Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, February 20, 2012

Misteri Hantu susu

Tajuk tak leh bla... takut tak korang?? takut tak???

Ha! bukan la ada hantu. Tapi misteri la... dah dua malam ni. Macam ni ceritanya.

Amani Iman kalau malam dia akan bangun sekali je la kira. Nak tido dia akan minum susu (yer la takkan pizza dengan nasi plak). Maksud aku dia tido pukul 10. Pukul 10 tu semenangnya time tido dia, dia akan tido. So kalau dia dah tido dalam bilik, dia akan bagun pukul 1 pagi nak minum. Tapi biasalah aku dengan zamani mmg tido lambat. Pukul 10 tu kalau ada citer best nak tengok, kami akan tidokan dia kat buai. Kang bawak naik, dia mesti terjaga and bagi minum susu.

Pukul 3 pagi tu wajib bangun. Dan pukul 6 pagi dah bangun lapar balik. Gila awal anak aku b/fastkan?

So mcm ni ceritanya. Malam Jumaat tu, aku tido aku dah siap2 buat susu dan letak dalam warmer, so kalau la dia nangis, sumbat je dalam mulut. Amani Iman nama je Iman, tapi dia tak sabar. Kalau dia lapar dia tak ada nak dengar sabar, tunggu! makin ko lambat, makin tinggi tanggisan dia. Pastu kuat tul bebel (tah ikut siapa tah)

Di jadikan cerita, aku tido. Than pukul 3 dia bangun aku pun dengan mamai gi la kat warmer. Tengok susu tak ada. Aku jadi pelik la... mana plakkan? Tengok ada sebelah amani iman. Yang best susu tu tak la sejuk sangat. Aku letak dalam warmer sbb bilik aircondkan? So kang susu mcm kuar peti sejuk. Tapi susu ni mmg suam2.

Zamani tido kat lantaikan. Aku tengok dia kalau dah berdengkur tu mmg jenis rumah terbalik pun dia takkan perasan. takkan aku plak bangun? Tak mungkin kalau aku tak perasan. And kalau amani iman dah minum, anak aku confirm!!!! tak akan bangun kul 3 minta susu lagi. Sempat lagi aku belek susu tu. Dan amani iman plak mata dah besar so tak pikir banyak just sumbat susu dalam mulut dia.

That time aku pikir satu, mungkin aku yang mamai! oklah sambung tido

Malam sabtu plak. Pukul 3 pagi... Amani iman nangis aku bangun buat susu baru tuk dia. Tapi dia minum dalam satu onz je. So ada 2 ons lagi. Dan aku sangat kompom! sbb aku tak tido sangat time tu. Aku siap cuci puting tuk Amani iman, so biasa kalau kita dah bangun, takkan tidolakan? Kali ni aku tak letak botol kat warmer. Aku letak kat tepi bantal. Sbb susu tak habis, so amani iman akan bangun jugak nak susu.

Kul 6 pagi dia nangis. Mak cik, mak yang malas nak buat susukan? maka capai la susu yang balance tu... KONTANG ko! aku jadi pelik. Sbb mmg dia ada 2 onz... aku tengok Zamani. (bukan la tuduh dia yang minum susu tu...hahaha) tapi takkan Amani Iman bangun aku tak sedar? Dia gerak sikit je aku dah terjaga, amat pelik kalau dia nangis aku tak dengar bapak dia dengar?

So tak cakap apa-apa buat la susu... than pukul 8 pagi Amani bangun. Zamani pun bangun sbb anak dia jerit2 nak main. (Padan muke kamikan?) hahah siap marah amani...

"Amani ni tengah cuti ni!!! bangun la lambat" Siap dia tarik rambut aku, ajak main.

Aku tanya Zamani

Aku :- semalam B, bagi amani minum?

Zamani :- MAna ada...

Aku pelik... betul ke mamat ni.

Aku :- Biar betul?

Zamani ;- Semalam tu pukul berapa?

Aku :- Lepas pukul 3.

Zamani :- Uhhhh org sedap tido. Dia nangis pun i tak dengar

Jeng jeng jeng! Siapa minum susu tu? AKu confirm mmg ada baki susu. Kalau aku mamai bagi amani iman minum, dia takkan nangis pukul 6 pagi tu sbb dia kenyang. Betul tak?

JAdi sampai sekarang aku tanya... siapa yang minum susu tu? Nak kata tumpah, katil aku tak basah. Nak kata aku mamai, mmg aku sedar semuanya. Kalau nak kata abang Zamani yang mamai, aku akan perasa dan mudah terjaga kalau bunyi2 ni... (so kanda, adinda tahu kalau kanda masuk bilik pukul berapa, kanda tido tak tido pun dinda tahu. Dinda buat2 tido je)

Aku bagitahu mak aku, dia gelak. Dia kata ada hantu...

Zamani kata antu susu.... dush2... aku tak rasa mahluk2 halus sbb Amani Iman tak la nangis ke atau meragam apa-apa.

Tah2 laki aku kot yang minum??? hahahah....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Saturday, February 18, 2012

Amani Iman Zulaikha 5 month

Syukur Alhamdulilla... that my first word for this entry... Amani Iman dah mencapai 5 bulan pada 12 Feb ari tu... kena inject tuk 5 bulan.

Progress??

Belum lagi nak meniarap tapi dia dah mula nak pusingkan badan. Alhamdulilla Amani Iman tak banyak sangat meragam. Manja2 tu biasalah. Kalau stay dengan org dia senyap. Tapi org tu mesti dia kenal. Tak kenal ko bole tengok dia melalak.

Dia pandai bawak diri. Walaupun dia sedih. Contoh aku bawa dia gi opis. Semua kawan2 dukung dia relex konon tak ada benda. Tapi muke tengok satu2 penuh teliti. Nampak muke aku, aku dukung nangis tak hengat. Hahaha... bagus la ko Amani Iman! Nampak abak dia?? jangan cakap. Aku mmg terasing! uh!

Progress yang lain tu sama. Tapi sekarang dah pandai tengok camera. Bila tengok muke sendiri tak kenal. Hahah siap tak mo tengok. Expecially kalau kita tunjuk gambar DIA dengan abak dia. Bole cebek, bole sedih sbb aku rasa dia ingat abak dia pegang baby lain.

Dia dah pandai nak jeles. Aku kalau cakap SAYANGGG abak dia. Mula dengki nangis manja dengan Zamani. Sekarang aku nomot dua di hati Zamani... mencik! Tapi tak pa Amani Iman nomot satu i tak kisah... anak sendiri. Kang sayang anak org lain... erkkk sangat tak sesuaikan?

Amani Iman mmg kaki jalan. Tiap2 hari kena bawak dia kuar. Mak dia malas, yang rajin biasalah atuk dengan wan dia la rajin bawak. Kalau nampak aku pakai tudung lagi la tak tentu arah. Yang best kalau aku pakai tudung SORANG dia ok lagi. Kalau abak dia ada, dia tengok aku dia tengok Zamani... macam "eh diorg ni nak gi jejalan ni" . Kalau pagi aku pakai tudung, dia relex je. Merengek pun tak. Kapai tangan kaki je mcm nak ikut jalan. Kalau aku cakap bye pun dia ok. Jangan cakap bye time bapak dia ada, dia sure nangis nak ikut.

So far aku belum bagi dia makan. Rasanya semua aku serah pada my MIL. Ramai yang kata bole makan. Ada plak yang suruh tunggu sampai 7 bulan sbb Amani Iman dah start isap jari. Kalau minum susu sampai 6 onz tuk sekali nak tido. Pelik sungguh. Doktor cakap dia dah lapar. For start doktor suggest masukkan nestum dalam susu dia. Aku masih was was nak buat. Sbb tak nak apa-apa jadi kat dia.

Ari tu bagi dia try rasa makanan dalam botol tuk baby. Nampak kat label tu for 4 month, gedik nak bagi anak makan. Hasil dia sampai dia berak2. Deman terus... gigil akak. Rasa serba salah. Tu bagi rasa dengan lidah je. Tak la aku bagi satu balang tu. Just rasa sikit2. Happy dia rasa makanan walaupun masam.

Bila dia umur macam ni, dia suke tengok burung. Dan aku dah start bagi dia pegang buku (dengan harapan dia sukelah baca buku... hahah) Tapi Alhamdulilla progress dia, nampak dia suke kalau tengok benda yang bergambar. Bila cerita dia suke tengok gambar dan senyum kalau dia tahu apa benda yang kita tunjukkan. Seperti kucing, burung. Benda yang dia dah tengok and nampak kat dalam buku, dia excited terlebih2. (Aku agak je la. Dia suke kaler ke, gambar tu ke, aku tak la pasti sangat) tapi itu repond dia.

Dan word dia suke sebut... AAAAmmmmaaaa... Nangis je, sebut AAAmmma... macam nak tukar dari ibu ke mama je... wakaak tak nak terima hakikat kalau first word dia lain dari ibu... kih kih kih kejam. Hari2 aku latih dia sebut ibuuuuuu... buuuuu....

Mulut dia ada la muncung sama dengan aku, tapi bunyi tak kuar. Wakakak... tak pa la... tak leh nak paksa diakan. Janji bole cakap dah cukup rahmat bagi aku. Mungkin Aaaaaamaaa tu sbb dengar panggil tok mama... tak pa... bukan org lain pun. Mmg tok mama banyak jaga diakan? Kalau nampak tok naik tangga je gedik dah cebek nak ikut sama. Kalau tido umah my MIL, kul 10 nangis macam apa je nak suruh tok bawak naik. Eceli benda tu dia belaja dr dalam pantang lagi. Pantang tengok tok dia naik tangga. So sampai sekarang.

Amani Iman suke gi kedai mamak! dia suke telek muke mamak2 kat kedai mamak... kih kih kih. Agaknya beza kulit dengan semua org. 10 kali dia toleh tengok mamak2 kat kedai tu. Erk Amani tengok je ok, jangan jadi ciri lelaki idaman. Ibu pengsan dulu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Semoga Amani Iman Zulaikha menjadi anak yang soleha... yang mendengar cakap ibu dan abak.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, February 17, 2012

Ktm

Selalu encik somi ambik aku kat opis. Kerja lately melambak2. Amani plak dah tiga ari hantar kat batu tiga. Balik plak lewat. Tak la lewat, kul 7 mcm tu sampai umah. Budak amani iman lak sombong bebenor. Yer la dia balik dgn hero pujaan ati diakan?

So ari ni hari jumaat. Mcm biasa kalau ari jumaat tu mmg jalan sesak gila. So aku decide tuk naik komuter balik umah mak. Kang aku menunggu sampai malam plak. Kuar opis awal 530 aku dah berdiri depan mesin punch card! (Hehe tipu yo)

Sekali tgk time arrival komuter (yer saya dah bijak tuk tgk masa ketibaan train) 605 ptg. Ok tunggu jap! Pastu ada annoucement ckp komuter sampai kul 635 ptg. Adoiii lepak kat opis pun ada paedahnya tau.

Now menunggu la aku di sini. Sambil dgr Mp3 kat BB. Plus menulis blog. Tetiba syahdu sbb lagu surdiman 'pelangi petang' dah la keseorgankan? Dah tu menunggu komuter yg x tiba. Haha dpt la aku feeling jap. Muah muah muah. Budus je. Abang zamani la install lagu nih. Layannn.

Lamakan aku x menulis?? Kan??? Nasib baik ada BB. Bole la layan sat...

Thursday, February 16, 2012

kadang kala

One of my follower ada kisah sedih sendiri, walaupun aku tahu blog tu blog yang baru, tapi aku dapat rasai...

hanya menulis mengubat segalanya... bukan nak menjaja atau meraih simpati org. Tapi menulis adalah salah satu medium kita luahkan segalanya. Pasti ko tak nak melihat mereka ni meraung, termenung macam tak boleh move on kan?

Aku dapat kekuatan dari Zamani selama ni...

"Tulis la yang... luahkan apa you rasa... others tak perlu tahu..." Aku masih ingat kata2 Zamani tu.

Setiap kali baca blog mereka yang senasib dengan aku (or lebih teruk dari ku maybe) aku masih tak dapat lupa rasa sedih tu... even now Amani ada menemani... aku sering tersenyum dan sentiasa terdetik dalam ati... kalau aryssa ada, tentu dia main dengan Amani sekarang. Tentu dia kacau Amani Iman. Tentu dia sayang Amani Iman. Tentu dia nak Amani Iman pakai sama dengan dia.Tentu dia menjerit2 memangil diri dia kakak... tentu aku dengan Zamani menjadi sebahgian dari family tarzan, terjerit2 panggil dia yang mungkin mengacau Amani Iman... kan?

Sbb itu mulut ni selalu memanggil Amani Iman 'adik' . Sbb Amani Iman ada seorg kakak...

Yer aku tahu semua kententuan Allah. Dah tertulis ini takdir kami. Jangan salah faham. Kalau kenangan itu indah, kenapa kita nak lupakan?

Sorry petang2 ni emo... bila baca tulisan yang sedih, mula la nak kongsi rindu di hati...kan?


Free Image Hosting at www.ImageShack.usCidaZam bercerita lagi

Wednesday, February 8, 2012

Makan Time pantang

Layak ke aku nak cerita pasal pantang ni? hahaha... tapi aku telah di paksa oleh seseorg pasal makanan dalam pantang sbb dia jeles mak mertua dia tak leh nak jaga mcm my mother in law jaga. Ekcelikan aku ni dalam pantang berat turun 10kg... dari 70kg turun ke 60kg. So bukan salah pantang tapi lepas pantang, aku PANTANG tengok makanan... bedal selagi boleh. Anyway kalau dah c-sec ni macam2 la masalahnya... (salahkan c-sec). Mengembang je perut!

Makan ubat pun skip2... sapu ubat kat badan plak banyak masalah kulit. Panas sangat sampai kulit gatal2. So stop. Bengkung beli sampai RM 200 sayang tau! Pasal kulit sensitipkan maka tak leh nak pakai sangat, bila pakai habis merah2. Ingat dalam pantang je, lepas pantang pakai jugak... erm mula aku terkeruk mcm beruk!

Tapi benda dah lepas tak yah la nak cerita... tapi kalau ko tanya luka ke, bekas jahitan ke, alhamdulilla sangat sangat... TQ mak! mmg baik.

Ok to my cozen sista... ekau dah 37 week... bingit sbb aku tak post lagi entry ni apa yang dia kena makan apa yang dia tak leh makan...

Ok seingat aku, selama sebulan aku makan semua ikan. Tak ada daging tak ada ayam. Sayur pun lauk rebusan, sawi rasanya... erk ke bayam???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Benda ni tuk pulihkan luka. Baru aku tahu dia bagi betul2 6 botol supaya habiskan 6 botol, jangan kau nak tambah lak sedozen lagi. Sbb luka akan melekat? (something like that) So ambik 6 botol seminggu. Minum la tiap hari. Caranya panaskan botol tu, minum. Rasanya macam ko minum air lumut. Wekkkk!

Dan ada yang ginseng pun jangan beli. Sbb tu lagi kuat. Kalau dengar penerangan aku ni mesti korang kata bagus la... luka baik. Tapi bila luka TERLALU elok pun tak elok sbb ada keskan bila anak kedua kesan c-sec yang pertama tu payah nak operate? Ha gitu la aku dengar. Tak tahu la. Yang penting tak elok!

So first week, haro pertama je mak dah masakkan sup haruan. Sedapppp. Walaupun aku tak suke ikan haruan tu!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Helo!

Hahah , scraykan tengok muke dak haruan ni! Khimat acik google!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni la kot rupa ikan haruan. Ni buat sup haruan, lada itam kena banyak! Eshhh terbayang sup tu. Mmg sedap. Aku makan sikit punya laju. Lepas my mother in law kata sup haruan... terkulat la ko menelan di situ. But not bad la! sedap! Mungkin MIL masak sedap kot. Tu yang laju je!

Than hati masak kicap. Pun lebihkan lada itam yang besar2 tu... terkial2 juga la aku makan. Org pantang TAK BOLE letak santan ye....itu yang aku ingat la....

Lepas tu akak urut yang urut aku tu, dia bagi tahu jugak, ikan bilis goreng dengan bawang puteh dan halia. My mil tak pernah buat tuk aku... hahaha... tu rasa kalau macam malas la. Seingat aku, goreng ikan bilis, hiris bawang puteh (panjang2) bukan lebar2 tau. Dengan halia. Goreng sekali. Makan nasik puteh.

Tapi bawang puteh tu sedap jugak. Sbb MIL pernah goreng ikan bawal puteh dengan tepung pastu letak lada itam, and rasanya ada hirisan bawang puteh dan halia kot... makan dengan nasi puteh.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ikan bawal puteh je yer... yang itam tak boleh makan sbb di katakan berbisa. Siap la ko tergaru2 gatal dan luka lambat baik. Aku tak berani sbb anak sulung aku main makan je. Ambik gatal kat bahagian bawah yang teramat sangat. Bukan gatal biasa ok yang bahagian dalam tu, Ya Allah berdenyut2 ko! So lepas2 tu mmg tak berani!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan ikan merah.

For me, mak mertua aku beli semua ikan2 mahal. Tiap2 hari selama sebulan. Some time di sulam dengan hati masak kicap, ikan masin yang paling hevennnnn! Ikan masin ikan haruan. Tapi sbb time tu aku kena gatal2. Doktor suruh aku berhenti makan. Mmg best. Ikan masin goreng, than mak campur dengan bawang goreng... OMG! mmg sedap!

Masak la singang. Or org Singapore kata lauk pindang. Ha Zy minta resepi kat nenek aku. Hahah... tanya aku resepi idok la teman tahu. Rasanya bawang, bawang puteh, halia, letak lada itam lebih dan lada merah tu kot, than tumis, letak air asam. Heheh betul ke tak resepi aku tu? Seingat aku tu la. Tapi lauk singang mak mertua aku buat tahhhh pedas la... mmg sedap hirup2 mcm tu.

Ermmm sea food selain ikan semua di haramkan makan. Tak elok kalau BF baby. Expecially ko makan udang, ketam. Lagi pun benda2 tukan tak elok. Gatal2 jugak. Kang luka tak baik lak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ikan cencaru sila JANGAN AMBIL... sangat berbisa!

Tanya resepi tuk pantang aku tak tahu sangat. Tapi tuk org berpantang, nasi jangan tambah ye. Ambil sikit. Makan tak boleh lewat. Macam aku, pagi akan minum pagi. Yang gila kopi sila la minum kopi. Baby dah kuar dr perutkan? Tak yah susah2. Paling tak anak ko jaga malam. Heheh pekena kopi ko minum sbb anak BF... hahaha...

Than genap sebulan, baru nampak ayam... hahah gilakan? tapi mak masak sup2 je.

Daging? Lepas 100 hari yer... sbb di kuatiri luka kat perut ko nanti ada lebihan daging. Kui kui kui... macam ko operatekan? setengah org akan nampak daging timbulkan kat bahagian tu? kata mak sbb makan daging. Tak tahu la, mungkin setengah org macam gitu ke apa aku tak sure. Tapi pantang kalau kita ikut tak salah pun.

Macam aku, bekas operation aku hanya line bersih. So far tak rasa daging timbul ke apa. Perut pun ok... alhamdulilla tanda2 bekas mengandung pun tak nampak...

Kalau tahu nasik ulam lagi bagus. Mmg makan benda tu pun ok.

Erm tu je aku ingat la. Yang lain idok la ku ingat. Yang penting kalau risau sangat masak je singgang 30 hari... hua hua hua... terjelir la lidah ko makan 30 hari lauk yang sama... kui kui kui...

Ohhh ikan masin makan dengan sambal belacan plus nasi panas2... perhhhh sedap ni... tapi itu bukan makan org pantang yer... hua hua hua

Oh ambik oren sunkis tu, makan tuk lawas berak. Mmg payah ko! Aku kurang air. Makan la cepat ko melabur... hahaha... itu sahaja... sekian!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Saturday, February 4, 2012

Dady and doter

Dulu ada org tegur, ambik gambar somi ketika tido tu mengaibkan suami. Even sometime letak or cerita dlm blog tuan punya diri pun masam muke. Habislah org tahu gaya brat pit tido!

But can't help myself nak ambik gambar and share in my blog. My personal blog. Dengan harapan one day amani iman boleh baca entry2 yg penuh cerita dia. (Walaupun aku tak tahu berapa lama blogspot ni bertahan)

Everynite without fail, kedua wajah ini pasti aku tatap sblm tido. She copycat betul muke zamani. Tp syukur skin kaler ikut bonda! Ha ha ha! Tu yg nampak cerah tukan? Mimik muke pun sama. Bila stress tgk ke dua2nya ati jadi sejuk.

Love them both!

Thursday, February 2, 2012

Demam

Sori lama tak tulis blog. Bz sangat2. Kat opis kerja dah macam gunung everest (ok tipu,bkn tipu mcm gunung everest tp byk kerja aku)

amani iman demam... Suhu badan 38.4... Sadis sgt. Tp dia kuat. Tak merengek. Tp bila zamani enterprem ermmm dan dan merengek. Anak abakkan???

Esok EL... Rasa ini tanggungjawab aku and aku x bole nak lepas tangan. Opcos tebalkan muke tido umah MIL sbb aku x ada pengalaman. Apa2 senang mak ada. Biar kita belajar hadapi saat ni dan bukan lepas tangan.

Now dia tido. So better aku join tido sama. Kul 340 kena bangun bg makan ubat. Suhu tadi 38 lepas makan ubat 37...

Amani cepat sembuh ye :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails