Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, February 2, 2011

Menu ari Ahad

Hari ahad tu selain memenuhi keinginan anak sulung Hj anwar, mak tak lupa tuk anak2 yang lain. Sbb ada anak mak yang tak makan sup gear box. Ate takkan nak biorkan? So pelbagaikan jenis makanan sbb nak masak sup ni mmg ambik masa.

Tenghari pun tak tentu siap sbb nak bagi isi daging tu masak. So since anak2 dan menantu diet2 bagai, maka mak buat nasi butter. Ha! sangat best di makan dengan ayam yang di perap dan di goreng dengan minyak zaitun.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tumis nasi butter.

Cara-caranya...tuk rujukan aku. Korang nak try buat, ambik la tapi aku tak buat lagi. Elok la butterkan cepat muak? Makan satu senduk pun dah kenyang.

1. Suku butter di panaskan dan tumis dengan bawang merah, bawang puteh dan halia (tuk aroma)

2. Bila bahan tumisan garing masukkan beras, air dan sedikit frest milk rasa dlm setengah cawan??

3. Masak macam biasa kat rice cooker.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Jangan terpedaya, bukan chef yang sebenar!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Smack down potato...a.k.a mashed potato

Cara buat :-

1. Kentang potong dengan kulit. Basuh dan rebus

2. Lenyek2 letak serbuk lada itam, daun rosmary (tak letak pun ok kot?hahaha) than letak fresh milk.

Esok anak nak belajar makan buat ni bagi makan jer senang. Sedap yum yum yum... pokok rosmary adalah seperti di bawah ini...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan ayam ni aku rasa resepi mak buat sendiri on the spot. Ha ha ha. Semua barang mak main campur. Gila kagum. So aku dapat tengok la cara nak perap ayam ni


Cara-cara :-

1. Ayam bahagian isi

2. Tuang minyak bijan,

3. seasoning megi,

4. cili sos,

5. kicap pekat,

6. dry chili (bukan cili kering tapi yang serbuk cili tu),

7. wine hahaha gilo ko Cik gu yati masak letak wine??? Apakah??? Ala beli jus anggur yang tuk masak tu, tak pun ganti dengan lemon.

8. Letak daun rosemary

9. Garam

Than ko perapkan ayam2 ni sekejap.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Panaskan kuali (hahah gigih letak gambar panas kuali) Letak mintak Zaitun

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan goreng. Minyak sikit. Kata nak dietkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rasa ayam masam2 dan pedas sikit.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dah siap sekali mcm nasi arab daaa. Mak letak atas nasi butter ayam2 tu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Than coslaw... hari tu mak ajar buat myo jekan? Kali ni letak la segala salad.

Cara2nya :-

1. Hiris kulit lemon sikit. Sikit je cukup syarat bagi bau. Than perah lemon.

2. Letak minyak zaiton sikit

3. Lada hitam sikit. Alaaaa macam ko nak letak garam tu banyak masinkan? So ni bagi rasa je

4. Letak myo...

6. Masukkan kubis dan juga carrot

Tadaaaa jadi sudah!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sup gear box ni lambar nak masak. Ada org mogok oooo tak nak makan nak makan jugak sup tu. Haiz... teringin sampai macam tu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mak pun kesian anak teruna dia ni sorang je tak makan. So nak tunggu sampai daging tu lembut mmg lapar la suami aku ni. Maka lepas makan je semua, mak hidangkan special tuk Zamani, abak dan awie!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Org pertama terjah sup ok! Sambil bebel2...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Comei tak suami saya??? Org happy so sihat la membesar. Kih kih kih

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nikmat yang tak terhingga!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sudah tercapai niat... yum yum... tengok balik gambo ni bikin aku terliur... tapi nak buat erkkk serender youall... Insya Allah raya qurban sok. Mak sila panggil menantu mak turun padang. Wakaka i help you to clean the leg. Lalalalala

Matang sebelum usia

Nak cuti ni tak ada mud nak kerja. Siapa yang raya? Aku tanya diri aku. Hahah ayat macam tulis nobel chinta. Perasannnnn

Aku tengok gambar2 kat facebook. Ku nilai umur aku dengan umur mereka. Jauh sangat beza. Kalau la aku kawin pada usia awal 20 tahun, mau usia anak aku dah tu. Aku selalu nasihatkan anak buah aku yang sorang ni... Amira Marini. Kalau ikut dia dah meningkat remaja. Cepatkan? Tapi aku nasihatkan dia supaya jangan jahanamkan muke dengan alat make up. Biarpun aku tahu dia ada keinginan tuk jadi seperti kawan2 dia. But as i told her. Mereka cantik sbb mereka make up. Cube diorg basuh??? Dont they look old and ugly?

Seyes. No heart feeling. Talking about those kiddo yang bawah 18 tahun. Kenapa adik bongsu aku di katakan kakak aku? Sbb matang sebelum usia. Kot esok ko umur 30an macammana rupo ko agaknya.

Aku hanya tahu make up waktu umur 25 tahun. Itu pun sebelum tu pakai lipstik je. Than bila umur 25 tahun dah start kerja than baru la berjinak dengan eye liner dan powder.

So bila dah lepas 25 tahun, aku rasa perlu la bersolek sikit sbb nak harap muke tanpa make up ni pun tak la chantik mana pun. Itu pun naik rimas cepat2 nak cuci. Sbb aku tak suke muke aku terperap dengan make up lama-lama.

Anak buah aku pernah tanya aku chantik tak kalau dia make up... aku terus cakap TAK! Sbb dia dah cantik. Dia nak jadi macam siti nurhaliza. Yah you can have Dato Siti' skin. Dato Siti pun make up bila buat show je. Aku harap sangat anak buah aku tu tak jadi mcm budak2 sekarang. And hope kalau aku ada anak pun, kalau boleh aku tak mo ajar dia make up semua ni. Bukan takat make up, baju pun perhhh tak leh tahan. Macam umur dah 18 tahun la plak. Me 18 tahun?? ermmm rasanya baju blous kaler2 bunga2. Kemeja kotak2 kalau nak rasa diri up to date. Budak sekarang ni, gi kedai pun dressing macam gi KLCC. Yang tak tahan matahari nan ado pun pakai sun glass macam dah terpacak kat atas kepala. Apa la buat bahan gelak. But diorg tak kisah to them chantik.

Adik2 semua. Cantik tu datang dari hati. Kawan dengan org yang betul. Kalau ko make up nak bagi bebudak lelaki rasa hot yang ko cun, lupakan sahaja. Rasa banyak benda yang korang leh buat. Kasi ilmu penuh di kepala bule?

Kenapa diorg tak boleh jadi macam kita dulu? Pikir pasal masa depan? Pikir pasal apa kita nak jadi di masa depan? Aku dulu tak pernah bercita2 nak jadi accountant. Langsung. Aku nak jadi suriumah tangga yang berjaya jaga anak2 dan suami. So belajar ala kadar setakat nak dapat SPM je pun. Pernah je terpikir nak kerja kilang tapi bukan operator, up sikit as supervisor. Jaga org buat kerja. Than aku pikir kalau aku gagal, aku pikir pasal mak ayah aku. Mcmmana diorg akan kecewa, tapi bebudak sekarang? Fail pun dapat laptop. Fail pun dapat PC. Fail pun dapat hanfon. Pernah korang pikir pasal mak ayah korang? Pernah korang pikir nasib diorg esok? Kalau diorg tua tak mampu kerja, pikir tak macamana nak jaga diorg?

Hanta umah org tua??? Than patutnya mak ayah korang ni patut masukkan korang umah anak2 yatim dulu.

Tapi susah nak cakap sbb kot esok aku ada anak perempuan dah tentu tengok aku kan? Mak make up dia pun nak try la jugak. Bebudak sekarang rasa ingin tahu diorg lagi dasyat. Tengok Aisyah dengan Aliya pun cukup. Kalau mainan mana nak??? So adakah sbb kita dah biasakan macam tu so diorg dah besar pun dah terikut2?

Tengok je la model2 sekarang. Ada ke diorg tepek muke diorg kalau keluar? They look gojes je tanpa make up. So jagalah skin tu. Minum banyak air supaya kulit muke tak kering. And pls basuh la muke tu kalau malam... sampai nak tido pun ko sapu make up alasan nak nampak cantik waktu tido. Hahahah lawak paling hebat aku pernah dengar.

Sorry mulut ku celupar pagi2. Yang dah wajib nak bergaya tu tak ada hal la. Aku tuju mereka yang age 12- 18 tahun ni. Mmg bukan duit aku pun yang kuar pun beli make up korang yer adik2. Tapi pikir la. Aku tengok bebudak ni skin diorg mak aiii. terus terang la wei, mak aku yang 50 ++ skin pun cantik lagi. Korang belum 20 dah rupa itu. Ingat jangan sampai esok dah kawin suami seram tengok muke ko pagi2. Betul!!! tanya abang Jamani. Dia suke tak tengok muke kak cida pagi2 yang suci ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails