Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, December 12, 2012

Mimpi itu ngeri

Minggu ni banyak sangat kisah rumahtangga kawan2 menjadi igauan aku. Chewah kawan2 tu macam banyak je bunyinya... few la... dan aku rasa mereka2 ni di landa ujian Allah untuk menguatkan lagi ikatan perkahwinan tu. Sejauh mana kita bersabar, sejauh mana kita bole mengatasi masalah ini.

Ok panjang menulis pun tak guna... sbb aku ni bukan la bagus sangat. Tapi bila dah banyak dengar cerita sampai terbawa2 sampai mimpi la...

Ambik ko! Allah bagi trial feeling je... sbb mungkin nasihat aku ni unsur riak or lagak...kan? tak kena bole la cakap. Semalam mimpi daaaaaa

Tengah bawak si amani iman jalan2 pi rumah my MIL... nak sampai rumah MIL nampak kereta aku ok!!! kereta aku... bukan kereta Zamani tau (kot nak bawak aweks pun pakai la kete sendirikan? hahaha) ... Zamani keluar dengan seorg perempuan. Sengeh2 laki hakak tu...

Oh drama tu mmg nampak real!!!!

Zamani siap pergi bukak pintu kereta dan rangkul pinggang perempuan tu... so special siap bawak bakul hadiah lagi...

Ha sampai situ je... sbb aku mimpi Amani tarik tangan aku sekali sedar amani meronta2 bangun minta susu... Waaaaaa terus sentap! Aku cube lupakan mimpi tu.. tapi tah sakit hati plak... Amani la ni kacau... kalau tak mmg aku serang dah... hahaha...

So during lunch aku tak tahan... kena gelak dengan Zamani pun gelak la... ingat dia nak gelak... tapi dia hantar msg sweet... oh saya nak balik rumah masak sekarang! hahah tetiba....


Walaupun aku tahu dia balas mesti tersengeh2... sbb kalau dia gelakkan aku, dah tentu dia tahu bini dia SENTAP!

Respect! Ko nampak tak CIDA!! hint tu... RESPECT! aik selalu dia selalu tulis trust, kali ni respect pulak? Glub...

Lately aku stress dengan kerja... kenapalah akhir tahun nak kena stress eh? adoii la... aku pulak jenis tak tahu nak control. Marah sorang semua kena marah. Cam mana? Tiap2 hari jugak la nak gaduh dengan customer, nak gaduh dengan budak opis nak gaduh dengan bos. Tapi bos aku tak leh nak cari gaduh, tapi aku terasa bos aku sekarang keep presure me on small2 thing tau... mencik... hetchu!

Maaf la kanda.... hakikatnya aku jugak tak boleh kehilangan dia... buktinya? mental saja tak betul bila mimpi je kot... imagine kalau betul? Walaupun Zamani pernah keluar statement aku seorg yang kuat... tapi tak jugak la... boipen dengan suami mana samakan? kita sanggup berkorban apa sahaja untuk suami... macam tu juga dengan suami... give and take dalam apa jugak situasi.

Semoga apa yang Zamani cakap tu dia maksudkan... terus je  kau insapkan? yer la perjalanan perkahwinan ni terlalu awal la... sangat awal. Of coz aku takut hal2 yang tak boleh control ni. Soal hati dan perasaan expecially. Benda lain, dia tak suke bole la kita ubah, boleh la kita ikut. Kau nak isteri yang pandai masak, ko bole la belajar dan berusaha pandai masak. Kau nak isteri kau cantik, bole la ko tepek bedak kat muke kaukan. Kau nak isteri yang kurus, boleh la isteri ko tak makan setahun dua, ... tapi tell me if hati tu berbelah bagi or tiada lagi sayang. Cam mana?

Ermmm... nanyi lagu Tiada lagi Amy Search la gamaknya.... uhuhu....


My small family....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sikit- sikit, lama-lama jadi bukit

Sajer je nak mengajar amani iman tuk menabung. Jangan jadi macam mak dengan bapak dia. Kalau nak bandingkan aku dengan zamani, aku rasa kitaorg ni sama je. Kalau ada duit tu, ada je nak pakai tau... Mencik!


Ok abaikan amani iman yang pakai bib tapi tak berbaju... Ateee fesyennnnn... My mom bole di klasifikasikan seorg yang jimat. Dia tak kerja pun, dia bole loan anak2 duit... Sangat feliks. Kau mampu buat begitu?

So mak aku ni kalau dia mengemas ke apa, jumpa syiling mmg dia simpan. Sepuluh sen pun dia kalau jumpa mmg dia dah happy dah. Sampai kena marah dengan ayah sbb duit syiling dalam kereta mesti dia sapu habis... Hahaha lawak betul.

Tapi betul, kalau duit syiling ni siapa pun peduli. Kan? Yang sikit tu la jadi banyak. Ibu aku kalau kemas jumpa duit syilling dia masuk dalam tabung amani iman. Tabung ni aku dah beli lama. Tapi nak masuk duit harammmm... So tanpa pengetahuan aku, mak aku telah menjalankan project tabung amani iman. Kalau kemas bilik aku ke, kemas hall ke, asal jumpa duit dia masuk tabung. Padan la duit syiling aku asik kurang je atas meja. Hahaha baru perasankan?

Handbeg aku pun berat sbb duit syiling. So banyak sangat sampah sarap, so keluarkan dari purse. Mau dekat RM 10 duit syiling. Hebat kau!

So aku suruh amani iman belajar masuk duit dalam tabung. Sok senang. Senang gapo??? Senang ibu pinjam duit. Hahaha


Ajar sekali je... Dia mmg gemor simpan barang2 ni jadi harta. Kadang2 mainan dia, dia sorok semua bawah almari or bawah kerusi... Mmg jenuh la nak tunggu dia masukkan RM 10 tu dalam tabung. Dah masuk, dia tonggengkan tabung nak keluarkan balik duit tu...


Bukan takat tonggeng, sekali masuk, 10 kali bagi tepukan pada diri sendiri kerana berjaya masukkan duit dalam tabung. Tention mak ko! Stressssss.... Tapi nak ajarkan? So kesabaran perlu ada.


Satu syiling tertinggal. Yang last ni payah dia nak masuk dalam tabung. Dekat sejam la dia pegang duit tu dan belek... Agaknya dia pikir...

Tinggal satu je ni... Kalau masuk dalam tabung??? Duit habisssss....

Yer nak... Mak kau mmg tak sabar. Aku rampas masuk tabung terus simpan. Dan kesannya? Menangis setengah jam tak puas hati... Hahahaha....kena marah dengan nenek... Kih kih kih. Sori la nak, mak mu mmg kurang sabar...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails