Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, July 7, 2012

4 LIL PRINCESS

Cepat je si Nur Aisyah Farhana ni membesar... dulu kecik je. Ni dah melonjang tinggi....

Ok short story... pak long sejak kerja kat 'kilang percetakkan" banyak plak buku2 dia bawak balik... dan kali ni bawak balik buku kosong.

2.... D.U.A dua

Satu tuk aisyah, satu untuk Aliya...kang jap lagi gaduh pulak. So ikut la nak lukis apa pun. Maka si aisyah menunjukkan bakatnya dalam lukisan dan juga penulisan. Sila tahu Aisyah is only 6 years old and dia dah pandai tulis, baca. Tulis bukan meniru dari buku ke apa... bole ambik nota ok!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini princess.... nama dia Amani Iman....

Rambut Amani Iman panjang....

Dia pakai gaun panjang dengan kasut tinggi.









 Lepas tu si Aliya yang tertarik dengan lukisan kak long terus duduk depan kak long...

"Lutis la gambar hiya, halong." (Lukis gambar liya, along)

Aisyah buat tak tahu... terus lukis gambar seterusnya...


Free Image Hosting at www.ImageShack.usYang ni kurus... rambut panjang... sama gak pakai gaun. Tapi kurus sikit dari Amani... 

"Hiya ke ni Halong???"

"Bukan... ini kak long... nampak ni ada nama Nur Aisyah FArhana???" 

Maka adiknya menunggu dengan penuh sabar.... aisyah continue lukis lagi....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Rambut princess kali ni aisyah kata sikit... Aliya dah senyum... sekali kecewa sekali lagi bila dia kata ni adik Nur Adyra Farhana

"Bila nak buat gambar Hiya ni!" Mula nak nangis.... Aisyah continue draw... yang best harapan tu dah macam ada, sbb aku ingat dia pun lukis gambar Aliya... sbb dah buat rambut kerinting... heheh nampak tu putar2 tu... bukan pusar tau tapi tu rambut kelinting.... sekali aisyah sebut.....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


"Ini princess Hyumairaa.....Cantik tak mak long???" Ignore adik yang menunggu kat depan dia.

"Nice...." Sambung aku...

"HIya???"

"Kan liya ada buku sendiri... lukis la..."

"Tapi Hiya tak pandai..."

"Buat sampai pandai ok... kak long dah penat... " Terus tutup buku...

Waahhhhh.... budak berdua ni gaduh macam org2 tua je... haizzz teringat me and fida... hahah aku pun selalu buli fidah macam ni. Nak bagi dia bengang aku suke cakap

"COP!!! SATU DUNIA NI KAWAN ALONG, ALLAH, IBU AYAH, SEMUA... KO TAK ADA SIAPA DAH DALAM DUNIA NI..."

"TAK PA LA KITA KAWAN DENGAN BEAR KITA NI"

"BEAR TU PUN KAWAN ALONG, KO PEKAK KE? SATU DUNIA! BEAR KO TU BUKAN DUDUK DALAM DUNIA KE?" 

Hahah lawak bila ingat... time tu aku ingat aku darjah 2 kot... tapi bodokan?? siap cop bagai. Yang tak tahan dunia... dunia ke bumi??? wakaka...yang adik aku pun sengal... asal aku cakap mcm tu je mesti nak nangis. Dah tu percaya buat baik dengan kakak dia sampai la sekarang. Uhuhuhu... yang syok dia tak berani nak cakap dengan mak aku pun... kan mak aku kawan aku... kah kah kah... siapa suruh dia tak cop dulu... kih kih kih....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails