Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, December 31, 2012

Shopping On line

U know what???

Gatal namanya... last Saturday my beras BBM me...

"Kak long! Humairaa ada buat sales esok sampai 1/1. Tapi senin kedai tutup pulak. Kak long ada bulu lebih? Pinjam...."

ha ha ha... tengok tak kaki aku kak ngah? Banyak sangat la bulu yang ku gadai kau tahu... Well we all beras beras ni mmg kalau bab sales mmg cepat hantar berita... kot dia pergi aku pesan. Kot aku pi lak dia tumpang...

So sepantas kilat ok aku pun bukak web site Al humaira... siapa yang tahu butik humaira tu tahu la macammana gilanya tudung2 tu... ekceli model tu pakai lawa... so ingat ko pakai tudung macam tu muke ko seakan sama la muke model tu... **berangan kejap**

 Tengok lain macam je blognya... wahhh ada yang AVAILABLE!!!!! cube nasib ko!

Ok sebelum tu meh aku cerita sikit. Tudung Al humairaa ni mmg susah susah susah ko nak dapat. Aku tak tahu, tapi bagi aku mmg susah nak dapat. Macam ari tu... dia announce pukul 1130 tudung baru akan launch kat web dia... gigih la 10 pagi dah bukak dan keep refresh tau... 1130 tak upload lagi... akak jadi tention! macam nak book apa jekan? Kejap2 sekodeng FB page Al humairaa.... ada teknical isu ke apa...

1230 up load!!!! Kalau kedai mau aku dah bertolak2 agaknya... gigih la ke web dia... tengok cantiknya... order order order! puas hati... tengok msg diorg suruh tunggu within 12 hour (kalau tak silap). To confirm la...

Jadi cacing kepanasan, Dan dan nak bayorkan. Siap email  bagai... padahal dah tulis diorg akan email kita... tunggu punya tunggu bila dapat reply sukela kan...

Tulis stok habis??? Aku rasa aku tak la lewat... habissss?? ko dapat bayangkan tah berapa org yang macam aku kan???

Tapi kali ni satu satu step buat. Pilih pun kaler yang aku rasa boleh pakai semua... tup tap tup tap (bunyi papan kekunci hahaha) process payment. Sekali link link link... aikkkk terus tolak RM 109... wahhh berjaya transaksi ni...mcm tak percaya ko!!!! Pastu tu sengih la... line internet problem. Lepas tolak duit bank pas tu apa jadi? Stay page tu je... tengok kat atas, confirmation from team web... glub!!! tak ada pun...

Tengok bank account dah deduct... Wei!!! jangan cari pasal... call kedai tu tak berjawab... Tetiba rasa menyesal. Ini la kalau ikut nafsukan??? Terus email diorg.

No reply!!!! aku belum nak bersedekah duit ke arah benda2 gitu lagi yer. Abang zamani korang ,  aku cakap aku TERbeli on line, duit dah tolak, amount RM 100 plus....  tone suara mula laaa... menyesal plak bagitahu diakan... "Duit youkan? up to you la... nak menyesal2 sekarang buat apa..." Perhhh nanah telinga ko! Yer la!!! duit aku... so kena tipu or what its my money....kennnnn!

Terus je tak ada mood!

Sekali ari ni???


 Nasib baik... nasib baik...


 
Fuhhhh... seram jugak... ok Lusa baru hantar... so tulat boleh dapat barang... Tengok ramai yang pakai tudung al humayraa ni cantik2... well pemalas ubi macam aku ni tengok je la. Kalau benda tu jadi pekasam dalam almari je...

Beli tuk kepuasan diri... Kata adik aku...

Kerja macam nak gila... reward la diri sendiri dengan apa yang kita nak... walaupun kita rasa itu pembaziran. ha ha ha... itu motto org yang dah terlajak perahu je tu... uhuhuhu... Kalau ok boleh la beli next time...

Anyway... aku bagi tahu biras aku, i manage to bought on line. Aku suruh dia pilih and let me know apa yang dia nak... tapi dia kata internet down... so she ask me...

Berapa semua? Banyak ke discount???

Erkkkk yah... baru sedar... nak beli sbb sales! tapi apa yang salesnya... dont see any discount price pun... uhuk uhuk, **batuk kering terus**

Tersasar jauh objective... ha! padan muke ko!!!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sunday, December 30, 2012

Pulau ketam ikan bakar

Ni kes nak marah ni... Mana ai tak marah! Sebagai pengguna kita kena bijak. Ok mmg tak ada gambar la sbb nak ambik gambar tu tak ada mud.

Ekceli berkali nampak org cakap kedai ni sedap. Bila aku lalu tepi kedai ni pun, pengujung boleh tahan ramai. So tetiba teringin nak makan ikan bakar ari tu. malas nak pergi muara, malas nak pergi jauh2. So kita try la satu2 kedai ikan bakar kat tengah small town bukit tinggi, klang.

Memula terpikir dah, mesti mahal. Yer la sbb dia je bukak ikan bakar. Tempat hebat macam ni mesti la mahal. Me bawak my mom makan. Sajer la bertukar angin makan kedai pulakkan.

Masuk je kedai nampak ikan2, sotong, udang kat depan... Tapi patut ikut gerak hati. Sikit tak banyak sangat pilihan. Tapi sbb dah masuk kedai takkan nak keluar balik. So tak pa la... Aku pilih ikan kerapu RM 30 ok... Tapi mmg besar la ikan tu. i dont mind to pay extra. Pilih nak masak apa semua...

OMG! Lepas masak, i dont think itu ikan yang kami pilih. Sbb??? Isi tak fresh. Lunyai macam apa je. Masakan dia penuh dengan rasa belacan! Sayur kangkung goreng dah bertukar sayur goreng sebuku belacan... Bak jata zamani bole kena resdung aku mcm ni. Tp mmg!

Than aku ambik set tomyam. Sea food katanya...

Hambik ko! Dengan isi ikan dalam tu... Sangat sesuatu. Mungkin org lain rasa sedap but when its come to fish mcm felik.dan tomyam dah tak rupa tomyam dah...

Marah2 pun telan jugak... But sian la niat belanja mak makan bertukar mcm apa je... Baik aku beli barang dan masak... Chewah macam pandai. Oklahkan dari menyiksa makan. But my mom ok jer... Dia tak complain pun. Berterima kasih lagi. Tapi tu laaaaa terkilan sangat!

Ekceli kita makan pun tak habis. My mom suruh tapau. Since ayah pun tak nak join dinner tu, kita bawak balik la. Mmg rasa sangat tak sedap je nak bagi ayah makan. Tapi ibu cakaptak payah membazir.

Oklah we follow kata my mom...

Nah! Bill


Macam aku cakap la... Au tak kisah bayar lebih tapi agak la... Kalau makan kat muara ikan bakar or area port klang, aku rasa takat makan 3 mulut ni tak cecah la RM 100. Sedap pun sedap! Pilihan jenis masakan pun banyak.

Ni dahlah nama masakan pun pelik2. Konon hebatlah... Pulau ketam TOm Yam, so agak susah nak bayangkan rasa... Macam kat muara ikan bakar

Ikan nak steam kaaaa

Ikan nak masak sambal

Ikan tiga rasa! Lima rasa! Tak nak rasa pun ok! Hahaha.


Bangun pagi ke esokkan harinya, tengok atas meja lauk tom yam ni tak laku.

Rasa bersalah... Mesti ayah tak makan jugak... Berlapar la dia malam tu... Haizzzz...

Tobat der! Lain kali nak makan ikan bakar, ke muara ler kita. Dan sila percaya pada gerak ati sendiri.

Friday, December 28, 2012

Stress!

Amat bangangkan kalau org memperbesarkan benda2 yang kecik... saya nak tampo2 je... semalam adalah sakit hati aku. Kalau ikut aku mmg nak ku maki2 je...bukan naik besarkan isu. Tapi sajer nak tulis kat sini. Kata tengah marahkan?

Ok macammana nak cerita yer.

kan aku dah bagitahu tahu korang, tahap aku kerja sekarang di garisan sangat stress. Kadang2 kalau dah start mengadap kerja mmg susah la nak berhenti. Tahu2 je eh dah nak balik? aku juga mention collection kat tempat kerja aku sangat sangat la di utamakan. So ko tak stress ke kalau ko on the way to opis bos dah BBM tanya payment ini itu...Customer dia ni macam mana, customer dia tu macammana. Stress ko tahu! Dah macam kerja kat company Ah long bukit beruntung!

So atas kesilapan teknikal. Assistant aku ni TERHANTAR  statement of account dekat customer. Biasalah bagi yang tak tahu apa itu statement of account, benda ni macam outstanding atau hutang la yang customer korang hutang. Macam statement credit card macam tu.  Aku tak boleh nak salahkan assistant aku tu sbb mmg kena hantar benda alah tu. As long in our systemkan hantar je la...

Aku kesian dia kena marah teruk2 dengan marketing/sales person.

Sales person ni macam free lance la. So dia akan ambik commision dari sales dia buat. So ceritanya begini, dia charge customer dia RM 100 and company aku charge RM 80 (contoh) so dia akan bayar yang RM 80 tu la... tapi sbb kita pi hantar statement to customer yang RM 80, tentulah customer dia bising. Kenapa diorg bayar extra!

So tanpa tahu apa-apa dia ( mamat sales ni) maki la kami semua. Sampai branch manager pun kena tempias.

Aku dah terangkan ini bukan salah kita. In the first place kenapa pulak tak boleh nak hantar statement tukan? Kalau ko yang mark up tak ada kena mengena dengan kita apa!  dia tetap cakap salah kami tak bagitahu dia sblm hantar. Hei!!! customer bukan ko punya  tau... melambak2 customer ni. Not talking one or two customer. We talking 100 customer here! And ada pulak masa aku nak belek 4-5 customer ko???

Ok ekceli i dont want to make isu ni besar bapak gajah. So as head of account! aku rasa aku kena bertanggungjawab. Sian assistant account kena marah dengan 3 org ko tahu! mamat tu call aku tak dapat, so diorg pas kat kawan aku ni. Nasib baik la dia lelaki, jati hati sikit. Merah muke dia tahan geram. Kalau aku sure meleleh2 air mata... hahah tetiba! macammana? kena jentik dan banjir ni?

Branch manager aku, operation manager aku suruh aku minta maaf dengan dia. What???! Like i said aku bukan buat benda yang salah. Bukan aku, we all tak buat benda yang salah. Charges ko bill pun aku tak tahu. Dah appear dlm system aku hantar je la. Ini yang aku tak faham. Bila tang charges je semua bising kat account department. Siapa yang bagi rate? siapa yang kita charges? Siapa yang mark up semua? Ada customer siap maki2 kata account department apa ni charges pun tak tahu. Halooo ini logistics bai! Bukan bas intra kota. 10 tahun tambang naik sekali.

Stress!!! SubahAllah... terima kasih atas ujian ni...

Than aku rasa tak sedap oklah sent email la... sbb kata operation guy aku. Mamat ni marah sampai hempas2 pintu. Muke masam. Habis maki semua org. I was like... apa ko ni? siap ugut tak nak bagi customer lagi... eh! Oklah branch manager aku dengan operation aku ni mmg gelabah la, sbb business kat johor nun mmg harapkan sales mamat ni. Tapikan, kalau ko cakap kat boss aku tu... aku rasa dia tak kisah sangat. Tapi oklah bagi muke kat kawan2 opis aku... if you telling me you need him sbb dia punya sales bagus ok... lower dowm my ego... so start email this guy.

Mmg aku tak berani nak call mamat ni after dah semua cakap dia mengamukkan. Hahaha... kang akak resign lak... *Mata ke atas*

Bos akak mengamuk pun akak tahan telinga je. lepas tu banjir!!!! Tapi tak pa la, boss aku bagi aku makan... so terima la je lakan...


Ok... aku tak nak CC bos aku... sbb??? Tah eh. Bukan takut. I always can told him kita buat benda yang betul hantar Statement je... bukan ada note cakap tak boleh sent the customer semua. Kan?

Time type email tu, menyumpah2 aku dalam hati... hahah tak iklas minta maaf. Just sake of budak2 opis je. Kira kak long kawasan la ni... wakakak... sekali tu dia balas????


Nampak 'andy' uhhhh dia add abang long kami daaa....

Bukan takut but aku rasa sakit hati. Ko nak besarkan benda yang kecik tau. Ok mungkin aku tak rasa KESAN atas perbuatan aku or kawan aku tu. Sbb aku tak rasa apa dia rasa. So u doing that because apa eh? Kata operation aku, yer lah dia kira cstomer kita jugak... tapi tak yah la buang masa. I know my bos... yup my bos benda2 kecik ni dia malas nak peningkan kepala... kalau profit sales ko RM 20k mmg bulats la mata dia pandang benda2 macam ni . Mmg ko kena. Silap2 8 jam dalam bilik dia dengar dia bersyarah

Until now aku tunggu jugak bos aku reply on this matter. Sbb bila dia menyalak macam anjing menyalak kat bukit ni, aku rasa no point. Sbb bos aku kalau argue dengan sales2 person ni yang konon eksen diorg bagi business kat kami or kalau org2 minta hutang ni, ayat biasa dia.......

"My entertainment PER NITE  is more than what you get for us." Itu untuk sales2 person aku.

Kalau supplier or vendor chase dia terus (kes bengang la aku tak nak buat payment on certain matter)

"My entertainment PER NITE  is more than what i owe you"  (Ayat ni auditor aku mmg ingat sampai mati... hahah bila aku cakap payment tak siap, mesti dia ulang perli aku balik...wakakak... )

Ni maknanya. Dia belanja minum/makan semalam pun lebih banyak dari hutang atau income yang org2 ni bagi... ok of cos la ayat tu mmg nak tunjukkan pada mereka yang bising la macam diorg bagus. Apa dia cakap tu betul. Kadang2 dia belanja staff ke atau belanja kawan2, aku sendiri tahu satu malam dia habis RM 5000 - RM 6000 semalam je tau! So kalau ko bawak sales yang untung sebulan banyak tu, ada dia heran? Tak der....

Tapi itu ayat nak selamat dia la...

Kalau aku tak dapat collect walaupun RM 1000 mula la dia maki sebakulkan? Adat la tu... kan?

Sbb tu aku jadi stress selalu... moody sometime kalau balik rumah. Yang buat aku rasa kesian kawan opis aku ni yang satu department. Kesian tengok dia kena marah. Dah la dia jenis tak melawan. Diam je...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us






CidaZam bercerita lagi

Akhirnya


Tangga sudah berpagar!

Paksa abg jamani korang tuk beli pagar ni jugak. Ada budak yang belum tahu jalan or i can said dia MALAS nak berjalan mengunakan kaki dia yang debab tu kan, naik tangga macam org besar. Pandai pulak dia berdiri, berpaut kat palang tangga dan naik. Nak jatuh jantung tengok aksi si kecik ni kalau naik tangga. Itu tak termasuk aksi dia cube duduk hujung2 anak tangga...

Tiap hari nak tarik telinga...

Tiap hari nak pukul tangan kecik dia....

Tak makan der wa cakap! Dia nak naik, dia naik... Bila dia dah tahu nak turun ni, lagi la seriau jadinya... Sebelum tersembam jatuh, baik bertindak! Takkan dah jatuh, luka bagai baru nak bertindak, betul tak?

Tadi pergi beli kedai baby... Perh gila jadinya... Mcm2 benda ko jumpa dan rasa nak beli je semua tu..

Apa aku jumpa? Alat2 keselamatan baby ni la... Baby ke amani iman tu? Hahaha... Tua dah kot! Sendal pintu, locker tuk laci almari. Ni semua dia dah reti main dah ni...

Ari tu aku gune bilik bawah. Dia masuk... Main pintu pulak. Ha! Kena tangan baru nak melalak. Aku tak sempat nak tahan. Bila tengok dia tetiba nangis, Ha! Tangan aku pulak mengeletar tengok tangan dia tersepit pintu... Rasa nak robohkan pintu tu plak... Hahah yer mak yang emo mmg gini...

Tak pa la... Nak beli tapi macam menyusahkan org lain lak... Kang ada jugak semua pintu tak boleh nak tutup. Atau yang lebih syok bila dia dah biasa ( contoh letak selak kat pintu, dia boleh hempas pintu kuat2 sbb tak ada effect mcm kena tangan and kaki dia) aku takut dia pi umah org dia buat umah sendiri, lagi la teruk... So benda2 mcm tu elok kat umah, tapi umah org? Takkan aku nak bawak ke hulur ke hilir benda tu?

Apa pun satu2 la... Kalau dah minat sangat dengan pintu, kena gak beli sbb takut tak perasan tersepit jari anak ai? Daaaa susah... Kan????

Thursday, December 27, 2012

2012 Melabuhkan Tirai

Akhirnya 2012 melabuhkan tirai... Maka entry ni serba sedikit cerita pasal rumusan 2012...

Terus terang 2012 ni tak berapa nak Ong! Tak tahu la aku je rasa atau mmg tahun ni tak berapa baik... Well aku ni cakap macam org cina plak nAk percaya yang baik buruk... Yes yang buruk itu datang dari manusia itu sendiri. Tapi business office aku pun merundum tahun ni. Terlampau sampai stress akak di buatnya... Di sebabkan business tak berapa baik sangat, maka kena kerah betul2 expecially on collection part, di mana banyak jugak customer aku bungkus. So nak dapatkan payment tu agak susah.

Ok itu bab kerja.

Bab peribadi... Erm tah la... Dugaan sepanjang tahun ni... Financial mmg tak begitu bagus. Tak tahu la, mungkin sbb ada anak, tetiba expense bertambah dan aku tak tahu nak buat apa ATAU mmg tak tahu nak manage. But alhamdulilla keputusan untuk beli insurance aku rasa satu tindakkan yang bijak, at least ada sikit saving yang tak nampak di situ... Uhuhu...

Than family aku menerima dugaan kecil dariNya, zamani masuk hospital dan membuat pembedahan tulang rusuk. Dah tu benda tu jadi dengan tak dirancang. Tahu2 dapat sms dr zamani hari rabu masuk hospital, jumaat operate. Time tu bulan puasa... Hanya Tuhan je tahu betapa beratnya dugaan di bulan Ramadhan. 8 hari zamani di hospital, dan 8 hari jugak la aku jadi pelarian.Aku tak merungut... Sesungguhnya tak ada benda yang lebih penting dari kesihatan suami. Amani iman kami tinggalkan selama 8 hari... Kesian anak aku... Dan aku terpaksa menyusahkan semua org tapi aku tak ada pilihan lain. Kalau amani iman boleh duduk kat sepital tu, dah lama aku heret sama...

Dan kemudian akhir2 ni, amani iman kena viral fever.... Sekali kali di uji... Ambik cuti sampai terpaksa ambik unpaid leave tuk satu hari... Demi anak tak pa la terpaksa ku korbankan... Tapi ada pulak yang tak faham... Masuk balik kerja dapat berita buruk. Bonus kena potong sbb cuti lebih sampai unpaid leave. Aku malas nak argue... Potong la... Nama pun bonuskan... Tak payah la nak ungkit penat kerja this and that. Siapa kita tuk melawan penilaian pihak pengurusan ni...tak cukup dengan bonus kena potong. Kena maki berbakul2 dari bos... Tak pa la... Aku pekakkan telinga. Aku bukan suka2 nak abaikan kerja aku. Aku mmg salah sbb tak bertanggunjawab menjalankan kewajipan sebagai pekerja but aku akan lagi bersalah kalau aku gagal menjalankan kewajipan sebagai isteri dan ibu... Aku tak harapkan sesiapa pun faham.

Tak pa la mungkin rezeki tahun depan lebih baik dari tahun ni. Siapa yang tahukan?

