Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, November 25, 2010

Yayan Tentaji

Konishiwaaaaa

Dulu aku ingat lagi time fidah mengandung, sibuk pilih nama anak... Pilihan Rayyan Kenhaizi B Shaiful Kenhaizi (sumpah sampai sekarang aku fail nak spell nama betul the KenhaiziS)...cukup nama mat salleh la... veranggan sat.

Bila post nama Rayyan semua cakap mana mix... mak apak hidung kembang kuncup... bila tengok life tak ubah macam Puff daday... oh maksud aku kulit mereka...hahaha larikssss! ha hina aku gemuk lagi...hambik! Eh bukan aku kata... Rayyan tengok Puff daday dia sendiri panggil "eh Papa" lawak la ko Rayyan...

Ni buat Zamani bakal mengajar anak dia, Brat pit is him... tak pa la melentur buluh dari rebung org kata... ngeh ngeh ngeh...

Tapi sejak Rayyan dah pandai cakap. YA Allah mulut dia mak aiiii macam bertih jagung ok! Cakap bahasa jerman hanya mak apak dia je faham... ha! anak korang ada cakap Jerman???aku tercengang2... tapi best dia marah plak sbb tak faham bahasa dia... apakah?

Yang best bila dia ubah nama dia sendiri...

"What is ur name?"

"Yayan Tentaji..." Hahah lawak... punya nak sound mat Salleh, terus tukar Jepang! Haik!

Fidah every day report duty pasal anak dia. Dan buat aku selalu rindu dia. What to do, jarang jumpa dia. Sebulan sekali belum tentu jumpa. PAgi tadi plak new story...mak dia call aku kul 8 pagi... haiz... kot nak gosip pun selalukan petang2 sikit...

Fidah :- Anak aku ada lagu baru...

Me :- Lagu apa?

Fidah :- Every day nanyi lagu 'ukul abu ukul abu'

Me :- Ha? Lagu apa tu??

Fidah belum cerita sudah gelak...

Fidah :- Ha! aku pun tak tahu... tapi sekarang dia tak suke tengok Baney dah...dia suke tengok video kawin aku. Dok ulang banyak kali

Ada jugak kegunaan video kawin tukan? Hahah org lain bosan nak tengok, anak sendiri tengok.

Fidah :- Dia siap puji 'mama antik' (Alaaa tu ayat tambahan si mama je...larikssss). Dia mmg dok sebut 'ukul tabu...ukul tabu' sekali satu part dia follow nanyi... rupanya lagu pengantin pukul la tabu, pukul la tabu... siap ten ten ten belakang tu...

Tabu eh??? haha belasah kalau salah, im sorry...

Cutekan??? geram je tengok... Ini adalah antara gambar yang Fidah MMS aku



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan geli hati pakai topi ni... mak dia beli satu set 'bertukang' boleh dia mengadap cermin tengok... geram sungguh

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pandai posing...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bersama kung kung... pandai2 panggil atuk dia kung kung...so far mmg kekal. Ajar panggil atuk dia pandai2 tambah kung kung. Ayah pulak semakin lama semakin rindu the only cucu. Kalau pasal rayyan sanggup buat apa je.
Dia mmg rapat dengan ayah... kalau jumpa je, siap peluk cium...kalau dengan aku dengan ibu dia buat musuh..hahaha... tapi nak makan, nak susu pandai cari nenek pandai cari mak long...
Tomei Tayyan... sayang Tayyan...

Harry potter

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sebagai seorg peminat Siri Harry Potter haruslah aku adalah antara peminat yang menunggu ceritanya.

Kalau di bandingkan cerita dengan movie, of coz la aku prefer buku... filem banyak potong. Baca book macam berhantu! Ko nak tahu apa yang terjadi lepas tu. So buat anda gila baca tak henti. Sakit tangan berminggu2 bawak buku tebal macam yellow pages tu. Lebih berat dr tuh ok.

Selalu tonton dengan sepupu kesayangan aku si Jay... tiap2 kali Harry potter di tayangkan dia cuti kat Malaysia. Mungkin ada one or two episod yang aku tengok dengan kawan2... Tapi last year dah tonton dengan Zamani dah... paksaan

Tahun ni nak tengok mid nite opening tapi keadaan tak mengizinkan. Laki ai masuk kerja kul 5 pagi... ko nak suruh mata dia jadi 'Voldemort' yang kecik tu??? tak pa tak mo... aikan isteri yang prihatin. Chewahhh

Sabtu tak keruan, ajak jugak tengok... Zamani bagi alasan. Biasalah akak buat muke sentap je. Dia cakap malam gi tengok... yeah yeah mid nite... show kat Almanda.

Semangat Harry punya pasal... maka kul 10 malam tu aku gi kaunter. Tengok online wayang bukak 2 cinema. So tak ada hal la... tapi malam tu aku rasa satu Putrajaya kot gi tengok... puaka... nak nangis ok... chewah poyokan...

Diaorg suruh tunggu setengah jam sblm wayang mula. Kot ada nasib. Tak kisah gue tunggu... sampai kul 11 malam kaunter bukak balik...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Uncollected seat ada 68... ada peluang. Paksa Zamani beratur seawal kul 1030...hahah. Muke suami ku tention. Siapa suruh janji dengan bini? Kan bini dah tuntut janji...uhuhu...
Tapi best sbb awal pun saat akhir beli tapi tak la dapat seat depan sangat... and yang sadis no couple seat. Sempit2 macam ikan sardin. Tapi ada aku kesah? Janji tontonkan? Nak lentok2 macam sotong tu tak dapat lakan? So sedia beku sorang2...hahahah...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Hoyeh!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Muke tention...tak pa i lap you la baby! Ku tahu di kau sanggup buat apa sahaja tuk ku. Kan kan kan *harus la puji sikit*

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Yeh saya dapat tonton... anda bila lagi? Syok tak sabar nak tengok part II... ramai yang lindung Harry potter banyak yang mati kali ni... sob sob tu yang sadis. Tapi dlm movie tak ada plak tunjuk. Kesan bacaan dan tonton adalah sangat berbeza... apa pun movie kali ni best... Percaya la!

Entry dua dalam satu

First mau citer pasal tudung... dua tudung yang ku beli... ekceli satu je...satu lagi my mother in law sponser... me and che ta. uhuhu... mak mertua ku tahu menantu perempaun dia (menantu lelaki belum lagi...) berlumba2 kalau bab tudung ni... Hahah lawakkan?

Tak lawak??? gelak cepat!

Me, che ta and ijat... mmg berlumba2 kalau ada tudung di pasaran. Macam biasa Ijat la akan terai, yang mengekor akak2 dia ni... so ari tu gi uptown dengan che ta... ku sebat dua shawl... tapi yang ini di pilih oleh kak Aisyah kita... cantik tak?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yer saya tak sechantik dulu... dah tak lawa... segalanya nak mengembang... Hampeh tul...

Kejadian kat uptown, tengah memilih rambang mata... tetiba si kecik ni tunjukkan sehelai shwal

Aisyah :- Mak long yang ini cantik...

Ok aku rasa mmg berkenan di mata... Aisyah happy lakan, mak long beli tudung yang dia sugest. Bagus betul budak ni...

Dah bayar semua... than dia pimpin tangan aku dia cakap

Aisyah :- Macam baju raya Aisyahkan mak long...

Erkkkk mmg sama...aku sendiri tak perasan... sila lihat gambar di bawah...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

:: Aisyah panggil baju kurung baju raya ::

Tapi aku suke... walaupun Zamani ejek2 aku, kang sama dengan Aisyah. Aku tak kisah. Aku hargai walaupun dia hanya sekadar pilih sahaja. Not bad la citarasa budak ni...mak long suke.

Dan satu lagi, agak terkujat bila mak belikan me and che ta tudung yang ala ala arabic. Tapi che ta panggil tudung tanglung... hahaha... cretip! I like!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaa...sila tengok tanglung je yer... abaikan perut aku yang muncit tu... ate baju berapa lapis? Seluar jean plak tu...mmg la nampak bahagian tu overkan? *Ayat Kaber, ketahuilah* aku pakai kat opis semua ini la yang bos aku tegur tudung ku feliks. Aku tak gheti pakai. Pernah nampak org pakai yang 'tanglung' tu macam tergantung kat tepi telinga/ bahu... Mak lak cakap pintal2 kan antara dua tu... tapi tak try lagi. See mak ajar anak pakai tudung moden ok.

Sampai ari tu pakai gi putrajaya, ibu pelik tengok tudung aku dia kata aku creatip buat alas meja tudung...wakakak adakah satu hinaan?? atau pujian? Bila bagitahu dia, dia cakap chantik... tudung yer... kang korang kata aku perasan plak.

Nenek aku siap puji my MIL sporting. Macam Zamani dia tak kisah tudung tu panjang ke pendek. Tutup dada tak tutup dada. Janji kepala ko tutup, dada pun jangan la over sangat kasi org nampakkan? Dia ok... ko gila dia nak tegur akak? Kan tersentap kang macammana??? Heheh tak ada maknanya...paling tak aku minta tudung atau baju baru je... miaowwww....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Satu lagi... tengokla muke aku yang tak semegah ini... kan aku bagitahu korang yang aku sangat sangat sangat berkira pasal kulit muke aku. Aku tak heran kalau Zamani tak belikan aku make up tapi aku heran kalau dia tak nak sponser skin care tuk aku...macammana nak make up kalau structure kulit aku hampeh!

Ini ayat nak pujuk laki secara indirect namanya.

Kan dua tiga bulan lepas aku beli Bio- Essen tukan? Sangat tak sesuai la... aku rasa cream tu tak sesuai dengan kulit muke aku... sob sob yang double action tu... tengok gambar kat atas tu. Nampakkan jerawat? Dan jeragat mula menjalar di seluruh pipi ku...oh tidak! Kalau dalam gambar sudah kelihatan means not gud. Nak alih pada product Malaysia. Macam felisa cosmatik, Shadira...

Memula aku ada pakai Shadira. Oklah... so so la... tapi tak dpt pujian macam pakai Vanesse... hahah so aku kembali bertukar pada Vanesse... hampir 4 tahun setia ok. Tapi mcm aku cakap la akak yang jual Vanesse tu tak ada. Teringat plak pengasas Vanessa dengan CitraAyu sama... dengar kata laki bini, dah cerai sorang ambik CitraAyu, sorang Vanesse...aku tak tahu sejauh mana cerita tu betul atau tak. Tapi tak menjejaskan ekonomi negara pun nak bz pasal sejarah tu.

Lately mmg effect dia sangat kuat la... hahah alasaannnnn... muke jadi kusam, mula la aku dok pikir, mengadap cermin... naik rimas sendiri. Tapi toner bio- essense mmg bagus. Bila jerawat naik mmg dia keringkan tanpa perlu menunggu berminggu2... ha! tu mmg bagus. Pencuci muke dia pun mmg elok sbb tak rasa tegang muke lepas basuh...

Dok terpikir banyak kali... nak pakai product apa???

Dulu seblm pakai Vanesse, aku pakai Olay. Dulukan 'Oil of Ulan' mmg kesan la. Ekceli menyesal jugak tukar sbb that is my first product skin care. Org puji gebu dan merah2. Tapi gedik nak tukar product lak... try la Vanesse. Ok sangat sangat sesuai dengan kulit muke aku. Than belajar kat melaka, stop kejap try balik pakai olay total effect, tak ada effect dah... mungkin tak sesuai. Than sekarangkan Olay ada new product? Everyone cakap ok elok...

Si Ijat terus suggest pakai Olay. Dia kata kawan dia ada pakai. Kulit cantik... so ku goggle. Yang original cream tu kat oversea je ada. Kat Malaysia i dont think so ada. Ke aku yang tak perasan?

My friend yang aku anggap she is gud advice in skin care dia cakap dia pakai simply ct... ermmm kulat la muke abang Zamani kang. Cukup tak berkenan dengan dato K... lor bukan pakai simply K,kan? Kang perli aku sampai mati kang. Ada yang dah try simply ct? Macammana?

Aku rasa bab pencuci muke dan toner aku akan terus gunakan Bio-Essence sbb oklah bagi aku. Tapi cream tu... to oily ke? Argg tention la... tetiba tak ada keyakinan diri... hahaha... di ulangi tak ada keyakinan diri (Harapan suami sendiri bagi simpati...)

Eh korang jangan tak tahu... Zamanikan sayang bini *Muntah muntah* (siapa lak tak sayang binikan???) kang balik kalau dia tengok aku muke masam sure dia bersuara..."Tak pa yang... beli la apa yang you rasa perlu... its part of my nafkah to you jugak" Ok ini ayat terakhir dia time aku beli Bio- Essense tu...habis RM 130 jugakkan... tetap maintain duit bulan tak ada kasi potong ok... uhuhu

Tapi oklah... aku idok la meminta sangat. Keperluan lain yang aku nak aku beli sendiri tau. Part2 yang terlebih bayo ni, yang buat aku pk banyak kali ni baru la terasa nak minta kat suamikan? Itu pun aku tak minta. Bagi aku itu keperluan aku sendiri. Tapi org offer jangan tolak. Uhuhu.

Tak sabar nak tunggu ari sabtu... nak tawaf satu watson. Silap2 malam ni aku terjah... hehehe...

25 Nov 2008 and 25 Nov 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Title :- Yang mana Satu



Bonus around the coner!!!Muahahah... yea yea la aku ni... tah dpt tah tidakkan? Oklah kita berkongsi la kat sini... saving aku pun dah kureng, macam korang tahulahkan... gara2 beli lappy... bos aku ni lain macam sikit... dia dah bagi aku bonus halfmonth bulan 6 lepas, so aku dapat rasakan aku akan dikurangkan setengah bulan tu... confirm punya ar!Kalau yang lain dpt sebulan bonus, maka aku dpt setengah bulan la gamatnya... contoh ar... macam aku tak tahu politik bos aku tu... heheheh....

Currently im using this model... aku beli awal tahun 2006..kira fon yang canggih la zaman tu... walaupun time tu permulaan 3G... since aku pakai fon ni, aku sayang.... nak tukar fon tak terlintas dalam pikiran aku. Zaman sekarang dengan cyber shot camera la, 3G la... 3D la... hahah aku tetap dengan benda ni... tapi sejak berblogging ni... susah lak aku nak ambik gamba... camera fon ni bukan bagus sangatkan? gamba pun tak la se-sharp mana...

So i decided...kalu ada rezeki hujung tahun ni nak ambik N95 8Gb... tapi mahal ooooo RM 2500++...kalau mahal tu... aku rasa ambik biasa kot N95... baru RM 1800 kalau zitron... tapi bak kata Didi, ramai pakai N95 tu... dah kira out dated dah...

Pastu tengok kak Ellyn husband and wife pakai E71... tetiba macam tertarik lakkan... kak ellyn cakap price Zitron pun baru RM 1700... hahah mmg berbalaoi la kot....
Erm... apa pendapat korang? ada model fon yang best? I just want Nokia... model lain macam tak reti sangat nak pakai....

Ok aku bukan berlagak ok... aku nak beli ni pun tengok pada duit...sekali bos aku kata tak ada bonus? Macammana? tak ada la gamatnya... kenalah kumpul merangkak! Any away kalau pikir balik, fon aku nak beli sbb camera je... hahah nak ambik gambar sorok-sorok ni senang... ni nak bawak kuar camera macam apa je... heheheh

Oklah... tu je nak kongsi... adios... bubye....


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Title :- Sekali lagi di uji

Sekali lagi aku di uji... baru je nak lupakan kesedihan kehilangan anak ku, tapi aku di uji lagi... ni cerita ari ahad yer... baru teringat nak tulis entry...

Pagi ahad tu aku bangun tido... badan menjadi sakit... terutama bahagian dada... i mean buah dada la... nak gerak kiri kanan pun susah... mmg sakit sangat... yang ada anak tu tahu la kot kenapa... aku bangun masuk toilet... sekali tengok air susu mengalir... aduhhhh... tetiba sedih dan syahdu... org kata kalau susu keluar time anak tuk makan...

Teringat Aryssa yang tiada... dah tentu aku panickan... aku pun tak tahu air susu akan kuar sebanyak tu... dan sepatutnya doktor bagi tahu aku air susu tu akan keluar...

Aku mengadu kat ibu... kebetulan Fidah pun ada... ibu suruh kuarkan air susu sampai rasa kurang bengakak... nak ke hospital pun, klinik tutupkan? Zamani pujuk suruh aku sabar... esok dia hantar ke hospital... lagi sekali aku nangis... sakit sangat...Pidah pun tak tahu nak cakap apa... sbb bengkak dan sakit tu akan hilang bila BAYI menyusu...

Semalaman aku tahan sakit...

Esoknya Zamani hantar aku ke sepital Putrajaya... nampaknya hospotal sekarang semakin canggihkan? Ke aku yang dah lama tak ke hospital kerajaan... the last aku aku gi pun time sekolah dulu... ayah akukan kerajaan... bila dah besar ni banyak gi swasta...

Sampai je org penuh... sangat ramai... than ambik number kat kaunter pertanyaan...

Kaunter :- Ada buku appointment?

Aku :- Ada... tapi appointment saya lambat... saya nak jumpa doktor... tak pun saya nak ambik ubat tuk hentikan susu badan

Kaunter :- Nak behenti susu badan? kenapa pulak?Kan elok tuk bayi...

Erm... kejam sangat ke aku ni? kalau anak ada nak minta ubat berhentikan susu badan?

Aku :- Anak saya dah meninggal kak... air susu saya tak henti mengalir... takkan nak biarkan?

Walaupun free... tapi sakit yang aku sendiri tak dpt nak tahan... sakit wei... nak gerak pun payah. Macam ful tank gitukan...

Kaunter :- Ambik number than daftar...

So aku pun tunggu la tuk pendaftaran... kemudian diorg bagi number, lepas tu terus ke farmasi... kat sini pun satu lagi... aku tak tahu pun kena scan number tu... padan la aku tengok org yang dtg lewat dr aku di panggil dulu... hampir setengah jam aku tunggu... dah tu aku naik angin... nak serang la... than nampak nota kecik cinonet... "sila scan number anda di sini...kemudian tunggu giliran anda????" aku macam....awat kecik sangat notis korang ni???


Kaunter farmasi

Ha nampak tak notis tu? kecik yang buat aku tak nampak... sampai je tunggu...

Lepas tu terus scan... than tak sampai 10 minit, nama aku di panggil... wah sangat cepat!

Kaunter :- Akak nak buat apa yer?

Aku :- Akak nak ambik ubat tuk berhentikan susu badan

Kaunter :- Oh tu kena tunggu doktor ORDER!

Aku mcam ha? Order???

Kaunter :- Akak gi kaunter E... minta doktor orderkan

Ibu lagi best soalan dia...

Ibu :- Doktor order ubat tu kat malaysia ke atau luar negara? Berapa lama pun nak tunggu???

Aku terus ke kaunter E...

Di ulang benda yang sama... dah macam aku ni mak yang jahat lak... kalau ada anak idok la teman susah payah ke sana sini... diorg tendang aku kat bahagian ibu2 mengandung... adoiiii bodos je rasa... aku ke kaunter A... tanya minah yang sama... sama jugak memandai cakap tak elok tuk baby... sepatutnya diorg ni tahu... org minta mestilah ada sbbnyakan? Takkan tak faham... dan terima mesti la ada kes tertentu... aku rasa macam nak nangis pun ada... badan org lepas bersalin ni mmg tak kuat... lemah je... bisa je sana sini... dah la aku kuar tak pakai baju sejuk... ingatkan lengan panjang tak la sejuk sangat... badan dah bisa2... buah dada dah tegang semacam sbb banyak air...

Aku :- Saya ni bukan la ibu kejam... anak saya dah meninggal... takkan air susu ni nak buang macam tu je... tak tahan la... sakit ni...

Baru la dia ambik buku appoiment... nak doktor order ubat... erm kalau aku gi swasta rasa di layan macam ni ke?

Rupanya bukan doktor ubat kat luar... cakap la kena kebenaran doktoer.... sekali lagi aku scan number kat farmasi...

Ibu aku sangat peramah. Dalam masa yang singkat pun dia dah dapat kawan... aku malas nak campur, kang di tanya bukan2, aku ni bukan leh... cepat nak sedih je...

Bila nama di panggil.... aku ambik ubat...


Ini la ubatnya... kecik macam telur lipas....dan yang sedih bila????

Dua bijik je... boleh tak???? Kena kuarkan susu... than makan... kalau susu still kuar, dtg ambik lagi... ermmm tak pa la... so far aku makan ni hari selasa... ok dah... susu dah kurang, bengkak pun dah susut. Than tadi aku baru tengok surat2 yang pihak hospital bagi... kira aku entitle 2 month maternity leave sbb consider bersalin dan bukan kes gugur yang perlukan 2 bulan cuti.

Surat pengakuan kemasukan ke hospital...

Surat pengakuan bersalin... ni yang akan di tunjuk ke majikan tuk dpt entile 2 month leave... Kat bawah tu ada lah definasi tentang kelahiran, sekiranya bayi berusia lebih dari 20 minggu atau berat melebihi 500 gram, dah consider as bersalin...

Dan yang menyedihkan every time aku tengok ni...

19 Nov... tak tahu nak definasikan... is it Aryssa Birthday??? Ermmm tarik kelahiran... tapi dia dah lama tiada... tapi tarikh ni akan aku ingat sampai bila2... berat aryssa 430 gram... kurang 500 gram, tapi usia kandungan aku sudah melebehi 20 minggu, aryssah sepatutnya dah menjangkau 27 minggu sekarang... and yang best confirm dia perempuan... she my angel...




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails