perubatan, dapat jugak allowance bilik tuk Ammar.

Makin sayang aku pada prudential

Terpikir kalau aku masuk hosp, adui kesian anak2. Lagi2 ammar. Amani time bersalinkan ammar dia jadi fobia plak. Kali ni ammar masuk hosp, dia melekat. Kesian plak. Nak tinggalkan dengan nenek, 5 hari ooooo mmg tak la...

Beli la insurance. Walaupun cover tak besar, janji ada. Nak nak bila semua dah naik ni... ermmmm sendiri pikir la yer.



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, January 22, 2015

Cita-cita ibu dan abak

Im not sure.... mungkinkah mak bapak kita pasang angan2 apa anak mereka akan jadi satu hari ni. Bila aku tanya ibu, dia cakap dia selalu bayangkan anak2 dia kerja besar2...

Besar macammana?

Dia kata besar la... dont be like her. Sekolah takat form 5. Lepas sekolah join kelas typis dan get married. Wahhh cerita macam tu... nangis jap dengar cerita dia. Dia jugak pernah cakap, kalau apa2 jadi pada marriage dia, dia tak tahu macammana nak survive with 3 kids. Sbb dia tak berpelajaran tinggi, dia juga tak ada skill apa2 melainkan jaga anak2.

Sooooooo

Mukahdimah aku selalu nak panjang2. Semalam time dinner adik aku cakap, amani ni bakal jadi macam ibu dia... ehem ehem... she more to 'number' and even tengok jam pun dia dah tahu. Tapi jangan la ko kejam nak jarum panjang and pendek dia nak faham maksudnya. Dia main tembak je, kalau dia suke jarum panjang, dia sebut la nombor jarum mana dia nak baca....

Penangan GOGO.... eh korang download kartun tu... its good. Kalau zaman kita siapa baca buku 'PETTER AND JANE' kira bagus la... sama je dengan gogo. Sbb nama dia pun 'Petter and May' Hahaha.... Amani bukan sahaja ikut tapi slang pun tak tahan. Dah macam dok London dah.

Ok tersasar lagi... hehehe

So adik aku cakap amani ikut jejak ibu tapi bapak dia cepat mencelah. Dia mmg gila kuasa. Anak2 dah la muke perangai pakej semua dia, tang cita2 pun nak ikut dia. Amboiii....

'Mana leh, amani nanti jadi engineer yer... ammar jadi pilot! Bawak ibu abak jalan2'

PILOT????????

' Tak nak la ammar jadi Pilot... biar gaji kecik tak pa jangan kerja berisiko. Risau cerita pasal kapal terbang ilang'

Statement aku jadi bahan gelak Zamani dengan adik aku.... cis!!!

'Ko ni buat lawak la long!Apa kena mengena? Sbb tu je?' Adik aku gelakkan aku...

Zamani mencelah... gelak tak habis macam nak putus nyawa aku tengok... dia cakap kat ammar....

'Esok sekolah Ammar buat karangan, cita2 saya menjadi seorg pilot di halang.... sbb mak saya takut saya hilang!' 

Berderai gelak lagi....


Si Ammar tencengang2 tak faham... hahah



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, October 8, 2014

Hari Amani Iman di AnW


Hola.

Sblm cerita berkulat baik aku ceritakan di sini kesah sambutan besday Amani Iman...

Sambutan on 28 Sept. Mak pengantin memilih hari bahagia di buat di PJ Drive In, Anw. Setelah di kaji beberapa tempat. Anyway kalau buget Anw adalah pakej paling murah. But nanti ku ceritakan. Cume sekarang nak kongsi cerita hari bahagia anakda.


Gaya terkini anak dara. Oh anak cepat sangat la kamu membesar. Aku selalu cakap kat Zamani pasal gambar Amani ni. Bayangkan anak dah remaja gitu. Cakap kat adik aku, dia komen lagi buat hati gunda gulana.

' Ha gaya tak macam nak sambut kat Anw ni. Cara ni 20 tahun akan datang dia tak nak pun mak pak dia sambut. Sambut dengan kawan2 la. Dari gaya Amani macam nak sambut besday kat Pavillion'

Ok Amani Iman. Read this. Kalau betul la statement mak cik ko di atas, mau sambut sendiri, sendiri cari duit yer. Nak ibu abak sponser kalau kitaorg nak sambut besday ko kat Mcdonal pun ko kena terima. Ha ha ha. Ibu dah taman azam nak belajar masak. Tutup mata takat tetamu 50 org ibu leh handle. Kah kah kah. 

Parti setat kul 3 petang sampai la ke 4.30 ptg.

Tetamu ramai jugak yang hadir. Unexpected pun ada. Alhamdulilla. Bole la beramah mesra.


Baju ni siap dalam masa 3 hari. Hihi. nak tema pocoyo sangat. Sian perekanya, migrain memikirkan. Adoi la, sian plak bila dia cerita. Tak yah la pocoyo sangat. Agak2 la aku nak pakai baju mescot tukan.

Tak banyak yang aku buat sbb semua atas Anw... (harapannnnn) eh ada 'harapan'kan? nanti akak story la. Tapi now nak share saat yang indah seberapa yang bole. Bersyukur sbb kali ni dapat berjumpa kawan2 lama. Tak sangka semua datang. Happy iuols. Di sebabkan besday i pun sept, rasa tumpang majlis anak. Kawan omak lagi meriah.

Kawan GBOB amani pun datang. Seronok si Amani iman. So next year target kawan2 Amani sbb dia dah ada kawan. Heheh Besday Ammar Yusuf je la ye kawan ibu and abak bole menyelit yer.


The food.


Drink 

Abaikan tarikh pada gambar. Sbb setting camera tak berapa nak canggih gitu. 



Goodies 

Ni nak habaq mai. Goodies kek (pastik yang ada mineral water) che buat sendiri. Rasa taubat plak rasanya. Dari pagi ke malam uols akak buat. Org lain buat kek dua tiga jam, akak buat berjam jam sampai siap ada org resque ko! Dugaan. Tapi puas hati. Buat sendiri bersama keringat jatuh. 

Mulai tahun depan kita order sudah. Penat betul tau!Tapi hati sejuk bila somi puji. Amani pun puji. Uuuu sedapnya. Tapi dia bukan makan pun. Haha kelako.






Erm....... my guest


Full house!




Aliya! Sedap tak kek mak long buat? hihihi. Nasib baik ai beli accessory party. Laku la jugak bebudak pakai.


Jemah cerita dengan mak mak kat GBOB


Ammar dengan mak long and pak long dia.


My school mate 1997. Yang cucuk pipi bukan yer. Happy betul bila semua berkump macam ni. Dan best anak2 la berkump. Kata mak mak semua kawan, now bawak anak2 tuk join yer.

Around 4 pm macam tu acara mula! Yer lambat gila. Sepatutnya jam 3.00 pm tu. Game mula dengan kehadiran yang semua org tunggu. Mascot Anw


Sayangnya anak dara ai takut nampak bear ni. Kah kah kah sangat tak sesuai ko nak!


Dengan abak yang hansem. Maka nampak bear tu dia melekat dengan Zamani tak nak turun. Abak pakai baju Supermankan. Harus la jadi hero anak dara.


Kek Amani Iman pada usia 3 tahun. Sedap. Tapi tak dpt rasa. macam pisang goreng panas.


Nak potong kek. Sesi nanyi lagu happy besday


Yang ni sangat lawak. Sbb??? Amani ingat dia tetamu agaknya. Bila semua sebut 'happy birthday to amani iman...' reaksi dia terus macam tu. Tetiba malu malu kucing plak. Terus tak nak buat apa2, melekat dengan abak dia. Macam kena meminang plak.  


Sbb dia tak nak tiup lilin, mak dia yang tiup lilin. Kita sebaya. Hahaha. angka belakang '3' tak yah tunjuk kat org ok. Ammar maintain cute and macho. Bagus anak ibu.



Tak tahu apa yang kami perhatikan. Hahaha....


 Time ni amani tak perasan. Ada hadiah tuk besday gurl. Si beruang tu yang bagi. So alihkan perhatian dia agar dia tak terkujat. uhuhuh


Abang beruang siap melutut bagi hadiah. Menjerit si Amani ko tahuuuuuuu. 

Than terus acara game. Tiga acara. Musical chair, dance with bear and acara tiup belon kasi pecah!


Musical chair. Eh Bff  GBOB amani iman... Mikail


Acara menari dengan bear. Mikail jugak. Sporting la mikail. Auntie like you la darling! Amani? Tu tengah teruja dengan class mate dia yang pakai unipom sekolah. hahah. Dok tunjuk kat aku 'Good morning'

Good morning tu lagu sekolah dia. Hahaha. May be u can see budak yang pakai baju hijau and oren. Terkejut Iqmal, Amani rindu dengan sekolah dia. 



 Nasib baik mak amani tak turun. Mau lari semua. hahahah



Acara tiup belon sampai meletup. 


Nampaknya budak2 tak main, wakil bapak. Tak tahu siapa menang eh? 






 Dan yang paling tak duga, kawan2 zaman blogging pun datang. Yani dari dia belum ada anak kot sama dengan aku. Kitaorg tengok je anak org hahah. Menumpang kasih. Masing2 dengan somi. Now dah dua anak dia, Alhamdulillah.

Sama juga dengan Mimy vogue ni. Dulu aku jumpa zaman dia belum kawin pun ok. Mmg hansem la anak dia. Selalu tengok instagram je, bila nampak alahai, so hansem tau.

Tq korang sbb sudi datang. Maaf la banyak sangat kekurangan majlis amani iman ni.



 Puteri ni tak leh panas sikit, mula naik hangin. Baju pun dia tak selesa sbb aku tak pernah pakaikan dia baju panjang2 ni, payah dia nak mengankang. Ha ha ha. Tak senonoh bunyi dia. Tu yang minta abak dukung sbb asik tersungkur.

Dia tetap main sendiri. itu la anak aku. Alahai ikut perangai abak betul.




Ku sudahi dengan gambar kami anak beranak... loteh cerita panjang2. Lepas majlis pengantin pompuan ilang. Rupanya abak tukar baju. Hahaha... sungguh tak best abak mu Amani Iman. Bagilah anak tu jadi frozen sekejap walaupun ko sebenarnya pocoyo amani iman.

Heheh....

LOvE Hug Hug... Kiss Kiss...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails