Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, October 1, 2010

Happy Anniversary Ibu Ayah

STICKY NOTE! SCROLL FOR NEXT ENTRY... KALAU ADA YER....

Myspace Anniversary

Happy Anniversary to ibu dan ayah... yang ke 31 tahun. OMG this is the first year im wishing my parents. Keji tak? Tanya dan ambik tahu pasal anniversary mak apak sendiri pun tak pernah. My parents tak la loving couple. Pasangan yang biasa2 saja. Entah la, tak pernah ku nampak ibu or ayah wish ke, sambut ke. So kami adik beradik pun tak la kisah sangat. Tapi kot belakang kami diorg sambut senyap2, tak tahu lakan?

Aku tahu tarikh kawin ibu dengan ayah pun bila nak nikah, itu pun sbb jabatan agama islam require salinan sijil nikah ibu dan ayah sbb anak sulung perempuankan. Kejamkan?

Tapi sejak aku kawin dengan Zamani. Terasa la jugak bila mak dan abak sambut happy anniversary diorg. Anak2 pun siap wish. Aku?? heheh haremmmm...

Walaupun ibu dengan ayah tak baca blog aku tapi aku nak abadikan dalam blog aku ni... of coz aku call ibu dan ayah tuk wish...mesti dorg terkejut kan kan kan?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gambar lama ibu dan ayah nan ado... malas nak cari. Ini kek hari jadi ibu dan ayah bulan 2 ari tu. Ibu dan ayah 31 tahun yang lepas... ada cun dan hansem ke? So korang tahu la yer kenapa aku chantik... wakakaka.... pengsan!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gambar dengan ibu dan ayah di majlis sanding aku

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

To ibu and ayah... along dengan zamani nak ucapkan Happy anniversary... semoga ikatan ini berpanjangan sehingga ke akhirnya.

Blog yang buat aku tersenyum...

Dapat link ni dari Supermom...

OMG! Teruja aku baca blog ni... mmg aku pernah dengar kembar 3,4,5 dan kembar 12 pun aku pernah dengar. Itu pun dalam paper. Biasalah berita dalam paper, dokumentari bagai. Tapi macam fairy tail lak baca cerita seorg ibu yang ada anak kembar tiga.

Ok aku mmg nak anak, tapi kalau aku macammana agaknya yer? Tak menang tangan nak menjaga. Kasih sayang pun terbahagi tiga, tu tak termasuk ayahnya...zamanikan very d manja. Hahaha...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kenalkan kembar 3 yang bakal fofular... rasa bukan aku je yang bakal mengikuti blog mama kembar tiga ni... ramai lagi rasanya.

Tapi seyes la... best sangat baca entry mama kembar tiga ni. Kalau dapat macam ni mmg bonus la. Kecik2 mmg payah nak jaga... dah besar karang mmg senang. Macam suami aku, dia kembar empat... lariksss.... lagi hebatkan??? Tak leh nak berenggan langsung dengan adik2 dia.

Eh korang nak tahu, korang masuk sendiri blog mama ni... mmg happening la. Aku baca blog dia, aku terasa sama teruja tentang anak-anak dia... Dah la cute2 anak2 dia... all boys!!!

Yang buat aku tersenyum bila dia mention kalau sorang nangis, semua nangis. Parents ni yang buat diorg kelibut bila anak meragamkan? Sorang anak je dah tak tentu arah apatah lagi 3! Silap2 mama dan ayah si kembar tiga ni pun boleh join anak2 nangis.

To see mak cu and pak cu yang ada kembar 2 pun dah tunjukkan tanggungjawab tuk di pikul bukan sesuatu yang mudah ok. Apatah lagi 3 org? Kan?

Allah tu tahu tahap kekekuatan dan kelemahan setiap hambaNya. Kerana dia tahu mama dan ayah si kembar dapat menjaga dan melakukan tugas sebagai ibubapa yang sempurna. Relly admire. Tumb up la kat mama kembar 3 ni! Anak lelaki yang sama usia, she manage to keep house clean! Dan dia berkerja ok... sila tahu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Semua benda pun beli 3... menunjukkan kasih sayang yang sama rata



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Apa yang ku lihat semuanya 3!!! hahah lucky number la lepas ni nombor tu

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Yang ni paling best... sorang start nangis... 2 akan sambung... hahaha... seyes guys... gue tak dapat bayangkan kalau gue jadi mom to 3 twins... 3 kids ok la boleh beranggan lagi. Tapi kalau dapat satu pun dah besar rahmatkan? Doa ye uols...



Sekiranya ku masih punya harapan

Aku terpikir jugak...

Kenapa sampai sekarang rezeki ku tak ada... tiap2 kali bila peyed je, hati sebak... dan setiap kali tu la Zamani dok pujuk. Nasib baik hubby memahamikan? Tapi sampai bila pun.

Menjadi risau. Is something wrong with me? Kot-kot rahim ku bermasalah plak. Tapi cycle period mmg tepat. 28 hari tak lebih dan tak kurang. Cume sakit mcm nak mati tu terlampau2 still ada. Bayangkan...

Hari tu pun scan, doktor tak cakap apa-apa. Everything normal katanya. Why im worried? rasanya semua pasangan dah kawin nak anak kot. This matter telah menjadi MIL menjadi concern. Thanks mak... waktu kematian baby dalam kandungan aku tu, mak dengan abak menunaikan haji. So mak tak dpt nak monitor jaga aku. Bukan jaga apa la... at least apa pun she know. Dari awal aku mengandung, without miss mak akan follow aku medical check up. Aku tak kisah, for me Zamani tak ada teman pun ok, janji mak pergi. Sbb aku tak tahu nak tanya doktor apa. Aku bukan doktor. Time tu pun first time mengandung. Dari segi makan, minum semua mak monitor. Mmg jaga baik.

Sebab tu baby tak gerak, aku tak tahu. Lama terbiar 2 minggu. Aku ingat lagi the last baby gerak time nak hantar mak abak gi tabung haji. Pagi tu baby mmg tendang kuat. Aku rasa Zamani pun rasa, terus kami laki bini bangun bersiap ke Shah Alam. Since than terus tak rasa baby kicking, cume gerakkan macam bola melayang2 dalam perut.

Zamani cakap, may be Aryssa ikut mak abak gi ke umah Allah. Allahualam. Sbb she doing fine 2 weeks before mak and abak bertolak. Tapi korang jangan ingat lak aku salahkan sesiapa. May be takdir dah tertulis. Kebetulan je tukan?

Ok that not it. Mak macam biasa la... kalau org bukan keluarga dia tolong bersungguh2. Apa lagi kalau anak menantu. Mak tanya aku one day soalan yang aku tak pernah terpikir.

"Time urut lepas bersalin ari tu, kamu ada urut naikkan tempat peranakkan kamu tak?"

Diam... gigil jugak... aah ada... kot salah ke? Sbb akak yang urut aku tu sendiri cakap, kalau salah urut peranakan boleh cedera dan pecah. Takkan tu kot...

"Mak rasa dia naikkan tempat peranak ni atas sangat ni... tu yang sampai sekarang tak dapat"

Erkkkk macammana nak turunkan?!! takutttttt...

Mak cakap dia akan carikan tukang urut tuk betulkan kedudukan rahim. Dan tadi mak call aku waktu yang sesuai nak urut ialah hari ke 9 lepas peyed... ha gigih aku kira...kalau hari ni dah terlebih ari dah... sob sob... so next peyed la nampaknya... Yang tak best aku kira2 (sbb cycle peyed aku mmg tepat)... 9 hari lepas peyed jatuh hari Jumaat 22 oct 2010!!!

Ermmmm tertunda la nampaknya... sbb me and Zamani goin holiday. Semua dah ready! Mak bidannnnn jom la ikut saya bercuti nak???

Kita tak leh taksub. Semua ni kerja Allah. Bukan la aku kata aku percaya lepas2 urut terus mengandung. Kita iktiar. Lepas urut mak nasihatkan tuk dapatkan rawatan doktor. Ambik ubat kesuburan ke apa ke. Kun Fa Ya Kun... tak ada siapa boleh melawan kuasa Allah.

And aku nak ucapkan terima kasih sbb ramai yang concern dan kesiankan aku... dont wory cida tensi sekejapan je. Lepas dapat nasihat dari En Suami, i feel better.

Lagenda Budak Setan

Semalam gigih beli DVD Lagenda Budak Setan. Ari tu beli tapi tak leh nak view. So Zamani telah di paksa tuk tonton *Gelak Syaiton*

Tapi aku tak leh nak diam... dok admire dengan watak si Kasyah ni. Padahal nak ikutkan laki aku lagi lomentik. Saje je kan nak gedik...

Bila watak Kasyah pelok ayu... aku gedik tanya Zamani

"B kenapa you tak polok ai macam tu??" Jawapan Zamani

"I peluk you tiap2 ari tu apa??" Sajer je kan? Bengang sbb Zamani bz dengan Game FOOTBALL MANAGER DIA! ha ha ha

Bila watak Kasyah nangis... aku gedik lagi

"You tak pernah nangis tuk ai..." Hahah tipu lagi.... suami ai jiwa sensitip, takat mengalir air mata ni biasa sangat.... wahhhh velagak *kaber kaber* laki aku malas nak layan aku.

Bila Kasyah bagi cincin kat Ayu aku gedik lagi tanya

"You tak bagi cincin kat ai pun..."

Jawapan malas laki aku "Yang kat jari you tu apa??"

Than bila time Kasyah kenal 'suara ayu' , 'cara ayu jalan' dan ' bau si ayu' time ayu tukar wajah tu, aku cari pasal lagi...

"Tengok... ini la chinta! Dia tukar muke pun mamat ni boleh cam... rometik oooo... kalau i tukar muke rasa2 you kenal ai tak???"

Soalan aku memerlukan jawapan feeling habis ni... tetiba Zamani gelak tak hengat... korang tahu jawapan suami saya yang tak sesuai tu????? tahu????

"Senang aja... kalau u tukar muke mcm ayu ni, i tak yah nak tengok cara u jalan, minyak wangi apa you pakai. Cukup i kacau you... kalau tersentap tu ko la tu..."

Hei hina ok! Tersentap ni!!!

Erkkkk.... ok! ku rasa abang Zamani kenal bini dia lagu mana... hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails