Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, June 22, 2011

Tulun! Tulun!

Tulun! Parah dah ni!

Mak aku la... adoi la... siapa la mengajar dia tengok cerita korea??? dan yang best tak pernah2 dia tahu kewujudan channel Korea, dia dah tahu nih!

Ni gara2 si Amira Marini la ni... balik Melaka ari tu terus kena penyakit ni.Nasib baik tak ada beyond ok! Rasa beyond lagi banyak cerita korea kot?

Mak aku biasalah demam cerita Indonesia. Kalau dia dah duduk tengok, lalat lalu depan mata pun dia buat donooooooo jerk. Kalau dah tengok tu, ulangan pun wajib tonton! itu yang aku tak faham. Semua channel dia jelajah. Sampai ayah yang dah pencen pun terjebak sama. Kalau duduk2...

"Eh tak tengok cerita......." Oh sangat tention dan tertekan... Dua hari lepas Zamani masuk bilik tersengeh2

Zamani :- Ayang ibu tak tengok cerita Indon daaa

Aku pandang pelik...

Aku :- Mustahil... diakan tengok siaran ulangan cerita Indon petang2 punya. Habis tengok apa?

Zamani :- korea...

Terbeliak mata aku... ha siapa yang mengajornya!!!!

Zamani :- Ibu kata Mira yang ajar dia. Sedap lak cerita tu

Tepuk dahi! Korang ingat zaman kita budak2 dulu? cerita jepun sangat popular? Oshine la... Akatare la... apa yang bola tampar tu? Mero Attack? Habis bantal satu umah jadi bola tampar. Nak main bola, mmg kena baling dengan Incik Seli. So me and Pidah pakai la bantal. Ibu plak jenis tak kisah... main la kau... jangan ko main luar umah sudah...



Heheh dapat plak video Mero Attack ni... tengok la intro dia... mmg best! Gigih la aku dengan Fidah belakon...

Mmg dulu kena paksa tengok alih bahasa. Ermm mak aku sampai cerita cartun Jepun pun layan. Detektif Conan wajib tengok. Doremon, sinchan apa tah lagi...

Tu yang cucu dia besar kepala... Ultraman aku rasa dia boleh masuk golongan Zamani... Zamani tak leh lawan la... masterkan? Tapi takat ko bukak TV dia lalu tanya

"Oh Nebius? Taro? Tiga?" Dia boleh kenal...

Semalam aku masuk umah tengok dia layan cerita Korea. Sampai aku masuk pun tak perasan. Betapa dasyatnya focus diakan? Aku duduk bual dengan dia, aku rasa dah macam aku cakap dengan tembok dah... dia cume jawab satu

"Nanti la long... cerita ni tak ada ulangan. "

Ermmm bagus jugaklahkan? Kalau idok tak tahu la teman nak kata apa. Nasib baik la ada astro kat bilik. Boleh la jugak tengok. If not? aku gantung dekoder astro kat umah sebelah... hahaha... sukati ko je... idokkah ko tahu Incik Rusli pasang Astro hampir semua channel tuk isteri kesayangan dia tu???

Tak lama lagi ada Astro kat dapur plak... baru ko boleh tengok Cik Tipah masak ambik masa 3 hari 4 malam... kah kah kah...

Ala bukan komen... dia pun nak buat apa kat umah tukan? Melayan TV je la....aku faham. Sekarang anak2 dah besar. Cucu pun nan ado... so apa nak buat? Selain melayan cerita TV? Selalu gak aku call kat opis.. tanya buat apa semua. Tak tido, mesti tengok TV.

Sian mak saya... tak pa... nanti kita cari aktiviti yang berpaedah sesama eh ibu... wink wink

Hadiah dari Sabah

Lupa! Lupa ! Lupa ! nak update entry ni....

Alamak... macammana leh terlupa ni??? Ok lama kot bulan lepas aku rasa. Awiekan kerja kat Sabah. Bukan kerja sana la... dia kena kerja kat sana. Selalu berbulan2 tapi since dia dah malas nak kerja jauh2, sbb kekasih hati di semenanjung, dia nak buat kerja kat Semenanjung je, maka dia belikan buah tangan dari Sabah tuk akak-akak ipornya.

Dia belum kawin lagi, so kakak ipor tu merujuk kepada isteri abang2 dia la... wakakak. Mak call kata Awie beli buah tangan dari Sabah tuk semua akak ipornya. Wahhhh sukelahkan dapat2 hadiah ni. Abang penat susah payah tuk adik, bini dapat hadiah ni mmg la suke... wakaka... jangan mara aaaa... and jangan jeles yer Incik Zamani kita dapat hadiah... wekkkkk

Bule aku yang pilih dulu??? bukan sbb menantu sulung tapi ini namanya GELOJOH! Hahaha... awie beli sorg 2 broach. So ada 3 TATAK, maka sorg tatak ambik dua. Plus satu rantai tangan mutiara!

Semalam aku rasa aku snap gambar rantai tangan /gelang, tapi tak ada plak... adakah ini bererti kena tukar phone baru??? Haikkkk tuiiiii ! ha itu hadiah abang Zamani tuk isteri tercinta.

Ok bijak! sbb dia tahu akak ipo dia yang sorang ni suke sentap... kih kih kih maka dia beli rupa yang sama,cume kaler je lain. Jadi tak yah gaduh2 cakap ko cantik dr aku. Kaler pun nak jadi isu, meh babab! So aku pilih


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yang ni laki aku yang campur tangan dia kata cantik... oklah lagi pun senang nak masuk semua kaler bajukan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan satu lagi yang ini... tantik tak? Yang ni ku tak pakai lagi. Sekarang nak bersolek pun malas. Ok tunggu sok... akak peragakan.

Tapi gelang tangan/rantai tangan tu tak ambik lak gambar. Sob sob... cantik sbb batu mutiara. Sayang nak pakai sbb akukan ganas takut tercabut batu2 dia.

Apa pun to Zawawi, terima kasih daun keladi, esok esok tambahkan koleksi kak long lagi yer. Hehehe...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Terima kasih sekali lagi...

Berkumpul

Ahad lepas... dapat call dr si Rayyan. Sejak dah pandai cakap ni, tak ada hal nak call mak long

Rayyan :- Halo Along... ayen nak jumpa nenek...

Aku :- Wahhh nak jumpa nenek? Bila?

Rayyan :- Dah dah tutup ni... jom gi umah nenek.

Dia suruh mak dia matikan phone ajak gi umah nenek. Mmg excited si kecik ni kalau jumpa nenek dia. So Ahad tu kami berkumpul umah Dr Jay kat Hospital Serdang. Matik kena sumpah dengan housemate Jay yang semua doktor. Hahah umah bising yang amat. Tahu je la kerja doktor ni, on call semua. Kerja sehari 38 jam. Ha! ambik ko! Kira satu hari setengah. Jadi mereka perlukan rehat yang cukup. Tapi umah gamat dengan bebudak. Nasib baik doktor kat situ malas nak ambik port. Mungkin marah tapi nak buat macammanakan?

So Rayyan kalau jumpa semua org dia happy la. Plus anak abang sepupu aku pun lebih kurang baya dia. So bebudak ni kalau jumpa... ermmm macam kita jugaklahkan?

Tak lari satu umah bukan budak namanya

Tak menjerit pun bukan budak namanya

Tak menangis pun bukan budak namanya

Puas suruh diam, kejap je. 5 minit pun tak sampai. Sampai terpaksa takutkan diorg. Doktor injit bontot bebudak ni. Diam sekejap. Sekejap je. Doktor ilang dari mata, maka start la balik

Ekceli aku dah datang sabtu malam tu. Sbb ajak Fida semua, semua tak dapat datang malam tu. Alang2 dah free pergi la tengok pak cik aku (Bapak Jay) nak buat operation pasal urat kaki dia tu. Makin teruk. Kebetulan abang sepupu aku dengan isteri dan anak2 dia ada malam tu. Jumpa Zamani bebudak tu bukan main suke la. Diorg panggil Zamani 'uncle ultraman' elok la tukan?


Kita cerita pasal malam sabtu la yer...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Berbual dengan mak ngah... see Firas (di pangku aku) dulu time memula jumpa langsung tak nak. Kali ni tersengeh2 dah ok dengan mak long

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Firas dah pandai nak cakap. Dia cakap "mokkk" aku dah sentap... hahah ingat dia kata aku gemuk ke apa. Tapi mak dia cakap sekarang apa pun dia cakap mokkk... may be mak kot. Tak faham la mak long. Tapi pestime budak takut Zamani. Mencebik2 Firas nampak Zamani.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Nazmi... mmg minat dengan Zamani... ikut je mana Zamani pergi. Dan yang penting suke ambik gambar!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Naufal yang malu2 memula... tapi tengok Nazmi kamceng dengan pak long baru berani join

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

3 Abdul eh?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Suke bergambar

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Firas and mak long.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bz main... sama besar je abang dengan adik eh?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Diorg ni best betul. Main sesama diorg tak la gaduh2. Tapi biasalah gurau adik beradik ni mmg suara tinggi2. Tak la nangis ke apa. Tapi kalau gelak je dah cukup gegarkan umah

So esoknya... budak tayen pun join. Jay kerja half day on sunday. Macam bangla dah rupa kerja ari2. Tapi setengah ari je, kul 11 dah ada kat umah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Melayan anak buah... takutkan Nazmi yang suara kuat... Nak kena injit dengan budu din tak? Terus diam kejap... kejap je... pastu sambung balik

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni apa kes? Ha time ni Rayyan mengamuk sbb tukar pampers... Bising yang amat. Sampai tunjuk Jay pun dia tak takut. Gara2 dia tahu kalau tukar pampers maknanya dia kena balik. Naik hantu jugak la si Shaiful dengan Fida. Rayyan meronta macam kena rasuk je.

Lepas berjaya pakai pampers. Tak ada org nampak Rayyan menuju kat pintu. Nasib mak long nampak... tanya nak gi mana? dia jawab nak kuar!!!!!

Hahah lawak! nak lari umah la konon2. Ajak aku tah mana2... sudahnya ini yang berlaku.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sesi bawak diri... aku dengan Zamani yang menemani dia... siap kesat air mata.Konon tempat tu selamat tak ada org tahu... sekali nampak kelibat bapak dia....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Tak mo balik... jerit sehabis boleh! Siap cakap "ayen nak alik umah kung kung!"

aku tengok pun sedih. Maka mak long dengan pak long kena la buat tektik... terpaksa cakap nak bawak balik umah nenek dengan atuk. Tapi dari belakang dok halau2 mak bapak dia. Tapi aku sedih dia menangis sampai tak ada suara bila bapak dia terus je dukong dia sbb malas nak layan kerenah dia. Heheh cute. Itu la payah kalau bawak dia jumpa semua org... dia macam tak pernah jumpa org, tak nak balik... hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails