Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Kisah Ammar




3rd March 2014

Assalamualaikum Little Yusuf.... Akhirnya ibu tahu jantina anak ibu... patut la ibu rasa kamu 'agak active' compare dengan kakak2 kamu... cume sentuhan kamu lebih halus dr kakak2 kamu... detail scan di buat hari sabtu... syukur Allah masih bagi ibu peluang untuk menjadi ibu dan memiliki anak lelaki... yang ibu harapkan untuk menjadi peneman ibu, yang boleh menjaga ibu, yang boleh menjadi penjaga ibu dan kakak amani selain abak.

Dan yang paling penting Allah bagi keizinan ibu tuk 'berehat'. Agak banyak rintangan untuk ibu dapatkan Kak Aryssa, Kak Amani dan adik sendiri... tapi tak pa. Sekurang2nya Allah bagi izin kalau di bnadingkan dengan ibu2 lain...kan?

So ibu nak abadikan di sini... buat tatapan ibu di hari2 tua... bila Yusuf dah besar nanti, ibu pasti rindukan anak ibu. Progress Yusuf sangat2 bagus... syukur pada Allah... Yusuf mmg tunjukkan pada ibu dan abak pada hari tu semua muke, tangan, kaki, jantina... Ya Allah, nak nangis ibu bila ibu kabarkan anak ibu adalah seorg BOY!!!

Jauh sekali... kuasa Allah kita tak pernah duga... kalau Dia memberi, Dia akan beri. Tapi kalau Dia ingin menarik Dia akan tarik...semuanya milikNya... Dia berhak di atas segalanya... sama seperti Kak Aryssa... bagaimana ibu gembira menerima perkahbaran dia, tahu2 dia telah di jemput Allah... dia lebih bahagia di sisiNya... Mungkin itu yang terbaikkan... rancangan Allah buat ibu dan abak sangat sangat indah... cume kadang2 ibu meraguinya ketika dia menjemput Kakak Aryssa di sana.

Ok... let see my little boy!




Masya Allah... sungguh teruja ibu melihat kamu... kamu menunjukkan muka kamu dengan jelasnya... menguap, mengenyit mata, menunjukkan tangan dan jari2 halus kamu...


Tapi bila dah tunjuk, Yusuf ibu segera mengelak... heheh... terutama tengok jantina... sekejap je, terus silang kaki... kata doktor Yusuf bakal ustaz... heheh... syukur mudah2an... ibu harap Yusuf menjadi pemimpin dan khalifah yang baik di dunia dan di akhir kelas sayang...



Video yang pertama ni, rasanya Yusof menguap/membukak mulut... Sempurna rupa anak ibu... Alhamdulillah




Yusuf tunjukkan tangan dan jari...



Agaknya anak teruna ibu ni muke siapa? Muke ibu la... kata mummy's boy! kalau muke abak pun tak pa la... ikut mana pun kalau abak tak ada, kamu juga takkan ada... anugerah yang terindah buat diri ibu, Zulaikha dan Yusuf hadiah dr Allah yang ternilai...

Aryssa Dania penjamin bahagia kita di sana...

Amani Iman penawar duka ibu dan abak... setiap masa ibu rindukan dia...

Yusuf nama mu ini yang bermain di bibir ibu... tunggu ibu dan abak carikan nama yang sesuai tuk anakda nanti yer...


Video yang menunjukkan you are boy! Tapi ibu tak dapat nak tengok image tu... hehe sbb tak faham...  namapk kaki anak teruna ibu ni je bergerak2 mengelak tu di sekodeng lebih lama... heheh comel... ibu tak henti senyum bila memikirnya...



Otak Yusuf yang normal... tiada ketumbuhan atau darah beku di sekitar otak, perkembangan Yusuf jugak normal. Syukur!

Tulang belakang Yusuf....
 Gambar salur darah dan menunjukkan buah pingang Yusuf ada dua... juga tidak menunjukkan apa2 semua mengalir dengan baik dan  elok


Jantung Yusuf pun tidak menunjukan sebarang lubang... syukur. Mengalir dengan baik sayang...

Gambar 2D kat bawah ni tak tahu ibu nak terangkan nak... cukup la untuk simpanan ibukan... yang pasti ibu tahu kamu baik di dalam rahim ibu...








Tak puas rasanya ibu menatap kamu... malah setiap hari gambar mu ibu tatap... dalam perut je ibu rasa comel... kalau keluar nanti pasti putera ibu ni kacak! Insya Allah...

Ok my little boy! until next entry ye.... 



 Salam.....



25 Feb 2014

Dear Adik... Assalamualaikum nak ibu.... hari ni kita cerita sikit time ibu pergi check up kat Putrajaya... biasalah... lambat tak hingat. Medical check up pada 11 feb ari tu tapi baru kesempatan nak cerita ari ni... kali ni ada gambar sikit as kenangan.


hari tu abak ambik cuti... abak nampaknya sayang awak senyap2... heheh... dia yang hantar. Siap ambik MC pagi tu. Appointment pukul 8 pagi tapi kami terlewat pukul 9 baru sampai dan ambik nombor. Sejam lewat gara2 ada kereta rosakk kat highway tadi

Ibu akan lahirkan adik kat Putrajaya. Sama macam kak Aryssa Dania dan Kak Amani Iman.Insya Allah. Semoga segala di permudahkan.



 Tengoklah no yang di panggil... aduh lemah rasanya... ibu masuk lewat hari tu. Malas nak ambik cuti or MC. Kerja la, nanti bila adik ada, ibu cuti 2 bulan...yeapeee... jaga adik dan jugak jaga kak amani iman... sian kakak amani, kalau abak dan ibu ada rumah dia mmg hargai ibu dan abak. Kemana je kami pergi dia akan ikut. Sok bila awak dah keluar, awak main dengan kakak ye ;)






Tempat dr penuh sampai la banyak ruang kosong....

Terasa nak ambik appoiment jam 11 je lepas2 ni...

Progress adik elok... jantung adik degup dengan baik. Air ketuban ibu pun di paras ok... cume ada yang menganggu. Fibroid... kawan adik kat dalamperut ibu... sama ada dia berkelakuan baik atau tak, adik jaga diri tau...jangan ignore dia sangat... insya Allah... usia adik esok 26 Feb, 21 minggu... bersabar la nak yer....


Berbeza dengan kakak2 mu, kali ni ibu tak lalu nak minum susu. Boleh minum tapi malas... semua la ibu malas. Tak rajin mana pun.... ibu tutup mata telan pill je la... ermmm semoga tak menganggu pembesaran adik... sabtu ni detail scan... hoyeee i can see u clearly!!!! 



Dont forget to show us your beautiful face ye nak... jangan nebes2 mcm kakak amani...anak ibu sorg tu pemalu orgnya... 




19 Feb 2014


Assalamualaikum...

Hari ni adik dah 5 bulan.... 20 week! Wahhh cepatnya masa berjalan. How r you baby? U moving so polite... i wonder adik perempuan or lelaki... tak kisah! janji adik selamat dan sihat... Semua cakap adik lelaki... ermm tipu kalau ibu cakap ibu tak mengharapkan...tapi ibu hanya harap apa pun jantina anak ibu, ibu nak adik sentiasa sihat... jangan stress kalau ibu ikut stress... rest alot dalam tu yer. Sampai hari yang di tentukan Allah kita jumpa.

Till than adik...

Oh... next saturday detail scan... i will post you pic here....


22 Jan 2014

Assalamualaikum permata hati ibu... lama tak menulis di sini... diam tak diam anak ibu dah 16 minggu... 4 bulan hari ni... syukur... bertahan la sayang...

Mabuk semua dah ok... baru sahaja baik demam... and i really worried about you... doing everything i could so that not hurting you... awal2 ibu rasa gerakan adik... but tak lagi sekrang... kenapa agaknya? anak ibu suke tido yer... try you best baby ok...

5 bulan je lagi... wahhh tetiba ibu rasa masa tu cepat... jangan risau sayang, kamu akan lahir dan ibu and abak menanti kedatangan kamu...

ibu ada kerja sayang... will write to u lagi nanti ok



16 December 2013

Assalamualaikum anak ibu...today check up... tak scan mahupun dengar denyutan adik... dont know lately ibu rasa tak sedap hati. I tot i can handle thing...but sayang sekali endup sama risau dengan kakak amani iman. Last few days ibu rasa adik berdenyut sometime, walaupun dari technicalnya, ibu belum boleh rasa pergerakkan adik. Pagi sabtu ibu mimpi buruk... doktor sahkan tiada denyutan jantung, tapi dalam mimpi tu ibu rasa awak tendang2 ibu... when i woke up kakak amani peluk ibu... bangun pagi, ibu rasa perut ibu leper. Selalu buncit... keras di bahagian bawah ari2...

Tetiba teringat keadaan kak Aryssa... bila dia tak bernyawa, i can feel the head straight from my tummy... kak amani tak pulak. Sbb mungkin air ketuban, tapi Aryssa Dania, air ketuban mungkin keluar so hampir kosong dan ibu bole rasa fizikal dia dr perut ibu... so itu yang ibu rasa... ibu dapat rasa keras di bahagian kiri bawah ari2...

Tak dapat nak scan...sbb nurse ukur dan tekan perut ibu, dia cakap semua ok... last week ibu check kat putrajaya... and doktor said every ok... ur heart beat normal... tapi sbb doktor tu nak cepat, i cant see u moving apa tah lagi denyutan jantung awak... that make me feel tak berapa nak happy...hope ibu je yang tak faham... tapi bukan bereti awak tak ada...

Ketahuilah adik baby... i'm dying to get you... no matter what... adik adalah satu keajaipan... so i really hope kita boleh bersatu...

I do everything...

Asprin....

Ibu bangun seawal pagi makan iron to get my hb blood better... Alhamdulilla last check up my HB is 9.6 and today 10.6... which is not tp high or not to low... so u should be strong to baby... ignore my feeling... sometime i cried... sometime i felt lonely... tak di sayangi... just ignore that... i would do everything for you my dear...

Sabtu ni check up detail scan... hoping that adik sihat dan membesar dengan sempurna... janji dengan ibu ye...


9 December 2013

Assalamualaikum adik.... how are you my lil baby? hari ni ibu hadap macam2 dugaan untuk menempatkan pemeriksaan rapi untuk awak... di mana? Sama seperti kak Aryssa Dania dan Kak Amani Iman, ibu memilih Hosp Putrajaya. Sama seperti kakak2 adik, ibu hadapi kesukaran nak dapatkan tempat yang terbaik.

Mungkin adik pun stress... mungkin sbb ibu rasa tertekan. Tapi tak pa adik u dont have to worry...jangan sesekali adik rasa adik menyusahkan ibu sbb ibu mmg sedia lakukan apa sahaja supaya awak sihat. Biar ibu susah, biar ibu rasa payah, itu dah sememangnya tugas ibu...menjaga dah melindungi adik... sama seperti kakak2 mu... apa yang jadi pada Kak Aryssa Dania adalah takdir yang mengajar untuk ibu sentiasa melindung anak2 ibu...

Alhamdulilah ibu dah dapat surat rujukan ke hosp putrajaya. Harap segalanya berjalan dengan lancar dah baik2 sahaja...adik jugak jangan la ambik hati dengan apa yang adik dengar sekeliling adik yer. Semua harapkan adik lelaki. Perempuan atau lelaki, ibu tak peduli... janji awak sihat... tak semua anak samakan? 

eh minggu depan detail scan! appoiment ibu dengan Hosp UMRA... adik sihat2 yer... ibu tak minum susu... pelan pemakanan pun ibu tak buat dengan betul. Bad ibu :(

Starting esok ibu akan minum susu pagi...malam tak elok untuk tumbesaran awak... terlebih besar tak sihat doktor cakap.

Apa pun enjoy yer dalam perut ibu sayang....

Sayang awak



2 December 2013

Assalamualaikum adik.... yah! ibu baru je jumpa awak.... so cute. Walaupun fizikal adik belum perform menjadi baby, tapi adik dah pun bergerak2...denyutan jantung adik pun dah jelas kelihatan kat scan tadi... macam kakak amani la... suke menendang2...

sound macam apa je ibu ini sbb awak baru je 8 minggu 5 hari hari ni... kaki pun tak terbentuk lagi. Tapi adik dah nampak seperti menendang2... doktor pun cakap adik dah mula gerak... and im so happy today... walaupun procedure tadi amat membosankan, abak pun bengang sbb dia kena tunggu dan tahan dengan perangau kakak awak tu... yang semakin buas. Erm kesian pulak ibu tengok dia kena marah je dengan abak... mesti dia bosan. Tapi kalau diaorg secr langsung tengok adik tadi, sure mereka tak kisah nak tunggu berapa lama pun...

My condition is bad... darah dalam oksigen not reach 10 pun... bad me... awal2 lagi dah kantoi. Kepekatan darah pun sangat sangat pekat... so esprin akan bermula minggu ni.

Banyak ubat ibu dapat... redha! janji anak ibu sihatkan? Ibu akan jaga diri sebaiknya sayang... and you my baby, pls take k ok...

oh lately ibu gaduh dengan abak... if that effect you, maka ignore je! jangan ambik kisah ok... hal2 sedih2 jangan ambik tahu... as long u happy!

ok baby... ibu nak rest sbb jap lagi nak bawak kakak awak berjalan2....


27 NOvember 2013

Adik baby berusia 8 minggu hari ni.... hari ni terbongkar bila semua kat opis ni  tahu ibu mengandung. Dan menyebabkan bos2 di opis ni agak kerisauan dan mula nak masukkan assistant tuk gantikan tempat ibu bila ibu tak ada nanti...

Adik baby.... apa pun yang ibu rasa, ignore yah.... jangan terasa atau mengikut sangat apa yang ibu rasa. ibu akan cube untuk mengawal segalanya....

Perkembangan adik? I dont know yet sbb jumaat ni baru nak gi check.

Perut makin membesar. Mungkin fibroid dan adik berkongsi tempat. Ignore benda alah tu adik yer... dia takkan ganggu adik. Kaka amani ok je dengan dia... heheh i guess so... pinggang dah mula terasa sakit. Tapi kadang2 je. Mood makan mmg madang je tak ada selera. Tapi ibu paksakan diri. I need to eat something... sbb bila tak makan cepat pulak rasa lapar. Susu, asid folic dah mmg sedia ibu ambik. Harap tulang adik sihat macam kakak amani. Jumaat ni kalau semua baik2 sahaja, ibu nak minta Dufaston ubat kuat rahim... All my babies ibu akan ambik. Kakak Aryssa seingat ibu 2 kali injection dan ubat. Kaka amani ibu ambik ubat tu sampai ke minggu 20 rasanya. Tanpa sebarang injection....

Hope adik sihat... ibu sayang adik ok....



22 November 2013

Dear Adik...

Dah 7 minggu, minggu ni... i dont know apa ibu rasa. Tapi sikit tenang compare mengandungkan kakak amani. Tipulah kalau ibu cakap tak risau langsung. Ibu hanya tunggu 29 November ni... to see your heart beat... sihat la anak ibu....

ibu masih lagi mabuk2... kadang2 ok... cube jugak makan. walaupun selesa makan mmg kurang dan tak ada. Keinginan makan membuak...lepas makan cepat2 lari ke toilet. Makanan fav asam... wahhhh lepas tu sakit perut. Terdiam sat. ini sakit perut nak yak yak, ada angin atau apa....

Perut ibu pun membesar... mcm org mengandung 4 bulan... tapi dua bulan pun belum... i dont care if look like penguin... janji awak dapat khasiat yang cukup.


Ibu dengan abak mungkin terlalu awal sangat nak bagi nama.. but we cant stop our self to do that... time kak aryssa pun nama dah ada... takpa la... lets be our lil secret yer sayang...

lelaki ke perempuan ke... ibu tak kisah. Dan jangan la org spekulasi harap ibu dapat anak perempuan la lelaki.... ibu nak kamu sihat...

ok sayang till than

20 November 2013

Salam...

Ibu tak nak tinggal cerita kisah adik... yer! aku di sahkan mengandung oleh doktor pada 15 Nov 2013.... Alhamdulillah... ibu dan abak menanti kehadiran adik sama seperti anak-anak ibu yang lain...

Now adik baby 6 week....jantung tak terbentuk lagi... kantung dah jelas kelihatan... ibu agak keliru sbb ibu dalam medication / treatment. Buget lagi 3 bulan lg bole ibu terima berita gembira. Tapi dapat tahu lebih awal... syukur sangat....

Sama seperti kakak Amani, ibu rasa ibu tak nak hebohkan sangat berita ni. Bukan apa... takut berita ini menyakitkan hati sesiapa. Bukan ibu nak menunjuk2 atau menyakitkan ati sesiapa... biarkan yang terdekat sahaja yang mengetahuinya...

Im so excited... minggu depan ibu harap ibu bole dengar jantung anak ibu... ibu harap sangat Allah membenarkan adik membesar dengan sempurna dan sihat dalam rahim ibu... ibu janji akan jaga adik dengan baik... ibu tak kisah badan ibu gemuk, ibu mabuk teruk... insya Allah ibu bole laluinya... kita akan laluinya sama2 ok....

ibu kuat makan asam sekarang. Perut pun cepat sangat lapar... rasa baru makan, kalau muntah keluar air je... eh mana makanan ibu makan tu? takkan cepat hadam??? malam pun lapar. Sbbb banyak sangat makan asam, perut sakit. Dulu kalau time kakak amani, sakit perut je dah pergi doktor... kali ni kita tak it ez yer... ibu akan pantau.

Lately jugak selalu je mimpi2 pasal mengandung. Ibu takut jugak if petunjuk apa2... but ibu kena kuat... adik pun jangan give up on ibu yer. Kita laluinya sama2 sampai adik dalam dakapan ibu....

Kita jumpa minggu depan 29 November... once ibu dengar dan nampak jantung adik, ibu akan mengambil  keputusan buat check up yang teliti di mana sekali pun...

til than adik

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails