Tapi tekak ni cepat rasa busan. Balik2 menu yang sama.Kalau kat umah nak masak pun berpikir. Kat luar yang dok order ni pun otak jam tepu tak tahu nak makan apa. Tapi mengajar aku sesuatu Ramadhan yang lepas ni. Apa salahnya rajin2 kan tangan masak di rumah. Jimat pun jimat.
Aku culculate. Sehari perbelanjaan makan kat luar mau dekat RM 20 Sorang yer. Kalau berdua dah berapa?
Macam aku, sarapan je dah ambik RM 3 paling murah. Lunch pulak paling murah RM7 dah RM 10. Dinner kalau dengan Zamani kat tempat murah gerai, boleh la dua org RM 12 paling mahal, kalau tekak nak makan mahal kadang2 mencecah RM 20++ . Kira la. Itu tak masuk Zamani punya belanja makan kat opis. Area petaling jaya mau tengahari silap2 RM 15 dengan pencuci mult dia (rokok) ha! kira sendiri la.
Aku ni bukan la kaya mana. Bila hujung minggu nak belanja tengok duit dalam dompet aik macammana leh habis ni??! Tu sbbnya jarang kuar tengok wayang dah sekarang ni! lariksssss
Walaupun aku tak gheti sangat masak. Tapi tuk isi perut yang lapar tu kira boleh la. Struggle sikit la google resepi, tanya org itu ini nak masak. Malu??? Malu juga. Tapi tebalkan gegendang telinga je la org nak kata kita bodo ke apa. Balasan tak nak belajar time bujang dulu.
Percaya tak aku jenis sayur pun fail! Wakaka. Gelak over lak korang ni!!! kalau beli sayur aku buat2 tanya...
"Bang sayur bayam ada?" Dia tunjuk,kalau tak sure, purak2 lagi...
"Mana? Abang bagi saya serenget dua" Hahah bule? eh ni bukan cerita bohong ok! Korang gelak la, aku rasa ramai jugak yang gitu. Kan kan kan? Lagi la zaman perempuan kerjaya ni. Ke aku je? Wakakak. *garu kepala*
Bagi aku susah nak bezakan sbb semua ijau. wakakak pang sekali!
Zamani kureng makan ikan. So payah sungguh2 nak pilih ikan. Salah beli kang dia tak nak makan payah plak. Dah la umah tu kami berdua je. Since aku kawin dengan dia, aku pun kureng makan ikan tau. Cit! Dok ulang makan ayam, daging, udang. Itu je la
Ehhhhh panjang la aku menceceh!
So senin tu balik kerja terus ke Tesco. Beli barang2 dan binatang2 yang boleh di buat masak. Since kuah kacang mak mertua aku banyak balen open house ari tu. Konon ingat nak buat pecal ... fav Zamani. Senang je nak buat. Yang payah kuah kacang tu. Lempang muke aku laju2 kalau nak celur sayur2 tu pun kata susah. Yang best aku tak tahu kangkung ghupa macammana. Wakaka... adoi la hai. Sian tul anak Cik Tipah ni. Blur tak sudah. Nasib baik aku ingat batang kangkung macammana. Siap telek satu2 sayur. Padan muke aku! tetiba confuse! Whyyyy all vegi green color??!!!
Tapi saya berjaya ok... ikut naluri hati sbb tengok batang kangkung beza sikit. Uhuhuhu. Sekali lagi menyesal tak ikut mak atau ibu gi pasar. Belajar jenis sayur. Ni tak balik2 kobis, balik2 petola. Tu dua je la aku tahu. Itu pun mengendap mak mertua aku masak sup petola tu. Hahah keji kan? Yang kangkung plak aku boleh cam lepas masak. Kalau fresh2 ni mmg tak tahu.
Aku tak malu nak cerita. Tak yah jadi hipopotamus la nak sorok yang saya seorg perfect! Kan? so korang jangan jadi macam aku. Aku belajar pun esok2 anak aku kalau gi market dengan aku tanya ini apa ibu, idoklah ibunya garu2 kepala. Kan kan kan?
Kalau beli bahan kat pasar raya tak la susah sbb ada label. Ikan semua ada tag nama. Jadi tak payah la susah mcm org gila nak cari ke apa. Mak pun ada ajar nak cari ikan macammana, udang macammana. Cume nak cari udang yang sedar tu tak dpt la. Ambik je apa yang ada.
Agak terkujat bila aku beli daging sekilo RM 24 henget!!! Ari tu beli kat pasar malam rasanya sekilo baru RM 11... naik berganda2. Jadi tak puas ati. Rupanya tanya mak, mak kata biasa kalau mahal daging batang pinang. Senang nak potong lembut nak masak. Ternyata betul u olz! Pisau ku yang tak berapa tajam tu senang je potong isi daging ni. Potong siap2 so senang main campak2 je dalam kuali (iyo iyo jekan???)
Udang yang ku beli ini je yang terbaik... hahaha... bole la kot nak masak nasi goreng ke bihun goreng ke. Buat rencah. Tak pun buat sambal sedap gak!
Oh udang bau sangat tak sedap. Tak tahu la dah berapa lama punya udang. Terpikir nak letak sabun cuci pinggan pun ada. Wakaka. Bersihkan muncung dan muntut dia yang tajam tu. Dah tu masuk plastik.
Ayam sekor. Ha apa yang puteh2 tu? Bau ayam pun boleh tahan busuk. Nak elakkan hanyir mak kata basuh dengan tepung gandum. Korang nak simpan ayam tu sebelah korang time tido pun bole. Hahaha. Try la. Mmg pun kurang sikit bau hanyir dia. jangan plak perap. Cuci je. Beli la jenama tepung gandum yang memurah khas tuk cuci ayam. So done! Simpan kalau nak masak baru ambik.
Dan ketam. Niat hati mmg nak makan ketam lama betul. Tapi satu tak tahu nak masak apa. Dua nak siang tu mmg tak tahu. Org kata paling senang. Tapi aku kalau tak nampak org buat depan mata, tak ada la nak tahu ikut arahan gitu2.Yang best berkali2 aku ulang alik situ. Nak beli ke tak... nak beli ke tak... Angkat 3 ekor. Bagi adik yang siang ikan tu...
"Dik tolong potong bole? Potong dua... senang sikit. Susah nak potong, akak bukan kuat sangat."
Drama Drama! wakakak padahal tak tahu. Nasib baik bole ok. Sekali hayun je. Ha biasalah dia pakai pisau besar... wakak alasan terbaek!
Semua barang aku beli hanya RM 99.70. Itu tuk seminggu. Silap2 dua minggu. Sbb aku kedekut satu ari satu lauk je. Pastu buat la sambal ke. Goreng telur ke tuk hidangan sampingan.
Tapi since puasa tu baru ku tahu Zamani ni tak la leceh sangat makan. Sambal belacan dengan ulam2 pun dah ok dah. Senang je kan? Takkan itu pun payah kita nak hidang tuk suami kita? Kalau dia jenis makan steak bagai ni, harus la aku melalak. Sila hentak kepala kat dinding sbb memperisterikan saya. Uhuk! Tapi kalau itu dah fav dia, nak tak nak kena la buat jugakkan?
Cume next time nak minta tolong MIL belikan cili padi sbb mmg jenis tak pedas walaupun tulis cili padi kampung. Erm tengoklah bila stok dah habis. Buat masa ni stok ada lagi. Kasi habis dulu.