Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, November 16, 2011

Lelama biasa la

Tanggungjawab dah pun bertambah. Kalau selalu rutin harian aku sblm adanya Amani Iman, adalah bangun pagi kul 6:45 pagi, Solat subuh, sambung tido setengah jam, 7:30 pagi bangun mandi terus ke opis.

Hari Isnin tu MIL ambik Amani Iman tido dengan dia sbb takut ganggu aku pergi kerja. Alahai, mmg ku akui MIL banyak tolong aku. Takut jugak kalau menggangu MIL sbb dia pun bukan sihat sangat. So monday tu masih lagi ok dan semangat kerja sbb tak letih and cukup tido. Tapi isnin hari yang sangat meletihkan sampai umah mmg terasa penat. Tu tak redah jam ok. Kalau redah? Mau aku pitam!

So malam selasa tu mmg aku ambik Amani Iman tido bilik dengan aku. Nasib la sbb diakan mmg berjaga malam. Kalau malam minum susu sejam sekali. Tak tahu kenapa. Dia minum tido. Dah tu lapar balik. Adoiii la! Dgn MIL tak gitu. Pukul 12 malam minum, tido sampai kul 3 pagi dan kemudian pukul 6 pagi. Senangkan?

Dengan aku??

12 am minum

2 am minum

3 am minum

4 am minum

6 am minum

Korang leh bayangkan tak macamana?? time dalam cuti kul 4 MIL dah ambik dia so sambung tido sampai la ke pukul 9-10 pagi. Tak rasa sbb consider cukup tido.

Bila kerja... tetap sama... nak mengeluh??? Stop mengeluh la sbb ini tanggungjawab. Aku tak berani nak mengeluh. Dengan harapan semua ni sementara sbb babykan akan ubah masa tido dia. Esh pernah aku baring sambil sumbat botol susu, tengok dia meronta2...hahah rupanya dia cari puting botol dah ku tenyeh kat pipi dia... sian tak??? Mak dia sedap membuto!

Pengajaran sangat. Lepas dr tu aku bangun duduk, pangku Amani Iman. Tu nasib baik aku bukan jenis tido mati. Alhamdulilla kalau dia gerak aku mmg sedar. Takut sangat2 you all! Harap aku tak la tido mati walau penat macammana pun.

Mmg pening la kepala omak... adoi berat sangat sampai semalam kat opis tersenguk2... nasib baik dalam bilik. If not???bikin malu jer.

Semalam bangun je basuh botol2 dia. Dia ni pukul 630 pagi tahu lak lelap mata, tak buka2... bawak dia turun pun dia tak bangun. Eshhh! Amani Iman macam dengki dengan ibu jekan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Kalau kul 6 je mata dia automatik lelap. Time tu ko buat apa pun dia tak heran tido. Lagi la lepas mandi pagi, confirm booommmmm. Kalau kat klang aku kena mandikan dia sblm pergi kerja. Means kena mandi siap2. Than siapkan dia sblm gi kerja. Ni masih duduk dengan MIL,mmg MIL yang buat.

Dua hari tido dengan Amani Iman di hari berkerja sangat mencabar. Nak mara dia bukan faham. Dugaankan? Terima je la. Nak nak kalau mata dia terbukak luas. Adoii la... dah terbuka luas payah la nak tutup. Ajak sembang plak...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aaaa huaaa erkkkk heheh miss my budak kecik tu berbunyik. Terdengar2 suara dia kalau malam2 tu nak ajak bual... selalu aku cakap

"Amani Iman... ibu tak larat ler tido bole?" Dia akan buat muke sehabis comel. Dan setiap kali dia buat muke dia tu aku terasa macam dia cakap

"Iman rindu ibu la... Iman nak berbual dengan ibu, main dengan ibu. Iman tunggu ibu lama sangat." Sbb apa aku boleh rasa dia cakap macam tu? sbb dia tahan mata dia nak tido. Dah lelap, kalau aku gerak dia bukak mata dia besar2... hahah... tentu dia tak nak aku hilang lagi.

I dont know... cume ini aku rasa. Macam aku kat opis teringat2 kat dia. Tapi apakan daya? aku bukan org kaya. Nawaitu aku berkerja sekarang ni tuk Amani Iman. Sok tak la Amani Iman kempunan nak itu ini. Insya Allah bole la aku turutkan. Tapi dah tentu sekadar mana yang termampu.

Ermmm lambat tul nak balik... miss budak tecik tu... miss sangat2. Ni gambar yang my SIL hantar... pandai kuar lidah sekarang ni. Macam2 la Amani Iman ni. Buat ibu ingin terbang umah tok sekarang tuk cium kamu sayang....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bila abak take ober

Petang raya haji, abang Zamani korang tetiba request...

"Nak try mandikan Amani...." Macam mimpi plak. Betui ka? Main2 ka? Gurau senda ka? Kalau kat umah MIL, mmg MIL yang mandikan. Omaknya senyeh nampak gigi la kalau anak ada org uruskan. Tq tok mama.

Amani Iman selesa dengan Tok mama. Bunyi dia tak sehebat di tangan ibu dia.

Perlu ke bapak2 ni belajar mandikan anak? Ermmm aku tak penah pun suruh atau minta Zamani mandikan Amani Iman. Sbb tahu sangat lelakikan? Tapi jangan kau duga kebolehan kaum lelaki ni. Di tangan diorg anak pun senyap. Anak org lain gue tak tahu,tapi anak dara gue mmg sonyap je di tangan abak dia. Atau mungkin dia juga masih terkejut kucing abak dia yang mandikan dia!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ko tengok, Amani Iman ketaq ke atau Zamani? Amani Iman biasalah, ini adalah gaya yang dia tak suke. Dari kecik lagi. Mmg mukadimah buat gini, tak pernah nak diam. Ok tipu! ikut mud dia. Nak nangis, dia nangis.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

erk betul ke abak nak mandikan kita ni??? Muke pelik Amani Iman

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Senyum simpol anak aku bapak dia mandikan. I like. Senang kerja aku ko! At least kalau aku kerja, balik kerja tak la aku terlari nak balik cepat nak mandikan anak. Sbb Zamani pun kesiankan mak aku, sbb dia tak kuat nak pegang Amani Iman.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lepas mandi haruslah tuam si kecik ni. Tuk elakkan kembung perut. Alhamdulilla mmg kami amalkan since dia dalam hari lagi. Tak pernah nak meragam ke apa. Relex je...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Orang kata baby kena urut2 supaya dia ada confident dan sentiasa rasa selamat. Sedap la tu urutan bapak dia, senyap je, tak bunyi satu pun.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Haruslah berlotion bagai. Tah la... akukan suke letak lotion2 kat badan aku. So kalau bole aku nak Amani Iman amalkan pakai lotion. Kulit sihat dan cantik nanti. Bole la ku letak hantaran tinggi sok... wakakak anak jangan kata jalan, megereng pun belum sudah bercita2! Harus ko kena lempang dengan bapak dia!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok saya dah siap! hari tu abak siapkan saya... hehehe

Susah nak mandikan anak yer? hahah lepas tu abang Jamani tak ada request nak mandikan anak dia... wakakak

Orang Baru

Tahniah buat adik sepupu aku Ahmad Reza dan Isteri Azrahelmy atas kelahiran org baru. Tak ada berita pun yang dia bersalin tahu2 dah tertulis kat FB dia dah jadi bapa... yang best pak cik sedara sendiri rawat baby tak kenal itu anak buah sendiri...wakakak

Dengar cerita Jay mmg lawak. Kebetulan dia kata dia bertugas kat ward kanak2. Siap pecah tembelang semua detail lahir semua sbb apa

Kata Jay dia kena buat emergency operation sbb anak songsang. Same like me Emergency operation, mesti blur pi hospital ari ni, esok kena bedah... hahaha... week 35 nak masuk 36 week. Berat baby 2.33 kg! ok Amani Iman berjaya menewaskan adik baby baru kita... hua hua hua

Nasib baik jay bertugas kat ward kanak2 bahagian ONG ker OMG?? hahaha, kalau dia yang bertugas dalam labor room tu? hahah tak sanggup ko! Macam aku operate tukan tanpa seurat benang pun. Sekali jumpa sedara sendiri, mmg pakat tutup muke dengan topeng la sampai mati. Tak pun aku cucuk mata dia. Hahaha! Nasib time aku semua doktor perempuan, so selesa sikit. Ko ada aku pun ada... wakakak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tahniah Reza and Azra... selamat menjadi burung hantu malam2... wakakak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

To baby... selamat datang. Nanti mak long dengan pak long visit adik eh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails