Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, January 20, 2016

Ujian saringan pendengaran

Salam...

Seminggu dah berpantang. Aiman kuning lagi. Esok baru pergi lagi. Harap2 turun. Semua aktiviti kesihatan badan di tunda. Sbb takut kuning meningkat.

Hari ni plak ada appoiment untuk ujian saringan pendengaran. Memusing cari pusat bersalin risiko rendah.



Sampai je kena register. Baru ku tahu kat Malaysia ada hosp under goverment yg di buka macam konsep lahir kat rumah. Puas mencari rupanya pusat tu mmg kawasan appartment. Tp rumah2 mcm ward. Dah macam rumah kebajikan pun ada. Yer la beza in mind keadaan hosp. Selesa jugak la kan

Rupanya situ mmg tuk mak2 yg tak ada masalah. Kira tak ada ubat tahan sakit di perlukan dan harga RM 15 je. Pastu lepas bersalin ko bole balik. Wahhhh... kalau abang zamani tahu pasti dia gembira. Hahah tetiba.

Sampai nak dekat 12 tengahari. Sbb memusing cari tempat.



Depan register counter tu ada play ground. Amani dengan ammar nampak dah tentu tak nak ikut. So aku dan mak aku terus ke tingkat 2 tempat ujian di jalankan.





Kat sini kawalan ketat. Mak cik guard ni tak peramah langsung. Cara dia layan kitaorg macam kitaorg buat salah plak.



Naik je satu 'rumah' yg agak kecik. Ramai plak org. Semua mak mak yg baru lepas bersalin. Macam aku jugak la. Tunggu turn masing2. Suspen je macammana ujian nak di jalankan. Aku risau sbb aiman kalau tido bising macammana pun dia wat dekkk je. Tak effect apa2 pun. Abang nangis nak gegar gegendang telinga pun dia ok je tido.



Bilik procedure di jalankan. Dulu time ammar, sblm discharge dah siap2 buat kat hosp. Kali ni menyusahkan org kena wat plak tempat lain. Sian mak mak yg lepas bersalin expecially lepas cser. Kira aku hari ke 8 ok la. Ada yg semalam discharge hosp dan datang bawak anak check telinga. Yer la kot yer nak bagi mak tu jalan banyak..aku tadi dah mengigil mabuk dah tau. Mana dengan askar2 lasak.



Nenek posing dengan aiman. Sian nenek bukan kuat sangat. Berganti2 kitaorg bawak aiman. Diakan semangat. Senak perut aku. Mak aku plak tangan tak kuat. Rasa kebas cepat2 tukar tangan.

Ujian tu Alhamdulillah lulus. Teruja mak tp malu nak snap gambar. Ingat diorg nak hentak pukul gendang bagi baby bangun. Hahah rupanya diorg scan dr luar kat tepi telinga. Lebih kurang macam gambar di bawah



Yes... macam tu. Lepas tu kat komputer akan tunjuk geraf tuk mencapai tahap lulus. Agak susah sbb si aiman tak duduk diam. Kena menyusu. Bila menyusu kuat sangat pun susah nak detect. Tp diakan tido kalau menyusu badan. So senang la sikit. Tp bila telinga kanan di periksa, aku jadi risau sbb geraf menurun. Alamak..... tapi lepas tu naik ke paras lulus. So Alhamdulilla pendengaran aiman baik.

Turun je tengok anak2 nak pengsan. Kepenatan diorg main. Dengan amani seliper ilang. Ammar plak nak susu.



Ko tengok... hahah anak aku ke ni? Dtg kat aku cakap seliper ilang. Puas cari seluruh taman tak jumpa. Hahaha. Keras tempat ni. Kah kah kah



Aiman selamat tido. Ammar kepenatan.



Terus tertido... sementara tunggu atuk gi solat zohor. Mencabar betul ari ni. Baik2 aku rasa nak sihat terus rasa lemah dan sakit. Sampai umah benda yg aku cari ialah ubat tahan sakit ku!!!

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails