Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, April 21, 2018

Bila bulan tak terang

Halo! Wah second entry dah ni.


Apa pun anak2 dah pun tido, termaksuk apak bebudak ni. Maka hakak ingat nak buat kerja, maklumlah minggu closingkan, tp nampaknya semangat nak kerja dah ilang. hahaha terjah jap blog. Awat aku rindu sangat nak menulis ni? Haiz...


Nak cerita apa malam ni? Sekejap jekan nak pose... dah tu raya. Me as usual, atau dah 9 tahun jadi isteri dak Zamani tu, ai is kebal. Aku dah tak kisah nak raya mana. Sbb aku duduk dengan mak aku, hari2 kot mengadap. So apa nak kecoh nak balik raya. Mak mertua pun kat Klang. Hahahaha... kesian kat anak2 je la. Diorg tak ada kampong. Kalau ikut kampong abak, belah utara. Ibu selatan. Haaaaa mencabar sikit. So sbb tu aku tak kisah. Tahun lepas tak balik raya mana2. Sbb Zamani kerja. Tengok! akak isteri yang cool... org lain gaduh laki bini sibuk nak balik raya kampong suami dan kampong isteri. Aku dengan Zamani gaduh sbb dia paksa aku ikut mak ayah aku balik beraya dan dia? konon berkhimat tuk company. Kerja demi sesuap nasi... Hahahaha


Tak ke poyo tu?!


tergamak ke ko raya laki kat umah. Kerja? Dah la anak2 jenis rapat dengan apaknya. Senang idup aku nak beraya, sat lagi kena marah cari abak... kena tegur cari abak... malam bukan anak je cari bapak, mak pun sama. Hahahahah silap2 drama air mata. Dah la rayakan?


Tapi sebenarnya, kalau berjauhan ni, kalau boleh aku nak elakkan. And I know Zamani tu pun manja. Bayangkan gi team building pun dah macam pergi tak kembali. Padahal setengah hari je pun. Hahahaha... tu la org kata, dekat gaduh, jauh rindu. Mcm ari tu aku kena pergi Singapore. Bila ingat balik tergelak sendiri. Masih ada 'kasih sayang' di situ. Bila tahu nak kena kerja Singapore tu, aku plan nak bawak semua sekali memandangkan family kat sana. Tp macam leceh nak travel dengan bebudak. Ada training kat Singapore hari Jumaat so ingat bole la habiskan masa weekend. Tapi sbb Zamani kerja, than agak susah.


So aku pergi pagi dan balik malam tu jugak. Zamani hantar aku kat airport subang. Jejak kaki kat airport msg mcm zaman bercinta. Naik kapal terbang msg, kapal terbang gerak, msg.... sampai msg.... lunch msg... hahahahahahah rindu la apa la... see you tonight la.. dia tak pergi sekali tapi terasa bawak dia sekali.


Tapi bila sampai, terus macam biasa. Baik dia atau aku. Mana gi msg rindu tu semua? Ko dah ada depan mata dahhhh....


So itu la kami sebenarnya. Nak duduk bertentangan mata nak cakap saya rindu cinta nan ado. Tapi msg mmg feeling surat cinta. Pelik tp itu la cara kami. Gaduh pun macam tu jugak. Our 1st and 2 years marriage, kalau tak kuat bole bercerai. Kami jenis gaduh mmg diri depan mata tinggal nak telan. Tapi lepas ada anak, dah faham masing2, kita org gaduh whatapp je. Tak ada la nak jerit macam dulu. Tak berbual tu biasa. Tp rasanya masing2 dah faham perangai masing2. Kan?


so???? malam ni Berjaya cerita pasal Zamani.... hoyeahhhh Berjaya satu entry.


Aku masih memikirkan cara nak menulis pakai phone. Senang upload gambar. Tapi sbb ipong tak bole nak transfer gambar video dan hakak tak ada masa nak download upload. Akak mmg simple orgnya. Kalau bole blog terus dari phone, senang cerita. Ni macam ni, tetiba otak kosong tak tahu nak tulis apa. Keluar pulak pasal raya, pasal suami. Ko nak cerita apa sebenarnya cida??




Dah! aku dah mengantuk... esok sambung kerja kat opis la. Lalalalalalala....


Aku akhiri dengan gambar kami... (dah gambar ni je yang ada kat folder laptop)


So korang faham perasaan aku bila banyak benda korang nak cerita tapi sumber tak ada. Ko ingat aku rajin nak menulis tp gambar tak ada untuk terangkan. Baca pun bagaikan syarat. Macam tu gak aku, kalau baca blog org, malas nak baca, tengok gambar baca point2 penting yang ko rasa masuk periksa. Uhuhuhu....


Oklah... kan banyak kali nak stop tak jugak stop.


Sampai ketemu lagi di enrty lain. Doa la aku rajin yer


Till than,


XoxO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails