Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label babies. Show all posts
Showing posts with label babies. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Sambutan Hari Jadi yang Lewat

Salam

Tajuk tak boleh bla macam pasrah gitu... aku fobia plak bila cakap pasal birthday... dah salahkan? Masih tak dapat nak tebus kesilapan...

Tapi saya cube menebusnya. Dari tak ada apa2kan... better than nothing... i missed his special day but i want Zamani to know i do really care and remember. Bukan nak ambik hati... Tapi at least amani iman penghibur Zamani on 6 April... of coz la ni duit mak dia... tapi aku nak Amani Iman tahu dah hargai setiap hari istimewa dalam keluarga. Birthday Abak... Birthday Ibu... Tarikh 19 November ( tarikh tuk Kakak Aryssa yang aku sendiri tak tahu nak panggil apa) Birthday Adik (insya Allah). Begitu jugak anak2 yang lain... ingat 12 Sept Bithday amani iman...

So tuk Zamani dari Amani Iman............



Culukat je.... better than nothingkan?


Puas pegang tangan Amani... Alhamdulilla dia happy je nak tulis2 ni...



Yes to her hero la,kan.... Mmg kelakar...Aku suruh dia bagi abak dia hadiah ni... dia naik sambil nanyi

'Today to you...Today to you' I guess its birthday to you la kot... Tapi ini budak, kasi abak dia suruh bukak sbb dia nak makan sama... satu lagi aku jadi sentap bila Amani turun bagi aku kotak ni...

' Ibu abak tak nak' Apa?????? Tergamaknya!

Cerita sebenar??

'Bagi ibu sikit amani' Bertuah!Makin panjang rajuk abak ko hari tu... tambah luka di hati bonda, konon ada org tak sudi... kalau tak malam tu dah parti buih kita anak beranak ko tahu! Tapi aikan mabuk tak ilang... nak parti gapo???

Hari rabu...walaupun terlewat aku sent msg kat Zamani...Dinner sama2. Tapi tak tercakap dinner tuk apa. Haha kata bersalah. Aikan batu bukan duduk atas kepala. Duduk dalam hati sama. Uhuhu... jatuh ego agaknya kalau cakap dengan suami... But im ready if he said tak nak! merajuk... hahaha...

So Rabu tu kita dinner one family kecik. Ambik Amani dari rumah sbb me dan zamani tak nak tinggalkan dia. Bawak la walaupun tahu dinner tu tak jadi romentik macam blm kawin, u depan ai, ai depan u... mata bertentangan, tangan bersentuhan... hahah... sekarang?

Amani iman!!!

Iman!!!

Amani Iman Zulaikha!!!!

Terjerit2 kat meja... dah tak ada word 'I love you baby'... 'Happy birthday Sayang...'

Sekarang ' Amani NO!!!' ' Ya Allah... eh bertuah!'

Korang tengok gambar pun tahu la... ni Dinner ke apa...



Ada benda nak main oklah...sekejap je...



Birthday man tengah pilih menu... yang amani pun tak ketinggalan...macam faham... faham tak faham kita biarkan janji tak mengacau!



Diorg ni biasa... awal2 je macam ni lepas makan... kau boleh tengok muke suami saya mencuka... hahah... but ini yang di panggil 'family' kan?Amani sejak ada confident ni, mmg aku dengan Zamani penat sangat2... sbb dia try explore macam2... pk menyesal masukkan dia playgroup pun ada... hahaha... biar dia berkepit je. Takut org... tu pun satu gak..kalau tak lagi tak senang ko nak makan. So bersyukur je la... redha. Anak2 mmg macam tukan?



Little Chicken Crispers

Kids menu... budak ni belasah kentang goreng je... its free fyi yer kawan2... apa nama tak tahu. Tapi yang macam pisang goreng tu adalah ayam... amani tak makan sangat. May be dia pun ingat pisang goreng. Ha ha ha



Our drinks


Apa pun mesti dahulukan anak dara ni kan... sian tengok jap jap nak makan. Nak minum... bg  keutamaan. See nak romentik mmg idok lakan... sok ada sorg lagi rasa aku kemana zamani ke mana... nak bercakap pun tak, masing2 mata mulut lebih selesa berbual pasal anak...

Kawan aku cakap aku kurang kasih sayang sejak ada anak.... hahaha...asik komplain je... blog penuh jiwang satu ketika dulu... bunga melambak2 kalau nak cerita. Now bunga mmg tak ada... coklat pun dapat kongsi dengan anak... hahahah... lawakkan?



