Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, September 28, 2011

Pengalaman Bersalin Part 2

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sambung balik cerita semalam. Lepas Dr Azmi terangkan plan yang kena ambik, aku terus call Zamani. Nangis2 dah time tu. Aku dah tak pikir pasal aku. Aku pikir pasal anak. Kata dr azmi paling teruk pun transfer darah je. Di sbbkan aku takut dengan cerita room mate aku tu, tu yang mengangu emosi sikit.

Tapi aku terpikir kalau ini adalah hari terakhir aku? Bagi la aku jumpa anak aku dulu. Aku teringin sangat nak tengok anak aku.

Dr Azmi jugak ada mention, diorg akan bagi aku pengsan terus. Mean bukan separuh sedar. Sbb takut aku pengsan tengok darah sendiri sbb darah aku cair. So nasib baik aku dah sarapan pagi. So aku tak leh jamah makan dan minum selama 8 jam. Lepas makan jantung baby di periksa.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

mesin graf periksa jantung baby

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

geraf jantung baby mmg tak cantik. Tengok yang atas tu. Kira degupan jantung dia 160 dan terus berdegup laju tu je. Tak cantik. Buat aku risau. Nurse tepuk2 perut aku tuk bagi baby bangun. Tapi hari tu mmg baby tak gerak. Suspenkan? Mungkin aku takut sampai tak rasa ke apa aku tak tahu. Aku usap perut dan pujuk baby...

"Kita akan jumpa nanti... Iman tak perlu risau sbb you and me will be ok."

Mmg syahdu la. (Chewah ke aku yang syahdu lebih-lebih)

Aku tak malu tuk nangis. Sampai akak katil sebelah tu pujuk aku. Semua akan berjalan dengan lancar. Sedih ko! Aku ingat mati je. Dramatik tak???

20 minit nurse datang, terus masuk air sbb geraf jantung baby sangat la tak chantik! Aku pun tak tahu kenapa kena cantik. Adakah itu beri makna buruk? Baby tak ok ke apa ke?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Masuk air satu botol.

Baru je masuk air, alhamdulilla semua bertukar jadi ok! geraf terus cun! sayang anak ibu!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nampak perubahan geraf tu? terus naik turun. Agaknya 'lakaran' tu cun kot... nurse tersenyum. Tunggu setengah jam. Aku terus pujuk iman... kita akan jumpa ari ni... so anak ibu tak mo stress yer.

Lepas tu injection matang paru2... kali ke dua.

Lepas kul 12 diorg hantar baju operation. Glup... berbual2 dengan ahli keluarga yang lain. Aku tak dapat jumpa ibu. Sadis... aku call tapi ibu tak angkat. Aku terus sms minta ampun maaf. Than yang ada keluarga mertua aku. Mak dengan abak bagi nasihat supaya tenang. Zamani dengan aku tak berbual. Tah... aku sendiri sebak. Kang jurai air mata semua org meluat. Zamani pun usap2 kepala aku.

Mak minta diri nak gi solat kat masjid putrajaya. Aku salam mak dengan abak, minta maaf kalau ada salah silap, halalkan semua. Mak abak kuar je. Nurse masuk bawak pack kencing.

"Puan... kita masuk dewan bedah sekarang ye." I was like!!! cepatnya... i tot kul 4?

"Puan tak leh lengah yer. Sekarang suami sila kuar." Tak sempat nak minta maaf dengan Zamani. Dia selak kain aku main cucuk je tuib... perhhhh sakit ok. Aku merayu suruh diorg bagi aku relex diorg tak nak... cakap ini kes emergency. Scary ko!!! diorg tanggalkan uniform ward, pakai baju operation. Dah la bawah tu di cucuk pack tukan. Perh sakit... pindah2 katil plak. Hotak la...

Diorg tolak aku ke dewan operation. Nak masuk diorg suruh aku mengucap. Masuk dewan tu sejuk ko! Aku masuk je doktor dah bising. Pesakit patut masuk kul 3 ptg kenapa lambat??? Aku tengok jam... 3:10 minit.

Nurse :- Pesakit tak tahan sakit pack kencing tu so dia nak relex sikit

Doktor tu hampir kat aku. Keadaan kat dalam tu mmg kelam kabut

Doktor Bius :- Assalammualaikum puan, saya doktor (I dont remember her name) , saya pakar bius. Puan ok ke?

Me :- Saya tak selesa pack ni

Doktor bius :- Ok tak pa... sekejap je. Kami akan lakukan pembedahan emergency sbb air ketuban puan dah kuarkan? Sila tengok surat ni, tandatangan siapa?

Dalam kerabunan tak nampak, ok aku nampak tandatangan aku. So aku angguk.

Doktor bius :- Ok kita akan masuk OT. Saya akan buat bius separuh sedar

Aikkkkk dr azmi kata pengsan terus?

Me :- TApi dr azmi kata pengsan terus?

Doktor bius :- Bahaya puan, sbb puan under asprinkan? So kita nak puan sedar.

Me :- Epidural ke? Saya tak nak epidural

Doktor Bius :- Tak... ni bius separa dari pinggang sampai kaki. Puan ok ye?

Malas nak argue... aku angguk dan terus masuk OT.

Mengigil ko! dalam tu ada 4 org doktor. Doktor ke nurse ke aku tak tahu. Tapi doktor yang buat pembedahan tu mmg kenalkan diri diorg. Aku di minta duduk. Mmg sakit tiub kat pundi kencing ni! Diorg bagi bantal tuk aku peluk

Doktor bius :- Sakit sikit yer puan. Saya akan cucuk kat belakang puan. Tahan ye.

Zapppp! tak sakit pun... wakakak... terus dari pinggang ke kaki jadi panas. Dan kebas. But aku still bole rasa diorg gerakkan aku. So aku terasa ini kah kalau kita mati??

Doktor :- Puan, sekarang puan rasa panaskan? Puan akan rasa semua yang kita buat but tak rasa sakit.

So bila diorg 'kerja'kan aku mmg aku rasa tapi tak sakit. Senak sikit la. Even diorg letak tangan kat kaki aku pun aku still rasa tapi tak sakit. Tapi mmg aku tabit la diorg ni. Dalam bilik tu tak adalah aku dengar cerita mengarut pasal raya ke apa. Mmg focus on operation tu. Dengar la bila diaorg berbual antara sendiri.

"Darah banyak!"

"Esh sedut sedut... cair sangat darah ni"

Bila dengar tu aku macam panic sampai jantung degup kencang... doktor bius tu pegang tangan aku...

Doktor bius :- Puan ok?

Aku angguk hayal...

Doktor bius :- Denyutan jantung puan kencang ni.

Mmg dengar bunyik 'tik tik' laju... hahah macam dalam drama tu.

Doktor bius :- Ingat Allah dan baby yer puan.

Suspen la!!! Bila jantung aku degup kencang diorg pasang gas... ahhh sudah.

"Ok tekan tekan... nampak kepala baby..." wahhh teruja sudah. Rasa nak intai kat tirai tu. Kang kejung tengok perut terbelah plak. And aku nampak sorang doktor ni tekan perut aku sampai senak perut aku... bila baring tu aku nampak apa diorg buat melalui cermin lampu yang kat atas aku... cume aku rabunkan??? so tak jelas sangat. Sekali dr cermin lampu tu aku nampak baby tercampak kuar dari perut dan doktor sambut. Terus dengar baby nangis...

Anak aku!!!! tapi diorg terus bawak pergi tak bagi kat aku. IMAN! itu IMAN! Air mata ni mengalir... alhamdulilla... mmg lega sangat. Dan lepas dengar suara anak aku terus badan lemah dan mata nak tertutup.

Tetiba doktor bius tadi bawak Iman...

Doktor Bius :- Puan... anak puan...

Amani iman tak berbunyik... doktor ni pun suspen tau cara dia tegur aku

Doktor Bius :- Tahniah puan. Tahu jantina anak?

Aku angguk

Me :- Perempuan...

Doktor Bius :- Ok puan tengok yer anak puan perempuan dan cium dia puan sbb saya nak tunjuk pada suami puan.

Aku cium Iman dan muke dia aku tak nampak sbb aku RABUN TERUK!!!! damn!

So lepas tu diorg bawak Iman pergi dan aku tunggu semua selesai. Tapi dalam keadaaan mamai. Aku di bawak keluar dan di iringi oleh semua doktor tadi. Kemudian aku terlena. Bangun2 ada nurse India. Kasar gila kot. Aku plak sejuk sampai mengigil2... bukak mata semua puteh... sudah! mati ke aku? hahaha

Indian tu mmg kasar. Time tu bius habis. Aku rasa sakit kat bahagian perut. Diorg tolak aku ke bilik dan aku dengar suara semua family aku... saat tu mmg aku nangis. Nangis sakit, nangis gembira... mana anak aku???

Semua family berkumpul... dengar suara2 mereka yang dah jumpa Iman...

"Comei la amani..."

"puteh la amani..."

Dan aku nampak senyum Zamani... akhirnya tangisan kami dua tahun lepas di hospital yang sama bertukar menjadi sebuah senyuman yang bahagia...

Dan saat tu terdengar nama Amani Iman Zulaikha. Eh confirm eh nama tu? Setahu aku, aku dah pilih Iman Zulaikha. Tak tahu plak zamani pilih nama Amani. Lepas dari tu nurse bawak Amani Iman ke dalam bilik... alaaaa comeinya anak aku... anak aku yang aku kandung selama ni... akhirnya dalam dakapan aku...

Syukur padaMU YA ALLAH kerana memberi kesempatan tuk aku menjadi ibu.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan kat bawah ni Zamani snap time tunggu aku sementara dalam bilik operation. So tahu la siapa yang tengah operation, dah selesai ke, dalam prosess ke... dia kata mmg semua org menunggu kat situ... dah macam tengok nombor ekor plak yer...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pukul 2:49 petang aku sepatutnya masuk dewan bedah tapi sbb tiub bodo tukan? buat aku tak selesa sampai lambat ler

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pukul 3:47 ptg operation tengah jalan. Tapi Amani Iman lahir 3:41 ptg means dia dah lahir.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Jam 4:25 ptg selesai dan semua bole tunggu aku kat ward.

Kalau korang tanya aku... normal dan operation?? sakitnya sama. Operation sakitnya lebih lagi. Tapi rasanya di awalan sahaja. Nak bangun tu payah dan sakit. Normal time tu je la... tapi aku normal pun dulu tak jahit. Time nak bersalin tu sakit.

Serik ke??? benar la kata org... nampak anak sakit hilang. Tapi aku bersyukur pada suami, ibu dan mak mertua yang banyak sangat membantu. Terutama mak mertua aku. Now hari yang 18 alhamdulilla mmg luka dah sembuh. Mak mertua aku banyak sangat bantu. Jaga makan aku. Luka aku pun sembuh dengan baiknya. Alhamdulilla tak la rasa gatal kat luka ke apa. Mmg elok semuanya. Syukur....

Amani Iman pun alhamdulillla sihat. Pusat luruh hari ke 13! ha org kata degil kalau pusat luruh lambat ni. Mmg mak mertua aku bersihkan pusat sampai la pusat tu luruh. Tuam pusat, perut semua.

Cume nak mengandung kena la tunggu dua tiga tahun. Hua hua hua... ini abang Zamani kena pandai la yer... kalau kesiankan akak, kalau siankan anak. Kena pandai. Ngeh ngeh ngeh. Kang anak baru habis pantang dah dapat adik. Ooooo operation bukan normal ko! Doktor pun kata. Luka luar mungkin nampak baik. Luka dalam sila tahu ambik masa setahun setengah tuk pulih.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

aku akhiri dengan bantal ni... Zamani bagi tuk teman aku tido malam tu... hahaha.

Tuk kawan2/sedara mara.... terima kasih banyak2. Tak terbalas komen di FB, twitter. Terima kasih atas doa dan ingatan semua. Hanya Allah yang dapat balas segala doa kalian.

1 comment:

Deqna said...

terharu.... terkenang saat melahirkan marissa dulu.... pengalaman bersalin memang indah kan...

Iman memang comel..
selamat berpantang cida...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails