Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, September 18, 2012

Sepetang dengan amani iman

Semalam, pecah rekod keluar dengan amani iman secara solo. Mmg ku akui yang abang zamani korang banyak membantu. Selama ni usaha gigih mamat tu ku pandang dengan ekor mata jerk. Sekali kena diri sendiri mula la mengelabah.

Aku tak pernah tahu bahawa angkat stoller dari kereta, bukak tutup, simpan dalam kereta kerja yang mudah. Menolak stoller juga bukan kerja yang mudah. Tolak ok la. Halangan seperti tangga? Sama ada tangga bergerak atau tak. Jalan yang tak rata memerlukan kekuatan tuk kau handle stoller. Ragam anak yang enggan dengar teguran seorg ibu?? Oh sangat mencabar. Tapi apa pun aku kena jugak buat. Biar aku rasa saat tu. dan mungkin hargai apa yang suami buat selama ni? Mungkin??? Erm semalam keluar pukul 3 sampai 7 malam. Seeing amani iman have so much fun.

Mak aku tak yakin aku pergi sendiri. Mana taknya, pasang seat belt tuk amani iman je aku dah hilang sabar. Dengan tak boleh duduk diam. Dengan badan yang nak gerak sana sini. Kalau dengan abak dia diam plak. Amani pun rasa merdeka kot abak tak ada. Kalau tak suara garau abak dah cukup buat dia ketar lutut. ( aku hagak la) sbb dia tak dengar langsung arahan aku.

Cik Tipah pesan, walaupun sekejap jangan tinggalkan anak dalam kereta. Biar susah macammana pun jangan biarkan dia sorg dalam kereta. Ok itu peringatan penting!

So perjalanan klang ke subang agak jauh jugak la bagi aku. Selalu layan dia dia je. Ni nak layan macam mana kalau aku drive? Tengah drive minyak plak tak ada... Singgah pertronas kat tepi federal highway. Cari pum yang dekat dengan kaunter. Tetiba teringat pesan cik tipah. Bersedia nak angkat amani dari seatnya. Konpommm kereta lain bising. Pedulik janji tak menyesal di kemudian hari. Sekali bangla tu kata bole bayar kat dia. Selamattttt. Tak payah la aku turun bagai.

Perjalanan di teruskan. Tetiba amani iman hilang mud. Sempat aku hulurkan susu. Bila dia garu kepala tu dia bosab la tu. Maka aku jadi penghibur twinkle2 little star. Sejak dah bijak ni dia pandai layan plak. Siap gelak2 bila aku salah lirik. Geleng kepala, jerit kalau tone aku sumbang. Dah pandai dahhhh.

So sampai empire aku siapkan semua barang dalam beg. Handbeg tak bawak. Semua aku sumpat dalam beg baju amani iman. Aku keluarkan stoller. Umur anak setahun ni baru pestime bukak stoller. Aku tahu bukak sbb abang zamani pernah ajar sekali. Tapi mencuba mmg tak pernah. Dalam hati cakap jugak. Kang tak leh tutup aku sumbat je dalam kereta.heheh

So masuk empire, main place aku nak pegi adalah toy r us. Siapa pernah gi empire? Tingkat atas. Terpikir plak nak naik eskalator tu kan? Tapi aku tak berani. Naiklah lift. Cari lift tak jumpa. Bole main lift tu rosak????? Maka naik lift bomba. Tempat yang loading barang tu. ko bayangkan sunyi. Dekat 4 kali aku tawaf cari proper lift! So nekad. Jumpa couple ni naik lift. Dia tanya aku nak gi mana sbb diorg terus ke appartment. Uhhhh idok ku tahu lak atas shopping tu appartment.Bukan hotel ke? So diorg cakap tingkat dua shopping. As i know toy r us tingkat paling atas.

Silap!!!!! Tingkat atas tu tempat kid zone. Tempat budak2 main. Bawah tu toy r us. Nak tak nak aku kena turun eskalator. Huaaaaa seram wei. Amani lak duduk tak leh diam. Aku turun dengan menahan segala kekuatan tuk tarik stoller supaya tidak jatuh tapi anak dara aku yang tak takut or gayat feeling naik roller coaster agaknya. Dia lagi depankan badan dan kaki feelingsyok macam naik roller coasterr tu! Padahal mak dia menahan stoller tu dari jatuh. Punya mengucap panjang. Tapi sayang kaki akak luka! Sob sob sob. Kaki luka tak pa, jangan anak.

Kat toy r us dia happy la... sampai kau paw mak ko mainan harga seratus lebih. Tak pa la... Hadiah hari jadi. Lagi pun aku nekad tak nak beli mainan amani iman merapu. Mostly sekarang semua more to educationkan? So belikan dia someting yang dia boleh belajar. Bagi main masak2 kang tahu nak kawin, jadi mak la apa la aku tak gemar. Sok mulut jadi mak nenek. Bukan perli sesiapa tapi aku sendiri di besarkan dengan mainan masak2, so mind kawin2. Kang main alat tulis feeling cikgu. Hahaha. Tapi tu lah cara budak belajar. Aku tahu satu hari nanti imiginasi main masak2 tu akan ada punya expecially bila dah berkawan2. Aku tak halang. Tapi aku tak nak didik dia mcm tu, biar dia sendiri nak tau.

Lepas dapat beli apa yang aku nak beli, cabaran turun eskalator yang hampir 4 tingkat... Pitam. Dengan barang yang aku beli tu. mmg payah. Tapi dah sampai tingkat bawah baru aku terpikir balik. Asal bodo benor tak turun lift???

Than nak balik macam awal. Aku nak spend masa dengan si kecik ni. Mulut dia ringgan sungguh menegur semua org. Masuk kedai the loaf ingat nak minum je. Sambil gedik. Hahah semua tengok aksi aku yang gelabah. Mana dengan anak. Dengan ipad, mana dengan phone. Dah jadi pompuan tak betul. Dengan pakaikan anak bib. Pedulik la. Baju anak aku kotor ko nak basuh ke???? Than perlu ke ambik gambar mcm org sakai? Sakai ke? Biar la! Rasanya buat masa ni, ini kali terakhir aku kuar berdua dengan amani sampai dia jalan. Hahaha. At least dah jalan senang sikit hidupkan?? Yer ke? Ke lagi susah?

Tengah sedap makan amani tengok aku dengan renungan tajam dannnn meneran baikkkkk punya. Bole plak ko berak. So nasib dah habis makan. Tapi bau dia semerbak, nak tak nak tukar kat kereta. Uhhh azab! Dah la panas! Dia tak leh duduk diam. Tukar baju dia sama sbb dah terkena najis! Tak sesuai. Bila siap, haruslah aku simpan stroller. Nasib baiklah senang. Parking plak tak bayar. Again teringat kata cik tipah tuk tidak tinggalkan anak. Kunci kereta,berdukung la plak dengan kunci kereta di tangan, parking tiket dan duit kecik. Bayangkan sendiri betapa aku menahan beban badan cik kelompang kita, tambah dia sibuk nak main kunci kereta dan parking tiket kat tangan aku... Huaaa nak nangis.

Aku nak bayar tiket dia pun sama nak tolong. Tapi tak membantu. Selasai terus masuk dalam kereta. Dan dan dia nak susu. Bagi susu. Isap puting. Amani kalau nak tido, dia kena pegang tangan or bantal. Mana ada bantal? So berpimpin tanganlah kami. Dia dakap tangan aku nasib baik dah masuk gear lima so tak heran sangat tangan nak tukar gear. Tahu2 tadi dok main jari aku terus tak gerak. Lena sudah. And me senyum puas. Walaupun agak kelibut dan penat, but i manage to handle her. Dan aku rasa role abang zamani adalah sangat besar dan aku tak pernah nak hargai or ucapkan terima kasih. Mmg superb dia uruskan anak. Padan la bila cakap nak tambah anak dia cakap nanti dulu. Wakakak

Balik rumah mmg terbanting aku. Sakit badan juga. Apa pun sepetang dengan amani iman mmg best. Hagaknya kalau dia dah besar, dia nak tak lepak dengan mak dia ni????

Saturday, September 15, 2012

Dia setahun!

12 September muncul lagi... kalau dulu 12 september adalah hari yang biasa2... tapi sekarang ni ia sangat sangat bermakna sbb ia hari jadi Amani Iman...

Haizzz sekejap je masa berlalu.... dah besar anak ibu.... Syukur atas nikmat yang di beri... Syukur di atas kesempatan yang di beri buat kami suami isteri...

Amani pulak macam tahu je hari itu hari yang istemewa buat dia. Malam besday dia, dia selalu tido pukul 930 malam, paling lewat pun 1030 malam... tapi malam tu dia buat perangai nak tengok video kat ipad... dari pukul 830 sampai la ke tengah malam. Lama2 aku yang tertido dok temankan dia.




Bila tegur dia sengeh2.... aku marah dia and tutup ipad dia masam mencuke... pkul 12 malam aku wish dia besday dia sengeh... hahaha semua gelak sbb macam tahu2 je... terus je melalak sbb mengantuk....

Yang aku plak tak dapat nak tido. Sbb dah niat nak buat pulut kuning. Pestime. Heheh anak baru setahun, mana la tahu sok dah pandai cakap mintak nak jamu kengkawan? macam no??? So mmg tak bole tido malam... kita tengok youtube ni berkali2 la... hahaha....



Pulut kuning daku... heheh MIL aku cakap beras hancur... kih kih kih... budak opis cakap ok tapi rendang yang aku buat kurang santan...wakaka... belasah la... ini pestime pun. Budak opis aku siap warning diorg! tak sedap aku potong gaji...wakakak kijam dak??? kijam dak????

Tapi aku mmg dah standby nak beli nasi lemak. In case tak menjadikennnn? Malu la hakak!

Pagi tu pulak mood amani iman ok jugak... selalu bangun pagi melalak2... nak ikut atuk dengan nenek hantar ibu gi kerja. Tapi kali ni senang plak nak kejut...

"Imannn... ibu nak gi kerja... jommm nak ikut?" Heheh aku kalau nak bangunkan dia mmg panggil iman, sbb dengan harapan dia "sabar" tak mengamuk2 bila bangun tido... hehehe... bukak mata senyum... lagi la gedik bila aku nanyi lagi happy besday!

Mud birthday gurl... senyum sokmo!

Ok plan hari tu tak la happening sangat. Nak buat dia happy je. Sbb dia kalau gi shopping dah pandai usha bahagian kidz zone yang macam play land tu. Cube anak ai ni kan malu. So dia takut mak ayah dia ilang dari pandangan mata dia je.

Lagi pun aku ni anak org punya besday aku excited sama. Kalau anak sendiri? lagi lakan? Pedulik la kalau org nak cakap apa... kat opis ni pun tahu aku ambik halfday sebab nak sambut besday anak... hahaha... bos siap bagi idea tempat menarik and wish amani iman happy besday and have fun! siap dapat hadiah ok... RM 100... mak terkujat! tq bos and wife...

Ok layan gambar.... 30 minit RM 5.... apa la sangatkan?


Teruja tengok banyak bola... siap baring, berenang dalam bola tu!


Pon Pon!!!


Memancing sotong... ini baru anak buah pak teh dan pak ngah! bole amani iman join eh memancing???


Skill dah ada ni....


Amani imann ni nebes je lebih. Kalau kami 'jauh' dari dia je dia takut.... tapi kalau ibu abak boleh join dah lama dah! dah lama dah amani oiiii kita berkampung sampai kena halau!

Banyak gambar sebenarnya.. tapi malas nak transfer... ni pun ambik dari instagram jer. Tak kose nak transfer. Akak tak bz so boleh la melayan blog ni.

Than kita makan secrect resepi... itu je la... mak abak dia yang kebulur. HAhaha... tapi Amani iman tak nak makan kek. Siap dia luakkan lagi... dah la pagi tak makan minum susu je. Sbb takut bazir. Tapi aku pikir balik... ala tak habis bawak balik je... apa nak kira... kata besday anakkan???


Last year abak pegang dia dan Qamat di telinga. Tahun ni dan tahun2 yang akan datang harap abak masih peluk dia dan ucapkan kesyukuran atas kehadirannya... sob sob.... *Lap hingus kat lengan... kih kih kih potong kek pakai garfu je la....

Aku order kan dia fish and chip... Syukur dia makan! habis ok!

Khayal tengok video sambil suap dia makan... ikan salut tepung tu dia makan isi je sbb kulit dia terlalu garing... kejap2 nak tercekik... 


Ibu bangga sbb tak ikut jejak abak yang tak suke ikan... hahaha...  Mmg habis ikan tu dia makan. Siap kentang tu dia makan adalah 5-6 ketul.... happy betul aku tengok.



Tq ibu... love you Amani Iman Zulaikha! I love this picture... bole masuk pertandingan la hari ibu nanti. Hua hua hua





Lepas makan, terus tertido! siap berak lagi... dah tukar selesa terus tertido... Sementara aku beli kek tuk sambut kat umah MIL malam tu.


Birthday gurl yang bergaya... singgah GM tuk beli barang....jumpa plak cermin mata yang harga RM 3.00. kalau ko patahkan ibu tak ralat sangat... hahaha... abak ober nak belikan disney punya tuk anak dara dia... kasi murah2 dulu...

Than aku sempat belikan dia alat mainan ni... aku kalau boleh nak belikan mainan yang berunsurkan education. Kenalkan dia dengan alat tulis. Buku, kertas. Nampaknya oklah. Org kata kena lentur buluh dari rebungkan? Amani kalau dapat barang dia suke ketuk2... hahah silap abak dia la ni! Belikan drum... habis semua dia nak ketuk.

Puas jugak nak mengajar.. Nasib baik kak long aisyah ada... ajar amani iman tulis. Bila dia conceng ada benda... dia syok! Akak mengadu dengan MIL cara dia peganng pencel tu salah... deiiii setahun kot umur dia! pelan2... hahaha.... untung dapat mak mertua cikgu ni. Kalau nak harapkan aku mmg fail la nak mengajar.. So mak guide me apa yang perlu buat. Macam kenalkan alat2 tulis. Than flash card. Ada ipad sekarang banyak dload software kanak2... bagi dia belajar semasa bermain... So far bagus la... so ipad di larang nak dload lagu2 cinta kasih sayang ni... ha ha ha...Zamani tak senonoh pi download lagu "Gandom Style" yang bangang... ari tu dia bagi budak tu tengok, terkebil2 dia tengok org menari2 kepelikan... and to me its no funny since dia tengah nak belajar. Terus delete! Vedio2 download kat phone sendiri... lagu2 cinta aku jangan padam lak...


Dengan harap dia akan lupakan ipad! tidakkkk langsung tak lupa ok!!! hahaha... mak dia gigit jari.



Ermm penat menaip! hahaha.... di akhiri dengan gambar puteri pucuk kelompang gue yang dah setahun 2 hari :) wink wink

Thursday, September 13, 2012

Dear My Princess Pucuk Kelompang

Mungkin dia tak tahu ari ini hari apa....

Mungkin dia masih tak mengerti apa istimewanya hari ini....

Mungkin dia hanya mampu melihat dan ketawa bila org 'wish' dia happy birthday.... tapi tak tahu apa sebenarnya maksud di sebalik hari ini...

Tapi pada ibunya... dia segala-galanya... dia la penawar duka, dia la buah hati pengarang jantung, dia juga telah menceriakan hidup ibu dan abak semenjak perginya puteri sulung kami. Dia menjadi lebih bermakna bila kedatangannya menjadi penantian buat kami... Hanya Tuhan yang tahu betapa kami mengharapkan kedatangannya.

Ujian demi ujian. Bila melihat gambar2 Amani Iman, hati menjadi sayu... terdetik "Besar dah anak ibu...". Dulu sekecil anak patung kini membesar dengan sihatnya. Syukur padaMu Ya Allah... aku berterima kasih kerana masih di beri kesempatan untuk menjadi seorg ibu. Aku bersyukur di atas semua ujian yang engkau berikan, menjadikan aku lebih kuat untuk terus hidup demi Amani Iman.

Iman Zulaikah.... nama itu mula bermain di kepala ku... sama ada lelaki atau perempuan, aku nekad nak letak IMAN. Dengan harapan dia menjadi seorg anak yang penyabar dan cantik budi pekerti dan yang paling penting cantik Imannya. Well semua mak ayah mengharapkan anak yang soleh dan soleha, betul tak?

Nama pangkal, aku suruh Zamani yang pilih. Well agreement first pregnancy dulu, kalau perempuan aku yang bagi nama dan kalau lelaki Zamani. But nama pangkal tak dapat nak pilih. Sbb aku pun tak tahu nama yang sedap. Aku dah melekat dengan nama Iman...

Hari kelahiran Amani Iman lagi la tak di jangka! Tok mama sibuk dengan open house pada 11 sept, that time dah mula keluar air ketuban... habis impian nak makan mee sup tok mama malam tu... sbb semuanya mengejut... due sepatut bulan 15 oct. Aku cube tenangkan hati ari tu. 4 hari lagi Amani Iman akan masuk 36 minggu! So tunggu la sayang... risau premature ni. Tapi doktor buat pemeriksaan. Memula mereka suruh aku balik, baru ucap syukur... tetiba seorg doktor panggil tuk masuk ke hospital.

OK! masih ingat mungkin pemeriksaan biasa.... tapi pukul 8 malam doktor cakap aku akan di induce pagi esok... So baby akan keluar 12 sept...

12 sept??? Awal sebulan dari due date sebenar. Pukul 9 pagi! Sepatutnya aku di induse. Tapi doktor Azmi datang buat satu keputusan yang aku sendiri tercengang! Aku akan di bedah dan akan di tempatkan EMERGENCY slot... aik bahaya sangat ke sampai emergency slot? Dr Azmi cakap kalau induce 12 jam baby tak keluar dia akan lemas. Nasib baik aku belum sarapan. Masa bedah di jadualkan jam 3 petang....

Suspen...

Aku di bius separuh badan. Of coz aku tahu dan sedar apa yang jadi dalam bilik operation tu... best part i saw Amani Iman tercampak bila doktor tekan perut aku...

Tangisannya.... masya Allah.... nyaring!!!! Kalaulah mata ini bole jadi video merakam detik itu. Tapi ia akan tersemat di ingatan ini.

Cerita yang tah berrapa kali aku ulang kat sini. Syukur pada mu Ya Allah kerana memberi pinjaman buat kami harta yang ternilai harganya.

Amani..... Ibu dan abak sayang kamu




Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Wednesday, September 12, 2012

Happy birthday Amani Iman Zulaikha....

Dear Amani Iman....

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cinta dan kasih sayang ku padamu





Semoga Amani Iman menjadi anak yang soleha, anak yang mendengar kata, anak yang mengasihi ibu dan abak, anak yang sentiasa buat kami tersenyum...

Amani Iman permata ibu... satu2nya cinta ibu...

Amani Iman satu anugerah.... satu2nya penantian yang sangat bermakna....

Semoga Amani Iman membesar dengan sihat, membesar dengan Iman yang Cantik... secantik namanya...

AMANI IMAN ZULAIKHA....

P/S :- Credit to abak on the MTV... hehehe

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Monday, September 10, 2012

Ipad ini milik kita

Satu lagi telatah Amani Iman yang sempat kami rakam...

Abak dia la tak tido malam. Sekarang ni Amani Iman dok panggil Abak Abak Abak... terharu pak cik tu bila anak dara dia panggil nama dia.

Amani Iman kalau nampak aku gune Ipad je dia dah tak tentu arah. Dia nak main sama. Mmg ibu kena main bila dia tido. Hasemennnn! iphone abak dia dah tak pandang dah.

Cube tengok ayat akhir dia... tiap kali aku tak kasi dia main dia pandang Zamani yang tengah ambik video. Minta tolong. Bila aku elakkan ipad tu terus syahdu...

"Abakkkkkkk" 

Sebab ko sebut abak la ko tak dapat. HA HA HA... cube sebut ibuuuuuuuu...abak pun cube la ambik! wink wink....





Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Dia yang sentiasa buat ku teruja

Dah besar anak ibu...

Kamu sentiasa buat ibu teruja tentang kamu. Merakam detik indah dan juga telatah kamu buat ibu sentiasa teruja. Biar pun esok kamu ada adik, ibu harap dapat merakamkan semua detik indah mereka sama seperti ibu buat sekarang.

Itu kita cerita nanti la...Bila amani iman dpt adik.

Banyak sungguh benda yang ingin ibu coretkan. Berjauhan dengan kamu kini buat ibu sentiasa merindui kamu. Bila kamu tido, ibu teringat telatah kamu. Gaya comel kamu. Gelak manja kamu, tangisan mengada kamu Iman.... Sesungguhnya tiada yang indah dr melihat kamu tersenyum.

Kamu dah nakal. Tangan dan kaki tu yang cepat je mencapai dan menendang. Pitching sore ibu pun dah bole tahan. Tapi ibu cube untuk tidak mengunakan kekerasan spt mencubit, memulas telinga, atau menampar. Sebab kamu permata ibu. Nyawa ibu. Bila ibu angkat tangan gaya pukul, kamu buat aksi manja yang buat jantung ibu luluh. Tak pa la, perlahan2, abakkan ada...... Abak bersin pun amani iman dah takutkan? Kih kih kih

Ibu sayang Amani Iman....sayang ibu kekal selamanya....

Saturday, September 8, 2012

7 Sept datang lagi!


Alhamdulilla... di beri kesempatan tuk membut hari tua yang ke 32 tahun... dont care... its just a numberkan?
Bila dah tua2 ni, nak sambut2 ni dah tak kose dah. Even aku bagitahu Zamani tak perlu la kek2 ke apa. More excited tuk birthday Amani Iman jerk. So kalau beli kek banyak2 adalah satu pembaziran. Mungkin kita spend masa anak beranak je dah memadai.

Tapi aku dapat hadiah jugak... dari adik saya Rafidah. Terharu tau sbb dia ni mmg tak pernah miss nak bagi hadiah on my birthday. Thanks sista!

Sebenarnya dia beli beg ni dari Paris. Dia pesan kat kawan dia yang bercuti kat Paris tuk beli beg LongChamp ni. Niat dia nak beli as hadiah birthday this year. Last year dia belikan handbeg RENOMA yang 3 in one tu, ingat tak? Terharu la sbb dalah dia pesan barang kat kawan dia, dia pesan tuk aku. Which i rasa sangat manis.

Kawan dia deliver kat rumah time pose tu. Since time tu aku tengah bengang pasal tempah baju raya mahal bebenorkan?!

)()*(&&&&&(*&*(&*^&*()()

So tulis la kat twitter that cancel nak beli beg raya. Dan dia terus SMS aku cakap tak payah beli sbb she already get something for my birthday. Dia pun tahu akak dia ni kalau pakai barang satu je, selagi tak jahanam selagi tu tak tukarkan? So dia pun bagi!



Long Champ blue color.... So beg ni dah di rasmikan seawal sebulan sebelum birthday! heheheh tq sista!


Dan ni modal tak berbayar.... aku sibuk nak ambik gambar tuk blog dia sibuk kat situ nak menyelongkar! Haizzz

And advance birthday gift yang di sangka is from hubby! Last year Bold 4... this year i teringin nak pakai Apple... ok mesti korang kata aku yang minta2 dengan suami... Sumpah im not that type la.. My bold 4 mmg antara yang aku suke... menepati citarasa yang aku nak. Last year pun aku mmg plan nak beli sendiri. Tapi tahu2 en somi mmg dah belikan.

This year pun mcm tu... ok mungkin dah rezeki kot. Hahah sbb mmg ada cakap kat dia nak belikan Tablet tuk Amani Iman. Sian anak aku tercengang2 tengok anak org lain main tablet. Cuti kat singapore tu, anak2 buah semua advance. Well aku bukan la nak meniru org. Mmg kita kena ukur kemampuan sendiri. Sbb aku tengok Amani Iman pun pandai nak pilih movie sendiri. Pandai gune jari telunjuk dia tuk main game. So i think best opportunity la.

Tapi sayangnya, pengunaan creditku kan dah di cantas2... tak pakai credit card dah... debit card pun cashnya enggak cukup. Nak pakai saving pun rasa tak berbaloi sbb saving tuk emergency. Hahah ko beli ipad?? So apply installment tak lepas. Itu yang memusykilkan aku. So biarkan je la. Tapi penolakkan tu buat aku bengang sebenarnya. Tu tak yah citer la sbb apa. I know sbb apa kena reject.

Bit down la one week tu. So terpikir nak beli jugak... since my two niece baru beli tablet android 4g harga RM 250. So takat nak bagi si Amani ni main2 ok lah... aku suruh Zamani survey dia mati2 tak nak. Lagi bengkak la hati akak... macam2 alasan dia bagi.

So last Wednesday, Zamani berkelakuan agak pelik. Aku call rumah ibu cakap dia dah keluar awal, sampai ke tengah hari tak balik. Than balik rumah dia masuk bilik. Yang bengang dia kunci bilik. Aku dah mula tak sedap hati sbb tak pernah dia kunci bilik. And time tu plak Amani Iman syok naik turun tangga. Dah naik nak turun plak... So buat tak peduli terus turun.

Zamani pun turun jugak. Terus cakap... sori TERKUNCI pintu... masuk la la bilik. Tapi aku ignore je... than naik bilik tuk mandi and solat... but something atas katil...


Terkaku kejap! Ingatkan kotak kosong je... angkat kotak tu mmg ringan! ahahaha campak balik atas katil but beside kotak tu ada macam file merah...darah dah bederau... ni tablet siapa plak ni? Bila amani iman duduk bukak casing tu ( diakan bz bodi), baru aku sedar itu bukan mimpi... hahah terdetik gak... kot yer pun teringin takkan sampai terbayang?? parah aku ni!



aku jerit la panggil Zamani... Dia peluk aku and Amani...

"For both of you happy birthday...." Dan Dan ko! memula niat nak bagi Amani Iman sekali nawaitu pesong terus jadi tamak! hahaha...

Semua video fav Amani Iman dah install and semua application yang aku selalu gune dah install... oh rasa melayang... aku tanya bila dia beli semua... jawapan dia satu

"Nak ke tak nak? Banyak sangat soal tak pa, i ambik balik..." ohhh terus terkaku di situ. Gilo ko tak suke! Kan Amani Iman kan kan kan?

"I nak bagi you esok malam, sekali pikir, kang bagi esok malam ada gak jumaat tu you tak kerja dok belek benda ni. Nak bagi jumaat plak kang bz pulak kot i nak bawak keluar makan ada gak kita semua kelaparan...."

Which is true. Dapat je, malam tu suruh Amani Iman tido awal... hahaha...kul 930 dah tutup lampu tepuk Amani tido... lepas tu mengadap mcm dah tak ada benda nak mengadap. Siap kena sound dengan Zamani

"Rasanya you nak ipad ni tuk you ke Amani Iman?" Hahaha senyum gatal.


Ekceli i need this Ipad tuk hal kerja. My BB link to email kat opis. And yang ini remainder/ calender tuk organize my work schedule. Plus sejak company aku dah pakai internet accounting software ni, aku rasa aku perlu satu. Kalau tak? ahkak cuti, orang opis dok call je....bengkak je hati. Kalau kat umah ada gak laptop dan desktop nak check! Kalau kat luar? celah mana aku nak check figure semua? Kan?

Dan semalam, tak pergi mana pun. Tetiba terasa nak makan buger kedai depan. Abang Zamani beli bukan main lambat lagi. Dekat sejam kot. Tapi sebab dah dapat hadiah kot, lapar pun diam. HAhah rupanya???? So sweet.... ibu and him pakat beli kek jugak for me!


Alooo sweet gak! Lagi elok macam ni, sbb kalau beli kek besar tu silap2 tunggu besday tahun depan pun tak habis. Wakaka...esh tengok kek terpikir kek Amani tak order lagi! Payah aku nak cari kek bintang dan bulan? Kenapa bintang dan bulan? Sbb Amani iman ni teruja tengok bintang dan bulan sbb diakan peminat twinkle twinkle. May be survey ari ni kot... see how. If not kita beli kek angry bird je la dik yer...




  That all my story yesterday.... thank you hubby. Kalau tak ada Ipad pun i still nak ucap terima kasih...for being such wonderful person in my life.... without you......... i tak ada ipad and blackberry im nothing...

And to My Princess Pucuk Kelompang! Ibu love you...

Cik tipah! dan En Seli Mom and Dad.... kerana ibu ayah sampai sekarang Along bernafas di bumi Allah ini. Terima kasih atas doa dan kasih sayang yang tak putus...


Friday, September 7, 2012

Sweet

Thank you kanda. Hadiah yang paling istimewa adalah Zamani,dan both my ZulaikhaS....

Thursday, September 6, 2012

Di usia 32 tahun

Berapa jam lagi saya akan masuk 32 tahun. Besarkan nombor tu? Hua hua hua. Kalau tanya aku apa perasaan aku, well dah tua ni tak pikir pun nak enjoy or mengharapkan apa-apa. Yang penting di kelilingi keluarga sudah menadai. Aku dah siap ckp kat abang zamani tak payah la nak beli kek ke apa. Bazir duit je sbb lagi elok duit tu kita sambut besday amani iman. Hahah biasa mak dia yang terlebih. Kalau dulu aku dok tak faham kenapa mak selalu over anak tu bukan tahu apa2. Sekarang???otak ni ligat nak pikir apa nak buat time besday amani iman. Hello! Bukan aku je ok. Abang zamani pun bole tahan jugak. Anak sorang bole ler yer?

Oklah nak update tu je..

Yang dah bagi hadiah in advance terima kasih la yer😉

Wednesday, September 5, 2012

Berapa hari lagi

Tinggal berapa hari je lagi saya masuk setahun. Biasa la mak yg terlebih happy🙆

Amani update!

Uh... Mengeluh kepenatan. Hahah... Aku perasan amani iman sekarang semakin active. Dia x pandai jalan lagi ye. Aku rasa kalau dia berjalan, mata kena tajam sbb takut ilang.

Ini bukan kompelen. Tp syukur sekurang2nya dia telah masuk ke stage kanak2 yang membesar.

Pandai ckp jerman. Ko ado? Pelik gak mak bapak asal malaysia tp ckp jerman sangat fasih. Tah2 org jerman pun tak faham apa dia ckp. Aku layan je buat2 faham apa dia ckp. Kalau salah paling tak dia tumbuk muke kau. Hahah...

Tp aku perasan sejak balik singapore ari tu, dia jadi keras ati sikit. (Ok itu menurun abak dia punya perangai) selalu dia ok je. May be tgk my twin cozen and abg sepupu dia rayyan, kalau nak satu brg nangis. So dia gune teknik tu. Siap ronta badan ok. Before ni tak plak dia mcm tu. Kat singapore bila bebudak tu nangis nak brg ke apa dia diam tengok je. Tengok tengok sekali balik tiru gaya daaaa.

Since than aku agak letih. Seronok layan tp bila time dia naik angin mmg payah. Amani iman jenis mud ok, dia ok. Tp jgn kasi dia nangis. Mula la tak kena.

Ahad lepas mengada 30 min nangis non stop. Aku dah tak tentu arah. Time tu pukul 7 mlm. Opcos la kan senja2 x baik tido. Habis dah ku bg dia mkn ubat batuk selsema. Mimpi ngeri kot nangis tak henti. Sampai lembek2 badan dia.

Pastu mud ke laut. Abak je pandai pujuk dia. Yerlah abak ada iphone. Bole ar! Hahah tunggu ibu kump duit beli ipad. Jaangan kau panggil ibu kalau aku x dapt pujuk kau! Wakka... Yer la kita tunggu ipad jatuh dari langit.

Mmg menguji kesabaran aku dan zamani. Kitaorg mana leh tgk budak buat perangai ni! Kena anak sendiri kang marah silap2 sampai subuh esok nangis tak henti. So what ever dia tunjuk kita bagi. Siap dia ketuk bb aku kat kepala katil pun aku senyum je dlm geram. Nasib baik casing BB aku tebal. Kalau x??? Pakai 3310 la aku.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, September 1, 2012

WATER WATER



Syok je berenang....





Always love the water....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Renang.....

Cerita dah lama gila....org gila pun takkan ingat cerita ni... hahaha...

Sebelum puasa....

Sebelum abang Zamani operate... yakni sblm doktor bagitahu pun pasal sakit dia... gila lama...

Amani iman baru 10 bulan awal kot...

Biasalah... aku mmg teruja sikit. Tengok FB kawan2 bawak anak berenang, akak pun teruja sama. Lagi la tengok anak angkasawan kita BELLA tu berenang siap posing dalam air... haisemen!!! akak teruja nak kenalkan amani iman mandi dalam pool.

Tapi as a mother yang paranoid! Always paranoid! Takut la jugak... antara yang paling di takuti!!! "Amani Iman akan sakit tak?" Jadi akak gigih beli baju mandi anak... mmg comei2 baju mandi. Ada bikini yang tak tahan tu... tapi pikir balik sok sejuk anak akak... so tak boleh. Bukan sbb seksi comei ke apa. Sbb sejuk. Takut budak selsema. Itu yang paling paling paling aku takut. Anyway premature baby kena selalu hati2. Sbb diorg mudah sangat di jangkitan kuman2. Lagilah dia bukan BF kan? So lagi senang la terdedah pada penyakit.

Kita ke kolam umah mak ngah Pidah je la....

Amani ok dengan air. Even suke berendam mak cik ni. 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

'Jinak'kan dia dengan air... nampak ok... cume time ni dia mengigil sejuk.... abang Zamani korang la ni! Aku cakap masuk dalam air terus sbb dia sejuk kalau separuh2 ni. Alhamdulilla dia suke... tak la nangis....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Than kita dudukkan dia dalam air....

And the fun begin!!!!

 Free Image Hosting at www.ImageShack.us

 warm up dulu.... Amani kalau dengan abaknya ok sesajo!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Moh abak! moh!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Alhamdulilla tak plak dia takut dengan air... happy je main2 air...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok done! Heheheh.... nak mandi lagi tapi cukup la...

TIPS :-

  1. Jangan paksa anak kalau dia tak nak mandi sbb kalau kita paksa dia akan fobia dengan air sampai bebila.... (this what happen to amani iman... time tu dia 5 bulan, kami paksa dia mandi air sungai... bunyi air pun dia takut ok!)
  2. Slowly dekatkan dia dengan air... make them sendiri nak masuk air... bukan mak apak yer... mulakan dengan rendam kaki... tangan.... slowly kita masuk dulu than baru di ikuti dengan anak
  3. Hanya 10 min yer... max 30 min sahaja... sbb anak ko akan selsema nanti....itu yang terjadi... bebudak selalu lepas swimming diorg akan demam la... selsema... so pikir kesihatan anak dan bukan keselesaan mak bapak dan duit kita (some parents bayar mahal2 macam sunway lagoon la apa tukan? Mentang2 bole satu hari, so ko rendamkan anak ko satu hari...) Sbb tu la kalau family cakap nak gi sunway lagoon ke, waterworld ke apa, aku dengan zamani ada sikit berat... sbb kita tahu bila kita bayar mahal2, agak rugi kalau anak tak mandi sama semua. So buat masa ni, kita gi tempat2 yang FOC seperti rumah mak ngah fidah! wakakaka. Budak kalau dah sakit, mak bapak juga sengsara. Betul tak?
Tapikannnnn abang Zamani cakap Amani Iman kalau dah 3 tahun dia nak masukkan kelas swimming.... erm cam no??? tengok la yer sbb Amani Iman ni ada gak asthma. 

So tengok progress dulu. Sbb saya bukan doktor. Tapi sesetengah doktor atau artikel cakap, swimming lagi elaok tuk mereka yang asthma ni sbb helps or train diorg bernafas. Tapi akak tak berani nak buat experiment ni... lain budak lain lakan? 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails