Aku mak yang sangat poyo! sila maafkan saya kerana kepoyoan saya yer... i love to update on my doter progress. Rasa macam satu kejayaan... tak la sesusah mana. Yes ko kena korbankan masa. Tak guna hantar anak ke sekolah tapi kat umah tak buat apa-apa... nakkan hasil org kata kena korban.
Dah banyak kali aku mentionkan pasal ni? korg bosan tak? heheh... anak2 semua lain. Aku buat mcm ni sbb aku rasa kekurangan dalam mendidik amani. Aku anak sulung, walaupun ada adik tapi beza ok... adik2 aku takut dengan aku, apa pun diorg report under mak pak akukan? Bukan aku pun. Macam Amani, aku suke sbb kami semakin rapat... kalau sayang ibu, dah leh nampak dah, tak banyak percent dengan abak je... kalau dulu nampak sayang ibu 30% abak 50% now, can said sayang abak 55% and ibu 50%... hoyeahhh....
Untuk minggu ke 5 ni, aku masih risau tentang penerimaan Amani Iman dengan sekolah. Macammana la kan? Bila tunjuk baju sekolah dia jadi excited...
Nenek pun excited... dah tambah tugas nenek menjaga dobi baju kami sekeluarga... aku dengan Zamani kalau ko tanya baju kerja ada, kitaorg jawab ada je... sbb mak aku mmg sediakan baju tuk pakai seminggu kerja... so dia lebih arif nak tahu ada ke tak ada... hahah kejam tak aku dengan suami?? Tahu2 kalau dia lupa dia tanya kitaorg
'Baju kerja korang adakan?'
Ni nenek excited amani sekolah... cucu sekolah sejam hari Ahad... bila cakap amani dah dapat uniform dia punya gelabah. Ari tu dapat je uniform, aku simpan, so malam ahad tu baru la keluar. Bising nenek amani, nak basuh dulu, nak gosok... adehhh... nenek macam tu... cucu plak macam ni...
Nangis2 nak pegang baju tu... dah tu gambar tu dia cakap Raeesah... hahah asal baby je Raeesah... kalau budak lelaki UMAR... hahah... sian anak aku... dia set mind dia, Raeesah tu gelaran bagi baby2 seluruh dunia. Dan budak lelaki UMAR...
Gasak memalam nak pakai baju sekolah...
So sekarang hujung minggu selalu tido lambat... sekarang tak lagi... anak dah sekolah. Amani kalau tak cukup tido dia moody. Tak nak ganggu mode dia ke sekolah. Tengok banyak benda ko kena korban... hahaha. Sampai cerekarama pun aku tak tengok. 10 t0 1030 dia kena tido. Paling lewat 11 malam...
Pagi ahad bangun tak sabar nak siap nampak baju sekolah... Amani ni ko tak leh predict... yah you cant!!! sekarang tunjuk mood yang elok, sampai sana, dia boleh bertukar... apa ni? kokan sama zodiac dengan ibu. Virgo orgnya santun... tapi ko punya perangai macam mak ngah ko... perangai tak leh nak predict. Kalau baik, baik sangat, kalau datang mood bengang macam apa je...
That week class start kul 10 pagi... lagi la kak chik ni kena tido awal
Sampai sekolah Zamani hantar sampai tangga... dia tak leh nak masuk kelas sbb anak dia kalau nampak dia mula buat perangai... naik2 je dia duduk dengan tertibnya... hahaha... Nampak2 kawan, terus tak tentu arah... yang best!!! She start salam semua mommies kat situ! Suruh salam uncle2 dia takut, nangis! mengada...uncle teacher (suami teacher Anne) sampai sekarang dia tak salam... bikin malu la ko nak!
Gambar di awal kelas tak banyak yang aku ambik... video wajib! heheh
Amani duduk dengan akur. Tak yah tarik2 dan tak yah nak wrestling dengan dia kali ni... relex dia pilih tempat duduk...
Class start ni muke belagak anak dara ai... eh... ko dah berani? elok je tahu nak duduk mana. Suruh diam dia tenung kita tajam... suspen jugak... dia ni biar betul...
One week tak ada kelas. Aku lupa, one class skip sbb Teacher Anne tak ada. So class cancel. Itu yang buat aku risau sbb week 4 class dia dah ok ok kan? Takut dia jadi balik takut...
Rata2 budak2 mmg buat perangai that day... sama je dengan amani... sesekali dia bunyi jugak. Tapi kalau selalu bunyi sbb mak dia paksa, kali ni, dia bunyi sbb mak dia halang apa dia nak buat... pening sekejap
Camera phone tak ada antishake...hahaha... minah ni kan lahir tahun arnab... so melompat je la kerja dia... kali ni , aku tak temankan dia pergi depan. Bila nama kena panggil dia dah berlari... syukur... bila balik kat pangkuan mak terlompat2...
Gasak la... janji ko enjoy
Bila lagu good morning je dia pun goyang inul! hahah sangat terkejut... enjoy the song so well... siapa la yang ajo ko menari2 ni nak?? tengok tak budak kecik tu, nama dia Mikail... first week amani join dia siap marah amani, agaknya bising2 balik la! ganggu... kali ni bising jugak, terjerit2... ya Ampun...
Than time art class... amani minat art class aku rasa. Atau dia tak sabar nak duduk kat meja tu...
That week kita belajar pasal touch/sentuhan. So activiti tekap syiling and kaler...
Ok still nampak tak biasa... penat latih kat umah. Ko tahu je la dia pegang pensil or pen hujung pen. Macammana ko pegang 'S' Pen (siapa pakai NOTE samsung tahu la kan). Itu dia belajar dr bapak dia... now dia bole pegang pensil cume teknik salah sikit ar.
Pandai2 la amani... ibu bagi kamu conteng2... sbb ibu nak ambik gambar. hahah... Sian kat Zamani, dia nak tengok pogress amani. Tapi dia dalam pantang. hahaha... sbb anak dia pantang tengok dia. Kah kah kah... so record la apa yang patut tuk bagi dia tengok. Seronok perkembangan anak ni. Dan aku nak dia tahu! Susah jaga anak... hahah ingat senang ke???
Aku nak dia ambik cuti kalau amani masuk sekolah. hari sukan amani, hari report kad, hari kantin amani... bukan amani je, semua anak2 dia la... biar dia tahu sikit... well kita berdua di besarkan dengan bapak yang sibuk. So semua mak je... now aku paksa dia... tak ada tak! hahah kejam sikit.
Yer la amani bukan anak patung. Apa pun dia nak ibu abak dia ada... kan kan kan?
Budak2 during art class....ini pun latihan tuk aku... bila kat sini rasanya mak banyak buat dr anak... anak ni kat umah sampai ke dinding2 nak conteng. Kat sekolah dia main 5 minit dah penat... mcm amani iman.... kejap je dah tu 'Dah ibu, dah'
Buruk??? to me its beautiful...
Semua hasil kerja Amani aku simpan. She suppose main2. Tapi mak dia sayang sangat. Macam beli harga juta! Sayang bukan main... dia cabut aku ambik gam tampal balik (tuk hasil art yang lepas). Nanti aku cerita eh...
Lepas kelas, dia bebas. Aku biarkan dia main sementara nak tunggu Zamani datang jemput.
Mommies2 semua duduk sementara nak tunggu turn jumpa Teacher Anne... macam amani sejak week 4 mcm tak berkesempatan nak duduk berbual dengan Teacher Anne. Cume berbual kat watsapp. Aku rasa sangat happy dengan progress amani
Kalau dulu dia tak berani, kali ni dia jadi ketua darjah... hahah kasar betul main dengan kawan2...
My Amani Iman Zulaikha!
enjoy the video.... abaikan suara mak yang menghalang... hahahah
enjoy the video.... abaikan suara mak yang menghalang... hahahah
Post by CidaZam Zulaikha.
Post by CidaZam Zulaikha.
CidaZam bercerita lagi