Perkenalan kami begitu singkat... hanya 5 tahun... semoga hubungan ni kekal. Semoga pilihan aku dan dia adalah pilihan yang baik. I dont mind apa yang berlaku... mmg lain sikit sifat yang di tunjukkan. Tapi bersyukur dia tetap menjalankan tanggungjawab dia....as a husb and father to my kids. Apa lagi yang aku nak complain?



Kita leka dia dah minum air sendir... waaaa sakit jantung mak! Ekceli nak ambik gambar makanan tu... air tu aku letak jauh sikit sbb bukan leh percaya si Amani Iman ni... sekali... ha! cantik dia angkat minum... uhuhu... tumpah aku ok lagi, tapi tak nak spoil mood abak Amani Iman.



Makmmg suke makan kambing... so kita order lamb je la yer...



Southwestern Grilled Lamb


Mushroom Jack Fajitas

Yah birthday boy pilih Mushroom Jack Fajitas... mmg ini yang dia akan pilih... tak ada menu lain dan dia tak pernah order menu lain sekali ni kalau ke sini... tapi mmg layan laaa.... 



Si amani dengan abak... wah kau rambut hilang punca dan arah... kalau tak ada camera dia pandai cium abak dia... bila halakan camera malu2 plak...



Happy birthday Abak! tapi dia cium sbb dia dah kenyang, habis makan. Dia nak kuar dari situ tapi bapak dia menghalang... hahah....



Bila benarkan dia keluar ko ingat kami bole makan dengan bahagia???hahaha... kalau makan ikan terubuk ke apa mau tercekik!Mata both of us mmg kat anak bertuah tu la...



Molten Chocolate Cake

Apa la erti besday tanpa besday cake...walaupun ia bukan la kek yang real... pencuci mulut je... konon la time ni nak la wish romentik...minta ampun sbb kesalahan diri sendiri...bla bla bla... sekali!!!! spoil... ko tahu kenapa??


Amani bole takut kek ni!!!! boleh plak dia menangis...sampaikan waitress tu duduk kat kitaorg pujuk amani iman... tadi ko poyo gi meja sebelah, kek sama jugak, org tu siap ada lilin bagai... amani duduk berdiri kat meja org... kena meja sendiri nangis... malu beb! hahah terus semua kata2 ilang... nak nanyi besday pun tak!


Tak pa la bak... makan je... ini anak sangat pelik... pelik2 pun anak kita... hahaha... tapi perangai pelik tu mana dia kutip pun tak tahu.


Abak pujuk anak...selagi dia nampak benda tu macam nampak apa je


Dah makan rasa sedap baru la ok... pengsan aku! 


Gambar kami... eche eche... berapa kerap la sangat kita bergambar berduakan?


Bersama anak bertuah kami... Amani Iman Zulaikha!

Apa hadiah tuk Zamani? Hahah makin lama, makin value tak ada... kalau dulu bukan main gajet2... tak main la murah2... sekarang murah2 je. Baju je.. hahah... baju pun tak ada jenama2 mewah...janji nampak hansem di mata bini...


Kawan aku tegur... eh ni kan baju remaja2...laki ko nak pakai???

Eh laki siapa? aku kawin bukan dengan lelaki 50 tahun... hehehe... he still young maaa... lalalala.... jiwa mude... walaupun remaja purba kata adik2 dia... kih kih kih... 3 helai baju from the guard. Yang Zamani pakai malam tu salah satu darinya... okkan?? kan kan kan?





ku akhirkan dengan gambar gedik me and amani iman.... hehehe

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, August 11, 2013

The ZulaikhaS

Salam...

Macammana dengan raya ouls? Aku balik kedah. Berjalan sakan dari Kedah turun ke penang, than turun ke Perak pulak.

Anyway aku bukan nak cerita pasal raya, tu tunggu la bila aku dah senang nak berkongsi. Tapi yang dalam otak aku sekrang cerita yang aku nak coretkan di sini. Cerita yang aku perlu kongsi bukan untuk meraih simpati, tapi aku nak abadikan cerita ni. Biarpun berkali2 berperang dengan diri sendiri. Tapi sudahnya aku nekad. Ini coretan aku... Kisah akukan. Selama ni aku dok jaga segala isi tapi kali ni kalau penerimaan org baik, maka baik la ia... Kalau penerimaan tu salah, maka salah la ia.

Suspen tak entry ni?

Orang cakap tak elok kita letak gambar kubur di mata umum. Tak pasti apa sbbnya. Tapi aku tengok blog yang senasib dengan aku ok je letak. So aku memberanikan diri. Sila la faham...

Sejak amani lahir, aku kurang ke pusara Aryssa Dania. As paranoid mother aku takut ada benda2 tak elok yang akan menganggu Amani Iman. Terutama makluk halus ni. So for the first six month umur amani iman aku tak bawak dia bila ke pusara Aryssa Dania. Kawasan nyamuk. Lalang yang tinggi so tak sesuai la... Faktor cerita mahluk halus satu bab... Than kesihatan amani iman pun penting jugak.

The first time kita bawak dia ke pusara Aryssa Dania waktu puasa tahun 2012 which is last year. Time tu kubur mmg tak terurus. Tapi kami gigih bawak Amani Iman. Memula tu masih takut. Tapi Zamani yakinkan aku... Kubur Aryssa bersih. Kubur kanak2. Semua ahli syurga kat situ. Lagi pun bulan puasa ni, Insya Allah tak ada apa2.

So kami bawak dia.

Alhamdulilla dia tak nangis. Tapi aku jadi seram bila turun kereta dia peluk aku sekuatnya... Time tu aku tak sedap hati. Tapi dia bukan peluk aku ketakutan, tapi macam bergurau... Dia senyum kambing... Senyum gedik org kata...ala macam ko agah baby, diaorg suke tekup muke kat bahu kita... Macam tu la. So aku rasa ini petanda baik. Mungkin Aryssa Dania sedang bertegur sapa dengan Amani Iman atau ahli syurga di kawasan perkuburan Aryssa Dania sedang menegur Amani Iman.

Time tu amani iman dah pandai angkat tangan doa. So i think its cute while we doa for Aryssa Dania, dia ikut sama. Even kita nak balik pun, aku suruh Amani Iman babai kubur Aryssa dia buat dengan muka yang agak gembira.

Amani iman perlu kenal siapa Aryssa Dania....

Tahun ni weols tak dapat nak melawat kubur Aryssa Dania di pagi raya... Jadi akhir di minggu raya kami bawak Amani Iman ke kubur Aryssa Dania...




Dan ini aksi spontan Amani Iman ketika tiba di pusara kakak dia. Aku agak terkejut dan biarkan dia terus menyentuh pusara Aryssa Dania. Dari ke batu nisan hingga dia menyentuh permukaan atas pusara kakaknya.... Walaupun lepas tu dia gengam batu2 tu sbb dia nak main je pun.

Aku mmg niat nak ambik gambar pusara Aryssa Dania kali ni... Untuk tatapan sendiri, tapi mana tau... Bila anak buat aksi spontan, hati seorg ibu tersentuh. Dan mula tertanya, di mana dia belajar?

Alhamdulilla pusara Aryssah Dania terjaga. Mula nak tambah batu2 atas tu tapi nampak masih lagi elok. Kami dah minta pekerja yang buat batu nisan di kawasan kubur tu untuk tambah batu2 kecil sekiranya kurang atau kotor.




Mulut amani iman membebel kali ni... As a mother yang penuh drama, mungkin dia bising ke apa banyak daun kering kat kawasan tu... Tapi tangan tetap pegang batu nisan. Dah macam dia berbual pulak dengan seseorg. Bila aku doa, dia tak angkat tangan tapi sibuk main dengan batu2. Aku tetap biarkan... Amani imankan suke berlakon... For few minute i let her cakap sorg2. (Sila tahu bila dia cakap sorg2 aku enterprem. Takut dia create kawan yang tak wujud)



Look at ner cheeky face bila Zamani bagi botol kat tangan dia. Selalu dpt botol dia masuk mulut dia je. Tapi that time macam dah get ready nak tuang air tu...




Amani iman....

Amani bukan keseorgan... Amani jugak bukan satu2nya anak ibu dan abak. Di dunia yer hanya amani iman buat masa ni... Tapi ketahuilah di hati ibu dan abak, ada Kak Aryssa. Sama banyak, sama sayang, sama cintanya kasih ibu dan abak pada dia, sama seperti kami sayang kamu...



Nak balik pun amani iman pegang nisan kakak.... Sebak hati ibu.... Sangat sedih.... Tiap malam ibu tengok gambar2 ni... Dan ibu nekad kongsikan di sini... Bukan meraih simpati... Tapi satu hari nanti pasti amani iman suke tengok gambar2 ni.



Al-fatihah buat Aryssa Dania zulaikha....

bidadari syurga yang abadi...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:In my heart

Saturday, July 6, 2013

Bye bye Mr Passy


Hari ni hari ke 7 Amani Iman tanpa best friendnya! Mr Passy!

Helll yahhhh.... ibu bangga sbb Amani Iman seorg yang tabah dah kuat. Ekceli kalau nak ikutkan, dia hanya merengek di hari ke tiga which kita dah balik dari PD. Malam biasanya mulut dia nak kena ada Mr Passy baru lena tido. Dan malam tu... dia bangun tah berapa kali daaaa... nasib baik  mak dia cuti esoknya. Bole la melayan bangun buat susu.

Abak dia biasalah... kesian je memanjang. Nak tido petang pun sama. Mak aku cakap punya payah. Dia dah lelap, than terjaga nangis2. Sampai dia ambik puting botol susu isap... apakah! bila dia ambik je, cepat2 ambik sbb sia2 la kan?

But now totally gone! Hoyeahhhh... kalau tak risau hati mak nak... bak kata Balqiss (anak cozen aku)

'So scary right??' hahah bila dia tengok punting si amani yang menakutkan itu.

Alasan atau sbb aku nak buang puting dia, satu sbb dia dah nak 2 tahun. Second dia isap puting tu dia suke gigit2... macam nak mengasah gigi je. Sampai dah teruk puting tu. Berlumut. Kang tak pasal ada pulak penyakit lain. Kan??? sebenarnya tak la susah sangat dia nak hilangkan rasa ketagih puting dia tu. Syukur la. Aku dah set kat otak ni, mampuih 2 minggu ni aku kena tahan ragam dia. But not at all... one or two days je. Cume malam sumbat susu la lebih dari biasa. Mau 4 botol dia minum. Bangun 2 jam sekali... bukan apa, dia cari something nak masuk mulut dia. Than my BIRAS bagi idea, bagi je ayaq kosong... hahah esok buat, terus tak jaga malam... hahahaha dia rasa air biasa terus sambung tido.

Than that its. Itu je...

Kalau main2 dia ambik segala mainan masuk mulut. So far dia tak dapat detect yang mana sedap dan selesa macam Mr Passy dia. Aku risau kalau dia tukar isap jari je.... oh noooo... sbb mak aku kata, macam aku, sampai ke besar la isap ibu jari tangan. Sampai kembang2... hehehe... teringat mmg betul pun. Sampai darjah tiga kot... isap ibu jari tangan kalau nak tido...

Mintak minta dia tak dapat la idea nak cari ganti tuk lepas rindu pada passy dia... Hopefully....

Ya Allah... pls help me... bantulah aku supaya aku dapat mendidik dan membesarkan Amani Iman Zulaikha dengan sempurna...

So far she doing fine... banyak lagi step yang kena buat... ni baru stage satu...esok lusa pulak

Latih dia free diapers
Latih dia minum pakai cawan
Latih dia kenali Islam
Latih dia Solat
Latih dia puasa

Insya Allah... aku tahu ramai yang akan bantu sama... *smile*



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, December 13, 2012

Wipes

Pengunaan wipes pun boleh jadi isukan? To me nak lap bontot baby je. So tak perlulah nak mahal2... Nak beli kat mothercare bagai. Tapi opcoslah kalau wipes mahal ni adalah protection tuk protect baby skin bagai. Hygne kena jaga. Air kencing dan najis baby ni tajam. Tapi sejak amani iman dah mula makan, aku mmg gunekan wipes hanya untuk tanggalkan kotor kat bontot dia sajer. Lepas tu angkat ke singki basuh. Kena didik la, lagi la kita islam. Rasanya dah mula ajar anak tentang kebersihan dan cara bersuci.

Kita nak solat pun tak was was. walaupun najis budak ni tak berat tapi aku tetap was was. Kalau travel aku beli spry sajer. Tapi kat rumah mmg angkat amani basuh terus. Kalau dia tido pun aku gune spray je tuk bersihkan.

So kalau pasal penggunaan wipes aku tak kisah sangat.


Dalam banyak wipes, aku suka pakai anakku, prureen dan sbb dua2 jenama yang mahal ( aku boleh consider mahal la) 2 bungkus RM 13 to RM 15, agak mahal. Tapi aku suke sbb ada bau. So kalau sesak napas at least wipes ni membantu mengelakkan bau taik yang mencucuk2 hidung. Hahaha

Tapi try tesco choise ni, elok la... Wangi pun wangi. Murah jugak la serendah RM 8 dua bungkus. Lagi satu aku suke sbb ada penutup. Tak la kering jadinya.


Tapi kalau suruh cik tipah beli. Dia suke johnson and johnson ni. Aku dengan adik2 aku membesar dengan product johnson and johnson ni. Yer la zaman kitaorg mana la ada jenama lain. Sekarang bersepah2. Akibatnya mmg wipes yang paling atas tu kering sbb tak di tutup baik2. Oh ni lagi mahal... Dua bungkus RM 19 lebih?? Boleh beli tesco choise wipes tu 5 kot...

Tak ada bezanya punkan... Bukan jenama menjadi ukuran tapi kualiti barang. Mahal tak semestinya bagus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails