Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, March 31, 2013

My new job

Salam...

Dah 5 hari aku setat kerja... Alhamdulillah, nampaknya aku selesa dengan kerja baru. First two days mmg tak ada kerja. Sumpah aku macam org bodoh je rasa. Mengantuk, nak surfing net pun macam tak berani. Kang org kata ko makan gaji buto!

Alhamdulillah minggu ni cuti sekolah. So tak banyak la kereta. Abang zamani hanto akak gi balik kerja. Masa kerja 9-530 ptg. Yang syok depa ni tepat pukul 530 balik dah... Tak pusing kiri kanan. While me? Opis abang zamani dengan akak lebih kurang 5 km??? Hagak la... Tapi kalau jem tu ambik masa setengah jam jugak la... Zamani balik kerja pukul 545. Cik abang tu boleh tahan lemah lembut juga nak ambik tatak korang ni. Bayangkan 530 semua dah balik, zamani 545 habis kerja. Dia punya masa nak kuar opis pun dah pukul 6.... Stress ko tahu!

Budak opis tentu cakap aku poyo banyak kerja nak buat. Lalalalala...padahal????



Yeah my new opis. Terkejut bila diorg bagi aku bilik. Heheh...sempat ko snapkan?



Study serba sedikit pasal company... Mmg blur masuk. Tah aku jenis yang tak mesra alam ni. So budak2 opis pun tak berapa mesra. Only one or two je. Masuk je, tunjuk tempat duduk aku. Tak terangkan apa2 sampai selama 3 hari aku guna toilet lelaki ok! Padanla semua tengok aku semacam je. Than aku tengok seliper toilet pun saiz lelaki... Terasa macam nak gantung diri bila senior aku tanya selama ni aku gune toilet luar ke? I said yes... Kot ada 'kesan' yang tertinggal ke apa. Hahaha

Rupanya toilet perempuan belah dalam, bahagian belakang.... Pantry pun asing lelaki perempuan! Dan di sebabkan staff melayu semua perempuan. So surau pun kat area tu jugak. Lelaki staff banyakkan runner. So solat gi je masjid negeri. Hahaha

Tapi tak pa... Cabaran org baru. Zamani marah aku sbb tak nak rehat dengan Diorg. Dia tu macam tak kenal akukan... Dia ingat bini dia ni mesra alam ke? Dia sendiri tak ada kawan. Lagi nak kutuk aku. So di sebabkan tu dia turun lunch dengan aku every day. Hahaha...



Perbualan laki bini... Bila pukul 12 je tanya lunch mana. Elok lunch sesama ni... Hahaha jimat kos!


Pandangan dari bilik aku... Depan tu federal highway. Sesiapa nak info trafic boleh roger. Hahaha...at least tak la bosankan. Bole cuci mata.

Kerja ni mencabar jugak. Tapi banyak working paper. Banyak akta kerja aku nak kena tahu sbb itu sebahagian dari job scop aku. Masih lagi belum menyentuh akaun. Bos aku nak aku belajar flow business ni dulu sbb aku boleh touch account. So aku kalau baca2 ni mmg otak lembab. Baca sampai 10 kali sbb nak faham. Aku tak suke nak hafal, aku lebih suke fahamkan konsep. Jadi org pusing macammana pun kita boleh terangkan.

Masuk hari ke tiga dah mula biZi... Mak aiiii so far customer aku mmg banyak songeh la... Yang best company aku tak ada masalah pasal bad debt. Sbb semua cash term. Tapi nak buat confirmation tu punyalah mencabar. Diorg pulak jenis cakap lepas. Cakap system culculation bodo la... Apa la... Sampai confuse, siapa yang baru ni? Aku pekerja baru ke, atau ko customer baru? Tengok contract dah setahun dua ikat contract tapi tanya macam ko customer baru pulak. Oklah mungkin aku org baru kot...diorg ambik kesempatan la... Ambik 3 hari jugak la nak suruh diorg confirm figure... Hawau je.



Motip gambar? Ini la pencel yang aku gune... Ikea ok.aku nak tanya stationery pun macam takut... Takut org baru selalu di cop bukan2. Hahah biasa buat kat orang, kan dah kena batang idung sendiri. First day tu jugak aku beli barang stationery. Pueh hati den...

Ekceli belakang opis tesco... Apa lagi??? Makin syok la cari alasan nak beli barang. Tak pa la... Aku ni memilih pen, pensel semua. Kang tak sedap aku jugak bising, sentap!






Ha hasilnya? Bahaya tau... Asik terjebak je beli baju... Hahaha.

Ok tu je nak cerita... Bubui

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Opis

Friday, March 29, 2013

Satu ke dua


Tadi org tanya...

Anak akak berapa org....

Ku jawab satu... kalau cakap dua panjang pulak cerita. Kalau cakap sorang pulak, aku tak boleh menolak hakikat, i'm a mother with 2 child. Aku tak boleh nak cakap satu. Hati sakit gitu. Tapi tak pa la... Tuhan lebih tahu.... Aku tahu... family aku tahu... teman rapat tahu....

Amani Iman?

Erm... soon she will know and understand. Ekceli aku harap dari jendela opis ni bole nampak pusara Ayssah sbb pusara dia kat atas bukit nun.... so bole la nampak kalau jalan tepi hignway batu tiga tu. Tapi jauh sangat...
 

Sajer update blog... ari jumaat. Encik somi tak dapat nak lunch sama2 dengan kiter... so kita dok opis diam2 sajor.

Till then yah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Pemergianku....

Salam...

Lama tak berbloging... Chewah! Yang korang baca tu adalah auto publish. Eh bukan auto publish... Sblm akak pergi kerja, akak upload draff dalam blogPress.

Tajuk tak bole bla kan? Well nak cerita pasal budak opis lama belanja akak makan. Ok aku tak tahu la nak cakap macammana. Tapi management mmg tak ada buat farewell ke apa. Kalau korang tanya aku, ye aku terasa sikit. Tapi tak yah la nak harapkan apa2. Tak mati punkalau org tak buat farewell tuk ko punkan?

Yang ni atas ikhsan kawan2 opis...


Makanan yang sungguh banyak... Layan...


Lauk ikan masak asam yang sungguh kick! Rasa nak tendang je bila makan. Hahaha... Tapi tak lawan asam pedas melaka la! Terbaek!



Kari kepala ikan yang super sedap! Tapi!!! Sbb banyak sangat makanan. Maka tak termakan. Kalau kat rumah, habis jadi fosil je terus. Itu nasib la kalau ada sisa jadi fosil. Silap hari bulan kesan tulang pun tak ada ok... Licin!


Nyonya kitchen kat bayu bukit tinggi klang, mmg terbaek. Diorg ada sediakan pakej tuk berapa org makan. Yang best ada pembuka selera bufe secara pecuma. So rugi kalau ko tak makan. Sbb yang kita org makan ni set.



Thanks to Mrs how, may and mr chin. Maaflah, diorg nak belanja aku. Tapi aku bawak bala tentera aku sama... Hahaha... So secara tak langsung diorg pun terjebak makan free. Tak pa rezeki elok di bahagikan sama rata, sama rasa. Yer dok?



Sesi bayar pulak. Thanks so much.

P/S ekcelikan, aku sedih tengok gambar2 ni. Bukan sedih kenapa. For past 6 year working kat sini, bila kita undur diri tak nampak sebarang penghargaan yang di beri. Bukanlah nak minta raikan ke apa. Tapi tah... Aku terkilan. Rasanya mmg aku buat keputusan yang sepatutnya... Ko junjung, hargai tapi bagi mereka ko tak ada benda pun. Kan?

Aku sudahi dengan image email dari kawan rapat aku kat klia... My branch manager. Before aku bla, aku drop email thanks and good bye. Berapa org je yang balas... My boss... Only sent sms wish me good luck and keep i touch. May be semua tak suke aku kot.. Hahaha... Tunggu je masa tuk aku bla... But this email berjaya buat aku menitiskan air mata. Hahah... Hati tisu sungguhkan?


You see people... Kau bole tahu la mana iklas dan mana takkan. Apa pun cerita dah lepas. Aku pun dah mulakan langkah ku tuk keluar dari situ. Harap aku takkan pandang dan pusing ke belakang any more...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Nyonya kitchen

Thursday, March 28, 2013

Will miss everything here

Salam...

Akhirnya aku telah mengakhiri perjalanan yang hampir 7 tahun sabtu lepas. Semalam tetiba jadi sebak. Well im suppose to be happy. Yes im happy, no doubt lakan... But leaving work place yang menjadi rutin hidup yang paling besar selama hampir 7 tahun tau... Terasa sangat.

But hidup mesti di teruskan. Kita hidup pun mencari yang terbaek.

Hari terakhir masuk opis je, semua tempat yang aku jalan aku snap. Hahahah...



Will miss the punch card... Pagi2 berlari tuk pastikan punch card tak merah. Time balik pulak berlari tuk pastikan balik 630. Ho ho ho... Pasti tempat ni menjadi peringatan tuk semua staff nakhoda i guess?



Entrance masuk.... Pintu tu mmg berkunci. So agak leceh nak bukak. Dah la butang dia nunnn jauh di dinding. Lambat 15 saat, kunci balik. Dan pastinya aku akan rindu nak sekodeng org luar. Kah kah kah... Mmg tak ada kerjakan?



Tangga yang ku guna tiap2 hari. Sebelum office renovation, ini pintu masuk utama. Naik dengan mals kadang2. Tapi kurusnya idokkan? Ahahaha.... Kadang2 sampai nak tersungkur berlari naik tangga ni. Dulu opis tingkat atas je. So pagi2 ko bole dengar semua berlari nak naik punch cepat2.



Pintu masuk... Nama commercial! Hahahah kalau call bank on behalf syarikat ingin maju, mesti org tanya,

Dah maju belum? Asik inginnnn jerk?

Hampas! Hahaha but its something to remember.













A walk to remember... Aku sendiri tak sangka aku akan pergi dari company ni tahun ni... Mmg tak terpikir pun. Tapi Allah membukak jalan untuk aku. Kalau tak tah berapa tahun tah aku nak duduk di sini.

Aku harap ia petanda yang baik bagi memulakan satu yang baru. Korang pun aku ni payah sikit nak berhenti kerj kat sini. Tapi sangat di permudahkan. Than seminggu sblm berhenti kerja, sakit satu rumah. Yang aku takut on the day aku kerja aku peyed. Benda yang aku takut gila... Tahu je la kalau aku sakit. Mmg sometime kena jab pun ada. Tapi bulan ni awal 5 hari... Wahhh apakan tanda itu? Syukur la.... Nak mula kerja ni kenalah tunjuk semua positif. Dapat tahu pulak cuti sekolah... ya Allah syukur. At least jalan tak jam sangat dan boleh la atur masa tu nak ke opis baru... Harap semua petanda tu baik. Menunjukkan Allah mempermudahkan jalan buataku mencari rezeki yang halal.

Insya Allah kan?


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Port klang

Wednesday, March 27, 2013

Rezeki

Salam....

Lama tak updatekan... Tersimpan dalam draff je. Bz sangat dengan kerja... Hahaha sila la percaya yer.

Last month punya cerita. Aku belanja budak opis makan. Wahhhh kena nombor ke? Well perasaan kot sama. Belanja mereka sbb diorg mendorong dan mendoakan aku tuk mendapat kerja baru. Syukur... Rezekikan... Apa salahnya kongsi rezeki tu.



Muke ku yang kelegaan... Terlepas dari kerja yang mengikat aku 6 tahun lamanya. Anyway tudung biru tu, kawan aku dia nak berhenti kerja, so aku belanja dia sekali gus la... Dua2 tu mengandung. Mustajab betul doa ibu mengandung ni. Hehehe




Dan tak lupa juga mereka... Ika dan aisyah. Diorg pun sama jugak... Banyak bagi aku semangat. Hahah kalau bos aku baca ni, rasa2 diorg kena warning letter sbb menghasut tak? Kah kah kah.

Lunch pizza hut ajer.



Abaikan budak yang kesedihan ni... Hehehe... Coklat cake volcano mmg terbaek. Sebagai pencuci mulut.



Licin.... Alhamdulilla... Korang tahu tak, hati ni berat nak berhenti sbb kawan2 je. Relationship tu mmg jujur org kata. Gi matilah dengan management...

Tapi macam diorg cakap, apa pun kita kena pikir masa hadapan. Bukan depa nak bagi kita makan. Mereka hanya boleh dengar luahan hati, marah dan kecewa kita je... Tapi tuk ubah masa depan sendiri, sendirilah kena buat kan?

Ni belanja sbb gembira sbb dpt kerja... Time aku nak resign? Apa cerita pulak? Semua pasal makan2... Tunggu yer! Aku buat entry.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Port klang

Tuesday, March 26, 2013

My first day

My first day kat opis baru?? Erm i guess like other ppl jugaklah kot. Terasing. Lagi la daku yang tak banyak cakap. Ko buat tak tahu dgn aku, aku lagi la buat tak tahu.

Mungkin baru kot. So far aku try ringankan mulut. Yg tegur aku kat opis ni budak nepal sorg ni. Baik sangat. Dia yg ajar aku payroll culculation. So dia bukan calang2 org ok! Yang budak melayu im not sure diorg mmg malas nak ajar atau sombong. But take positive yer. Mungkin tak mesra lagi.

Got my own room. Tak ada yg best pun. Opis lama pun ada gak bilik tapi terasing sikit.

Ok itu je nak laporkan. Daaaa

via Amaniiman iPhone

Sunday, March 24, 2013

Aisyah farhana besday

Salam...

Sorang lagi anak buah yang sambut hari jadi. Wahhh aisyah dah 7 tahun. Big girl already!

Darjah satu sudah.




Kek yang di claim oleh aliya dia yang beli.hehehe ok... Kami percaya aliya... *angguk kepala suke2*



Besday Aisyah yang ke 7...kita sambut awal sehari sbb dia sekolah ari isnin. Mmg la sekolah ari isnin, yer dak? Hahaha di sebab umah tok sekarang dah jauh, nak ulang alik bukan mudah.



Happy besday kak long... Mak long doaka. Semoga aisyah menjadi anak yang soleha buat kedua ibubapa dan kakak yang sentiasa di sayangi dan di hormati adik2...

Mak long, pak long and amani sayang aisyah selalu...


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 22, 2013

Berakhir nyawa sebuah bb

Sedih ari ni! Makan ati! All day habis termenung tunggu phone restart. Tak bole nak guna langsung. Benar la kata org black berry mmg cepat hang. Memula alu tak percaya tau. Bagi aku kalau org guna elok, takkan cepat rosak. Sbb ini phone pertama yg aku pakai rosak. Pes time phone yg aku pakai rosak.

Mmg rezeki pakai s4 galaxy nampaknya encik zamani. Wakakak tention abang zamani kau. Tp aku sedih sbb itu hadiah hari jadikan dr encik somi.

Terus hantar g repair. Tak rasa nak tolak ke apa. Now using IP amani iman. Ini pun nak berebut dgn ibu tau amani ni. Hahah dah ko kata phone diakan?

Aku diam je dia melalak nak mainphone. Idok la aku bg sbb bill wei! Bising bapak ko!

Error typing harap maafkan. Tangan debab mestila taip terhegeh2. Ni pun separuh stress! Hetchu! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, March 21, 2013

bukan main.....

Nak berhentikan? bukan main free update belog.... hahah sila la cemburukan saya...

tak tahu la senin ni macammana... tah2 kat opis baru tak bole berintenet sesukati... kan? aku tengok semua kerja bersungguh2 je.... compare sini kan...

anyway nak cerita. Kawan opis ni dah 36 minggu.... dari awal kehamilan dia, dia nak buat scan 3D tapi suami dia tak benarkan. Sbb takut apa-apa effect kat baby. So kawan aku ni nak jugak buat sbb teruja dengan cerita aku...

Haloooo akak mengandungkan Amani Iman sebulan sekali scan... doktor aku dulu pun tahu kes lama, bila aku datang walaupun hanya batuk, dia akan scan. Kami dah nampak Amani still in tummy lagi. So dia teruja la nak tengok baby dia. Lagipun sebagai kenangan. Esok bole la tunjuk anak tu rupa dia dalam perut ibu... kan???

Amani punya gambar scan dari usia 7 minggu sampai la ke 36 minggu... hahaha berangan... 36 minggu???? 35 minggu ko dah beranak dah. kui kui kui.... tapi sayang la... mana la aku letak CD amani iman at 32 week eh.... nanti cari. Penting tu...

Aryssa pun aku ada simpan. Oh tu lagi kenangan. Anyway aku call buat appointment dengan klinik aku check up dulu... RM 180 ko!!!! 4D and detail Scan.... tapi kawan aku ni tak nak laki dia tahu... dia kalau boleh nak bawak aku je, so nanti dia tunjuk kat laki dia je... alooooo nasib baik la abang Zamani ko tak gitu. Sbb tu aku buat double check up kat UMRA and HOSP Kerajaan. Hosp kerajaan pagikan, dia tak leh nak join tapi kalau malam mmg pergi UMRA dia nak ikut. Sbb nak tengok baby.

And doktor tahu la bahaya atau tak kalau scan. May be dulu yer kot. Now dah selamat. Detail scan mmg best...both our gurl shy gurl tau... Alhamdulilla.... Aryssa pun memula susah nak tengok muke, end up tunjuk. Sama jugak Amani. Puas la doktor tunggu nak tengok muke...

Anyway kawan aku kalau bole nak buat sabtu lepas kerja.

Aku :- Akak dah set masa ahad pagi... gi la dengan laki mu

Dia :- Alaaaa nanti dia banyak pantang larang la kak... malas org. Biar org tunjuk lepas check tu

Aku :- Lorrr... anak sendiri ni. Tak ada makna la... ko dah 36 minggu dah. Tak ada yang bahaya pun.

Dia :- Sbb tu la... ahad tak leh, dia ada nanti susah org nak pergi. Tapi akak sabtu bole ke?

Aku :- Tah.... kang akak kalau cakap dengan abang Zamani dia lak excited. Hahaha...

Dia :- Kenapa plak?

Aku :- Kang dia ingat aku lak mengandung....

Wakakaka....

Dia :- Akak terang la kat abang Zamani...

Aku :- Hahah akak takut akak baru cakap nak gi UMRA dia yang excited lebih2. Dia mmg suke kalau bini dia check kat UMRA....

Dia :- Sengal akak ni...

Ho ho ho... bukan mainkan????

Haiiiiiii bila la nak check up kat UMRA lagi yer... kih kih kih






Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Tuesday, March 19, 2013

TINGGAL 6 HARI LAGI

Tinggal 6 hari lagi!


Betul ke aku nak berhenti ni??? Manager KLIA branch halang aku pergi... dia cakap dia akan pujuk boss aku untuk tak marahkan aku lagi...

Iyo la...

Aku pun macam tak percaya... dan yang best aku satu keluarga sakit. Dugaan... nasib baiklah minggu ni tau... kalau minggu depan??? Siapa nak jawab? Ko nak setat kerja dengan muke yang sembab! Hidung yang merah, mata yang kuyu??? Oh Tuhan....

Cuaca panas sangat kot. Memula Amani kena. Tekak dia bernanah balik. Aku dapat tahu pun bila hidu pernafasan dia berbau... ha erti kata mmg tekak dia bernanahla... esoknya dia demam. Time Aqiqah Raeesah pulak tu. Malam tu tak dapat buat persiapan pun tuk majlis sbb amani mmg dah start merengek. Hantar rumah MIL.... i guess she the only person yang expert jaga budak demam. Even my mom pun tak dapat handle Amani Iman.

The next tengah majlis dia merengek. Aku tak bawak dia turun pun. Duduk dalam bilik. Zamani nak makan, aku jaga dia dalam bilik. Aku makan, Zamani jaga... tapi bapak amani tu penat, anak tak tido, dia yang tido. Sampaikan budak2 pesta dalam bilik aku ko tau! Amanikan rapat dengan Rayyan. Rayyan tak nak berenggang dengan Amani, jadi semua budak datang majlsi cari rayyan, end up berjimbara dalam bilik aku...

Kata anak buah aku,

"Mak long! Budak2 lompat2 katil.... pak long tak sedar. Amani dah nangis takut"

Sudah!!! aku naik hambat bebudak turun. Dengan kertas pembalut hadiah bersepah... kejut Zamani, mmg tah apa dia buat malam2 tak jaga... lantak la kau di situ... bawak turun anak

Tetiba aku sendiri rasa tak sedap badan... OMG... selsema dan batuk sekali. Tapi tahan sbb nak layan tetamu. Sampai Amani muntah atas baju aku... ho ho ho... nasib baik susu keluar... kalau rak mashammmm.

Malam aku pulak flat!!! Amani merengek. Zamani keluar tah mana... Jaga anak sakit mmg la mencabar. Aku dah telan ubat selsema dengan batuk. Nah! Tak lena nak tido walaupun mata mengantuk, dengar amani melalak2. Zamani pulak jadi ilang sabar... Budak tu apa la tahu... bagi arahan macamlah budak tu 7 tahun. Kot aiysah, aliya or Rayyan faham la kot. Ni??? Lagi kuat la dia nangis.

I had no choice. Rumah masih ramai org. Terus ajak Zamani ke rumah my MIL. Tu pun pak cik tu tention. Tak tahu pulak kat umah MIL bebudak2 tu pun tak sihat. Kesian MIL bersengkang mata jaga. While me rest dalam bilik. Malam tu pulak punyalah panas badan. Rasa nak melekat kat dinding. Hahahah rupanya demam. Opsss batuk ok, selsema ok, demam pulak. Pukul berapa tah aku terjaga sbb nak muntah. Tengok laki aku tak balik lagi... bagus la... anak sakit bini sakit, dah nampak hang lepas tangan je bagi kat mak hang. Tapi aku hanya pikirkan Amani je. Sbb aku sendiri sakit. Amani nak tok mama je. Nenek atuk yang tiap hari dia jumpa mmg dia tak nak. Time sakit macam tu, org kata nak kurangkan dosa. Tapi ku diamkan diri tak nak cakap apa-apa dengan abang zamani yang mungkin akan meningkatkan dosa... hahaha... hanya mampu luahkan kat MIL je... bukan aku tak nak jaga tapi mmg totally flat. Badan bisa.

Ahad gi klinik... terus balik rumah.Apa jadi on ahad tu pun aku tak tahu la.Mmg sepanjang hari aku berkurung. Isnin pun mmg tak larat. Pikirkan sbb ada aku kena interview org je. Bos aku lepas aku resign ni, dia berhati perut la sikit... halau aku balik dan relex... alo alo bos...

Kalau isnin ni macammana la yer... doakan semoga aku selesa di tempat baru. Baru2 mesti la rasa boring sikitkan? Kita buat jela kerja kita. Kalau diorg ajak makan, maka makan la kita... kalau tak? sms la suami anda...

"Diorg tak nak ajak saya lunch... saya kelaparan jom la lunch sama! Saya bayar!" Wakakaka

Nak mengadu jugak! Sob sob dalam aku nak bla ni, aku cukup meluat dengan staff penang yang macam puaka haram... sorg minah ni... ko kerani je kot tapi action dia macam dia branch manager. Kalau aku stay kat sini lagi, mmg aku guna kose aku bagi warning letter kat dia atas tata tertib. Jaga tepi kain org pandai, tak suke main shooot je email. One of reason aku bla pun sbb diorg la... ko tahu la kalau bangsa kap lam ya nga ni, depan baik belakang tikam. Sialan! Beli typewriter punnak hantar email 80 kali. Habis branch manager ko buat apa kat sana??? aku sajer tak reply. last2 bos aku reply proceed beli...

Aku mmg tak suke la diorg... memula bole berbual la... lepas ni mmg tak la... kawan aku cakap jangan gaduh2. Bukan gaduh, tapi nak shoot email nak rak pasai apa? Halooo aku ni pun bos pandang sebelah mata. Ko buat macam tu ko ingat ko dapat apa?? Tunggu je la Andy aku rasa ko MENJENGKELKAN.... time tu???? bye2...

Eshhhh risau la.... apa jadi next week yer...

Kul berapa nak keluar rumah???

Salary diorg berapa hari bulan hagak2?

Confirmation berapa lama??? (bijak subahanAllah tak tanya ari tu!!!)

Bos diorg ok tak??? Ker lagi teruk dari boss aku??

Tu la... sepanjang aku start kerja lepas keluar Uni, aku interview kerja sekali je... hahaha yang opis pertama tu yang interview aku executive biasa2 je... budak baru keluar Uni apa la tahu sangat, janji dapat kerja time tu, so soalan tak la trial mana. Nombor dua dan tiga ni kabel kuat... so tak lalu interview. Tu la bebal tak pk nak tanya apa. Haizemen...

But i trust mereka yang rekemenkan kerja dengan aku ni... nampak ok je... tapi kalau melayu dah 80% dalam opis ni payah sikit. Alaaaa sini pun bangsa cina pun sama je. Ko je tak faham diorg tu cakap apa. Mengata tetap mengata ma!

Ok nak balik la... bye








Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, March 15, 2013

manja ke?

Nak cerita sikit!

Tetiba rasa kenangan tau. Tah eh... may be semua org rasa ini pelik. But i dont think so. Macam menjadi satu yang pelik bagi org. Cerita pasal suap menyuap ni. Lagi2 abang zamani, kalau dia nampak mak aku suapkan aku, dia jadi pelik dan suke sangat perli.

Halooo.... pelik ke mak suap? Kang suami suap org meluat pulakkan? tapi terus terang ini bukan satu yang luar biasa bagi family aku. Even mak cu aku yang umur 43 tahun pun nenek aku masih suap... hahaha... ok tipu la... now i not sure, but as far i can remember dah tua juga la masih lagi bersuap.

Me and my sisters pun sama. Jenis malas nak makan. Than mak aku pulak kalau dah masak tak makan sentap la... siapa pulak nak makan. So biasa mak aku akan duduk panggil anak2 dan suap.

Sedap okkkk! tangan mak tu manis! Kalau kaki syurga, tangan apatah lagi. So selagi tak menyusahkan dan tak memudaratkan mak, tak jadi masalah kot.... sometime kalau time nak manja, aku cakap, "ibu suap makan bole?" Kalau dia cakap penat la, malas mmg tak paksa. Cume terasa asallah amani iman nak sangat abak dia suap. Kan sedap tangan ibu... adoyaiiii...

Buktinya? Ada setengah kawan sekolah aku semua ingat. semua macam terkejut... dah besar pun masih bersuap bagai. Dan me pun terkantoi time tunang dengan Zamani lagi... dah biasa sangat, mak aku tengah makan, sedap je nampak, duduk terus bukak mulut... terus kena perli. Bila dia perli, i was like.... apa yang peliknya??? Mak suap anak pelik ke???

 

Nah! tergelak aku baca komen kawan sekolah aku. Anak dia post and tag dia lapar... ingat nak sakat anak dia, kena batang hidung sendiri pulak... haisemen.... buat2 terperanjat mana dia tahu mak aku suapkan aku????

Macam kalau aku berkumpul rumah nenek aku, ... ko boleh tengok cucu2 terngaga2 mulut minta suap. Seronok tau... cucu bukan setahun dua... yang berpuluh2 tahun ni. Hahaha... aku ok lah. Cozen aku??? dari nenek, ke mak dia sendiri, now bini dia suap dia makan...Mcm aku yang mmg dah biasa la sangat tengok dia kena suap sbb manja, so tak heran bila bini dia suapkan dia sekarang. Tapi kalau org tak biasa tengok... ermmm mmg meluat semua ada la kot.

Tapi sumpah! bukan nak menyusahkan mak ke apa. Lagi pun korang tak tengok cara mak aku makan... very menyelerakan... ho ho ho kalau ambik makan sendiri tak sama... hahahha.

Amani iman? Kalau dia tak malu, ok je aku bole suapkan. Abak ko sakit pun ibu suapkan. Eh tu sakitkan? Kalau tak sakit pun i ok je nak suapkan dia makan. Amani kalau aku suapkan dia makan mmg payah. Tapi kalau org lain main, sibuk nak... macam ada aura la kalau makan bersuap ni.

So ini bukan pelik. Bukan bererti suap je tak berdikari. Aloooo lempang laju2 kalau ada org keluar statement tu... bukan lempang, tendang laju2 terus.Ada nampak macam tu cakap tak berdikari. Aku dah terlebih berdikari dah ni. Bukan minta selalu, sekali sekala. See kawan anak aku anak dia lelaki and consider bujang la, dah 15 tahun dan 14 tahun. Still makan bersuap dengan mak dia, which is kawan aku la kan?

Insya Allah, biarpun anak ku ramai. Kalau diorg tak malu, kenapa tidak? Lebih rapat aku rasa. Seorg mak sampai bila2 akan rasa anak diorg tu kecik pada pandangan mata mereka. Yang perlukan perhatian walaupun dah berkahwin. Trust me. Macam aku sendiri yang rapat dengan mak aku, kalau aku keluar mana2 dia akan call. Walaupun serumah, pasti sehari sekali  aku akan call dia. Bual la apa sahaja. Dari aku single sampai dah beranak ni... 
sampai satu tahap tanya je... "ibu tengah buat apa?" "tengah tengok TV." "Cerita apa?" "Korea" "oh ok..." Hahahah... buang duit phone jekan?

Tapi biar la... duit aku... hahahah... tak jugak... diorg ni dah berumur. Macam mak aku duduk sengsorang risau la... at least when she answer my call or sms, i know she ok kat rumah nunnnnnn....

Oklah till here... bye

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tolong jaga adik

Budak2 ni kalau mintak tolong jaga adik. Rayyan aku yakinla sikit. Amani tidak sama sekali.

' rayyan tolong mak long tengokkan adik...'

Dengan jujurnya. Dia ' tengok' je adik sampai la aku datang.




Amani iman jaga adik bole?

Jawapan dia... Ha! Sambil ambik belon yang abak beli libas2 arah raeesah... Ooooo ini betul JAGA... Habis la anak org nak oiiii...



Macam2 budak2 ni kan?

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 14, 2013

Bahana Ipad or Gadget




Ok lihat video tu dulu... kalau korang bangga tak? me? kalau ko tanya aku... mmg la bangga. Rasa berbaloi jugak la beli Ipad ni. Mmg nak Amani Iman belajar. Tapi niat aku, aku nak dia membesar sama seperti budak2 yang sebaya dengan dia. Now days bebudak bijak dalam hal2 gajet ni. Tapikan... advance sangat pun tak elok.

Dengan erti kata lain, aku tak nak dia ketinggalan ke belakang. Org lain main, dia tengok dengan penuh harapan nak sama! Weiii hambo membesar gitu tau dak!!!! Meleleh air liur tengok kengkawan ada WalkMan...CDMan... Zaman aku la. Than jiran beli computer. Akak pun nak... siap bertandang rumah jiran semata2 nak tengok bestnya main tekan2 keyboard.

Lepas tu VideoGame... teringin sangat kalau boleh main PacMan (yer ke nama game tu? yang kuning makan2 tu...)

Ayah je sorang kerja. Mak aku surirumah. Jauh sudut hati seorg ibu tu dia nak anak dia sama atau at least merasa la... so ibu suruh aku belajar sungguh2. And lucky me ada mak cik (mak cu) yang sayang anak buah. Siapa pandai. Periksa 1-10 (Ha! 10 ok!) dapat hadiah. Minta apa sahaja... Dan setiap kali result mesti call mak cu tuk bagitahu.

Bila ada anak, terasa sama... bila budak2 ni kadang2 sifat kedekutkan... niat aku, aku tak nak anak aku jauh di belakang. Sekurang2 dia dapat rasa. Budak ni kalau dia dah tahu syok benda tu macammana, dia dah tak heran dah.

Tapi bila dah mengadap ipad tu, ko panggil la mmg buat pekak je. Than dia khayal dengan dunia dia.Ko bagi la buku, bagi la apa pun. Kalau tak gerak,tak bunyi mmg tak heran la. So i guess now, amani will miss her childhood pulak esok. Bila bagi buku, dia cepat bosan. Sekarang aku melatih dia A,B,C gune Ipad. Ok je... tapi bila bagi atau tunjuukan buku ke apa, dia bosan. Matik mak ko!

Risau! mmg as mak ko kena risau! Ini masa depan anak ko! hahah emo... ada yang nasihatkan aku  supaya lebih tenang. Buat aktiviti dengan anak, macam kelering ke, puzzle ke. Biar rumah bersepah tapi anak2 enjoy dan faham aktiviti tu.Tapi amani mmg tak minat la. Beli juga kaler tuk dia. Tak sampai 10 minit la... dia campak je... than try gune "jari telunjuk" konon dengan harapan cepat la kaler tu (konsep Ipad).

Kalau mainan, end up semua masuk mulut. Erm macammana???

My mom advice jangan tegas sangat dengan dia. Sbb dia tak tahu apa-apa. Bila dia sekolah normally dia akan belajar dengan sendiri. Dengan kawan2. Dan itu jugak penyebab, me and Zamani hujung minggu bawak dia ke Kidzone. Biar dia belajar main dengan MAINAN yang betul. 



Tak perlu hantar ke Taska or Nursery. Dia ok je main. Tapi belum pandai berkawan. Erk perlu ke saya risau jugak???







Heheh zamani sent gambar2 ni, aku rasa macam budak besar je... tu bukan beg tapi Harness. Dukung tak nak, masuk troli tak nak, stroller pun tak nak. Jenis berani lebih. Jalan je mana dia nak jalan. So at least kalau teralit sekejap pun kita dapat rasa dia tarik tali tukan.



Bila dia main dengan sepupu2 dia, expecially Rayyan... aku terasa diorg ni sangat la advance. Lagi Rayyan. Sukati dia download apa je... tak suke delete... aik! Sejak Rayyan stay kat klang, aku nampak improvement amani dalam main ipad. She can control ipad tu sendiri. Kalau main puzzle pun dia main sampai habis. Kalering pun dia kaler dengan betul walaupun carca merba la... but what do you xpectkan? She only 1 year 6 month je pun. 

Zamani lain pendapat dengan aku... kenapa??

Dia selalu nak bising kalau aku push amani lebih sangat. Pastu kalau cita2 aku aku tinggi melangit. Laaa baru rancang nak hantar dia sekolah je pun. Dia halang macam aku nak hantar anak dia gi university. Hahahah. According to Zamani, dia tak nak Amani Iman tahu benda yang melebihi umur dia. Macam umur setahun tapi ko dah pandai macam umur ko 7-8 tahun. Erkkk not fun anymore. Tahu2 anak ko tahu baca, tahu tulis. Let her slowly develop. Dia tahu A-C pun dah cukup bagus dah.

Hua hua hua... habis handle ipad tak rupa macam umur mak dia ke abak oiiii???


But what to do la kan kalau surronding dia pun macam ni??? mau salahkan siapa? Zaman? Teknologi?



Kadang2 aku rasa gajet ni bagus jugak... hahahah imagine ko ada 2 kanak2 nak jaga dan satu baby... ko mampu nak handle??? Ha sila ucapkan tahniah pada aku... wakakak.... senang jaga Raeesah while mak dia uruskan hal2 negara sejak lepas merdeka ni. Bukak ipad sorg satu, terasa aman tanpa bunyi gaduh ke apa. aku je la terpaksa mengalah... gigit jari je while terpaksa mengalah dengan anak.

Tapi kalau anak 5 org nak bagi ipad sorg satu, bukan lagi parah. Tapi dah kritikal. Lepas ni org puasa bulan Ramadhan, Zamani dan isteri puasa sepanjang tahun... ho ho ho...

Apa pun depand la kan... semua budak tak sama. Mak bapak pun cara didik anak pun tak sama. Aku push amani selama ni pun dia buat dek, tapi sendiri terkejut dia mampu buat puzzle tu sendiri. Bukan aku ajar, bukan abak dia ajar. Ikut Rayyan, tekan butang HELP terus. Sama jugak match alphabet. Aku pun tak tahu dia tekan gambar dulu, than match. Yang best bila huruf 'B' Bear and Owl so selagi bole dia tolak "B" tu kat Owl...  pastu fail dia meradang, yang mak dia pun hilang sabar... "Bear amani, B for Bear" dia pandang aku... "Berhhh" ---- BIRD... ok... siapa yang cipta application tu bodo... hahah kau pandai...

P/S :- Dah biasa sebut A for Ant, B for Bird... omak tak ajar bear lagi... uhuhuh

Ok till than.. bye

Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Gambar lucah?

Wahhh laju je eh nak tengok... Aku pun terkejut jugak pikir siapa punya angkara ni... Lain macam je bentuknya...

*nangis*


Macam bentuk punggung... Kan....muskil sangat... Siapa punya angkara yang buat ni????



I dont want to explain macam apa yang aku nampak... But keep reading...



Yer, aku pun mengucap tengok gambar2 ni... Tak la suspek siapa2 yang ambik gambar tah apa2 ni... Sbb ipad aku kat rumah...



Tang ni rambut hujung2 tu kenal tak???? Eh takkan ada org siko yang ambik gambar si amani iman ni bogel??? Seyes itu yang aku pikir tau!!




Tapi tengok gambar ni??? Obious sekali la kan... JARI SI ACIK DEBAB tengah main ipad. Ok now i know... Gambar adalah pandangan camera depan...Patutlah hasil lain macam! Terperanjat omak ok

*lap segala peluh yang keluar!*



Gambar yang clear!!! Terguling- guling aku gelak sorang2. Amani sampai garu2 kepala pelik kenapa mak dia gelak sakan... Hai la anak... Kalau ler kau tau apa mak ko rasa pestime tengok gambar2 ni, sudah tentu ko pun join mak ko gelak.... Haisemennnn



Muke budak tak bersalah....eshhh amani amani....anak cik zamani ni perangai sama je dengan bapak dia kalau mengadap ipad... Rasa nak piat2 telinga tu tau... Panggil org pekak pun diorg ada respond... Tah apa jer...

Mak dia tak macam ni tau... Lalalalalala

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails