Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, November 4, 2012

November di Ingatan Part 3

Tahun 2008 memberi sejuta makna buat aku. Setelah berkahwin dengan zamani, aku jalani kehidupan sebagai isteri zamani [yerlah takkan jadi isteri org lain fulak] Rezeki kami hadir sebulan lepas nikah. Tentu sahaja perasaan gembira tu bukan sahaja untuk kami tapi untuk seluruh ahli keluarga yang lain.

Awal kehamilan je dah menunjukkan problem. Tapi aku berjaya menahan kandungan sehingga ke tempoh 26 minggu.

November juga... Aku kehilangan permata hati yang kami nantikan. Hati ibu mana yang tak hancur. Kau rasa dia membesar, kau rasa dia bergerak dan yang best kau dapat melihat dia seminggu sebelum dia pergi. Aku buat detail scan pada minggu ke 24 minggu. Doktor pastikan semua berjalan dengan baik. Progress bayi kami sihat dan berkembang normal seperti kandungan biasa. Doktor tu tunjukkan secara terperinci perkembangan baby ketika itu.

Tapi doktor bukan tuhan. Pada minggu ke 25, aku mmg kurang rasa gerakkan baby. Tapi aku dapat rassakan macam bola yang melantun dalam perut tak seperti yang aku rasa 3/4 minggu sebelum tu. sebab itu kandungan pertama, aku assume baby bergerak. Rupanya bila jasad tak bernyawa dia bergerak mengikut gerakan aku. Aku tak pernah tahu.

Its sad when doktor confirm dia tiada lagi... Tak tahu apa yang aku rasa ketika itu... Susah nak gambarkan. Dan itu bukan saat yang terindah buat ku. Menulis tentangnya ketika ini pun buat aku rasa sebak...

Kami namakan dia aryssa zulaikha... Kekuatan yang cantik sifatnya. Tapi end up we decided to name her Aryssa Dania Zulaikha... Kekuatan yang hampir cantik... Ia tidak sempurna sepenuhnya.

Dan 19 november tu aku tak tahu nak panggil apa.... Tarikh kematian? Tarikh lahir? Aku sendiri tak pasti nak sebut apa. Tapi apa pun, 19 November tu memberi kesan buat aku dan zamani. Dah hampir 3 tahun dia pergi tapi kesannya masih sama. Tiada beza... Hakikatnya kami telah kehilangan puteri kami...


Hanya ini sahaja yang ada.... Kenangan buat puteri ku Aryssa Dania Zulaikha...











By the way i miss my old blog... Rasa nak sambung menulis di sana, tapi dLam masa yang sama aku suke menulis di sini. Aku tahu zamani pun kadang2 jengah blog lama aku, jadi ia sangat bermakna bukan buat aku, tapi buat kami... Dia dan aku.

Tersentuh bila dia balas wats app aku bila aku mula berbicara tentang blog lama....


Yer ada kebenarannya.... Blog lama kenangan aku, dia dan aryssa...

Singgah sebentar blog aku, dia dan amani... Maaflah kalau korang rasa blog ni membosankan. Aku tak mengharapan pembaca yang ramai sebenarnya. Blog ini sekadar menulis coretan kisah akudan sekeliling ku...

Ranya cukup tiga partkan? Hahah setiap tahun aku akan ulang cerita yang sama. Hehehe... Bila november je aku bukak cerita memori daun pisang ni lagi. Harap tahun depan adalah entry pasal november lagi... Hehehe...








November di ingatan PART 2

Apa jadi dengan kisah aku???

PART TWO

That nite... Dua pagi... Aku buat keputusan tuk sms zamani...lupa ar tapi ayat aku simple

Salam zam... Just wanna tell you that its over between me and him. Anyway sorry kalau kacau you, salam.

Tunggu... Reply laaaa

Reply laaaa...

Dapat reply der...bunga raya hati ahkak! Dia cakap dia tak boleh tido. He expecting my sms... And kitaorg bersms pulak sampai la pagi...masih tak call ok. Itu pun dah pagi terus gi kerja dengan semangat sbb nak berchatting pulak. Gila tak gila... Kentang tak kentang kitaorg. Hahaha... Penangan org bercinta mandi tak basah tido tak lena.

Yang paling best org kata kubur my ex masih merah aku dah gedik tak sampai satu hari bercinta dengan org lain. Hahaha... Pergi mammm...aku akan menyesal seumur hidup kalau buat dek dengan zamani.

So aku terus tertanya pasal relationship aku dengan zamani. Dah bersayang, berdarling dah ni. Bila declare pun tak tahu. Hahaha. So aku kuatkan hati tanya dia. Serius ke hubungan dia dengan aku? Well kita tak kenal, berchatting, email, bersms, call pun belum lagi ok time tu! Dah tu????

Kebetulan dia dah letak resign letter kat opis dia. Oh lupa nak habaq, zamani kerja kat penang time tu. so he back for good! So dia cakap,

'Bagi i masa... Once i balik selangor i promise meet your parents. And i will talk to my parents pasal you.'

'So berapa lama agaknya tu?'

Time tu raya haji awal bulan december. Zamani resign 28 december 2008. Tapi awal bulan december mmg dia balik shah alam. So dia cakap that time dia balik boleh la dia settle apa yang patut. Well aku tak heran sangat that time. Sbb aku pun tak yakin semua cepat sangatkan? Ko tanya aku nama adik2 dia pun idok ku tahu time tu. Jangan cakap salah silah keluarga dia, apa dia suke pun aku tak tahu ok.

That moment, kami bermms gambar je...

First pic yang dia hantar... I told him... Eh muke you macam my uncle. Tapi aku ingat aku je la perasan. That nite bila aku bukak email ni, mak aku lalu sebelah aku. Dia stop...

'Pak cu anta gambar?' Bila masa pulakkkkk...

Ingat org ada affair dengan pak cik sendiri ke? Hahaha




Ha terus je jatuh chintaaaa... Gambar yang ku tatap tiap malam.


























Lepas puas bersms, zamani call aku FIRST TIME on 28 november... Yeszza...something wrong dengan line malam tu... Tengok ada voice mail. Number dia... Ha kejung.. Jeng jeng jeng

Dengar suara dia yang macho... Tak ada lorat utara ok...

' hye sayang... Just wanna wish you good nite. I love you...' Hakak sempat la jadi sabariah dalam cerita ibu mertuaku. Wakaka part dia guling2 feeling dengar suara kasim selamat kat radio tu...

Terus ada keberanian call ok!

'Salam... Hye... Sorry line phone ni teruk sikit. Tahu2 masuk. Voice mail'

Terus berbual tak hengat. Time tu zamani pakai top up, aku pakai bill. Ha ambik. Berbual sampai pukul berapa pun tak tahu. Ikat perut la aku bulan tu. chinta punya pasai.

Suara cik abang kita mmggggg macho. Hahaha. Ekceli dia lelaki utara yang pertama aku kenal. Aku mmg tak ada kawan lelaki yang berasal dari utara. Tak pernah terpikir dia org utara pun sbb dia cakap macam biasa je.

Jadi aku selesa kawan dengan dia. Blog aku yang selalu sangat mengundang rasa sedih, marah, tak puas hati kini berbunga2 cinta. Tapi tu la, akukan selalu tak ada keyakinan diri. Zamani mmg confident suke kat aku ni, aku tanya dia, kalau apa yang dia baca dalam blog tu bukan aku macammana? Dia cakap dia redha... Redha la kan... Sbb ko baca blog aku yang tah berapa tahun usianya ketika itu. Wakaka. Ke aku yang risau? Heheh

Esoknya kami bermms, bersms. Nak vedio call belum boleh lagi time tu. jadi dia bagi gambar2 yang manis buat aku... Antaranya?

Msg bergambar.... 'Morning sweetheart... Bla bla bla... I dah bangun, bersiap nak pergi wedding my friend....'


Report......

Aku pun dapat je gambar tersengeh la macam kerang busuk.

















Kang 30 minit hantar lagi mms


'Miss you sayang...kan best kalau u ada. Boleh temankan i' ok ayat reka... Cam tu la report selalunyakan? Nak kata la dia gi sorang. But ekceli mmg gambar ni dia gi wedding kawan dia kat penang time tu. sblm nak keluar tu sampai la ke sudah report memanjang.

Aku? Knowing zamani macam lain dari lelaki lain. Sbb? I keep report to my exS (banyak ex boiperen tau) tapi diorg haram la nak report. Tapi after kawin, harapan la nak repot. Tipu dan dusta semua lepas tok kadi akad dan dia menerima akad.


*mud keciwa*



So 7 december zamani balik tuk bercuti kat shah alam dengan keluarga. Yang best main objectivenya adalah nak kenal dengan aku... Kira first date.

Dia kerja ari sabtu tu... Aku pun kerja jugak that time. Lepas je kerja dia bertolak ke shah alam. Oh sangat tak sabar, jantung degup kencang.

Dating pukul 8 malam... Tapi pukul 5 dah keluar rumah. Oh tak sabarnya. Di sebabkan zamani jarang masuk klang, dia sesat. Dia sampai rumah dia pun pukul 4 macam tu, so kasi dia relex mandi semua, lepas magrib jumpa kat jusco bukit tinggi....

Waiting for my hero....

Nice pickan? Alahai kurusnya akak... Macammana la nak kurus macam ni? Haiz.









Yer kami memalu kucing... Ekceli aku la yang malu. Almaklu laaaa org kata kalau ada karen dalam hati jadi gitu la...







First date kat green box. Ha mmg idok la. Au dah la ketaq lutut. First date kat bilik karaoke? Kalau suara ko sedap oklah... Kalau salah langkah, mau kena reject ko. So zamani dan kawan aku sorg tu je yang nanyi. Me? Nanyi dalam hati dah la yer. Hua hua hua.
Dating bawak kawan.... Cube kalau berdua? Tengok kami dating sampai kedai semua dah tutup ok.... Hebat tak hebat?








Kawan kami bagi peluang, so kami lak macam serba salah nak tinggalkan dia sorg2 kat belakang.









Aku yang asik toleh ke belakang. Hahah nebes. Baikkan? Kami tak pegang tangan pung... Hahaha time ni agak risau kot kena reject.









Alhamdulilah. Nov 2013 genap 4 tahun perkenalan. Semua berlaku dengan pantas. And harap hubungan ini kekal sehingga keakhirnya :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails