Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, November 19, 2011

Al-fatihah buat Aryssa Dania Zulaikha

Al - Fatihah buat anakanda yang berjauh di sana...

Dear Aryysa...

Ibu tak tahu nak ucapkan apa pada hari ini. Hari Lahir? Hari kematian? yang pasti hari ini hari yang meninggalkan kesan buat ibu dan abak.

Apa kabar sayang? Tentu Aryssa gembira di sana bermain di Jannah bersama2 kawan2 Aryssa dan di awasi olehNya. Ibu dan abak di sini sentiasa rindukan Aryssa walaupun Amani Iman ada menemani kami di sini. Amani Iman sihat, dan semakin bijak. Alhamdulilla Amani Iman tak banyak ragam. Dan hari ni ibu akan buat Aqiqah untuk Amani Iman, but ibu dan abak tak lupa awak di sana.

Hari2 menatap wajah Amani Iman, ibu bayangkan kalau la Aryssa ada, pasti Aryssa duduk sama menatap Amani Iman. Bangga dan harap Amani Iman cepat besar supaya Aryssa ada teman tuk bermain. Seeing kak Aisyah dan Kak aliya, buat ibu tersenyum. Kalau usia mu panjang, tentu saja kecoh umah Tok dan Wan.

Ibu harap Aryssa gembira hari ni, menerima 'hadiah' istimewa dari ibu, abak dan adik Amani Iman. Kenapa Aqiqah Amani Iman ibu sambut pada 19 Nov? Sbb ibu nak kita sekeluarga bergembira. Apa yang kami buat tuk Amani Iman, mungkin tak sama dengan apa yang ibu dan abak buat tuk Aryssa. Ini yang termampu dan terdaya. Ingatan tentang Kakak mmg takkan padam. Sentiasa ibu ingat dan tidak akan mudah tuk ibu lupakan. Walaupun tarikh ini tercatat satu peristiwa yang amat sedih tapi ibu rehda sbb ibu yakin kalau ibu dan abak ingat Aryssa di sana, pasti Aryssa akan menunggu kehadiran kami di tempat Aryssa satu hari nanti.

Ibu tak dapat melawat pusara Aryssa, walaupun ari ni pada tahun yang lepas ibu datang menjenguk pusara Aryssa, tapi kali ni ibu tak dapat buat macam tu sbb Amani Iman ada. Tunggu dia besar sikit yer, ibu janji Amani Iman akan tahu kewujudan Aryssa. Dia tak perlu pergi setiap hari, tapi Insya Allah ibu akan ajar dia tuk sentiasa mengigati Aryssa dengan bacaan Fatiha sebagai hadiah kecil tanda ingatan.

Walaupun sekarang nama mu semakin kurang di sebut tapi percayalah ibu tak pernah lupa kamu. Kamu sentiasa di hati. Sbb ibu yakin Amani Iman peneman kami di dunia, Aryssa peneman kami di akhirat.

Ibu tak penah anggap Amani Iman penganti Aryssa. Kamu berdua anak ibu dan tiada beza antara kalian. Mungkin pandangan wajah yang seiras adalah cara tuk ibu lepaskan rindu ibu pada mu.

Kita tak penah berjumpa, hanya ini sahaja yang ibu ada sebagai pelepas rindu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Melihat gambar 3d ni, ibu tersenyum... ermmm kakak dengan adik sama jekan? Sume main tangan tutup muke.

Pak teh pernah cakap kat ibu...walau apa pun jangan sekali lupa aryssa yang dah tak ada. Ibu hanya senyum, kalau pak teh ingat Aryssa yang tak ada, apa lagi ibu yang mengandung dan melahirkan, kan? Terima kasih pak teh...

Tok pun siap beli gula2 nak bagi budak2. Ibu tanya tuk apa sbb banyak sangat berkat yang kita nak bagi, bila tok cakap tuk Aryssa, ibu hanya mampu tersenyum. Ibu hanya mampu terpikir tahlil je, tok kata sedekah kat budak2 supaya aryssa dapat pahala. Bukan pahala yang kami kejar tapi amalan yang boleh membantu kami bertemu kamu di sana satu hari nanti.

Semua mendoakan kesejahteraan Aryssa. Aryssa pun jangan lupa doakan tuk mereka yer?


Al- fatihah buat mu di sana...

19 Nov 2011

Sticky Note....
SEKEROL FOR NEW ENTRY

JEMPUTAN MAJLIS AQIQAH AMANI IMAN ZULAIKHA BT ANA NORZAMANI 
DAN
MAJLIS TAHLIL ARYSSA DANIA ZULAIKHA BT ANA NORZAMANI


Dengar sini orang-orang kampung!!! chewah... me and Zamani akan buat majlis aqiqah dan majlis tahlil pada 19 Nov 2011 bersamaan dengan hari sabtu.  

MASA :- 12:00 TENGAHARI - 4:00 PETANG (JAMUAN MAKAN)

Mesti korang tertanya kenapa buat ari sabtu? sbb ramai yang berkerja, termasuk aku.Hahaha lawak tau, 14 Nov masuk kerja, 19 Nov minta cuti. Mampus bos aku fire aku! Tapi aku tahu bos aku ok... insya Allah dapat la cuti, kalau dia tak bagi cuti, aku nangis depan dia. He3.

Bukan apa. 19 Nov ialah tarikh pemergian puteri kami yang sulung. Diam tak diam Aryssa dah pergi 2 tahun. Cepatkan masa berlalu? Aryssa dah dapat adik dah...bak kata Zamani, Amani akan jadi kak long bila dia dapat adik... ibu dia sentap ko!!! ayat tak habis lagi...

"Aryssa adalah KAKAK... and Amani will be Kak long..."

Aryssa takkan kami lupakan. Sbb tu kami memilih tarikh 19 Nov yang kebetulan jatuh hari sabtu. Lama aku tak jengguk pusara dia. Hanya harapkan abak dia je. One day... bila Amani dah besar sikit baru la boleh melawat. 

Uhhsss nak buat jemputan pun nak bebel panjang2. Well you know me! ratu bebelkan?? 

Berbalik pada jemputan... aku tak dan nak jemput kat FB je. Silence reader pun anda di jemput yer. Kalau berminat pls tinggalkan email add kat kotak komen, nanti aku akan bagi alamat umah dan direction (chewahhhh gue buget popular)

Bole la kita berkenalan nanti... jangan lupa yer... yang nak datang tinggalkan email add kat kotak komen yer...

 TURUT MENGUNDANG
  • ANA NORZAMANI ANWAR
  • HJ ANWAR NAWAWI DAN HJH NORHAYATI
  • RUSLI JANTAN DAN LATIPAH MOHD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails