Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, April 14, 2011

Acct Asst

Ha! Pencarian pembantu akak kat opis ni...

At last my boss ambik keputusan tuk ambik account assistant tuk aku. Dia pun kesiankan aku kot MC memanjang, EL pun berpanjangan. Kesan mmg kerja terbengkalai...Thanks bos... dont worry will do the best for ur company.

Syok kerja sini. Bos jenis cool. Tak masuk hal org janji kerja dia siap! So untuk itu aku kena jalankan interview...

But bos requirement dia nak asst aku cina atau India. Sbb senang kang raya tak yah deparment ko tutup at least ada yang kaber. Cuti la ko panjang mana pun. Itu tak jadi masalah.

Terkulat2 call candidate... hahah yang kelakor one candidate ni tak kerja dah, so nak mai interview hari ni jugak. Guess what??? Aku tak ready. Apa aku nak tanya bebudak ni???

Idea??? malam ni ada org kena kerah siapkan soalan nak interview ni... aku teringat Ex bos aku kat Majlis Perbandaran Melaka dulu (practikal). Our big bos interview dia. Soalan yang dia sendiri confuse...

"Kau tahu macammana nak buat balance sheet?"

"Tahu encik..."

"Kau buat selalu balance tak?"

Hahahah time dia cakap tu aku pun gelak. Ada ke balance sheet yang tak balance??? Jawapan dia yang balance tu dapatkan dia jawatan penolong pengurus kewangan. Bila dia masuk kerja dia kata mmg balance sheet account situ tak balance. Nak pening kepala dia. Nak memandai adjust pun tak leh jugak. Last2 dia buat bagi balance. And what the purpose of Ketua Jabatan Kewangan??? Ermmmm....

Macam2 kan interview ni. Bos aku lak time interview aku dia tanya apa beza company SDN BHD and Enterprise... tak ada la susah mana... ermmm soalan yang aku nak tanya budak ni apa?

"U buat profit and loss selalu untung ke rugi??" Hahahah harus kokan???nampak kebodohan di situ... tapi ok jugak. Tengok dia jawab macammana. Sekali dia jawab

"I buat account tak pernah loss puan... selalu untung." Harus aku pindahkan dia kat bahagian marketingkan? dah bawak untung, ko bawak keuntungan tu tuk aku kira eh?

Ermmm tanya basic account je la... bukan payah pun kerja key in data je... biar aku monitor je. Heheh aci tak?
Perlu ke saya coret kat sini? Ermm tertiba mengimbau kenangan lalu.

Mengenai soal persahabatan. Entah tetiba dia muncul dalam kepala ni. Mungkin hati ini dah terlalu keras untuk di lembutkan? Atau sukar untuk memaafkan? Aku bukan wali... yang boleh menghukum kesalahan dan kesilapan org. Mungkin hati keras. Tapi sampai masanya akan lembut jua cume masa kot... entah.

Mungkin elok menjauhkan diri sbb aku tak nak sakitkan hati sesiapa lagi. Aku tak pernah anggap kewujudan seseorg tu sebagai menyusahkan tapi sebaliknya aku sendiri takut perangai aku yang menyusahkan org. So dengan itu aku lebih suke buat tak tahu.

Sampai saat aku mendengar dan tak mahu lagi bersuara.

Sampai bila pun aku takkan lupa jasa yang pernah dia tabur pada aku. Walaumcm mana buruk pun she is some one special yang pernah wujud dalam hidup aku satu ketika dulu. Susah senang aku, aku kongsi dengannya. Cume aku lupa... manusia tiada yang sempurna. Saat aku dan Zamani menghadapi saat genting, dia tak lupa hulurkan bantuan. And aku takkan lupa satu2nya jasa itu. Saat aku memerlukan teman. She there...dia teman menangis... dia juga teman ketawa satu ketika dahulu.

*senyum dalam tangisan

Sometime ppl might think i cant forgive mistake that she has done... mcm aku sempurna sangat. Tapi tak ada siapa yang tahu setiap kali dalam solatku, aku sentiasa doakan kebahagiannya walaupun hubungan kami rengang sekarang. Aku gembira bila dia menemui kebahagiannya sendiri. Ppl taking bad about her make me feel sad... tapi apa yang mampu aku buat selain mendengar. Terkilan? Mungkin .....sbb aku tak dapat menegur kesilapan dan kesalahnya. Kerana kami semakin jauh... mungkin itu jawapan Allah buat doaku...

"Jauhkan dia dari ku sekiranya dia menyakitiku... dan jauhkan aku terus darinya jika aku terus menyakitinya."

Aku sering tertanya kenapa dia muncul dalam hidupku sebagai seorg sahabat dan seorg yang aku anggap adik. Kenapa dia yang aku kenal sekarang tak seperti yang aku kenal dahulu? Tak pernah aku temui jawapan itu...

Indahnya rancangan mu Ya Allah ... Indahnya perjalanan yang kau ciptakan untuk hamba2Mu. Jodo dan pertemuan yang Kau rancangkan itu sesungguhnya tak dapat di duga oleh sesiapa. Dan kini Kau beri jawapan yang mampu buat ku tersenyum.

Sama seperti yang kau rancang buatku... tak pernah ku duga sepanjang hidupku. Ku terus tertanya. Terus mencari dan Alhamdulilla akhirnya kau berikan jawapan itu.

Kawan mmg senang kita cari untuk bersuka ria. Tapi kawan tuk menangis ni payah kita nak jumpa. Kalau dah jumpa tu hargai la sebaik mungkin. Im not good friend. Sampai apa yang berlaku antara aku dan dia tah buat aku riak, bongkak, sombong dengan apa yang terjadi. Sedangkan dia pernah menjadi sahabatku satu ketika dahulu. Kini aku menyesali segalanya?

Tidak...

Aku tak sesal dengan apa yang terjadi. Sbb apa yang berlaku telah di tentukan oleh Allah. There must be a reason kenapa dan mengapa benda2 ni berlaku. Tiada kesalahan yang aku nak maafkan, aku pun bukan baik sangat. Kalau di kaji balik mungkin aku lebih teruk dari dia. Mungkin aku lagi hina tuk di panggil kawan darinya. Dia ada kehidupan dia sendiri. Begitu juga aku.

Ikutkan banyak yang aku nak cerita padanya. Banyak yang aku nak mengadu padanya. Banyak jugak benda yang aku nak kongsi dengannya. Tapi setiap kali itu aku cekalkan diri. Cukup dengan apa yang berlaku. Cukuplah lukakan hatinya... cukuplah nak sakitkan ati sendiri.

Akukan juara Sentap???

Statement velagak

Kelmarin berbual dengan Zamani... oklah dua situasi...

Balik kerja aku terus naik bilik, baring... rutin incik suami apa lagi?? Meniarap mengadap PSP dia. Sabor je la... berapa bulan lagi mmg jangan la harap aku nak bagi ko pegang PSP tukan??Aku lak take over... wakakak

Than aku lelap mata... berat kepala ni...

"B picit kepala B..."

Reaksi yang lama... selalu cakap je tangan dah ada kat dahi... tengok dia tengah terlentang dan PICIT KEPALA SENDIRI....

What are you trying to do???

"You pun sakit kepala ke?"

"Ayang cakap 'B picit kepala B... tak sebut B picit kepala ayang' nak B picit kepala ayang ke??"

Yaahhhhhhh rasa nak buat smack down je...*Gaya The Rock smck down....*

"Loyar buruk!!!"

Second situatioan sewaktu dinner...tengok cerita Glitter yang Maria Carey belakon tu... hahah kan ada isu aku jumpa gambar Maria Carey kat album dia... siap tulis "My beloved Gurlfriend Maria Carey" Nasib baik la dia tulis nama maria carey tu kat album tukan? Kalau nama org lain mmg sentap ko!

Aku :- Eh your ex gurlfriend.

Zamani :- Aah...

Aku :- Kenapa you tinggalkan dia???

Tanya dalam nada perlilakan? Sekali dia belagak artis hollywood plak... muke seyes ni

Zamani :- Ermmm susah nak cakap... She to old for me. And dia macam tak...

Aku :- Dah dah dah....

Bila tengok jawapan buget artist A.K.A Brad Pit tu aku malas nak dengar... Padan muke akukan?

Zamani :- You kena dengar... i tinggalkan dia sbb dia tak sesuai dengan i... so i cari...

Aku :- So i kira perempuan bertuah la? bole lawan maria carey eh?

Zamani :- Ha! pandai pun... what to do... i hanya pilih perempuan yang layak jadi isteri i je.

Hahah... oklah. Pastu aku malas nak dengar dia sambung ayat yang tak habis artist tu... hahah sendiri start sendiri sentapkan??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails