Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, July 21, 2011

jom kongsi

Ok malas nak buat entry cun2... janji msg sampai kat korang udah. Oooo sangat seram ok. Tapi sama2 la kita berjaga-jaga.

Terbaca entry dr blog ni

Terjadi pada seorang wanita yang kehilangan beg tangan kerana kecurian dalam satu tempat kejadian. Beg tangannya itu yang mengandungi bimbit, kad kredit, dompet, dan sebagainya telah digunakan oleh pencuri itu untuk tujuan lain pulak.

Kira-kira 20 minit kemudian, apabila dia menghubungi suaminya dari sebuah telefon memberitahunya apa yang telah berlaku, suami beliau berkata, "Saya baru sahaja menerima SMS anda bertanya tentang nombor pin kami dan saya telah menjawab sebentar lalu."

Apabila mereka bergegas turun ke bank, kakitangan bank itu memaklumkan kepada mereka kesemua wang tersebut telah dikeluarkan dari mesin ATM.

Pencuri itu sebenarnya telah menggunakan telefon bimbit yang dicuri menghantar SMSpada nama "hubby" dalam senarai nama telefom bimbit itu dan menyamar untuk dapatkan nombor pin. Dan seterusnya, beliau telah
cash-out kan semua wang dari akaun bank.

Scarykan?? Dah la aku dengan Zamani berkongsi pin atau apa sahaja pasword ... ha jangan korang culik laki aku atau aku sudah yer... hahaha... Opsss terbagi tahu lak... kantoi sudah. Anyway bank kami pun bukan la ada duit sangat. Sbb saving paling selamat kat ASB nunnnn... Siap nak cop jari bagai kalau nak withdraw duit. Card pun tak ada. Cume mana la tahukan? RM 100 pun duit jugak.

Oklah abang Jamani... kalau nak apa-apa jangan sms... kita calling2 je... selamat!!!!!

Mari kita emo sama2

Apa korang rasa kalau suami korang curang?

Curang tapi tak kawin tak pa... tak pa ke??? mana lehhhhh

Ni jenis kawin. Pastu yang dia kawin kawan baik kau... gila gila gila gila baik nih. Susah senang kau sanggup bergadai tuk kawan ko yang satu tu. Sampai solat doa supaya kawan tu panjang umur murah rezeki. Anak org tu ko jaga...

Arrgggg sedih...

Bukan cerita pasal abang Zamani... tak mo tak mo macam tu.... ni gara2 tengok Annissa. Tak ikut sangat pun. Sorg pun dalam cerita tu aku tak minah. Tapi biasalah ari rabu, khamis cerita apa la ko nak layan? Itu pun tengok kadang2 tak tengok. Tapi mcm syok jugak. Bila nak habis2 ni seronok la tengokkan?

Kadang2 aku teremo sama. Abang Zamani kuat menyakat. Sometime aku pun tak tahu dia pihakkan siapa? Aku dah tentu si Fiza Elite tukan. Sadis ko kena tipu dengan suami bulat2. Sadis ko kena main kayu tiga dengan suami hanya sbb tak ada zuriat. Ini yang emo kalau bab2 zuriat ni. Boleh lak dia kata dia mandul. Tak leh mengandung. Bila dia suruh laki dia kawin lain. Bukan main tak nak. Of coz la syarat lepaskan dia. But still... sometime aku terpikir. Kau sayang bini kau tapi sanggup kawin lain tuk anak. Adakah itu maknanya dia tak boleh nak menerima kelemahan isteri yang tak boleh bagi zuriat kat dia? Than cari je perempuan lainkan?

Bak kata abang Zamani

"Dia sayang isteri dia... tapi dia nak jugak zuriat dia sendiri"

Mmg la... ada ke bini tu halang tuk dia dapat zuriat dia sendiri? Dia cume minta lepas. See perempuan ni sanggup nak bagi kebahagian kat suami tu kan kan kan? Cume tak nak diri sakit ati, tapi kenapa? Why why why??

Abang Zamani cakap "Dah itu director yang suruh... jalan cerita dia gitu..." Cis! itu bukan jawapannya! Tak leh terima! yang menyakitkan ati bila kawan2 sendiri tikam belakang

Balqiss yang dia paling paling paling paling sayang. Percaya! Plus bila dia tahu Balqiss tu mengandung dia beli barang2 baby tuk kawan dia tu. Kasi duduk umah dia. Jaga dia end up??? Sanggupkan?? Dia yang kawin dengan suami kawan baik dia sendiri...

Ni buat tak nak ada kawan baik nih... wakakaka... alaaaa apa ada kat abang Jamani korang tu,kan? Jangannnnnnnn.... dia mungkin tak kaya duit tapi susah nak dapat lelaki mcm abang Zamani tu. Tapikan... tengok lakonan Farid tu, penyayang jugak. Romentik jugak! TAPI!!!!

Than shiela kawan dia tikam dia dengan nak songlap duit syarikat.

Siapa sorang lagi??? Lakonan Aida Aris... tu pun aku consider tikam belakang sbb tahu Balqiss kawin dengan Farid lagi buat muke?

Nak aku belasah je kalau aku jadi perempuan tu! Heheh emo kan kan kan?

Aku rasa aku gila tabit spring la pada suami2 yang tak kisah ada anak ke tak ni... sbb itu yang baik! Menerima kekurangan pasangan. Sanggup ambik anak angkat walaupun tahu kemampuan diri boleh pasang 2,3, mahupun 4. Mmg la payung mas menanti... tapi kita manusiakan. Tak banyak sikit pun terasa.

Dan ketahui la...

Bukan mudah nak berpoligami yer. Kena adil dan saksama. Setitik air mata isteri mengalir oleh kerana di sakiti oleh suami, suami sila tanggung yer. Dont play2... macam aku cakap, manusiakan? Izin macammana pun, terima macam mana pun, kalau sorg hati isteri terluka maka tangggungla. Jangan la bab kawin semua nak ikut sunnah Nabi. Ini yang mak mertua aku cerita la...lega hati dennn dengar time berbual dengan my MIL pasal pasang dua tiga ni. Sbb akukan cepat sentap... hahah mau aku tiap2 hari sentap. Bergunung la dosa hang abang Jamani... wakakak *gelak Syaiton*

Tak suke tak suke la pasal poligami, origami, monogami...emosi akak terlebih2 terganggu jiwa ni. Bukan apa pun, sbb kita dok cakap je. Takut kena batang idung sendiri mmg tak leh nak kata apakan? Pada siapa la nak mengadu... ngeh ngeh ngeh.

He he... itu je nak cerita... ok dah habis emo dah...

Sedap plak nama Annissa tu...lemak berkerim di sukai ramai... uhuhuhu

Selamat Pagi

Minggu ni boleh pengsan di buatnya!

Tetiba je kan kereta incik rusli rosak...kena repair. Kalau tak ok kena over haul yang akan ambik masa selama seminggu... nangis!

Sbb??? Akak nak gi kerja naik apa??? WKD akak?? Heheh road tax insurance mati. Sejak incik Seli duduk Klang balikkkan, akakkan jadi anak kesayangan yang di manja2. Sampai pergi and balik kerja mak ayah ambik. Sekarang??? Hambik!

Semalam bertegang urat dengan Zamani. Dia nak bawak WKD. Tawakal. Suruh aku bawak kereta dia WTY. Eshhh tahu je la kepala batu abang Zamani korang tukan? Akak mu lak nak jadi isteri yang soleha. Tapi sbb geram ku ketat muke. Tanya sepatah, aku jawab suku jer... hahaha...

Sbbnya??? Aku nak anto dia gi kerja. Balik kang aku ambik la. Nak naik teksi tak bagi. Nak bawak kereta tak bagi, habis tu??? sehari leh la minta cuti. Seminggu??? Matik aku. Ni pun semalam bagitahu opis mungkin ambik emergency leave. Tapi nikan dah 21 haribulan. Aku tak buat salary lagi. Isnin sure semua cari aku minta gaji kalau aku tak masukkan? Plus aku masih training assistant aku buat salary... minah tu for 2 month ni dia oklah. Kalau sok aku tak ado, boleh ke dia buat? Susah tau... bukan mudah. Aku yang handle payroll 5 tahun ni pun rasa nak ludah2 je!!! Budak Carmen tu pun mengadu kata susah... ayat aku senang je

"Susah senang kena belajar. Sok you sendiri tak dapat salary" Wakakak. Ini yang best sbb gaji kita di dahulukan? Lalalala...banyak nak pakai duit bulan ni... nak pose lagi.

So balik pada cerita, haruslah aku gi kerja. Dah la esok ada MGT ker MTG? Hua hua hua... mana lak aku nak dapat kereta? Sudahnya mengalah. Kena idupkan road tax jugak. Gila abang Zamani korang nak bawak gi kerja? Tengah jam2 tu kot nampak abang Polis???Dah tu bocor plak kereta tu... hangin aku... kenapa la time nak pakai banyak duit ni banyak yang rosak??

Sedapkan ati....

Tak pa... ni zakat yang ko kena bayar! Padan muke ada duit tak nak bersedekah... Allah ambik cara lain ler.Betul tak? Insap jap. Tak yah bunyik banyak.

So gelabah la cari no phone agent isurance. Nasib baik road tax kereta aku RM 300 jer. Maklumlah kereta lama... diam tak diam 9 tahun dah usia boiperen aku tu. Jangan ada saman sudah la yer... akak tak larat deeee nak bayo. Ari tu tak check pun ada saman ke tak. Tak ada surat polis pun so rasa ok la kot no???

So pagi ni sampai opis awal. 745 pagi... nak ke klang mmg tak jammm...i like...

Kang kul 530 nak rush ambik Yang Mulia. Muke Incik suami masam je... takut akak... heheh siap banyak kali tinggal pesan

~hati-hati yang~

~Balik kang tak yah rush2... kul 7, 8 malam you sampai pun tak pa... jangan risau sangat~

~Tu lampu kereta tu bukak~

~take care~

Tak kata i lap you pongggg... marah la tu... hahaha... tak pa i know abang Jamani... you kata dalam hati

~I lap you toooooooo~

Ok nak bayar parking 4 hinggit...da da...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails