Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, November 10, 2012

Something about amani iman

Budak amani ni banyak perangai dia. Dah besar ni seronok melayan. Mulut dia sangat la ringan bercakap. Ada word yang dah boleh faham sekarang ni...

Abak...

Nenenek...

Dia panggil aku MA... Kalau terdesak je terdengar sebutan ibu. Mostly maaaa....

Kalau tanya amani Nak makan ke, nak barang ke, kalau dia nak, dia ambik, tapi kalau dia tak nak dia geleng kepala dan isyarat tangan tak nak. Berlakon! Oh tak tahu la dia mewarisi siapa... [pandang adik sendiri]

Kalau rayyan pandai berlakon, aku syak gen mak ngah terlampau kuat. Hahaha. Genetik pun ada. Pengaruh drama pun ada.

Pantang dengar org puji cantik. Nama pun perempuan. Ya Allah sangat la gedik. Senang je kalau nak pakaikan dia baju ke apa2 aksesori kena puji melangit, kalau boleh puji sampai tembus langit ke 7.

Sometime dia macam burung kakak tua pun ada. kalau kita cakap sometime macam dengar Dia ulang ayat kita. But sekali je la. Aku suke berbual dengan dia. Banyak tanya soalan sbb nak dia jawab, walaupun kita tak faham. Sometime macam silly, tapi dia faham apa kita cakap. Dia juga faham apa yang kita sampaikan. Cume dia tak faham nak bercakap sbb lidah tu keras.

And aku mmg elakkan bercakap dengan dia dengan bahasa pelat. Macam bomm, chuchu, nenen ke, bobok ke, titon ke... Apa je la. Cakap bahasa biasa yang kita gune. Org lain i dont mind. Tapi kadang2 aku terlepas jugak. Hahaha.

Aku selalu tanya...

'Amani iman nak makan?' Selagi dia tak respond mmg aku tanya. Hahaha. Kadang2 dia jadi abak dia. Malas nak layan. Hahaha... Terasa biadap macam tukan. Jadi aku akan ulang banyak kali sampai dia respond. Tak kisah la apa pun jenis respond. Nangis ke, angguk ke, geleng ke. Kadang dia keluar bahasa jerman dia. Lantak... Buat2 faham layan.

Than satu lagi aku perasan dia suke bual sorg2. Pastu kang gelak sengsorang. Time tu aku masuk layan lakonan dia sama. Dia dah pandai main. Kalau ko bg mainan masak2 yg ada pinggan mangkuk tu, dia pandai gune alatan tuk minum dan makan. Its started bila dia dpt hadiah besday dia dr pak ngah nizam sekeluarga.


Bakul picnic tu. kalau dia dapat cawan, dia buat2 minum. Dan ada la kek, biskut dlm bakul tu, suprise tau dia buat2 makan, siap pura2 kunyah lagi. Hahaha. Aku terkejut jugak dia hulurkan kek mainan tu kat aku. So aku ambik satu, dia pegang satu. Tengok2 dia buat2 masuk mulut dan eksen kunyah dan ambik cawan pura2 minum air.

Hebat ko berlakon nakkkk... Nama pun perempuankan?

Than ari tu aku mc. Dia macam biasa main2. Tetibakan....

Pulak... Dalam main2 tetiba dua tiga kali tunduk macam merajuk. Hahaha...pasai apa? kalau kita tengok dia malu2. Terus gelak and peluk kita kuat2

Aku bagitahu MIL pasal ni. MIL aku suruh layan dia dan jangan biar dia main sendiri sbb takut satu masa dia create 'kawan' dan bila dia dah mula cipta kawan khayalan dia susah nanti. Dia akan cakap benda mengarut plak.

Glub... Scarykan? Ekceli tuk pengetahuan korang, my MIL bukan sahaja bekas guru tapi dia ambik jurusan sikologi kanak2. So sikit sebanyak bila dia cakap kesan2 ni, aku mmg ambik seyes sIkit. So aku bagitahu mak aku juga, sbb diakan jaga amani iman, kalau dia cakap sorang2, try main sama dengan dia, so taklah dia boring... Erk ke dah kena bagi dia adik ni? Wakakak tetiba!

Ko bagi je la dia apa2... Ha pandai la dia gune ikut citarasa dia.


Bagi dia moto/ basikal, dia bukan takat duduk je... Dia siap goyang handle kiri kanan konon bawak motor ar...


Ha seyes tak? Siap gune tangan tah tekan apa tah. Kalau aku bagi kunci, mau dia buat2 kunci motor.

Than sajer je bagi dia cermin mata dia. Tetiba jadi peah gosip...

Cubaan pakai spek sendiri.



















Risau gak tercucuk mata diakan... Tapi dah ko puji dia cantik, maka tahap confident dia mmg tinggi. Hahaha...












Amani...amani... Sampai mengigil2 tangan ibu snap gambar awak yang comei ni... Adoi laaaa














Than ko kasi dia handbeg, tq mak ngah azita, handbeg tu dia telah masukkan segala barang dia. Nak gelak pun ada. Pandai pulak tu galas beg macam handbeg.


Cubaan masukkan jam dalam beg


Dah perempuan tu perempuan jugak... Sok barang make up ibu habis jahanam. Nasib baik la ibu bukan kaki make up. Kalau tak? Habis semua ko nak trykan? So kalau aku bersiap ke mana2 mmg amani iman aku bagi abak dia or nenek suruh jaga. So dia tak berkesempatan tengok aku kalau bermake up ke apa. Tapi aku tahu one day dia akan belajar jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails