Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Di sebalik nama

Aku tidak pernah menatap wajahnya...

Aku tidak pernah menyentuhnya...

Tapi Aryssa pernah wujud dalam diri ini satu ketika dahulu... kami hanya berinteraksi seketika... di mana dia adalah sebahagian dalam hidup ku satu ketika dahulu...

Dia adalah sumber 'kekuatan/ keazaman' kami... maka kami memilih nama Arysa (kekuatan/keazaman) untuk si kecil bila dia di lahirkan nanti...Tambahan pula awalan nama En Suami bermula dengan 'A' dan aku bermula dengan 'R', maka kami inginkan anak2 kami bermula dengan "AR"

Semua ibu dan ayah di dunia ini mengarapkan anak yang bakal di lahirkan itu memiliki sifat sempurna, cantik  dan comel... maka ku pilih akhiran nama 'kekuatan' itu dengan panggilan Zulaika (cantik).

Aryssa Zulaika (kekuatan yang cantik) buat kami berdua...Kami benar2 bahagia dengan kehadirannya.... tapi kasih sayang kami tidak setanding kasih sayang Allah padanya...dia bertemu semula dengan penciptanya...

Maka kami abadikan namanya sebagai Aryssa Dania Zulaikha.... 'Kekuatan/keazaman yang hampir (Dania) cantik...'

Mungkin kalian semua tertanya... kenapa panjang sangat nama buat si kecil sedangkan dia belum lahir melihat dunia...Adakah kerana aku maukan nama yang glamor? Atau mungkinkah aku seorg ibu yang lorat nak letak nama anak yang berusia 6 bulan dlm kandungan sepanjang itu? Itulah makna di sebalik nama itu... dia adalah kekuatan/ keazaman kami yang hampir cantik...

Ku tahu satu hari nanti kami akan bertemu jua dengannya...insya Allah...


XoXoXoXoXo



Amani puteri yang kami nantikan... setelah kehilangan Aryssa hidup kami mmg terasa kosong. Bagi ku kehidupan ini sunyi walaupun dalam gembira.

Amani memberi erti ketenangan. Dengan harapan anak ku ini memberi ketenangan buat ku dah suami.

Iman pula memberi erti Keimanan. Semoga anak ku sentiasa menjadi insan yang soleha dan beriman. Kandungan ku kali ini cukup menguji keimanan dan kesabaran. Dari mula mengandung sehingga ke akhirnya. Sentiasa berharap agar di beri Ketenangan ke atas Iman kami.

Zulaikha
adalah cantik. Maka aku dan Zamani berharap agar ketenagan dan iman kami sentiasa dalam keadaan yang cantik dan terpelihara hendaknya. Semoga nama ini membawa perwatakan yang baik buat anak kami....

Amani Iman Zulaikha....


XoXoXoXoXoXoXo

Di sebalik nama Ammar Yusuf



Ammar yusuf, pemilihan nama Ammar di sebabkan teradmire kisah Ahmad Ammar yang mati syahid di tanah arab... time tu mengandungkan si Ammar.

Ammar yang bermaksud "Iman yang Kuat"

Yusuf di pilih atas dua sebab... kerana anak perempuan kami, kami memilih Zulaikha yang bermakna cantik... jadi untuk itu kami memilih nama anak lelaki Yusuf. Yang semua tahu lelaki yang cantik bukan sahaja rupa malah budi pekerti. Seperti Nabi Yusuf

Jadi gabungan Ammar Yusuf dengan harapan Ammar akan di perolehi iman yang kuat seindah namanya. Dan Yusuf nama di belakang di harap bukan sahaja cantik/hansem  pada rupa tapi pada ahlak dan perangainya.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails