Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, June 29, 2015

Memori Hari raya

Pose baru hari ke 12 tapi aci tak nak cerita pasal raya?

Tetibakan aku teringat Arwah Atuk dan arwah nenek Melaka aku. Arwah atuk tak silap meninggal tahun 1995. Since atuk meninggal semua berubah. *Nak nagis*

Rutin hari raya pastinya, tiga or empat hari sebelum raya, arwah atuk akan ambik kami dr klang tuk balik kampung. Perjalanan ke Melaka that time 5 jam. Ikut jalan lama. Bila sekolah cuti je, mesti atuk ambik. Ayah normally akan balik lewat sikit. Malam raya selalunya sbb dia kerja.

Meriah time tu. Arwah nenek mmg rajin masak. Raya time tu mmg meriah. Rumah pasang pelita. Lepas berbuke semua berebut nak pasang pelita. Kawasan rumah nenek besar. Time tu umah kampungkan, so pokok2 pun kitaorg pasang pelita bawah dia. Pokok2 manga yang besar2 tu la port bebudak lelaki cozen2 aku main mercun. Habis buah2... creatip habis la cucuk bunga api kat daun2 pokok tu... hehehe

Dua tiga hari lagi nak raya, nenek akan ayam ketupat. Buat sarung ketupat siap2. Ketupat selatan lagi susah dari ketupat utara. Senang ketupat palas pun ko tak gheti buat. Apa lagi ketupat anyam ni?!

Arwah nenek selalu cakap, org perempuan tak tahu nak anyam ketupat ni rugi... esok laki cari lain. Lor gitu sekali? Gigih belajar pusing2 sampai terbelit2 tangan jadinya. Kitaorg suke duduk mengadap nenek anyam ketupat. Selalu dia buat rangka kitaorg gedik ketat2kan.

Arwah atuk pulak suke sangat la buat dodol sendiri. Lelaki akan buat dodol. Merasa jugak la tengok cara buat dodol. Awal2 bukan main semangat. Bila dodol likat semua lari. Hihihi. Arwah atuk tak banyak cakap. Dia buat sorg2 sbb kitaorg kecik, dah likat dodol tu tak gerak sudip tu.

Sehari raya, masing2 ada tugas. Selalunya aku dan adik2 akan tukar langsir rumah dan juga sarung kusyen. Punya la lambat nak buat. hahaha sekarang dah besar senang je tukar sarung tu. Mungkin time tu kitaorg kecik. Siap 2 orang duduk bengkok atas kusyen nak tarik keluar sarung lama. Nak masukkan pun satu masalah. Rumah arwah banyak sangat sofa. Kat beranda atas, beranda bawah, kat hall TV. Pengsan der nak tukar. Kalau salah pasang lagi la rasa nak koyak je sarung kusyen tu. Hihihi...

 Dulu pengumuman raya berdasarkan anak bulan. So tunggu depan TV pengistiharaan raya. Compare Singapore dulu dari dulu ikut kalender. So aku ingat lagi beza raya kat Singapore dulu dan Malaysia selalu beza sehari. Bila dengar pengumuman raya, semua pakat tak tido masak rendang, time tu la rebus ketupat. Mmg malam raya tak tido satu rumah. Sbb selagi tak dengar pengumuman raya ko tak leh buat apa2. Itu yang meriah. Kecoh satu rumah. Selalu pagi raya aku jadi zombie. Tak cukup tido.

Ikut arwah atuk dan nenek gerak jumpa sedara2. Siapa la keluar jalan beraya, aku mmg ikut. Sbb nak collect duit raya. Suke sangat lumba duit raya siapa paling banyak. Sbb tu aku tak faham zaman sekarang rupanya mak pak kumpulkan semua duit raya and bahagi dengan anak2 sama rata. What??? Ko duduk umah je aku penat jalan gi umah org, bahagi sama rata? Apakah?

Hihihi.... Tp bila ada anak, mmg rasa simpati pada anak yang dpt duit sikit. Last year Ammar dapat lebih sbb diakan org baru. Hihihi sian kat kakak amani. Tapi aku kerjakan, gigih tambahkan duit sendiri nak kasi sama banyak. Itu la yang mak aku buat. Kalau malam raya tu, siap kira duit raya. Kalau adik aku banyak dari aku, aku akan nangis minta mak aku tambahkan. Kalau adik aku kurang aku jugak nangis minta mak aku JANGAN tambah apa2. Wakakaka....

Indah memori tu.... dan aku betul2 rindu saat tu.

Rindu raya kat kampung halaman. Rindu riuh beraya di kampung halaman. Tak ada la nak terima berita kemalangan yang dasyat2 time tu. Main meriam buluh tak la sampai ilang nyawa tangan bagai. Tp meriam buluh pun yang main semua pak cik2 yang dan berumur. Mungkin ada pengalaman la nak main meriam bagai.

Rindu nak salam arwah atuk dan nenek...

Yang paling aku rindu, ketupat dia. Pagi2 dia akan hidangkan ketupat, siap potong. Rendang daging. Tak henti menjamah ketupat dua tiga hari. Tak makan nasi sbb pilihan ketupat tu.


Zamani cakap ketupat anyam ni tak ada tarikan sangat sbb ko bole makan nasi impit. Sama je. Malas nak argue. Bau daun tu bang! 28 tahun kot mencekik benda tu pagi raya. Bunyi geseran pisau potong ketupat tu, nostalgia tu... hahahah bole terima pakai tak alasan tu?


Sambal udang... ahhhhh tu la cara org melaka. Rendang pun pedas sampai confirm la raya pertama sampai raya ke dua ko cari tandas. Hahaha

Weols dah kebiasaan pagi raya kalau terover makan rendang and ketupat, mmg singgah toilet umah org sama. Tinggal jejak. Kih kih kih

Since arwah atuk meninggal kegembiraan tu kurang sikit. Nenek still buat ketupat macam biasa. Cume mungkin aku tak betul2 menikmatinya sehingga dia tiada. Sejak dia sakit kunjugan kami biasa sahaja. Tahun ni dia dah tak ada. Kalau tahun2 sblm ni, kami hanya ziarah kubur atuk. Tapi kali ni kami ziarah kubur nenek pulak.

Yang masih ada kampung tu best la... sian plak kenang nasib amani dan ammar. Kampung semua sejengkal je, pasang lagu raya pun tak habis lagi dah sampai umah atuk and nenek. Hihihihi....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails