Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, January 26, 2011

Tertarik dengan tajuk Entry yang di tulis Incik Eri-chan kita ni....

Biasa dengar? kalau perempuan dengar lelaki tu anak emak..mulalah mulutnya muncung..sebab..susah nak tackle anak mak ni. yelah asyik dengar cakap mak je. semuanya rujuk mak dulu.nak cari girlfriend pun mak kena tapis dulu...camner...

tapi.bagaimana sebenarnya lelaki itu anak yang taat emak? dia lakukan itu semata2 untuk mendapatkan keredhaan ibunya. dia tak mahu dianggap derhaka. menantu semestinya disukai mertua supaya rumahtangga rukun dan damai. tanggungjawab anak lelaki pada ibunya sehingga akhir hayat. tanggungjawab anak perempuan habis bila dia berkahwin. namun kita tetap boleh terus berbakti pada ibu bapa asalkan mendapat keizinan suami.

sekiranya lelaki itu anak yang taat pada ibunya, maka tak salah utuk memilihnya. lebih2 lagi sekiranya ibunya itu ibu tunggal dan memerlukan perhatian dari anaknya. namun pengalamn orang berbeza2. aku cuma bagi pendapat. sebab bagi aku, lelaki yang dapat menjaga ibunya dengan baik, menghormati orang tua, pasti dapat menjaga seorang wanita sebagai isterinya dengan baik. lelaki, mereka akan pilih isteri yang ada persamaan sifat dengan ibunya, dan wanita memilih suami yang ada persamaan dengan ayahnya. aku anak perempuan bapak. cuma, sekarang bapak aku sudah tiada lagi.


Ok terus terang ku katakan, time aku kenal Zamani dulu aku risau bila dapat tahu dia anak mak dari teman yang kenalkan aku dengan Zamani. Bagus tu mmg la bagus. Tapi aku takut jadi macam ex aku plak. Terlalu dengar cakap mak dia. Sampai soal kawin, duit semua mak control. Tapi aku pujuk diri MUNGKIN sbb dia anak sulung. Jadi anak sulung ni selalunya jadi kesayangan mak ayah tu lebih2 sikit. Hahah...

So bila kuar date dengan Zamani, aku jadi rimas sbb bila jawab fon mak dia iaitu mak mertua aku sekarang ni, dia asik jauh dari aku. Haiyakkkk banana fruit two time ka???. Fobia. Padahal bukan apa pun call tanya kat mana.Makan semua. Maklumlah kami bercintakan macam belangkas. Berkepit. Selagi tak kul 1-2 pagi tak balik punya. Fobia bukan apa. 3 tahun bercinta dulu asal mak dia call kena balik. Injin kereta aku belum sejuk. Air dalam cawan pun tak habis. Silap2 tak sempat order pun, aku jadi tak faham kalau mak dia call dia tak angkat, kalau angkat for sure dia kena balik and ex aku jenis tak pandai melawan cakap mak dia. Bukan la aku nak dia jadi kurang ajar, tapi bayangkan la, aku datang jumpa dia ni jauh2, takat jumpa 5 minit pun idok baik aku teropong dari atas bukit jerkkan? Pastu lambai2. Hati siapa tak sakit? So bila berlaku pada Zamani its make feel... very sesuatu. Tapi alhamdulilla tak la sampai macam tu. Alahhh lagipun yang gedik nak jumpa laki aku tuh...wakakak. Bukan akak pun. Kalau jumpa area umah aku je. So kalau nak balik ke apa dia yang menghantor.

Bila tunang? aku tengok Zamani relex badak. Pasal hantaran semua dia tak tanya aku apa-apa. Macam hangin jugak. Dia kata dia serah semua kat mak dia. I was like.... ermmm dia tahu tak apa aku nak,kang mak dia beli bukan citarasa aku macammana? Hahah very the puaka statement akukan? hahah ampunnnn mak... tapi tak nak gaduh. Diamkan je. Ikutkan aje. Dah la jodoh ko susah nak lekatkan? Ibu pun pujuk, sbb akukan baran dok nak ikut kepala aku. Ngeh ngeh ngeh. Tapi percayalahhhhhh.... citarasa mak mertua aku bukan calang2. Mmg aku berkenan. Ini bukan ayat puji... kui kui kui. And now i know i can trust Zamani kenapa dia serahkan semua pada mak dia. At least mak mertua aku tak ambil pekara ni mudah. Seyes even family aku pun puas dengan pilihan mak mertua aku. And aku dapat nama sbb barang hantaran zaman sekarangkan kebanyakkan kita yang pilin sendiri. Mean mak mertua aku tak ambik mudah la dalam soalan pemilihan barang2.

Bila dah kawin jadi sakit hati. Sbb dia start compare me and mak. Masak tak rasa macam mak. HAmpir tiap hari dia cerita serajah time dia kecik2. Menu mak masak dari dia kecik sampai dia tua bangka ni.Uhuhu. Sok ada anak sila kasi bintang 5 kat aku sbb aku boleh ingat cerita dia kecik2. Wakaka.

Memula tu aku tention jugak. Kalau macam tu kenapa kawin??? yer la kita penat2 masak dah makan, complain lak...'Mak kalau masak ni pedas.Tapi sedap not bad you masak' Ok tu tahu la antara nak puji masakan kita and nak kita belajar cara mak dia masak. Noted.

Kalau kat umah mak, dia makan dia puji dah tu cakap lak...."Nanti you minta mak ajar you masak ni"

See! Memulakan aku tak leh nak terima hakikat tu. Sampai satu masa aku malas nak masak. Tapi....... kita kena belajar apa yang suami kita suke makan. Kalau masakan ibunya, so kita cube la buat sama macam ibunya. Dah bertahun dia hidup dengan air tangan mak dia. takkan nak ubah, betul tak? Pemikiran ini yang kita kena wajib tukar. Walaupun bagi kita masakan mak kita paling terbaik. Tapi kalau reseptor dia kata his mom's cook is the best. So kenala belajar walaupun susah. Kalau dia puji masakan org lain??? Ha gigit jari la anda di situ.

Than korang sendiri tengok family Zamani yang sangat2 bersatu padu... hahah. Oh akak tention memula kawin. Masa tuk bersama tu nan ado. hujung minggu kalau tak umah shah alam, balik putrajaya. Kebetulan plak aku mengandungkan. Nak feeling2 kat umah berdua-duan nan ado. Than mak plak jenis suke buat makan2 kat umah. Masak panggil anak2 makan umah. So bila nak berduaan ni???? Gatai... dan Zamani plak jenis kalau this week balik shah alam, dia akan pastikan the following week balik Putrajaya sbb tak nak my parents terasa. Adoiiii.

Tapi lama ko akan serasi. Aku tak tahu la bila yang aku perasaan yang aku perlukan mereka. Tak ada mak atau abak aku jadi rindu. I dont know why. Rasanya time mak dengan abak gi Haji. That is the part aku rasa sangat sunyi. Bila aku dan Zamani di beritanggungjawab jaga umah dan adik2. Tetiba time tu aku rasa risau pasal ijat kat umah. Dan aku rasa walaupun mak abak jauh di sana, mereka tetap call sms aku tuk tahu keadaan aku di sini. Oh pada yang tak tahu, after mak gi haji 11 hari, aku keguguran. So thing get mess up. Zamani terpaksa ulang alik putrajaya dan shah alam. Kat situ aku nampak tanggungjawab dia sebagai seorg suami, anak dan abang. Dan aku sangat kagum.

Ibu selalu pesan, walaupun ibu mertua dan bapa mertua takkan sama dengan ibu dan ayah kita sendiri, tapi sentiasa bayangkan bagaimana perasaan kita kalau ipar2 kita buat sesuatu yang menyakitkan ati ibu dan ayah kita. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah terasa dengan mak abak tapi tak salah kalau kita tundukkan keegoan kita sbb kita tak akan rugi apa pun. Dengarlah nasihat kak long yang tak sampai dua tahun kawin ni...wakakaka. But its true.

Kalau korang nak tahu, macammana aku layan mak mertua aku dengan ibu adalah sama. Macammana kalau aku nak keluar umah, aku akan pastikan aku salam ibu cium ibu sebelum kuar umah. Sbb dah biasa, bila stay umah mak mertua, dan bila kita dah anggap mak mertua tu mak kita automatik kita akan buat benda yang sama .

Than aku mmg rapat dengan ibu. You can ask both of my sister, Ibu lebih suke bercerita masalah dia dengan aku. So bila ibu ada masalah macammana dia cube sembunyi pun , aku akan cube korek. That is me. Sbb aku tahu ibu hanya ada aku. Walaupun aku garangkan? Heheh. Benda yang sama aku aply pada mak. Mak suke bercerita, same like ibu so aku tak ada masalah nak duduk dengar dan berkongsi apa sahaja. Cume nak bagi pendapat tu tak berani la. Takat dengar.

Dan kenapa aku gi mana2, aku suke bawak mak mertua aku.... tak jadi masalah sbb time aku belum kawin pun aku ajak ibu. Even pergi interview i bring my mom ok! Kalau sakit lagi la. Dan mak jenis tak kisah. Plus dia banyak benda so tak rugi kalau kita kongsi dan minta pendapat. Kalau kita menjadi 'kawan' pada ibu kita sendiri, kita perlu buat benda yang sama pada mak mertua kita.

Jangan korang..... kalau kita buat silap dengan mak kandung kita, nama pun mak yang melahirkan dan membesarkan. Sedih macammana pun hati ibu, kecewa macammana pun perasaan ibu tu, dia akan tetap maafkan kita. Tapi mak mertua lain. Bila kita menjadi isteri, automatik taraf mak mertua tu sama dengan mak kita. So kalau diorg tak berkati idup kita atau tak maafkan kesilapan kita. Buruk padahnya. Yang penting keberkatan umahtangga dan doa tu yang penting.

So as isteri, jangan la sesekali ko persoalkan tanggungjawab suami ko. Walaupun ko rasa terabai. Kalau rasa terabai tu pandai2 la kaber keadaan. Org kata biar hati kita luka, jangan hati org. Hati org luka senang diorg nak kata. Itu yang tak syok tu. Jangan ko persoalan kan berapa dia nak bagi mak dia, dan jangan la ko nak bandingkan kenapa ko dapat duit nafkah sikit dari mak mertua ko. Tanggungjawab dia terhadap ibu dia lagi besar kalau di bandingkan dengan isteri.

Ha ini antara yang aku kena basuh dengan pak cik / mak sedara aku jugak la. Ingat jangan ambik sambil lewa. Satu lagi ibu juga pesan, apa juga situasi yang berlaku antara keluarga, jangan kita nak gelakkan, jangan kita nak perli sinis org tu. Tapi belajar kesilapan seseorg tu supaya kita tak buat kesilapan yang sama masa hadapan. Ingat tu anak2 yer.

Panjang aku bebel... adios. Yang baik kita kongsi la. Aku pun baru sangat kawin. Tak layak nak bagi pendapat. Aku tahu ada juga kawan2 yang bertegang urat dengan keluarga mertua terutama mak mertua. Bagi aku tak payah la nak panjang2 cerita. Ko sakit hati macamama pun hormatlah mereka sebagai mak ayah pasangan kita. Tak suke macammana pun apasalahnya kita berkorban demi menjaga hubungan tu. Kita jadi diri kita, tak perlu kita ubah diri kita jadi org lain. Yang penting hati.

Sekian sahaja bebelan aku malam ini. Thanks Eri-Chan sbb memulakan topic ni. Hahaha

Lain kali jangan sentuh hak org!

Pengajaran semalam daku main PSP Zamani... syok main2 than berhenti sat tuk solat Isya'. Sambung main tetiba


NO GAME.....................

Aik apa sudah jadi??? Turun bawah buat muke kesian tunjuk kat owner PSP...

"What have you done!" Bagaikan budak kecik kena sergah. Sudah gelabah. Apasal? Mana tahu on balik game nan ado.

"Kenapa?" Aku tanya

"You delete all game ni"

Gila apa??? aku nak buat apa delete game?Tak sanggup nak tengok muke bengang incik Zamani. Terus je ku naik atas. Purak2 tido... hahah jahatkan??Gigil ko!Nasib baik gaji dah masuk. Poyo anta sms...

