Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, November 23, 2010

Milik siapa Boxer itu?

Pagi raya....

Si kecik ni keluar bilik bawak boxer kartun... milik siapa boxer itu?

Puas pujuk letak balik boxer tu dalam bilik, tapi dia tak nak. Hampir2 letak boxer tu kat kepala ok. Sunguh tak sesuai. Siap posing dengan boxer kartun tu.

Lepas mandi, dia tolak nak pakai pampers tapi request nak pakai boxer... ada ke patut?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mungkin sbb boxer tu kartun, itu yang menarik perhatian tu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Abak.... mummy.... nak satu boxer pls...

Sungguh tak sesuai kan???

Sambutan HAri Jadi

17 Nov 2010 kita menyambut raya qurban. Kebetulan hari jadi abak. Memula ingat nak sambut kat umah je. Mak masak banyakkan? Tapi kami decide tuk sambut kat luar jugak. Ingat nak makan steak San Fransisco kat summit tapi dah tutup??? Dah la parking sangat mahal RM 4 per entry... takkan nak kuar plak. Berapa kereta pergi? So kami cari tempat dlm sumit. Maka singgahlah ke black canyon.

Gambar tak ambik, sangat kemalasan. Hanya gambar time abak nak potong kek sahaja.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kek tuk Birthday Man...teringin nak merasa kek Baskin Robin... mmg terbaek. Try la korang. Tapi sbb kek ais creamkan? Cepat cair.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sesi mencucuk lilin... 58 tahun... 50 lilin besor dan 8 lilin kecik. Mmg penuh la kek dengan lilin.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sesi nyalaan lilin...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Semoga hidup abak di penuhi cahaya kegembiraan...(chewah pandai2 aku jekan?) Hidup abak dan mak mmg ceria pun dengan 'cahaya' - ada 5 cahaya yang menerangi hidup mereka...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sesi potong kek... hoyehhhhh....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Doa abak tuk hari jadinya yang ke 58 ~Anak2 akan tetap bersatu dan rapat sampai bila-bila. Tolong mereka yang memerlukan. Dan dia berharap keakraban anak2 akan terus mcm sekarang dan sekira ada salah faham, selesaikan dengan baik.~

Ok saya sangat terharu... insya Allah. Harap2 keluarga ini terus bersatu. Aku juga berharap bukan anak2 mak abak sahaja, tapi kami menantu2 juga.

Dan pose istemewa cucu-cucu mak dan abak hari tu....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Eisyah dengan Cermin mata itamnya... macam pak teh tak? ehehehe...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aliya dengan muke tomei... ada macam pak long dak???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Qayyum dengan tok mama.... ada muke mak su Ijat tak? ke muke acik fifi? hehehe...

Apa pun we love you mak abak...

Menu Raya HAji

Raya haji ni aku beraya kat umah parents in law aku kat batu tiga. Nasib baik la mak mertua dekat je. Cube bayangkan kalau mak abak mmg duduk Kedah ka, Penang ka... mmg aku nangis tiap2 raya la gamaknya.

Ye Zamani kerja pagi raya.... raya aidilfitri kerja, Aidiladha pun sama dengan jugak. Akak beraya sengsorang le...

Menu tuk raya haji pun sama hebat dengan Aidilfitri. Jom layan gambo

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nasi

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ayam sambal mak yang mabeles....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Keputat... heheh ketupat daun palas... Buat yer kawan2... Tak main beli2...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rendang daging

Than mak buat spegeti tuk Aisyah dan Aliya... diorg mmg suke spegeti.. So me and che ta seawal pukul 6 pagi masak sepegeti bolonis ngeh ngeh ngeh... aku tolong potong2 je yang masak che ta... terbaek...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Spegeti


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kuah spegeti

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan meat ball...

Mak rate spegeti taraf pizza hut...ok lah tu. Janji boleh makan, yer dak? TApi mmg sedap. *Ting naik lift tinggat 12*

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan juga kuih2...

Ha! meriah ok... solat raya tak pergi sbb aku ambik cuti... wakakak... tolong hidang makanan dan buat air je.
Tah berapa kali kot aku makan ari tu... ber-round2 mencekik... pastu tido. BAngun sambung makan lagi...

What to do, kalau tak makan siapa lagi nak makan kan? kan? kan? Pagi dah makan, abang Zamani balik dok menyebok makan jugak. HAhaha... dosa ooo suami makan sorg2 tanpa peneman. HAiiiii tuiiii baik aku punya alasankan? LAyannnnn

23 Nov 2008 and 23 Nov 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tiada Entry pada hari kejadian... uhuh!



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Title ;- Uniform ward

~Gambar telah mendapat keizinan sang suami yer....~

Statement Zamani... dah sakit macam ni... tak ado makna org nak tengok u pung... bule??? Kalau ada??? Ngeh ngeh ngeh...

Actually Zamani dah ambikkan gambar ni... so tak pa la... aku kongsi dengan korang... memula masuk wad, aku masuk bilik yang 4 org satu wad... agak tention sbb kanan dan depan semua ibu2 mengandung... bukan la aku jeles dengan rezeki dan keadaan diorg... tapi time tu amat la mendukakan aku... anak yang ku kandung tak ada lagi... tambahan lak suami atau ibu tak leh nak temankan sbb takut lak yang lain ikut... maka Fidah telah minta aku di tukarkan sbb perlu pengasingan...

Num katil ni 24...

Lepas tu aku di beri uniform... bayangkan tengah2 nangis... bila dia bagi tu...aku mcm... ermmm kena ke pakai? baju yang sangat besar... akukan halus... halus la sangatkan? bila pakai, Zamani dah gelak2... so aku pun gelak la jugak... walupun malu2 unta time tu... bila kuar toilet si Zamani gelak tak hengat... siap suruh aku posing...

Mencik!

Sebelum aku di masuk ke hospital, aku kena periksa darah... salur urat aku kan sangat nipis dan halus... cucuk sana sini mmg tengok nasib je kuar tak kuar darah... tapi suami ku tak putus berada di samping aku... dengan tak rasa malu, tapi penuh rasa simpati dengan binik dia ni, sampai waktu nurse ambik 15 botol darah aku, Zamani terus peluk aku sambil bisik ayat2 cinta... seyes kurang rasa sakit... aku tahu dia pun tak sanggup nak tengok kesengsaraan aku... bayangkan 15 botol darah di ambil... tak cukup next day call lagi... minta tambah 5 lagi botol darah... parah sehhhh....

Luka hati tak ilang lagi... trauma, fobia... apa lagi istilah? semua aku tanggung dlm masa yang sama... tapi penguat semangat ku... Zamani... kalau dia tak ada... tah aku tak tahu... mampu ke tak aku hadapinya. Jadi kesan dari pengambilan darah....

Nampak tak kesan lebam tu? Kalau bole nampak la.... kat tengah2...


Ni pun kesan 2 lebam... tak dpt sini... sinun lak diorg cucuk...

Tah la yer... susah aku nak gambarkan... aku ni bukan jenis yang mudah tahan sakit... mmg susah kalau sakit... mungkin ini ujian dari Tuhan... selama ni aku jaga kesihatan aku dengan baik sbb aku tak nak tanggung sakit yang boleh memudaratkan aku... tapi Allah berkuasa atas segalanya... ada benda yang kita tak leh nak lari... Di berinya sakit, Di berinya kesedihan, Di beri kedukaan dan luka di hati, semata2 untuk menduga sejauh mana kita tabah mengharungi semuanya...


Time ni dah dapat bilik solo... :P

Sian suami aku... 5 hari dia tido kat lantai... tapi bunyik... tetap maintain! Hahaha... satu sepital bole dengar ok... anyway... miss him... bluek... dekat tapi jauh ke bawah... time ni aku bangun ready to induce dah... tak sampai hati nak kejut... ermmm kul 630 pagi....

Ada org sangka aku wanita yang berlagak... konon aku je perempuan yang gembira dalam dunia ni... aku tak ada masalah, aku poyo dengan kehidupan aku... tengoklah aku juga manusia biasa... yang turut di uji... yang turut ada masalah... tak bermakna aku tak tulis masalah rumahtangga aku, aku sentiasa bahagia... tah la... masih terbayang2 apa yang berlaku...

Doakan kesihatan aku...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails