Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, May 2, 2013

Hola!

Salam...

Nasib ko la!!! Waaaa nasib hambo la... kebzian la... entry tertunggak mmg banyak... apa la... nak tulis tapi masa sentiasa tak cukup. Haiz... kerja sangat ok! tapi tu la... balik je penat. Mungkin penat sebab jauh. Dan kerja ni memerlukan aku banyak buat keputusan, bila kena buat keputusan, maka otak generate nak berpikir. Pikir logic, pikir baik buruk... semua la... and again aku mmg malas nak MAMmmmmm kalau nak buat keputusan. Why???? Kenapa tak bole mudah semuanya?? Kalau abang Zamani tanya aku nak makan mana pun aku malas nak pikir tau!

Anyway curi masa sikit... mmg kerja banyak. Tak yah cakap. Tapi bila tengok blog sendiri, rasa nak muntah... (yer aku mmg baca blog sendiri) hahahaha

Ok nak cerita pasal mengundi... chewah... mana aku pilih??? ermmm jangan tak tahu saya adalah penyokong kuat Barisan Nasional... ini kali ke tiga aku mengundi. Isu mengundi ni sangat la sensitip. Nama pun negara demokrasi, tapi every time tulis je kat FB kena attack macam salah bebenor... let me tell u all...

Kita ada hak nak tentukan masa depan kita sendiri. And bagi aku selagi aku tak kacau ko, tak yah la nak emo sangatkan... pantang tulis... macam2 pengkritik politik tak bertauliah join masuk.

Relex laaa.... kalau pihak lawan menang pun apa salahnya... bila mendengar negara akan hancur, negara akan jahanam kalau pihak pembangkang ambik, adoii open ur eye la ppl! Semua org nak kemajuan, tapi tuk mencapai kemajuan, kita kena ambik tahu/peduli background negara kita. Ini kerana kamu semua contribute sebahagian sumber pendapatan negara. So bila kamu dah menjana sikit tuk negara, haruslah kamu ambik tahu! Bukan melopong je!

Sadis tau... i guess mungkin ada yang tak kisah tapi aku rasa as accountant (chewahhhh tinggi jawatan tu) Aku ada background dalam akaun. So tak banyak, aku faham la sikit...aku mmg jenis berkira sikit. Hehehe...

Bukan menentang siapa yang memimpin. Tapi sekarang kita kena bijak memikir. Lepas PKR ambik alih selangor, aku rasa they not bad!!! Aku tinggal kat selangor. Oklah air free. Than ada tabung pendidikan anak selangor which RM 1000! Siapa nak bagi!!!!

BR1M aku tak layak... so aku tak ambik. Tapi aku tahu itu cara kerajaan nak trace pembayar cukai jugak... tengok seronok kerajaan canang BR1M tuk golongan itu ini, aku yang stress sbb kena bayar TAX... bukan RM 10/RM 20... beratus... kalau duit tu aku gi makan HANGIN dengan family pun bagus jugak. Dah aku kena potong, Zamani pun kena potong. Habis apa je yang tinggal??? Nak ambik BR1M pun tak layak... sedih. 

Janji? Semua org janji... kan?

Jangan la korang samakan org yang berkerja 5 bulan dengan puluhan tahun... of coz la... prestasi tak sama... Time last election pun, my dad pulun la cakap undi PKR, u got this benefit that benefit, tapi aku tak peduli... tak percaya. Air free adalah sesuatu yang buat aku tersenyum... bersalah pulak dah la tak pangkah tp dapat nikmat yang sama. So aku rasa mereka menepati janji. Kan?

Cume saya tak faham... kenapa nak bersaing dengan cara yang tak sihat. We need to look at fact! Bukan cerita lucah bagai... rasa muak la... balik2 kes liwat... apa si tak ada cerita lain ke? Kes2 tak berat tu malas nak ambik tahu... sbb wont effect individu pun... yang dah kawin, korg percaya ke cerita tu? walaupun saya bukan la taksub sangat dengan mana parti pun. Takkan la seorgisteri tu tak tahu suami macammana. Even kalau suami tu ada perempuan lain pun bole hidu la... ni ko cerita pasal liwat, gay thing la... aku mmg malas nak ambik port benda2 macam tu... than mendoakan ulama2 kita... stop la... org bukan islam pun tak curse caci maki ulama mcm tu punya teruk. Sedih bila ada setengah org mengeluarkan kata2 yang tak mencerminkan diri tu sebagai islam. Ulama bukan Tuhan. Tapi mereka guru agama yang memimpin dan membimbing setelah berakhirnya zaman Nabi2. So respect. Kita di minta respect bukan sahaja Ulama, tapi cikgu pun kan? betul tak? kalau tak apa yang kita belajar tak berkad. Buat apa kita minta maaf kat cik gu2 during nak exam dulu? Mencari keberkatan. Walaupun Ulama tu tak mengajar kau pun, you dont have right la to judge ppl...

Aku kat rumah pun asik kena syarah je... hahaha... abang Zamani korang bertindak aktive pulak time undi ni... bukan aktive dalam parti, tapi baca timeline kat FB, internet semua... sampai kadang2 nak tido... bukan apa, aku rasa semua tu tak penting la...

Org mengundi sbb apa? Dan undi tu sendiri apa tujuannya? ni pagi2 bukak FB je... macam2 cerita... cepat la hari Ahad... hope semua senyap dan terima kemenangan dan terima kekalahan. Bukannya memerintah lama pun...kalau 5 tahun tak ada perubahan, kita sentiasa bole pilih,kan... ni aku dah bosan. Kawan2 baik boleh bergaduh, family pun bole bermasam muke bagai. So lepas 5 May ni, siapa yang masih bersuara, akan ku kata....

"Simpan hujah2 anda tuk 5 tahun lagi..."

Sekian Terima kasih...

Hahaha...dah sambung kerja! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails