Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, June 15, 2013

Suntikan Pneumococcal

Hye... Assalamualaikum kengkawan....

Syukur... rasa lega bila Amani Iman dah dapat suntikan Pneumococcal. Ahad lepas pagi2 lagi aku dah bangun. Buat sarapan sementara Raja dan Puteri kecik sedang beradu.

Pagi tu buat kuehtiaw goreng je untuk Zamani dan family. Tuk amani iman goreng sosej dan jugak kentang. Amani minah kentang!!!! punya banyak dia makan. Sebenarnya sekarang ni dah jarang sangat masak... jarang jugak buat kerja rumah. Sejak kerja Shah Alam, padahal co-pilot je, tapi badan letih. Uh kerja kat tempat baru cabarannya satu je, otak keep generate figure, tarikh dan selesaikan masalah. So lepas 530 tu mmg penat sangat. So nak masak mmg tak ada masa. Asik beli... sumpah kembang tekak tapi apa pilihan yang ada.

Mak aku nak masak tapi sampai dia malas nak masak sbb anak menantu dan cucu tak nak makan. So selalu je membazir. So pagi tu aku tahu, kalau pergi awal pagi, balik mesti kelaparan. Jadi lepas buat sarapan, masak tuk tengahari sekali. At least balik je terus makan.

Sarapan kami pagi Ahad.
 Malas gila nak mesin cili... hahah beli yang segera. Minta halal la... memula mmg tak tahu nak gune yang segera ni, sbb masamkan? Si bodo ni lak kalau masak, cili dah masam pi bubuh lagi air asam... ha! sendiri pikir jadi apa yer. Masak  kuehtiaw goreng mmg aku letak cuke. Ni resepi MIL la... dia letak tatak letak la... kata ikut resepikan?

Kalau dah letak asam, tak yah la letak asam... letak la air... choiiiii! 4 tahun kawin baru dapat equation tu???

Yer saya bukan master chef kengkawan. Cik gu tak ajar. So selalu gigih rendam cili kering and bland... samdol!

Sambal Tumis Udang
Udang kat Tesco murah... sekilo RM 19... baru plak tu! ambik je la... nampak segar la... compare the nite before aku nak beli ya Ampunnnnn macam udang hancur dan berbau... walaupun aku tak tahu nak pilih barang basah, tak la sebodo tu nak ambikkan?  Jadi bila kebetulan ada, terus je beli. Teringin nak makan sambal tumis udang.

Sup untuk Amani iman


Ingat nak goreng sayur tapi kesian pulak dengan anak saya yang tak makan apa-apa tu... kicap mmg dia tak suke... nak suppppppppp je.... apa jenis sup pun tak pa. Yang dia suke makaroni sup. Macam abak dia jugak...

Eh tajuk suntikan Pneumococal... hahah selalu pencong tajukkan aku. Ok aku syukur la bila dah dapat buat suntikan ni. Mana taknya mak yang suke pikir bukan2 macam aku ni mmg tak tenang nak tido. Lepas masak terus je ke UMRA sbb kat situ je murah. Hahaha jahatkan aku. Of coz aku pergi Pead bukan doktor biasa.

Doktor bagi amani iman vaksin PCV13, kalau ko google vasin ni mmg sesuai tuk kanak2 yang berumur 5 tahun ke bawah. Doktor adalah tanya mana aku tahu pasal penyakit ni, aku cakap suggested by friend. Doktor tu tanya lagi siapa yang jaga amani, aku cakap mak bapak aku, dia senyum...

'Kalau duduk rumah, tak pa... tak ambik pun tak pa puan, yang takut kalau duduk nursery je.' Eh eh doktor ni...  anak aku bukan duduk rumah 24 hours. Tak baca risalah ke? Tuk budak yang antibodi sangat lemah pun di sarankan tuk ambik... senang pulak dia cakap tak yah ambik?

So dia terangkan. Bagi baby yang usia 6 bulan ke bawah. 4 dose di perlukan. Means 4 kali injection. Kalau budak dah 6 bulan ke atas, maknaya kena ambik 3 dose. Dan amani sebab dah tua! Baby tua tu, kena ambik 2 dose. So dose ke dua kena ambik dua bulan lepas dose pertama iaitu Ogos nanti.

Senang ati! Sbb aku dengan Zamani plan nak gi bercuti kat PD gedik ikut mak cik dan pak cik aku bercuti kat PD 28 ni... so sbb cuti ni aku dok risau. Yerlah nak gi mandikan... cuaca sekarang pun panas!!!! bila terik panas, budak senang dapat penyakit. Tak pa biar kita pikir yang buruk dulu. Jangan suke2 last2 macam2 timbul masalah. So tu nanti la... kalau cuaca elok, mengizinkan boleh la lepaskan anak mandi... kalau tak, kita duduk dalam bilik otel je... ho ho ho. Lagi pun Amani tak penah pun bawak bercuti. Abak dia cakap kalau anak dah jalan nak bawak sana sini, anak dah jalan senyapppp je...

Omak dia jugak kena buat plan semua. haiz....

Than raya nak balik utara... kita org tua ok la... budak2? Dia penat pun kita tak tahu. Syok la bawak kendong anak, dia sakit ke apa. Bukan la minta tapi buat tindakkan pencegahan awal. Kalau dah kena mmg tak bole buat apa la,kan. Tapi sekurang2nya kita tak la sesal kalau apa jadi. Macam aku, aku tahu amani iman macammana. Tahap kesihatan dia macam mak dia jugak. Cepat letih, cepat la sakit. Hahah manjakan?

Erm... bila dah inject tu betul2 lega... ok layan keek amani la... aku tak ambik gambar pun. Korang tahu je la, amani kalau jumpa doktor dah macam kena pukul. Meraung kuat2. Doktor pegang pun tak. Tapi dia memula nak jumpa doktor bukan main happy jalan sana sini. Dah nama kena panggil, terus je buat drama! Samapi nak dengar penerangan doktor pun payah.





Berjalan sana sini, sampai minta org sebelah tu biskut... adoi anak siapa ni? abak dia bole biarkan. Tarik ler tangan anak tu. Biasa sampai tua esok kecek barang org.




Bukan main lagi baca magazine... aku takut dia koyakkan majalah tu. Tapi so far amani tak tahu nak koyakkan buku. Terkoyak sbb selak kuat tu adalah. Tapi tu pun dia takut lepas tu... hahah mak diakan garang.... uhuhu....

Oh korang nak tahu harge tak?

Injection RM 180 dan consultation RM 35 so terbang RM 215 hari tu... tapi tak pa, anak punya pasal. Niat ati nak beli handbeg bulan ni cancel!!!!! ho ho... pakai beg plastik je la... beg gak kan?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails