Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, April 6, 2012

Happy besday tuk abak kita



Besar mata anak aku... di tangan Zamani dia mengantuk. Bila ckp besday je dia segar bugar.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Selamat Hari jadi Abak



Nak cerita pasal semalam... aku rasa tak leh nak pending lagi cerita ni... so KERJA! wait yah... bagi aku masa tuk coretkan satu kejadian yang aku rasa nak coret di sini.

Dari awal bulan april, aku selalu berbual dengan Amani Iman...

"Hari jadi abak jumaat ni la... ibu tak buat apa pun tuk abak... nak buat apa ye?"

Amani tak respond. Gila ko! takkan dia bagi idea nak sambut besday bapak dia. Tapi tiap hari la aku nanyi lagu happy besday kat dia. Diakan suke lagu2 ni... so semalam! aku mmg tak dapat nak plan tuk abang zamani sbb amani iman tak sihat. Dan otak tetiba blur. Aku pun tak sihat plus kerja opis yang melambak, tak ada masa nak survey apa-apa dalam internet.

So semalam balik kerja awal singgah beli kek sepotong tuk Zamani. Sambut pukul 12 malam. So macam biasa, aku berbual dengan Amani Iman

"Esok besday abak... kita nyayi lagu besday... malam ni Amani tido lambat la... pukul 12 malam kita bagi suprise kat abak ok???" Dia biasalah sengeh2 je...

Aku tak tahu la sama ada Amani Iman faham atau tak... tapi tak pernah dia tak tido ok! Time tido dia pukul 9 malam... paling lewat 1030. Lebih dari tu mmg dia tido dah. Tapi semalam, mmg dia tak tido. Tak meragam pun. Suke ati mak! Cume pukul 9 tu dia lelap sbb sedap kena hayun kat rocking abang rayyan... hahaha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Adalah terlelap 10 minit... pastu mata segar bugar... dia pun layan tengok cerita korea... sambil2 tu aku bisik kat telinga dia...

"2 jam lagi la adik! tunggu eh...." Dia pandang faham je...tapi aku kesian kat dia jugak... paksa anak plakkan?

"Ok kalau adik nak tido, adik tido la..." Tapi dia tak tido... main2... tukar lampin dan baju tido seta bagi makan ubat  still tak tido jugak. Mulut bukan main ringan sangat. Pukul 11 malam aku bawak naik barang2 amani iman dan jugak kek yang aku beli petang tadi. Kah kah kah... gue mandi2... letak kek kat bilik sebelah. Takut kantoi. Sajer suruh abang Zamani korang jaga amani. Lepas aku mandi, zamani bawak amani naik...

"Bagi dia tido la... dah mengantuk dah kot..." Terus letak atas katil. Mana ada mengantuk? besar je mata dia. 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mata besar macam ni tido apa??? Tuhan je tahu... dia macam faham la! Terus gelak2 dengan aku... time tu dah 11.40 malam dah...

"Adik nak sambut besday abak ke?" Dia senyum2... pandang pintu.... tunggu abak kot...

Aku buntu! Apa seh nak buat? nak panggil zamani naik atas. Kang panggil naik kantoi plak... kan 2 tahun berturut si Zamani mesti dapat agakkan?

"adik nangis!" Ya Allah... mmg aku rasa Amani Iman faham... dia merenggek... air mata tak kuar... tapi tak kuat la... aku siap bukak pintu bagi Zamani dengar... suara amani lagi kuat bila aku mula jalan kat pintu. Sambil buat isyarat... KUAT lagi....

Tapi aku rasa dia penat kot. Tone suara dia makin rendah bila dia nampak lilin menyala... hahaha... mana leh jadi... terus jerit

"B! Ayang nak masuk toilet.... tengok Amani!" Terus dapatkan amani... hahahah dengar tapak kaki naik tangga! yessazzzzaaa

Abak masuk bilik....

"HAPPY BEDAY!!!!"

Terharu abang Zamani... muke blur... Amani iman ternanga... nampak abak ofcoz la xcitedkan!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

See mana ada nangis... masih pelik... inikah happy besday yang ibu cakap tu???? Aku sempat ambik video tau... kalau boleh aku upload kat sini... suke sangat. Amani Iman betul macam faham ko!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Pelik kot... selama ni tengok banyak lilin... ni satu je lilin. Kek pun ciput... alaaa ibu buget la sayang... beli kek beso beso tak habis. Beli macam tu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

Lepas je sambut. Zamani tutup lampu, Amani terus ZzzzzZZZzzzz....tak memerlukan ibu dia tuk tepuk! Sangat pelikkan? betul mengantuk. Sumbat puting, dia pusing dah tak gerak2 dah... hehehe...

Apa pun aku happy... dapat jugak la sambut besday abak with amani iman... aku siap cakap kat Amani...

"besday ibu pun amani buat macam ni tau... plan dengan abak... " hahahah NAK JUGAK!!!!

Apa pun... kali ni mmg tak plan apa-apa... may be makan kat luar sekeluarga je kot... janji ado yer... hehehe... 


 Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Happy Besday Hubby

Happy besday Hubby!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

This picture  di ambil tahun 2009 sewaktu kami masih tunang... its on his 33th besday.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

Ini plak first time sambut besday as husband. Time kerjakan, masing2 tak boleh nak cuti maka ku hantar ler kek ke opis dia...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Besday yang ke 35 lagi la... ingat sampai mati... time tu mengandungkan Amani Iman. Boleh time nak sambut hari kejadian aku sakit. Demam, dengan batuk. So tak sambut pun. Sian dia, tapi masih lagi sempat hantar kek kat opis dia. Tak pa la biar dia sambut dengan kawan2 dia kat opis. 

Kalau korang yang setia dengan blog aku, siapa ingat beday abang Zamani yang ke 33 tahun? time baru bercinta. Lawak nak mati. Sampai sekarang kalau lalu kat BP klang, mesti abang Zamani re- call cakap 

"Ingat tak tempat ni???" 

Aku takkkan lupa dan takkan bosan nak cerita. Lawak jugak sbb malam besday dia, aku nak suprisekan dia, sekali diri sendiri kantoi bila dia nak jumpa aku... ingat nak jumpa kat umah dia. Dah plan elok2 dah... dan pestime mak sentap!!!! sbb dia tuduh aku ada JANTAN lain.... tak ada JANTAN lain selain arwah atuk ku tau! wakakak...

"You ni asal dari pagi mengelak jumpa i ni??? Kalau dah ada JANTAN lain cakap je. Apa yang susah sangat nak jumpa!" Nasib baik besday ko! kalau tak aku dah cili mulut ko! Tau tak betapa susahnya aku buat semua ni tuk ko! Chewah emo....

Jangan benarkan saya cerita kisah lama... susah nak berhenti!

I bit frust! This year aku tak dapat nak suprisekan dia. Tak plan macam tahun2 lepas... erm mungkin kah sbb dah kawin dan ada anak? Well Amani Iman pun tak sihat. Aku dok pikir jugak nak buat apa. Tapi tah, pestime otak kosong nak buat suprise kat somi sendiri... im sorry baby!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 
Ok ni bapak Amani Iman.... dah rupa abang umar qayyum dehhhhh! looking at this pic, ada sipi2 muke amani iman... cume Amani Iman independent sbb dia pegang puting sendiri... omak dia belum terpikir nak buat rantai mcm tu... gah gah gah!

To my beloved husband... the one and only!

I love you....

Tak dapat nak ku gambarkan how much i love you... kamu bukan menjadi sebahagian ku tapi dah menjadi dalam satu... without you, im nothing. Ada kalanya geram dengan perangai abang zamani, yang selalu purak2 and blur2 tuk mengelak dari buat kerja...  tapi aku tahu dia suami yang baik dan ayah yang baik.

Seorg lelaki yang tak pernah nak stresskan bininya. Tipu la kalau tak pernah. If ada pun pikir balik ada sbb kenapa dia buat semua tu... so boleh di maafkan. I know he trying so hard to make me smile, to make me happy. Tapi tiada apa yang sempurna dalam hidup ini. Buruk ke, malas ke, dia tak pernah nak stresskan aku... so far la... tapi hati org jangan di dugakan?

Bila Amani Iman ada, lagi la nampak tanggungjawab dia pada kami makin menebal. Dari mula Amani Iman bernafas di dunia ini, dia sangat sangat cintakan Amani Iman... and me jatuh nombor dua... tanpa dia, tanpa kesabaran dan tanpa sokongan dia, Amani mungkin tak ada...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

First pic taken, balik dari hospital. Kinda like this picture... Amani Iman yang mcm dah bau bapak dia... BAU BAPAK dia yer... bukan bonda dia... SENTAP! Tapi tak pa... sentap aku pun... aku suke... ahhahah gedik kata sentap!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

My Amani and My Zamani

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

Sayang seorg abak... korang pun tahu kan...macammana rasanya. Tengok adik2 kawin dulu, ada anak, kami ni gigit jari je bila dapat tahu adik2 ada anak. So mungkin kami over acting sometime, paste pic sem

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Balik kerja dia uruskan Amani Iman... terjah dulu anak dara dia....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tak pernah berengang dengan Amani Iman.... Amani Iman menjadi tempat pertama di hatinya...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Amani yang sentiasa tahu abak sentiasa ada untuknya....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us 
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us




Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 
Mereka adalah segalanya bagi ku.... Aku dengan ayah aku sangat sangat jauh beza. Kami tak serapat mana pun. Ibu menjadi org tengah antara kami sejak dari dulu lagi. Nak beli barang sekolah ke apa ke, tak berani nak minta ayah. Harap Amani dan Zamani menjadi rapat. Org kata anak bapakkan? I want him to be with amani, susah mau pun senang. Aku nak Zamani ada when Amani sakit, aku nak Zamani ada bila hari sekolah Amani. Hari sukan Amani, hari report card Amani... attend semua activiti2 yang melibatkan Amani. Aku mu dia menjadi anak yang lebih bertanggungjawab, penyayang....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Selamat Hari Jadi Abak.... terima kasih sbb kamu la yang terbaik. Me, Aryssa and Amani Iman akan sentiasa berdoa, semoga Abak sentiasa bersama kami selamanya. Di hati ibu, di hati Aryssa dan di hati Amani Iman...

Abak yang sentiasa mau kami gembira... begitu juga kami... kami ingin abak sentiasa gembira. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki abak... you the best! And i know u have been wonderful son, brother, father, and husband....

Ibu rindu abak selalu...

Amani sayang abak selalu....

Aryssa mendoakan abak selalu ....

Besday wish dah macam selamat hari bapa....hahahh apa pun ni tahun pertama dia sambut besday dengan anak diakan? Sori yer abak, ibu tak ada masa la nak plan beday abak... kita kuar makan anak beranak la yer... hehehe

 Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails