Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, February 8, 2012

Makan Time pantang

Layak ke aku nak cerita pasal pantang ni? hahaha... tapi aku telah di paksa oleh seseorg pasal makanan dalam pantang sbb dia jeles mak mertua dia tak leh nak jaga mcm my mother in law jaga. Ekcelikan aku ni dalam pantang berat turun 10kg... dari 70kg turun ke 60kg. So bukan salah pantang tapi lepas pantang, aku PANTANG tengok makanan... bedal selagi boleh. Anyway kalau dah c-sec ni macam2 la masalahnya... (salahkan c-sec). Mengembang je perut!

Makan ubat pun skip2... sapu ubat kat badan plak banyak masalah kulit. Panas sangat sampai kulit gatal2. So stop. Bengkung beli sampai RM 200 sayang tau! Pasal kulit sensitipkan maka tak leh nak pakai sangat, bila pakai habis merah2. Ingat dalam pantang je, lepas pantang pakai jugak... erm mula aku terkeruk mcm beruk!

Tapi benda dah lepas tak yah la nak cerita... tapi kalau ko tanya luka ke, bekas jahitan ke, alhamdulilla sangat sangat... TQ mak! mmg baik.

Ok to my cozen sista... ekau dah 37 week... bingit sbb aku tak post lagi entry ni apa yang dia kena makan apa yang dia tak leh makan...

Ok seingat aku, selama sebulan aku makan semua ikan. Tak ada daging tak ada ayam. Sayur pun lauk rebusan, sawi rasanya... erk ke bayam???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Benda ni tuk pulihkan luka. Baru aku tahu dia bagi betul2 6 botol supaya habiskan 6 botol, jangan kau nak tambah lak sedozen lagi. Sbb luka akan melekat? (something like that) So ambik 6 botol seminggu. Minum la tiap hari. Caranya panaskan botol tu, minum. Rasanya macam ko minum air lumut. Wekkkk!

Dan ada yang ginseng pun jangan beli. Sbb tu lagi kuat. Kalau dengar penerangan aku ni mesti korang kata bagus la... luka baik. Tapi bila luka TERLALU elok pun tak elok sbb ada keskan bila anak kedua kesan c-sec yang pertama tu payah nak operate? Ha gitu la aku dengar. Tak tahu la. Yang penting tak elok!

So first week, haro pertama je mak dah masakkan sup haruan. Sedapppp. Walaupun aku tak suke ikan haruan tu!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Helo!

Hahah , scraykan tengok muke dak haruan ni! Khimat acik google!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni la kot rupa ikan haruan. Ni buat sup haruan, lada itam kena banyak! Eshhh terbayang sup tu. Mmg sedap. Aku makan sikit punya laju. Lepas my mother in law kata sup haruan... terkulat la ko menelan di situ. But not bad la! sedap! Mungkin MIL masak sedap kot. Tu yang laju je!

Than hati masak kicap. Pun lebihkan lada itam yang besar2 tu... terkial2 juga la aku makan. Org pantang TAK BOLE letak santan ye....itu yang aku ingat la....

Lepas tu akak urut yang urut aku tu, dia bagi tahu jugak, ikan bilis goreng dengan bawang puteh dan halia. My mil tak pernah buat tuk aku... hahaha... tu rasa kalau macam malas la. Seingat aku, goreng ikan bilis, hiris bawang puteh (panjang2) bukan lebar2 tau. Dengan halia. Goreng sekali. Makan nasik puteh.

Tapi bawang puteh tu sedap jugak. Sbb MIL pernah goreng ikan bawal puteh dengan tepung pastu letak lada itam, and rasanya ada hirisan bawang puteh dan halia kot... makan dengan nasi puteh.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ikan bawal puteh je yer... yang itam tak boleh makan sbb di katakan berbisa. Siap la ko tergaru2 gatal dan luka lambat baik. Aku tak berani sbb anak sulung aku main makan je. Ambik gatal kat bahagian bawah yang teramat sangat. Bukan gatal biasa ok yang bahagian dalam tu, Ya Allah berdenyut2 ko! So lepas2 tu mmg tak berani!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan ikan merah.

For me, mak mertua aku beli semua ikan2 mahal. Tiap2 hari selama sebulan. Some time di sulam dengan hati masak kicap, ikan masin yang paling hevennnnn! Ikan masin ikan haruan. Tapi sbb time tu aku kena gatal2. Doktor suruh aku berhenti makan. Mmg best. Ikan masin goreng, than mak campur dengan bawang goreng... OMG! mmg sedap!

Masak la singang. Or org Singapore kata lauk pindang. Ha Zy minta resepi kat nenek aku. Hahah... tanya aku resepi idok la teman tahu. Rasanya bawang, bawang puteh, halia, letak lada itam lebih dan lada merah tu kot, than tumis, letak air asam. Heheh betul ke tak resepi aku tu? Seingat aku tu la. Tapi lauk singang mak mertua aku buat tahhhh pedas la... mmg sedap hirup2 mcm tu.

Ermmm sea food selain ikan semua di haramkan makan. Tak elok kalau BF baby. Expecially ko makan udang, ketam. Lagi pun benda2 tukan tak elok. Gatal2 jugak. Kang luka tak baik lak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ikan cencaru sila JANGAN AMBIL... sangat berbisa!

Tanya resepi tuk pantang aku tak tahu sangat. Tapi tuk org berpantang, nasi jangan tambah ye. Ambil sikit. Makan tak boleh lewat. Macam aku, pagi akan minum pagi. Yang gila kopi sila la minum kopi. Baby dah kuar dr perutkan? Tak yah susah2. Paling tak anak ko jaga malam. Heheh pekena kopi ko minum sbb anak BF... hahaha...

Than genap sebulan, baru nampak ayam... hahah gilakan? tapi mak masak sup2 je.

Daging? Lepas 100 hari yer... sbb di kuatiri luka kat perut ko nanti ada lebihan daging. Kui kui kui... macam ko operatekan? setengah org akan nampak daging timbulkan kat bahagian tu? kata mak sbb makan daging. Tak tahu la, mungkin setengah org macam gitu ke apa aku tak sure. Tapi pantang kalau kita ikut tak salah pun.

Macam aku, bekas operation aku hanya line bersih. So far tak rasa daging timbul ke apa. Perut pun ok... alhamdulilla tanda2 bekas mengandung pun tak nampak...

Kalau tahu nasik ulam lagi bagus. Mmg makan benda tu pun ok.

Erm tu je aku ingat la. Yang lain idok la ku ingat. Yang penting kalau risau sangat masak je singgang 30 hari... hua hua hua... terjelir la lidah ko makan 30 hari lauk yang sama... kui kui kui...

Ohhh ikan masin makan dengan sambal belacan plus nasi panas2... perhhhh sedap ni... tapi itu bukan makan org pantang yer... hua hua hua

Oh ambik oren sunkis tu, makan tuk lawas berak. Mmg payah ko! Aku kurang air. Makan la cepat ko melabur... hahaha... itu sahaja... sekian!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails