Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, September 28, 2011

Pengalaman bersalin

Ok baru berkesempatan nak bukak lappy. Alhamdulilla dah hari ke 17 dah.

Amani Iman Zulaikah dah 17 hari. Alhamdulilla sihat cume kalau dia minum susu tu berbunyi sikit. Macam nafas tersekat2. Tapi doktor kata itu normal. Compare dia menyusu badan bunyi tak ada. Tapi tu la susu badan tak banyak plak. Dia plak boleh tahan nak minum. So bantuan susu formula di perlukan. Tak sampai ati aku nak tengok dia menangis tak cukup minum.

Cepat sangat masa berlalu. Tu la aku dok doa cepatlah anak aku keluar dari perut ni. Nah! ambik cepat sebulan dari due date. Not even 9 month.

Sejak aku mengandung, aku mmg pantau pergerakkan Amani Iman dalam perut. Tapi Amani Iman ni kurang gerak jugak, tapi kalau dia gerak tak henti. Mau setengah jam dia gerak dalam tummy aku.

So bila dia tak gerak tu yang buat aku risau. Based on case Aryssakan? aku lebih berhati2.

11 sept 2011 mmg hari yang bersejarah. Aku tido umah MIL sbb 11 sept tu MIL nak buat open house. Pukul 5 pagi, laki aku baru balik umah. Time tu mmg terasa nak terkencing. So pergi bilik air, tengok kat seluar dalam ada tompokan air jernih. Tak pernah lak jadi. Tapi check up kat sepital air ketuban mmg kurang tapi bukan paras bahaya. Paras air ketuban normal 18-8 tapi aku punya dalam 11 macam tu.

So buat tak tahu lagi. Bangun pagi kul 8 pagi nak mandi, terasa lagi air kuar. Tapi sikit. Rasa tak sedap. Sudah! takkan sekarang kot? Mil aku nak buat open house ni. Kuar bilik air, bisik kat telinga Zamani.

Ermm laki akak nampak tenang tapi dia risau, ajak aku gi klinik UMRA (tempat aku selalu buat follow up). aku tak nak susahkan MIL aku, tapi tengok MIL aku tahu... laki aku la habaq! Terus gi UMRA. Mmg risau sangat.

Sampai UMRA buat check up, diorg suruh test air kencing. Nah! kat panties dah basah separuh. Lagi la aku risau. Masuk jumpa doktor pakar. Check dia kata dia tak sure air ketuban atau keputehan. Tapi paras air ketuban is 8. Kira paras bahaya.

So the decision dia suruh buat check up kat Hosp Putrajaya sbb kes aku rujuk sana. Dia tak berani ambik. At least kalau ada laporan cakap Hosp putrajaya tolak baru dia ambik. So the plan kalau aku tak tahan ward, diorg suruh balik, malam tu mmg aku kena datang klinik UMRA tuk ambik injection matang paru2 baby dan plan akan di buat lepas tu. Atau kalau diorg bagi injection matang paru2 baby, TAPI suruh balik, terus datang kat diorg. Yang penting procedure dah buat kat sana.

So aku macam blur... pergi kat hospital putrajaya. Bahagian dewan bersalin. Sekali kat kaunter dah tulis "DEWAN BERSALIN PENUH"

Than aku di periksa. Seluk sana sini. Dengupan jantung baby sangat sangat tak bagus. I dont know why. Diorg suruh aku tenang. Dengar macam tu aku dah panic. What happen ni?? Terus diorg cakap nak masuk air. Sbb GRAF jantung baby tak cantik. Dah dia cucuk tetiba jantung baby ok...

Aku mmg tak nak bersalin kat hospital kerajaan ni. Harap dia tolak so that aku boleh bersalin kat UMRA. Lama jugak dekat sejam. Ada la 4-5 org sekali kat situ buat pemeriksaaan. Semua nak bersalin. Sempat berbual dengan diorg, mmg semua tu dah lebih 37 minggu ke atas. Aku?? baru 35 minggu kot.

So scan, air ketuban mmg less. Than seorg doktor suruh aku balik. Oklah nak siap2 sorg doktor jumpa aku. Kena masuk ward. Panggil suami daftar. Aku blur... tadi kata ok now kena tahan?? what wrong?? So zamani daftar aku ikut nurse masuk ward.

Aku masih tak tahu apa yang jadi, kenapa aku kena tahan padahal tadi diorg kata ok semua. Sampai la ke malam. Time doktor melawat. Sorang doktor pakar, sorang senior, dua org doktor pelatih/junior. Dia tanya aku

Doktor 1 :- Puan pasti ke tu air ketuban.

Halooooo lu tanya gue??? siapa doktor?

Aku :- Saya tak pasti. Sbb tu saya datang buat check up. Since doktor hamidah buat last check up 8 sept tu, dia check air ketuban mmg kurang, if ada liking dia suruh saya datang tu yang saya datang.

Doktor 1 :- But based on your statement kalau air ketuban pecah kita kena induce

Korg ni doktor tapi based on statement??? what the hack! than buat la apa yang patut

Doktor 1:- PLan kita mcm ni la puan, kalau air ketuban tu kuar, kita kena incude. So esok pagi kita akan masukkan ubat. Sbb takut infection kalau biarkan

Aku :- Kena tak inject matangkan paru2 baby

Doktor 1 :- Tak perlu. Baby 35 week dah kuat dah.

Macammana ni? Dr Rafee kat UMRA kata aku kena ambik. 35 Week masih consider premature.

Aku setuju je. Malam tu diorg pantau air ketuban aku. DIorg suruh aku pakai ped, dan setiap sejam tanya dan tengok ped tu ada air ke tak. Air kat ped mana nak nampak. Unless kalau ada tandakan, merah ke kuning ke, ijau ke?Aku jadi bengang.

Tengah malam aku di kejutkan tuk inject matang paru2 baby. Aik tadi kata tak yah??? apa ni? ambik je la... sumpah sakit nak mati ko! melalak aku... sila tahu akukan lembek.

Malam tu Zamani datang hantar lauk... Ya Allah hanya tuhan je tahu aku sedih malam tu. Zamani call aku nangis. How i miss him that nite... hahah gedik! yerlah ko kat sepital tapi laki ko tak ada. Bukan mengada. Tapi mmg mengada... wakaka. Mana pernah jauh dengan dia. Puaslah aku minta bilik sorg, kalau bilik sorg suami leh temankan. Dah la room mate aku kat ward tu terlebih ramah. Dia pekerja kat sepital tu jugak. Dia cerita plak petang tu ada perempuan bersalin meninggal dunia. Lagi la tak tentu arah aku rasa.Suspenkan? Malam tu aku tido dalam tangisan. Aku rindu sangat Zamani. Sob sob.

Pagi 12 sept! Doktor datang tapi bukan doktor semalam. Dr lelaki... may be this is my doktor sbb kat katil aku ada nama dia. Dr Azmi

Dr Azmi :- Puan sihat?

Aku :- Sihat alhamdulilla.

Dr Azmi :- Ok... air ketuban puan kuarkan? Puan nak induse ke?

Aku :- Kalau bahayakan baby saya tak kisah

Dr azmi tu senyum, baca record aku.

Dr Azmi :- You ada history baby meninggal dalam kandungan? Ok ada dua plan tuk puan. Both adalah sama tuk baby. Sbb dia dah 35 week jadi apa pun dia tetap pramatang. Malam tadi kita dah bagi suntikan pramatang babykan? so kena sekurang2nya dua suntikan.

Suspennnnn

Dr Azmi :- Ok puan you nak buat induse? bole tapi induce risiko pada baby. Sbb kita tak tahu berapa lama dia nak keluar. IF dia tak kuar dalam tempoh 12 jam. Baby akan lemas. By the time kita nak buat operation you dah sakit dua kali.Bahaya pada baby and ibu jugak. Tapi kalau u nak operate, the risiko pada mak. You on asprin. Darah you terlalu cair. Org yang ambik asprin perlu 10 hari sekurang2nya to stop tapi puan baru stop 2 hari.

Air mata aku nak mengalir dah...

Dr azmi :- So terpulang pada puan. Nak induse or operate

Aku :- Cadangan doktor?

Dr Azmi :- Kalau saya? saya suggest operate. Baby confirm selamat. Just ibulah. Mungkin paling tak pun kita transfer darah.

Aku :- Than i go for operation

Dr Azmi tersenyum.

Dr Azmi :- I need to see husband you. Call dia. Tapi saya ada operation pukul 10. Kalau saya tak ada suruh suami jumpa doktor ni.

Tunjuk doktor seorg lagi

Dr Azmi :- You tolong terangkan pada suami dia. Kami perlukan tandatangan dan kebenaran suami puan sbb ini kes emergency. Kami tak nak kalau apa-apa jadi, nanti suami puan saman kita plak. Kalau setuju, lepas ni ambik injection pramatang paru2. We will arrange operation after 4 hour ambik injection tu.

Glubbbb that fast??? Aku call Zamani tak angkat, call mak mertua aku and cerita apa yang doktor cakap. Lepas tu aku nangis macam nak rak.

Kalaulah ini hari terakhir aku? Tunggu Zamani datang. Muke dia pun kelat. Aku minta dia izinkan aku buat operation. Aku tak pikir apa hanya baby. Dia perlu di selamatkan. Aku tak nak kehilangan anak lagi. BIar la nyawa aku di tukar. Mmg aku redha.

Ok panjang sangat nanti sambung ok! Aku taip ni pun sebak rasa....

3 comments:

rokayah said...

saya pun sedih... tp alhamdulillah cida n amani sihat..

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

saspen..sila teruskan..

memang masalah komunikasi lah doktor-doktor nih..rasa nak kena hantar cadangan kat depa nih..

Anonymous said...

bergenang air mata saya .....moga sy dipermudahkan segalanya ...amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails