Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, July 16, 2010

Adam....

Adam... banyak sangat gambar si kecik ni compare dengan adik dia... terkilan plak aku rasa... mcm pilih kasih... tapi kalau nak bandingkan realitynya, aku dan zamani banyak habis masa dukung Aqil... mmg sepanjang masa dengan Aqil, sbb Adam tak nak org yang di tak kenal sangat...

Aqil dia belasah je... mungkin sbb tu bila Adam aku atau Zamani dukung, kami cepat2 snap gambar... akhirnya gambar adam banyak... sob sob... raya nanti Kak cida janji will snap pic Aqil banyak2...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Me and Adam... dia tengah leka main penyangkut tu... kalau dia tahu aku bukan mumy or bibik dia... tercari2 jugak la...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Comei...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nangis??? kita sumbat susu... wakakak...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sama jugak yang di buat dengan abang Zamani kamu yer...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Adam lagi

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan lagi... ohhh sungguh comei kamu Adam...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan kamu juga Aqil.... si mata bulatssss.... i like! Aqil jadi teruja dengan air tu... try nak sedut tapi mana2 je straw tu masuk... mata... hidung... mummy jerit2...

Kisah tuk di kongsi bersama

Al- fatihah buat insan kecil ini...




Terlebih dahulu aku mohon maaf dari ibu ayah si kecil ini sbb aku tak minta kebenaran tuk mengambil gambar si kecil ini...


Semenjak Neena linkkan videonya, hati aku menjadi sayu... akukan emosi selalu lebih2... dulu aku sering mempersoalkan kenapa nasib aku tak sebaik org lain... tanpa aku sedar di luar sana ada lagi insan yang lebih derita dari aku... apa la sangat apa yang aku lalui juka di bandingkan ibu2 yang kehilangan anak yang mereka jaga, dan mereka melihat anak2 ini membesar di hadapan mata...


Tabahnya mereka... mereka masih mampu tersenyum...sedangkan aku yang membaca ni, air mata tak henti menitis... setiap isi entrynya sungguh bermakna... dan sangat menyentuh hati aku...


Ari ini aku baca entry Ibu Alanna


Sungguh sedih hati ini membacanya... dan berkali2 ku baca petikan ini...


“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“


Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.


“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.


“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.


“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.


“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan:


Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.


“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.


“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.


”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.


“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.


“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.


“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:


”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)


___________________________________________________________________


Itu la janji Allah... indahnya saat itu... adakah aku dan Zamani golongan yang tidak layak ke Syurga maka Allah kurniakan saham untuk kami?


Dan Allah temukan aku dengan ibu2 yang tabah ini untuk aku belajar erti syukur, dekatkan diri padaNya kerana apa yang aku lalui dugaan kecil tak sehebat mereka yang menerima dugaan yang hebat. Namum mereka mampu mengukir senyum, mereka mampu menjalani semua walaupun perit... dengan syukur...


Allah hanya beri aku kenikmatan tuk merasai kehadiran si kecil itu...

Buat Puan Ayu... Takziah dari kami suami isteri... saya faham perasaan Puan dan suami... Al -Fatihah juga buat si kecil, semoga dia di tempatkan di Jannah... (actually dia mmg pastinya di sana bersama insan yang seusia dia,walaupun mereka tak memerlukan doa kita tuk ke Syurga) Tapi sebagai ibu dan ayah, kita perlu sentiada ingat akan kehadirannya... kalau kita lupakan dia, masakan kita layak bertemu dengannya? Dan bagaimana dia nak tarik kita hidup bersamanya di sana? Ini pendapat aku je la... maafkan aku kalau aku macam pandai berbicara... pandai sangat la nak bagi pendapat...

Al- Fatihah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails