Assalamualaikum....
uiiii kejapnya dah 15 ramadhankan? dalam aku sibuk menjaga Zamani kat sepital tahu2 je dah pun 15 hari puasa.
Now aku kat rumah adik sepupu aku yang doktor kat serdang tu. Dia dok ajak pi rumah dia, tapi tak pergi dan hanya kesempatan pergi pun sekarang ni... ehem ehem.... laki ai tu manja. Mulut suruh balik tapi he need me. Vangga sekejap.
Zamani dah selamat menjalani pembedahan rusuk kanan dia. Syukur sangat. Kalau kat Fb tu korang tengok aku uodate ckp pembedahan tu postpone ari selasa depankan? Jadi aku pun dengan berat hati pergi kerja. Pagi sewal pukul 6 tu zamani dah kena kejut dengan nurse, operation ari jumaat tu sepatutnya pukul 3 petang. Tapi kami laki bini dah kena bangun pukul 6 pagi ok!
Pukul 8 lebih macam tu doktor cakap cancel. Postpone ari selasa. Aku pun pk macam takkan nak cuti panjangkan? melampau la... so aku decide to go work.
Sampai opis dalam pukul 10 pagi. Hati tak sedap, call Zamani dia cakap dia tengah tido. Before aku gi opis tu, aku belikan dia nasi lemak. So tanya la dia dah makan ke belum. Dia jawab belum. Nurse cakap may be buat operation ari ini (jumaat tu jugak)
Pulak!!!! Hati tak tenang. Tapi Abg Zamani cakap mmg slot dia petang macam pukul 3 atau 4. So contiinue buat kerja. Sekali pukul 1 ptg dia call cakap nak masuk bilik bedah... gila la ko!!! aku mula naik hangin. Bukan hangin dengan dia tp pihak hospital! walau its minor operation but still la kan? mesti ko ada kat laki kau. So bawak kereta selaju bole. Dengan harapan... "wahai kereta bertukar la ko menjadi ferrari"
Hari pertama mmg teruk, menjerit2... kalah budak kecik.Aku pun sedih tengok dia. Sakitlakan? Tak bole nak tengok kedaan dia yang lemah tu. Doktor suruh bagi dia air. Tapi knowing baby tua kalau sakit, kalah AmaniIman. Ku tahan telinga ar.
Second day jadi teruk sbb doktor dah stop Epidural. Ha dah macam org bersalin. Zamani suke keraskan badan dia. So doktor pun marah sbb kalau dia keraskan badan dia, maka sakit la... normal la semua kat situ di bedah. Tapi dia yang lebih manja. Aku plak ngeri tengok. Wayer bukan main sana sini. Dah tu bekas darah semua Alamak!!!! very the sengsara ok... Aku nasihkan dia lembutkan badan... kena tengking
"Ingat tak sakit ke???Nak nafas semua sakit!" Ok tatak diam la...kang kena lagi. Nak kata apakan? Helo saya pun operate kat perut. Lagi susah nak gerak kalau pikir. Tapi according to my cozen "dia potong tulang kak, lain dengan bersalin... sbb dia nafas buat masa sekarang mmg sakit. Kalau diorg kata epidural tak jalan, imagine la mcmmana sakit dia."
Insap sekejap.... sian laki ai! Betul la... gune epidural bg bersalin, dua hari ko dah berjalan ratakan? Dia mengerang sakit sampai doktor stop epidural sbb lebih dose pun tak elok.
Bising sangat nurse jap dia kasi tido... hahaha...
Third day dia dah bole makan... tapi doktor suruh start dengan makan makanan lembut. Knowing zamani dia mmg tak makan bubur nasi. Lagi makan hospital lagi la jangan harap nak makan. Dia kata tak nak! means dia tak nak. Puas pujuk. So again my cozen bro cakap belikan zamani mushroom sup ke apa. Makan dengan roti at least. MMg nak makan mmg tak bole sbb rusuk dia buangkan?
So belikan mushroom sup dan wipe potato semalam... habis dia makan... Syukur sangat.
Sepupu aku ajak aku tido umah dia. Since dia tak kerja. Tapi pukul 6 Zamani call aku... guess what... terpanjat akak! dia nak gi toilet... nak gosok gigi semua... hoyeiiii... secepat kilat papah dia ke toilet. Gosok gigi, lap badan dia... siapkan milo dan makan roti... dia bersuara rindukan amani iman. Minta ibu bawak amani iman ari ni umah jay sbb nak buat video call... gasak la... kalau dia naik ward, dia nak minta tolong sepupu aku bawak naik ward. 5 hari tak jumpa anak...
Dan dia cakap...
Nak macaroni sup! Selera tengah adakan? Terus call my cozen pagi2... nak pinjam dapur... hahah amani iman pun on the way ke umah busu din... heheh bole la suap dia sekali. Buget sedap je lakan? tak pa... janji hati aku gembira...
ok nak beli barang masak...
CidaZam bercerita lagi