Weekend, me and Zamani tido umah Che ta and Mr Ana kat sungai buloh...kami hanya boleh tido on weekend je la... sbb tak kerja... kalau time kerja agak susah sikit sbb me tak biasa area sana... nak ke Klang jauh oooo...
So malam tu mcm biasalah... mak long dengan pak long kan jadi fav Aisyah dan Aliya... wakaka... sampai je, kami di sambut gila2 la... bukan sahaja dengan senyuman... tapi jeritan MAK LONG!!! MAK LONGGG... tu yang akak... yang si adik... tak pandai cakap dok lari tarik tangan aku dengan Zamani... wah wah...
Macam biasalah Aisyah mmg tak leh nak pisah dengan mak long,kan? Bila bagi tahu mak long tido umah dia, dia terus nak tido dengan mak long... and me? Ok je... kalau dia nak... jangan dia nangis ke apa sudah...
Tapi this lil Aisyah, mmg lambat tido... aku dalam kul 12 dah mengantuk... Zamani biasalah, kalau dah bertemu dengan sedara kembar, aku mmg tak di layan... sebelum tido bergosip2 dengan Che ta dulu... hehehe... tanya itu ini... bebudak happy panjat katil, lompat katil...tetiba Aliya merengek nak tido...Aisyah dah mula minta susu... aku pun lepas diorg kuar tido je la...
Tetiba ternampak cahaya....
Ada org bukak pintu... tapi malas nak bangun sbbb mmg mengantuk.... terasa ada org tido di sebelah... siap tolak2... aikkkk takkan Zamani kot... awat tido kat belakang aku sedangkan katil queen size tu... punya la lapang...tetiba terasa tangan yang membelai rambutku...
Jeng jeng jeng... saspenderrrr sahaja... ku jeling ekor mata... minah rambut kerinting ghupanya... dalam hati budak ni sengaja nak main ni... buat buat tido...
Punya buat2 tido... tertido... Aisyah pun lena sekali...
Sesekali dia tendang aku nak space yang lebih luas...mmg dia berpusing kat katil tu...ok la ku berganjak dr tempat tido... sekali tu dia merengek... akak dah gelabah ayam...
Apa mau buat... tepuk dia... dia tido balik... ok ku sambung tido...
Merengek lagi...
Tepuk lagi...
Kali ke tiga merengek.... aku dah tak leh tido... bila tepuk berhenti, dia nangis lagi.... time tu mak long naik hantu.... bukan sbb Aisyah menangis... sbb kantoi tengok jam kul 3 pagi, Suami nan ado.... merayap tak habis2 macam org bujang...
Tapi pujuk ati... musim bola... terus tak leh tido...dan mula terpikir....
Macammana kalau ada anak sendiri??? Sanggup ke bangun memalam bila di buai mimpi yang indah? me and Zamani.... u know Zamani adalah seorg yang susah nak bangun bila tido... sama macam aku jugak....Aisyah tu kira dah besar... kalau baby? ermmm lagi...itu belum tentu da nangis terjaga tido... kalau dia lapar? tak selesa lampin basah bagai? sakit? Boleh ke bangun?
Tapi itu la pengorbanan yang secara tak langsung kita akan buatkan? Org kata dah ada anak sendiri, masing2 akan pandai menguruskannya...hopefully kalau ada anak nanti, harap2 boleh mengubah corak idup aku selama ni... betul la kata org... beranak bukan satu yang boleh di banggakan... tanggungjawab yang di pukul tuk mendidik dan menjaga anak lebih susah dr beranak...