Atittude pulak... Erm...sentap tu makin menjadi2 kot? I dont know. Tapi sejak kawin ni, makin hari makin terasa diri ni matang sikit. Kalau dulu aku cepat sangat nak marah. Bila marah aku suke lepaskan kat mana2 tempat yang aku boleh luahkan. I guess korang pun boleh tengok beza aku dulu dan sekarang. Entry sekarang boring je... Banyak cerita pasal family. Dulu reader banyak... Hahah biasalah pembaca ni suke baca benda lain dari lain. Kalau pasal kondem org, kalau mengutuk mengeji ni org suke baca. Blog yang aku suke baca, aku baca... Yang tak suke aku tak akan baca langsung. Tak yah nak stress buat benda yang kita tak suke. WALAUPUN kadang2 hati ni memberontak nak tulis benda yang keji tuk luahkan perasaan. Org akan cakap, esh dia asik dok cerita pasal anak dan somi dia macam dia sorg yang bahagia, well takkan aku nak cerita each time aku gaduh dengan suami, takkan aku nak cerita buruk tentang keluarga sendiri. Takkan? Percayalah kehidupan aku mmg mcm org lain... Gaduh, sentap semua tu ada... Cume tak tulis je.

And yes!!!!!

Perubahan yang cukup baik! Bila me and zamani tahun ni mmg tak gaduh gila2. Dulu, rasanya kalau gaduh adalah seminggu... Ha ha ha... Ini mesti ramai nak tahu. Gaduh gila maksud aku kat sini, macam aku cakap la... Tinggi suara. Ha!me and zamani kalau gaduh suke test suara siapa yang lebih tinggi. And kalau berdepan pun dah macam pendekar dah... Dua2 debik dada siapa paling besar... Nak menang.



Tapi itu di awal perkahwinan. Now nan ado...seyes... Alhamdulilla. Mungkin dah faham masing2...

So bila marah... Diam!

Bila sentap! Tido..... Hahahaha....

Tak puas hati? Diam jugak... Malas nak luah2 kan...

Tapikan...dulu2 gaduh gila2 bila baik mesti dapat hadiah, bunga, coklat... Itu yang indahnya... Tapi kali ni? Tak yah gedik la... Kadang-kadang ko lupa yang kau gaduh.. May be dia yang ambik langkah berubah malas nak layan aku. Ho ho ho.

Dan aku jugak mempraktikkan diri untuk mengelak dan menjauhkan diri dari menyakiti hati org lain. Dulu suke jadi bzbodi. Zamani mmg tak suke kalau aku jadi ahli golongan peah gosip. Eh ada ke suami yang suke isteri jadi geng ahli mesyuarat tingkap?

:: gambar hiasan; peah gosip ::

Yang best lagi, hanya dengar cerita org, ko dah nilai org tu macammana. Dulu aku mmg mudah bias dengan org, tapi now malas la... Sakit hati macammana pun cube jadi pemaaf. Kadang2 aku bersikap lalang... Tapi itu la aku. Aku ni suke dengar ckap org than aku tak buat keputusan bijak. Bab ni mmg zamani 'kasi' betul2. Memula aku mmg susah nak terima. Yerlah org keras kepala macam aku ni, mana la nak tima pendapat dan nasihatkan? Bila respond dia lain dari apa yang aku harapkan, sendiri yang stress. Selalunya dia akan mendengar... Contoh kalau aku cerita hal masalah kat opis, kalau dia tak suke sesuatu tu, dia tak akan komen... And terasa macam u jadi org bodo cerita bersungguh2 end up nothing! Uhhhh! Aku tahu dia tak nak tegur sbb nak jaga hati aku.

Tapi lama2 dah biasa dahhhhh...

Tahun ni semuanya tahun baru buat amani iman... Birthday... Raya...dan pertama jugak buat aku dan zamani, pergi mana2 bawak anak... Dan yang best!!! We miss outing watch midnite movie or tak perlu midnite la... Rindu nak dating tengok wayang. But nehhhhh tak besar pun isu tu... We will miss amani iman more! Sbb kamikan kerja. So kat opis selalu, lebih dari 8 jam sehari. Itu dah cukup buat ko rindu anak ko kat rumahkan? So kami akan cube untuk terus bersama amani iman. Dating dating mmg tak ada dah... Family outing je sekarang ni.

Dan hujung tahun ni... Maknanya alhamdulilla dah 4 tahun aku mengenali Zamani. 4 tahun tu apa la sangat! But ia berharga sangat...

So azam baru??

Nak selesaikan apa yang tak tercapai... Kang buat list berjela tak jalan jugak ken?????



Wednesday, December 26, 2012

Vasia

Damnnnnn sejak ada anak nikan, ai mmg jenis malas nak jaga muke la... aku tak tahu la kalau abang Zamani korang dok komplain dalam hati muke bini dia yang kusam lagi tak bermaya. Dah la jenis tak nak make up semua.

Rambut pun berikat je... tak ada nak rebonding, stim macam selalu buat time anak DaraS dulu.

My my skin dah jadi kasar. Ada je bendasing yang terasa atas muke... the best product yang aku pakai hampir 6 tahun Vanessa Kosmatik macam dah pupus. Setelah akak yang jual product tu menghilang pindah kedai takbagitahu. Time tu la aku dah patah semangat. Pakai apa je ada. Tapi kesan tak macam yang Vanesse Kosmatik tu...

Dengar Tabita bagus!!!!

Tapi RM 300??? Pitam akak... tak yah la ko cakap dengan abang Zamani. Vanesse tu 7 barang baru sampai ke RM 300 tau.  Hehe mahal2 ni skin i pandai ukur diri. So tak yah suggest SK 123... mmg hakak tak mampu!

Puas survey product kat pasaran... so semalam telah tersangkut!


Banyak kali tanya tokeh kedai tu... dia jual macam productkan. So ok je la.... Tapi aku ada buat survey jugak. Well kandungan dia hampir sama dengan Vanesse cume dia ada extra bahan collegen je. Itu bezanya la. 

Kira sehari pakai. Tak nampak kesan... wait and see je la. Org kata tabita ok this and that. niat hati mmg nak beli, tapi mahal... aku banyak komitment lagi. Uhuhu....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sunday, December 23, 2012

Stok seminggu

Korang pun tahu aku bukan la jenis yang pandai masak. Tapi aku masak sbb aku rasa sebagai pembantu dalam rumahtanga, aku wajib membantu suami dalam berjimat cermat. Last month aku boleh kira berapa kali aku masak. Tapi mula bulan 12 ni aku nekad masak... Simple pun tak pa dari membazir makan kat luar.

Aku dah buat kira2 dah... Rasa macam jimat masak kat rumah dari makan luar. Opkos la makan luar ko tak payah pening kepala nak pikir makan apa. Tanya perut semua jadi. Tapi kalau sehari habis RM 20 ( kadang-kadang lebih dari tu tau). So do your math!

And last week aku habis RM 60 sahaja kat NSK...pestime masuk situ. Org kata barang pasar segar... Well mmg segar. Ikan nampak baru2. Tapi aku silap dalam beli ayam. Aku patut ikut gerak hati aku. Sbb malas nak cari tempat lain, maka ambik je... Sekali sampai rumah macam lebam. Alamak!

Nak beli ikan tapi macam diorg tak sediakan tempat siang ikan... Sudah... Mana tahu nak siang ikan! Kena la belajarkan? Tapi org 'lembut' mcm aku ni, erk masih tak punya skill nak memotong.


Beli sotong... Udang dan ayam... Nak beli daging, diorg jual daging beku tu. So aku jadi bodo di situ. Hahaha... Elok ke tak ke, keras ke liat ke? Keras tu dah tentu la keraskan. Ko baling kat dinding, belum tentu daging tu berkecai.


Dan sebagai seorg yang berkerja, kalau nak masak baru nak menyiang, aku rasa mau abang zamani korang tido dalam kelaparan. Dahlah bini dia super duper lembabS ok! Dan! Aku pulak jenis masak tak reti nak potong barang lain time masak... Aku jenis potong bawang, potong sayur, dan segala benda nak di potong, aku potong dulu. Time masak semua campak2.,. Oooo acik tak pandai der! Setengah org buat multi tasking, sementara tumis bawang, potong sayur... Gila hebat!


Selesai! Hope sejam sebelum balik pesan kat cik tipah keluarkan semua apa yang aku rasa nak masak (bunyik macam seorg yang promasak)


Dah tu ambik sayur2 pulak... Gila murah2 sayur kat sini. Dah kesegaran sayur2 ni macam elok jugak la. Sbb pekerja2 situ nampak sentiasa buang mana2 sayur yang layu... Aku terdengar gak la ada pembeli yang teror beli sayur2 ni cakap, sayur2 dah lama.. Diorg buang yang layu2... So tak fresh la, kira sayur tu dah 2/3 hAri. Tapi aku faham la... Takkan nak buang benda yang masih baikkan?lagi pun murah sayur2 tu... Jadi kalau nak murah tapi kualiti tip top mcm fresh dari ladang... Usah la berangan. Janji tak terlalu teruk untuk di makan, bagi aku dah cukup. Kalau ulat sayur dah berkampung, opkos la... Rela beli sayur yang mahal,kennn.

Its just my two cents view yer.

Sekian....

Saturday, December 22, 2012

hello.... nak cakap dengan shiapa???




Budak ni sekarang suke bebenar berlakon....

haiz... pantang kalau dia di tinggalkan main sendiri... berlakon hebat siap hempas phone kadang2... konon marah... halo tiru siapa ni? Hahahah mak dengan ayah dia sayang phone masing2, belum pernah lagi nak hempas2 barang ni...

Banyak pengaruh movie nampaknya?

Mungkin?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Friday, December 21, 2012

Milik saya

Last week, sepupu amani iman balik umah tok mama...

Sian humayraa... Terkejut la dia tengok sepupu2 dia kat Klang ni ganas2 belaka... Terdiam dia tengok cara diorg ni main. Si amani iman pulak buat perangai belagak dia... Konon dia tak takut dengan family sini (my in law).

Since humayraa jarang balik, so dia malu2 dengan few family members yang dia tak kenal. So bila diorg panggil humayraa, anak dara aku yang datang... Tak padan yang belum jalan, merangkak laju je eksen konon dia sampai dulu. Especially dengan pak teh dia! Dan dan hari tu dia manja dengan pak teh over2.

So amani iman ni perangai dia satu... Semua dalam umah tok tu, dia ingat dia punya. Plssssss anak ku! Bila di rumah tok, itu hak bersama.

So malam tu amani iman macam dah penat. Mengantuk. Gosok2 mata. My mil bangun turunkan buai nak tidokan amani... Panggil amani iman, humayraa pantas bangun arah tok... Dia nak naik... So amani yang leka main dengan sepupu lain, tak perasan humayraa nak buai.


Humayraa yang mmg tak tido buai terasa nak naik buai. Tok pun layan la... Hayun humayraa...


Ha! Ni service first class nama dia! Umar qayyum datang volunteer nak hiburkan humayraa.


Aliya pun sama... Tengok layanan best! Mana boleh jadi... Cepat dia duduk dengan my mother in law... Tak puas hati... Hahaha semua gelak... Esh jeles...


Tok... Bila turn amani iman?

Rasanya dekat berapa kali la si amani iman tengok muke tok dia.



Renungan tajam budak kedekutttt....

Thursday, December 20, 2012

Thank you Tok mama



Ok video ni aku ambik time amani iman sakit. Dia ni sakit tapi syukur la dia nak makan. Time ni dia dua hari dalam hospital. Kalau korang tengok bengkak mata dia... tak tahu la... org tanya aku pun tak tahu sbb apa bengkak...

Nak kata dia bengkak sbb demam... mungkin jugak

Nak kata dia bengkak sbb drip... mungkin jugak sbb dua hari kat hospital dua setengah botol drip masuk dalam badan dia.

Nak kata dia bengkak sbb tido...mungkin jugak. Sakitkan? so bangun sekejap tido memanjang.

So im not sure... hari tu mmg dia tido je. Badan tak larat. Dengan mak dia badan tak larat. Makanan hospital mmg amani iman tak sentuh. Perangai macam bapak dia. Memilih makanan. Tak nak makan sepital. Tak nak minum air puteh. Susu pun kurang. So mak mertua buat bubur nasik yang di blend. Memula dia tak nak makan. Tapi aku paksa jugak... agaknya sedap... banyak dia makan.

Sudahnya, tok mama bawak bekal sepanjang dia kat sepital. Makan bubur tu je la. Oklahkan... dokor pun teruja!

Ini budak sakit tapi kalau dia makan banyak bagus lor....

They not so worry la kira. Susu kurang pun tapi banyak makan bubur dah ok lah tu...

tengok video ni sedih sangat... siankan? Lapar anak aku... org sakit. Selera makan tak ada. Tapi sedap mmg dia makan banyak la...

Tuk tok mama.... Amani dengan mak abak amani ucapkan terima kasih... tok mmg the best! time amani masuk sepital, mak dia pun tumpang sekali dapat bekal makan... hua hua... bertambah terus berat badan. Cancel terus diet aku... habis apa ko nak buat kat sepital tu? dah la line internet tak ada... balik2 aku makan je la...

Makan bekal mak bagi

Makan bekal mak aku bagi

Makan bekal hospital bagi

Makan bekas makanan yang zamani bungkus tuk bini tersayang... hahahah bukan salah aku sbb dia tak tanya dah makan ke lum. Beli wa bedal jerk... kih kih kih...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Wednesday, December 19, 2012

Besday Sultan Selangor

SELAMAT HARI JADI TUANKU... SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR DAN DI LIMPAHKAN REZEKI DAN KESIHATAN KE ATAS TUANKU...

Wahhh mcm nak buat entry besday plak... Macam pergi je pun... Padahal aku lalu kat depan istana klang, ada acara. Bole pulak buat2 tanya Zamani...

'Ada apa eh kat istana sultan ni?'

Zamani pun....jawapannya????

'Entah... Ada la tu upacara rasmi hari ni.'

Wah kalau cuti hidup ko laki bini... Kalau tanya kenapa cuti hari ni. Pandai jawab besday sultan selangor. Bukan main lagi! Tapiii apa da kat istana? Ko punya besday je ko kena ingat sambut ka??? Hahaha... Dah balik baru terpikir...

'Ohhhh hari nikan besday sultan selangor. So tu la kot ada acara'

' oooooo yer yer...' Hahaha bengong!

Tapi nak cerita lain... Pestime bawak amani jalan2 kat taman tu... Selalu lalu je... Kali ni menyinggah. Nak berjalan window shopping, tengah bulan tak syok... Lagi anak dah pandai minta... Erkkk idok la... Makan hati. Bini pun dah pandai jugak... Hahaha ambik segala barang claim cukup bulan.


Malas nak pergi taman rakyat. Tak syok... Tunggu amani iman jalan baru la syok nak bawak jalan.


My baby yang syok main buai....


Alhamdulilla dia bukan la gayat sangat..


Budak ni hapy sungguh dapat naik buai...


Abak yang melayan anak kesayangan.


Playgroundyang sangat besar... Malas nak temankan amani iman main. Sbbnya dia tak pandai jalan. So mcm payah nak lepaskan dia main sendiri.


End up bawak dia ke air pancut. Memula dia suke tengok dari jauh tak tentu arah nak terjah. Dah dekat jadi takut dengan air pancut tu. Mungkin bunyi air tu yang buat dia jadi seram... So abak adalah mentor yang hebat... Ajar anak tuk pegang air tu...


Tersuka plak...


Terus confiden nak pegang air tu... Sudahnya tak nak turun dah... Heheh amani amani...

My small family...

Me, hubby and amani iman zulaikha... It will be nice if aryssa ada... May be akan lebih lengkap. Tak banyak sangat gambar family... Selalunya me and amani, amani dengan zamani... Dah setelah sekian lama dapat jugak...

Ramai puji amani nampak besar... Mmg besar pun budak ni... Macam kak nam tujuh.

Tengah syok berjalan- jalan, bahagian operation opis zamani call minya datang opis tuk approvedkan barang. Cuti2 pun kena kerja. Haiz... Dia bagi tau org kat opis dia, malam dia datang, but since we all tak ada benda nak buat pun kat rumah, aku cakap kalau tak keberatan, pergi je terus. Aku tak kisah. At least dapat jalan2... So we all ke opis zamani lepas tu... Sekejap je. Dia kena approvedkan kerja dia Than bole la balik... Kalau malam nak keluar lagi. Dah alang2 kata luar punkan?


Cik abang parking belakang kilang je... Sbb dia cakap senang sbb dia akan keluar belakang kilang ni nanti, cume dia msuk pintu depan sbb nak punch in jer... So terima la gambar buruk opis abang zamani korang yer... Hahaha...


Cik kakak kita menemani ibu dalam kereta... Main la kau!ho ho

Monday, December 17, 2012

Amani IMan first step

Gila golojoh update blog pasal anak...

Akhirnya 1setahun 3 bulan 4 hari! Amani mula langkah pertama dia. Sangat comei (bagiaku laaaaa) sbb dia sendiri teruja yang dia boleh nak berjalan. Kalau selama ni dia berdiri je. Tapi belagak, siap joget, tapi jalan tak boleh.

Semalam tengah buat air, tetiba dengar Zamani dengan Nenek tipah sorak lebih2. Amani iman pun terjerit2. Macam budak besar je bila dia cube tahan diri nak balance. Siap cakap jap!!! yes!!! hahah yup she said yes!!! siap dengan tangan2 lagi... adoi laaa... kecoh umah.

Dah tu dia cium me and Zamani lebih2... macam dia happy kita org tahu jalan.

Video untuk tatapan sendiri. Sok dia dah besar can show her... Her First Step.

Maap ler, teruja sikit... bukan apa anak org lain dah berlari dah. Anak sendiri nanti2. So bila dah boleh harus la teruja.

Lepas ni me and Zamani kena beli harness la... kang makin panjang kaki....

jom tengok video dia... and one more this!!! Dia dah pandai panggil me BU...

no Cida macam biasa dia panggil... hehehe. Ok sila abaikan suara mak dia yang terober tu yer!











Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sunday, December 16, 2012

Baby Bop


Amani new toy... Mak ngah fidah belikan lagi... Sebab masuk hospital, mak ngah sefamily tak dtp nak dtg. Tapi tak pa mak ngah tak pernah miss call ibu amani tiap hari nak tahu progress amani iman kat sepital.

So weekend mak ngah datang dan abang rayyan pilihkan mainan tuk amani iman. Sweet abang long...abang long tak kasi mak dia beli barney. Sbb dia kata itu dia punya. Hahaha

Aku seram tengok baby Bop ni. Hahah dah rupa iguana. Kan kan kan... Tapi itu la anak oden suke. Tak pa la as long its not barbie... Oh tak boleh la... Aku geli tengok rambut dan rupa patung yang macam manusia ni... Me not like!


Teman tido amani iman... Dan boleh jadi tempat lepas geram amani iman jugak... Kalau dia marah dia campak baby bop. Itu kira oklah... Ada sekali dia tendang... Hahaha... Apa pun, mak ngah Fidah tq yer...

Next nak beli apa pulak? Hahaha

Eshhh adik aku nak bersalin tengah bulan 2 ni... Ingat nak siapkan kelengkapan bersalin dia... Itu je la aku boleh buat. Esh tak sabar nak tengok baby lagi... After si baby tua amani iman zulaikha!

Saturday, December 15, 2012

Hanya dengan pandang....

Macam mana nak cerita yer... ermmm mungkin dua kisah yang berbeza tapi berkait... dan terpikir, ini lah rancangan Allah yang kita tak mampu nak tahu.

Padahal aku tak kenal pun mamat ni... hanya nampak dia beberapa kali di hosp putrajaya bahagian kaunter pendaftaran. Setiap kali aku ke hospital putrajaya (check Amani Iman dan Zamani) aku selalu perhatikan mamat ni... dia tak la hansem mana... perwatakkan dia pun bukan la mcm lelaki yang wajib di tonton oleh semua wanita. Tapi terpanggil tuk aku tengok dia yang serius memanjang...

Kadang2 merungut dalam hati sbb org ramai tapi bila dia buat kerja sambil lewa...

Kadang2 aku puji dia sbb dia cepat melayan org, mean kaunter dia jadi laju tuk pendaftaran....

Kadang2 aku tertanya... dia ni ada masalah ke, muke tu senyum la sikit... org tanya pun macam tak nak jawab je...

 Kadang2 aku doa, bila kaunter2 lain penuh, than tiba pulak nombor giliran kami, aku doa supaya tak dapat dia... sbb muke masam.

Ada jugak bagitahu Zamani, tapi u know la my husband tu... bukan masalah dia nak ambik tahu lebih2. Paling tak kalau lambat pun dia bz main game.

Tapi dua hari lepas, aku ada terbaca blog blogger ni... kisah adik dia... aku tengok entry tu baru jugak dalam 2012... dalam bulan 8 macam tu... entry seorg kakak buat seorg adik yang meninggal. So terpanggil tuk baca.

Bila tengok gambar2 tu aku masih lagi tak perasaan. Tapikan.. bila kakak dia mention dia berkerja di kaunter hospital (tak sebut putrajaya) tetiba bayang mamat tadi tu aku nampak dulu... tanpa hint apa-apa yang perlu aku kaitkan dengan mamat tu... yer la kita tak kenal pun seseorg tukan?

Masih tak rasa org yang sama... kebetulan kot... bukan mamat kat putrajaya tu... tapi kakak dia mention peribadi dia, macam yang aku cakap la... dia nampak serius, garang. So sekali lagi macam tak sedap hati... eh takkan la... apa ni tetiba jantung aku degup kencang... pasal apa pulak?

Tapi bila dia sebut hospital putrajaya... aku jadi sedih...

Ya Allah... rasanya org yang sama... aku tengok balik gambar itu... mmg sama... tiba2 je aku jadi sedih. Tetiba je aku jadi berdosa... i dont know him... ko merunggut setiap kali tengok dia... but he is nice guy... nice adik... dah itu diri dia yang sebenar... Lagi la bila baca entry tu, ko terus tahu dia macammana... macammana dia meninggal.

Tapi betul ke org yang aku cakap dengan aku tengok /baca ni org yang sama? Atau pelanduk dua serupa?

Kalau la benar... Al-fatiha buat insan yang bernama "SHA***" tu... aku tahu pun dari entry kakak dia... Semoga dia tenang di sana...

Ini la manusia... hanya dengan PANDANGAN kita menilai baik buruk org....walaupun kita tak kenal org tu...walaupun kita kenal seseorg tu berpuluh tahun sekali pun kita tetap nak menilai, kita tetap nak cakap buruk, kita tetap tak bersyukur.

Tanpa pernah berbicara, kita nilaikan peribadi seseorg itu. Aku tak pernah berbual atau bercakap dengan mamat ni... i mean sepanjang menjalani rawatan  kat sepital tu, dia masih belum pernah panggil nombor aku. Habis bila nombor dekat, aku dok doa jangan dapat kaunter tu sbb takut tengok gaya dia. Hehehe... u know la zamani, malas bertanya harapkan bini dia yang berat mulut bertanya...kang kena marah tengking macammana?

Ajal dan maut tak kira usia... gitu juga dengan pertemuan dan perpisahan. Mengajar aku erti sabar. Dan jangan mudah memberi tanggapan pada org sama ada kenal mahupun tak kenal. Adat la kadang2 duduk sorg2 tu kita dok perhatikan org itu ini... pastu ringgan je nak tweet, nak update status fb cakap itu ini... mungkin itu rancangan Allah buat aku... Bukan pertemuan sbb Jodo sahaja. Ada tersirat di sebalik pertemuan dan mungkin juga lepas ni, bila kita buat salah pada org yang kita tak kenal, terlanggar bahu ke, org tersentuh kita ke, terjeling kita dengan benci ke, kita doakan yang baik tuk mereka...

Allah kalau nak tarik nikmat yang di beri sekejap jekan? tak perlu hint atau amaran... ermmm

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, December 14, 2012

Menari pak maun

Siapa nak bawak amani iman ke majlis tari menari???



Zamani ada dinner malam ni... aku warning dia kot ada majlis tari menari jangan la lupa diri... ni bagi kebenaran ni... hahah yer ke? bole percaya ke ko ni cida?

Abg Zamani cakap dia nak menari macam ni... hahah sila kan...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Tua ke?

Terasa tua dah... dulu bukan main lagi di tegur jejaka2 (time blm kawin la). Dah kawin plak mostly kawan-kawan dan bekas2 scandle yang sibuk nak tahu perkembangan hidup... hahahah tak bole bla... but they are good one! dont worry... kalau niat tak baik dah lama wa blok kasi tak nampak bayang wa pun! Chewah...

Me and Zamani no secret. Kadang2 aku cerita, dia menyampah pun aku suruh dia dengar. Kang tak nak la dengar dari mulut org.

Tapi jangan risau la... sejak beranak ni, saham mmg jatuh merundum. Bayang2 nak masuk pasaran  pun tak layak... hahaha... tapi sekarang di tegur oleh???

ANAK KAWAN ok.....comei je rasa... dan terasa aku dah tua dah... hahaha

My friend ni mmg kawin awal. Kawan pertama masuk sekolah. Ingat lagi time masuk darjah satu. Aku mmg tak suke nak pergi sekolah. Nak duduk bawah ketiak mak je. Melalak2 la walaupun pernah je masuk tadika. Mengada! amani iman ko jangan ikut ibu dahhh....

So my friend ni la kawan yang pertama... terasa sangat di jaga bila ada dia... sampai la sekarang, we still friend. Tergelak2 bila ingatkan balik saat tukan... cis selalu perli aku kalau citer lama2 ni berulang lagi...

Sometime aku senyum tengok FB wall anak kawan aku ni... dia anak no 2... yang sulung dah 12 tahun dah umur. Ni yang adik. Mmg ramah. Kalau datang rumah aku pun tak segan nak berbual dan bergurau senda compare dengan abang sulung dia...sangat manja.

AZEAN!!! kau buat aku tua!!!! Y!!!! hahaha... Dia pulak jadi muda sbb semua kata dia bawak adik dia jalan2... cis! anak mu panggil ku auntie... panggil kakak terasa sangat syurga!


NAMPAK???ok kasi zoommmm



Well aku kat opis mmg on line, sbb FBkan boleh online. Kadang2 mereka yang tak ada YM or MSN tegur aku kat sini. Kadang2 jugak malas nak log in kat YM or MSN so peluang pada kawan2 tuk tegur saya di sini... wakaka...

Betul ini bukan la alasannnnn.... satu kebenaran... tak ada masa la nak update bagai. Kalau update pun aku akan update dr phone.

Ok menipu! sometime... so bila org tegur! oii makan gaji buta this and that... lantak korang la... uhuhu... sememangnya aku bz... update blog pun weekend MALAM!!!!! LEPAS AMANI IMAN TIDO! So cerita ada sikit kebasian...janji update... yer tak???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Kasut baru


Budak ni tak reti nak jalan lagi... Tapi kasut kena tukar saiz... Sigh...

Saiz 5... Giant kaki ko ni nak... Agaknya sbb kaki tu saiz besar ko takut nak jalan eh????

Take time... Ni ko meniarap pun payah nak kejar... Kalau ada kaki??? Sedia la kena tambat nak oiiii

Thursday, December 13, 2012

Wipes

Pengunaan wipes pun boleh jadi isukan? To me nak lap bontot baby je. So tak perlulah nak mahal2... Nak beli kat mothercare bagai. Tapi opcoslah kalau wipes mahal ni adalah protection tuk protect baby skin bagai. Hygne kena jaga. Air kencing dan najis baby ni tajam. Tapi sejak amani iman dah mula makan, aku mmg gunekan wipes hanya untuk tanggalkan kotor kat bontot dia sajer. Lepas tu angkat ke singki basuh. Kena didik la, lagi la kita islam. Rasanya dah mula ajar anak tentang kebersihan dan cara bersuci.

Kita nak solat pun tak was was. walaupun najis budak ni tak berat tapi aku tetap was was. Kalau travel aku beli spry sajer. Tapi kat rumah mmg angkat amani basuh terus. Kalau dia tido pun aku gune spray je tuk bersihkan.

So kalau pasal penggunaan wipes aku tak kisah sangat.


Dalam banyak wipes, aku suka pakai anakku, prureen dan sbb dua2 jenama yang mahal ( aku boleh consider mahal la) 2 bungkus RM 13 to RM 15, agak mahal. Tapi aku suke sbb ada bau. So kalau sesak napas at least wipes ni membantu mengelakkan bau taik yang mencucuk2 hidung. Hahaha

Tapi try tesco choise ni, elok la... Wangi pun wangi. Murah jugak la serendah RM 8 dua bungkus. Lagi satu aku suke sbb ada penutup. Tak la kering jadinya.


Tapi kalau suruh cik tipah beli. Dia suke johnson and johnson ni. Aku dengan adik2 aku membesar dengan product johnson and johnson ni. Yer la zaman kitaorg mana la ada jenama lain. Sekarang bersepah2. Akibatnya mmg wipes yang paling atas tu kering sbb tak di tutup baik2. Oh ni lagi mahal... Dua bungkus RM 19 lebih?? Boleh beli tesco choise wipes tu 5 kot...

Tak ada bezanya punkan... Bukan jenama menjadi ukuran tapi kualiti barang. Mahal tak semestinya bagus.

Daiso

Korang pernah pergi ke Daiso? Alaaa kat jepun tu... Hahaha... Ok berangan sekejap. Daiso kalau kat singapore, barang diorg semua SGD 2 tapi kat malaysia ni RM 5. Macam2 ada... Kadang kala ko terpikir tak logik harga barang yang sepatutnya mahal jadi RM 5 jer. Tapi!!! Dalam ko cakap logik tu, sila tahu diorg pun jual air tin, makanan ringan tapi dari jepun. Aku was was tentang halalnya... Tapi kalau teringin nak merasa baik tak yah la... Takkan ko beli kacang RM 5 kot. Air tin setin RM 5 dah ku kira kamu bukan pengguna yang bijak. Hua hua hua...

Tapi aku mmg suke masuk Daiso... Suke sangat. Lagi2 tengok barang2 macam pinggan mangkuk, bekas2 makanan ala ala jepun ni. Tapi abang zamani korang malas nak layan.

So semalam beli 4 barang je RM 20....

Apa aku beli?


Yah.... Dengar dulu cerita saya... Bola amani tu bukan 3 bijik. Ekceli kalau kat tesco 100 biji baru 49.90 so yang ni 20 bijik RM 5. Aku tak nak beli pun TAPI ini budak dah buat harta sendiri. Capai tak ku tahu bila, habis dah dia gigit2 bola2 ni tak harus la ko letak balik. Ermmm beli je la.



Apa nama benda ni? Magic clean eh. Org malas macam aku malas nak on vakum. Malas nak sapu2. Senang letak tisu ko tolakkkkkkkk je.... Melekat semua habus, rambut2 yang berguguran, terus buang je tisu tu.

Kat tesco bole tahan jugak la... RM 39 paling murah. Ada sekali tertipu, beli2 barang termasuk magic clean ni tetiba kena bayar RM 200 eh? Pahal? Rupanya dia punya kayu tu RM 60 dan tisu dia RM 15 tuk 80 helai....

Pitam.... Tertipu. Terus gi kat customer service minta refund. Sorry la sangat... Tak payah argue dengan aku. Lagi pun harga diorg tak letak. Sbb aku tengok yang paling mahal RM 49 so buget paling mahal tu la... Nak bayar tuk dua barang hampir 70 lebih, mmg tidak. Jadi ko dah jumpa RM 5 mau ko tak ambik? Aku test kat Daiso... Mcm ok je... Hehehe... Benda murah ni sometime tak boleh pakai jugak eh? Tak pa, kalau tak mencapai piawaian tak ralat sbb murah.

Tisu dia pun RM 5.... Kalau yang basah (kira berfungsi as mop) pun sama tapi aku was was nak ambik sbb betul ke semua barang RM 5? 150 juta kali tengok papan tanda yang tertulis kat rak2 di situ

SEMUA BARANG BERHARGA RM 5....

Ok semua barang RM 5. Dan bukan BERMULA DARI 5.

Maklumlah ai dari jerman susah nak faham bahasa melayu ni. Hahaha. Tengah nak bayo... Nampak pulak beg hello kitty ni.


Kalau tengok kualiti beg ni mmg murah la... Tak la seperti yang original. Tapi sajer je beli sbb nak masukkan ipad. Sbb beg ni span, so nak masuk dalam hangbeg senang. Tak la berlaga dengan kunci, phone dalam handbeg. Dan tujuan utama nak elakkan si amani iman ambik ipad dalam beg aku... Dia cukup kenal ipad ni. Melakak2 kalau nak ipad tu. So malas, tukar cover, dia tak perasan sangat. Hahah kijam kan seorg ibu?

Abang zamani jeling je bila aku cakap niat tu...

'Jangan lupa, ipad tu kongsi... Dia punya sama...' Belum capai 3 tahun, tak payah!!!!

Ngeh ngeh ngeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails