Hari ni nak tersenyum panjang sikit...
Tak tahu kenapa tapi ai bukan gila. Ekceli kalau korang nak tahu akhir2 ni aku selalu rasa tak sedap ati. Sbb apa???
Apa lagi kalau bukan pasal anak. Lepas mengandung dulu nan ado berita apa-apa. Usaha gigih ni tapi bila 'datang bulan' ku rasa something wrong some where. Apa kena??? Thank to MIL... banyak sangat membantu aku. Aku syukur sangat dapat mak mertua yang sangat memahami dan banyak membantu. Dari aku mengandung dulu, gugur, than sampai sekarang. Aku bersyukur sbb mak mertua aku banyak main peranan. Kalau aku dapat mak mertua yang lain ermmm silap2 di cop macam2kan?
Sampai doktor pun kefelikkan ingat aku datang dengan mak sendiri tapi bila kenalkan diri sebagai mak mertua, semua kagum.
Korang nak kata ini entry bodeks silakan. Aku nak luahkan apa yang aku rasa di sini sbb aku tak pandai nak cakap depan2. Tak percaya tanyalah mak mertua aku in person. Wakaka ada menantu hantu dia ni ucap terima kasih, bagi bunga, masak tuk dia ke sebagai terima kasih. Nan ado. Datang habiskan boreh dia ada la.
Walaupun ramai yang mencebek. Perlu ke bawak mak mertua? Bagiku tak rugi. Sbb kita baru kalau nak compare dia yang beranak sampai 5 org. Jadi kalau info tu kadang2 tak sesuai mak banyak bagi aku rujukkan. So tak rugi aku rasa. Tuk kesihatan diri sendiri. Kadang2 tak faham kalau ada yang merunggut itu ini. Mak mertua, masuk campur tolak bahagi. Kalau tuk kebaikan apa salahnyakan? Yang lalui saat2 pahit tu faham la. Tapi takkan dah jadi baru nak ambik iktibarkan? Pikirkan sendiri ok! Tepuk dada tanya selera. Heheh aku selalu cakap kat Zamani, yer la kadang2 takut menyusahkan. But seem Zamani know her mother well.
Apa juga cadangan mak, aku tak pernah tolak. Biarpun sometime treament tu tak kena dengan antibodi aku, but still try. Alhamdulilla urutan traditional yang aku buat tiga bulan ni menunjukkan perubahan sewaktu datang peyed. Korang tahu la kalau peyed pain, aku terguling2 sampai nangis2. Kadang2 memerlukan aku gi klinik ambik suntikan tahan sakit. Tapi kesan dari urut tu, perhhhh tak sakit you all. Aku boleh lagi berjalan2 ke sana sini. Tipu la kalau langsung tak ada sakit. Tapi tak la sesakit sangat. Relex la kali ni kalau peyed. Cume still ambik synflex sbb aku nak tido lena selena2nya. Tak nak rasa sakit sikit pun. Kui kui kui. Sbb ku takut tak cukup tido gi kerja.
Than aku pernah cek doktor jugak. Doktor tu cakap aku normal. Nothing to worry sbb aku pernah mengandung. And yesterday jumpa pakar terus. Jawapan yang sama. Tak ada apa yang perlu di risaukan...kecuali????
STRESS....
Hahaha...ke semua klinik aku gi, sama je jawapan. Puan stress. Kena kawal stress tu... bla bla bla. And suprise doktor tak bekalkan aku ubat subur pun walaupun ubat tu aku nantikan. Lalalala... nak buat mcm mana??? aku bukan doktor. Dah doktor kata tak perlu tak perlula. Cume semalam doktor suruh kurangkan makanan fast food, makanan ringan, minum banyak jus. Dan satu lagi kurangkan stress.
Nak kurang stress kena banyak holiday. Tapi bak kata my best friend Puan AB A.k.A Siti nurbaya.
"Aku takut Zamani yang esok stress" hhehehe....
Doktor hanya bekalkan aku vitamin sahaja. Dan suruh aku control semua pemakanan, kawalan perasaan. Uhuhu..insya Allah semua ok.
Dengar benda tu aku rasa tenang. Oklah kalau aku tak ada apa-apa masalah. Aku risau penyakit lain datang. Mungkin Allah belum mengizinkan. Itu sebenarnya. Enjoy being two. Ha ha ha.. kasi manja2 dengan suami dulu. Now apa aku nak semua Zamani turutkan. Cume belum masanyakan? Sabar...
Nasib baik semalam mak ikut. So mak banyak tanya doktor. Kalau harapkan aku dengan Zamani, kami dua senyum kambing je la dalam bilik doktor tu. Doktor tu siap lukis2 lagi... haram aku tak faham.
Ubat pun doktor bagi hanya vitamin. Dan semangat makan ubat ikut time buat masa ni. Dan kesan satu vitamin tu buat aku pening dan mual2. Idoklah secepat itu kesannya...cume mmg nak sesuaikan dengan antibodi badan itu la kesan. Buang buang air. Hahah lawak. Tapi sbb nak pulihkan diri. Makan je la.
Sbb tu kalau korang tengok kat facebook wall tengok Zamani banyak tulis benda2 bunga2 kat bini dia sbb dia nak hiburkan ati bini dia yang banyak STRESS! wakaka. Everyday pun dia peluk cume bila dengar doktor cakap tu dia 'tambah' sikit action2 yang sepatutnya. Dengar lagu dalam kereta pun bukan takat nanyi, siap dengan gaya oooo... hahah
See sayang dia kat bini dia yer. Mak pun selalu tegur kalau tempreture aku naik. Heheh. Thanks mak... tenangkan jiwa, rehatkan minda. Now Incik Rusli dah pencen tiap pagi anto anak KESAYANGAN (Saje bikin ati org tu panasss) gi kerja. Salah satu jugak buat aku ilang stress. Hehehe
Everyone love me kan??? So hargailah mereka cida oiiiii....