~Esok anto la game kat kedai tu. Tak pa i tanggung semua tu. Sorilah tak akan sentuh barang you lagi~

Habis serba salah tak??? Bukan akuuuuuu... Zamani la kalau baca.

Gelak syaiton!!!!

Konon nak buat2 tido tah tertido terus. Tah kul berapa hagaknya dia msk bilik. Ku mamai2 jugak la...

"Ayang jangan risau yer... dah settle. I tak blame you pun." Ha lebih kurang halal la ayat tu ku dengar tapi mata mengantuk janji dia tak marah...hoyehhhh. Aku rasa tah pukul berapa dia buat bagi bule.

Tapi lunch dengan dia. Rupanya aku delete program. Gigih dia dload balik program. Tersenyum kambing bila tahu diri salah.

Semalam cakap tak nak sentuh. Tapi problem sikit je kan yang??? Boleh la main balik. Boleh ke??? Hheheh

Pyesssss Pak Yong.... *Gaya Tayyen*

Alahai incik Suami....

Semalam lepas aku mandi, aku tengok Zamani main psp atas katil. Sebelum aku mandi dia kuar pergi pasar malam.

So ku tanya

"Eh bila balik?"

Jawapan yang hambar.... "Tadi..."

"Belikan ai jagung tak?"

"Beli." Dalam hati pe ke heinya ni? Mungkin tengah main game kot. Terus aku solat. Lepas solat tengok hanset kelip2 means ada org sms or call

"Eh my fon bunyi eh?"

"ermmmm..."

"Siapa call?"

"Msg...."

"Siapa Msg?" Hangin sudah! Satu2 ko jawab. Kalau mud elok laju tak tanya semua kuar

"I la..."

"You? kenapa?"

"Bacalah sendiri."



Dengan muke yang muncung... erm ada la tak kena ni.

Terus ku bukak....

MSG BERBUNYI............................. ~Nak kopi~


Alahai suami saya... nak kopi sampai bersms. Sejak ibu duduk klang ni aku macam malas nak bikin air, masak semua. Ha ha ha. Semua Cik Tipah buat. Kot malam ni Encik Rusli tak request air la kot tu yang tak buat air secara pakej.

Aku pulak mmg tiap2 malam kalau tengok TV ke apa akan buat air tuk dia. Cume selalu time minum kopi tu memalam. Muncung sedepa baby tua saya... ok nak panggil dia minum kopi. Kopi saya dah kembang. Sempat lak auto publish entry....


Buah ati eden ni kalau tak senyum gini, something wrong some where... percayalah cakap bini dia ni... hehehe

LIke mader ke like doter eh?

ICT lagi!!! kali ni bawak aisyah dan aliya. Diorg dah pergi tapi gi dengan mak long dengan pak long lain kan kan kan?

Aku dengan Zamani gelak tak hengat tengok aksi bebudak ni. Nak nak si Aisyah! ko jangan tegur. Kang nak posing ala Nomy Kambel terus cancel kang.

I wonder ikut siapa la ye?

Mummy ka?

Abak ka???

Paling idok pun ikut mak su. Tapi mak su idok la sakan bergaya ghupo itu...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Di dahului dengan gamba kesopanan dan kesusilaan. Mati2 nak ambik gambar kat lampu merah. Gigih la tunggu org lain habis ambik gambar.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yang adik pun sama je. Mana akak tu nak ambik gambar dia pun posing ala2 sama juga tau

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kemudian... ala ala feeling ambik gambo dengan lembu plak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mak long tumpang dua kaki sama

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Dan tetiba..... roh Nomy Kambel sudah merasuk... sila layannnnnn

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lawakkan? Tapi cute sangat! Teruja mak long tengok aksi bebudak ni. Macam my family in law semua tahu, kalau dah aisyah tak nak mmg lantak la ko suruh la macammana pun dia tak nak. Tapi kalau dia suke, ini la jadinya.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dah penat paw pak long! hahahah its fun to spend time with them anyway

It has been 2 years

Kenangan yang terindah.....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cincin ini paling lama yang pernah aku pakai. Hari ni genap 2 tahunnnnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails