Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, May 25, 2010

Dia turut merasa kehilangannya...

Entry semalam penuh emosikan?

Tak tahu la... hati ni sayu sangat... mungkin sekarang ramai org yang give birth... yang mengandung pun tak kurang jugak... bukan aku jeles... Illahi aku gembira dengan mereka di sekeliling ku... biasalah bila cerita tentang kelahiran, hati sayu...

Dan aku tak tahu nak gambarkan macammana... sbb aku tak rasa ramai yang faham... act normal dan tak mo emo lebih2... im ok actually cume tak pulih 100% lagi... normal kot? tunggu la kalau ada penganti dia, mungkin terubat sikit... tapi itu tak bermakna aku akan lupa dia... aku tak nak lupa dia... ku selalu pesan Zamani... jangan sesekali kita lupa dia yang pernah wujud dalam hidup kita... aku tak nak antara kami lupa dan tinggalkan dia begitu sahaja... dan sekiranya ada rezeki buat kami, dia kekal yang pertama...

Korang nak cakap apa cakaplah... korang nak kata aku terlalu ikut perasaan katalah...

Dan terima kasih pada yang concern... tujuan aku luahkan semua ni bukan nak menagih simpati... aku tak perlukan simpati... kasihan... dan aku tak mengharapkan balasan komen ke apa... tapi apa yang di berikan aku tetap berterima kasih sbb aku tahu ramai yang mahu mengambil berat tentang apa yang aku rasa... biar la org jemu membaca, tapi aku tak akan jemu menulis... sbb menulis buat aku rasa tenang...

Semalam Zamani komen...

Actually aku tak pernah tanya dia, apa dia rasa... dia rindu ke tak anak kami... dia sedih ke tak? The only day yang aku tengok dia menangis sewaktu dapat tahu kematian Aryssa... sampai segala urusan pengkembumian selesai... lepas tu nan ado... kat kubur pun normally aku yang teruk... dia sekadar tepuk2 bahu aku je la... polok tuk tenangkan aku...

Tapi ku tahu dia juga sayang dan ingat tentang Aryssa... sbb sekarang aku jarang mention nak melawat kubur anak... tapi Alhamdulilla macamana packnya masa kami hujung minggu, dia tetap singgah tanpa menerima permintaan dari ku, Alhamdulilla...tak kisah apa pun tujuan dia, sama ada nak puaskan hati aku ke, simpati pada bini dia ke...aku tetap bersyukur dan sangat berterima kasih... 7 bulan dah berlalu tapi kami ingatan kami melebihi usia dia bersama kami satu ketika dahulu...

Aku ibu yang mengandungkan dia... detik pertama doktor cakap aku mengandung aku dan zamani dah try cakap dengan dia... eksen poyo je masing time doktor tanya ada bual dengan baby ke tak, masing2 buat muke blur... heheh segan la kang kata gila... budak tak tahu apa-apa dah start bual... but komunikasi between me and baby bermula since the first time aku di sah mengandung...

Than sampai ajalnya... lepas bersalin aku terus di suntik... dengan tahap rabun yang gaban ni... menghalang pandangan... doktor cakap nak bersihkan baby, tapi terus di bawa jauh dari aku... aku tak dpat tengok dia mahu pun cium... mungkin itu lebih baik?? ada sbb Tuhan tak temukan kami...

And mandi, solatkan jenazah, urusan pengkebumian di uruskan oleh Zamani... dah tentu dia akan ingat wajah si kecil itu selamanya, sama seperti aku teringatkan gerakkan dan tindak balas Aryssa dulu... tak menangis tak bererti tak merindui.... tak menangis tak bererti kita lupakan dia... tak menangis juga tak bererti kita sedih... walaupun dia suci dari sebarang dosa... tak bermakna kita tak perlu sedekahkan fatihah tuknya... tak perlu baca yassin tuknya...itu sahaja yang aku mampu buat bila rindu padanya... yang selebihnya aku akan menulis...

Aku tak rapat orang faham... tapi aku puas dapat meluahkan...

Buat suami...

tak terbalas segala pengorbanan mu... ketabahanmu dalam mengharungi segala duka bersama... tidak sekali pun ku dengar rungutan... setiap kali ku jatuh kamu sentiasa di sisi tuk menyokong...terima kasih di atas segalanya... im nothing without you...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails