Lama tak menulis. Tapi ok la kan, tahun ni ada jugak start menulis. Apa yang aku nak tulis ni, sebagai kenangan dan ingatan yang perlu aku abadikan di blog ni. Demi Allah bukan nak banga diri jauh sekali nak riak. We just share here. Tujuan aku coretkan benda ni untuk kenangan dan benda yang aku bole baca satu ketika nanti. Bagi yang baca mungkin kita bole kongsikan sama2.
Since Amani 2 tahun, dia dah semenang Nampak ciri Autism. Fizikal dia, banyak yang tunjuk dia tak normal. Terus terang aku katakan, tiada seorg mak yang boleh menerima keadaan anak tu apatah lagi waktu dia lahir dia sihat sepenuhnya. Development dia yang buat dia seperti itu. Aku menidakkan kekurangan dia, dia biasa, dia normal. Buat apa yang patut, hantar terapi, buat persediaan untuk dia bagi tempuh persekolah sama seperti anak biasa...
Aku silap?
Last week ada suntikan di sekolah, the next day teacher bg msg Amani tak ambik Jab dan di minta ke klinik kesihatan untuk periksa sbb sekolah rasakan Amani slow leaner and not focus. Aku sangat sangat keliru that time. Dia tak dapat jab sbb dia slow leaner dan tak focus? apa maksud cikgu? Dia nangis ke? Dia throw tantrum ke? Msg tak jelas. Kalau korg pun, korang rasa tak apa yang aku rasa? Down sangat. Aku nangis... akukan hati tisu. Mula menyalahkan diri sendiri. Macam aku cakap, salah aku sbb menidakkan kekurangan dia. Aku yakin sangat dia baik baik sahaja. Sama seperti budak2 lain
Kita pendekkan cerita ye. Tak ada gambar tak best! Cik gu msg hari Khamis,
'Puan saya dah bagi surat rujukkan pada Amani, nanti puan tengok, tolong bawa Amani pergi sbb saya dah buatkan appointment untuk dia esok. Tolong pergi untuk masa depan dia. Doktor akan consult puan nanti macammana nak kawal Amani focus dan cara dia belajar'
Aku nangis khamis tu...nangis macam Amani dapat penyakit. tapi aku nangis sbb aku sedih. Macammana penerimaan kawan2 dia kat sekolah, penerimaan cik gu... you know?
Balik buka surat yang cik gu bagi.. sekolah tulis Amani ' Abnormal Behavior'
Di sebabkan esoknya tujuan ke klinik ada dua sebb, jab dan jumpa doctor tentang behavior dia, so aku banyak pujuk Amani supaya dia tak takut untuk di suntik. Kalau dia throw tantrum, mau aku pengsan. Bapak dia dah la kerja. Mati gak aku nak handle sorang. Dan paling membimbangkan doctor akan nilai dia lagi buruk la...
Pagi tu, kami ke klinik. Amani mula nebes. Kat rumah dia cakap dia ok dan nak ambik Jab tp on the way dia dah nebes. So janji kalau dia baik, aku akan belikan lollipop. Dia senang je, yang payah bila berjanji si Ammar je. 💁
Ada unit pasukan sekolah. Setelah daftar, terus masuk jumpa doctor. Cerita start here... panjang tapi tak pa, sekurangnya aku lega lepaskan segala di sini.
Amani dan aku masuk. Masuk je bilik tu Amani mula tak duduk diam. Walaupun Amani anak aku tapi for the first time aku tengok dia tak duduk diam. I mean kat rumah mmg dia akan melompat, berlari tanpa rasa penat. Kat bilik tu mulut dia cakap tak nak jab dan nak start nangis. Dia mula buat perangai macam jakun, tengok semua risalah yang tampal kat dinding... tp mulut cakap dia tak nak jab. Bila ko jumpa doctor yang nak dignose anak ko, ko harapkan sekurang2nya anak ko bagi kerjasama, duduk! Tak kisah la ko tak dapat jawab apa2, tapi duduk. Ni macam kera dapat bunga.
'Dia nervous doctor.' Aku cube tutup lagi...
' Its ok... Amani come here, can we talk?" Amani berdiri depan doctor tapi buat doctor tak wujud. Aku sempat Tarik dan suruh dia tengok muke doctor. Dia pandang doctor tapi mata still pandang sana sini.
doctor mulakan perbualan. Perbualan tu in English... Aku tulis Bahasa melayu je la. Sbb payah kalau salah ejaan bagai... aku bukan pandai bebenor.
'Amani tahu tak kenapa Amani kat sini?'
'Tak nak... saya tak nak kena inject'
'Amani kena inject sbb kalau tak Amani akan dapat penyakit. Injection yang Amani akan ambik akan halang amani dapat penyakit, ok?'
' Tak nakkkkk'
Amani jawab dengan kasar. Tapi masih tak ada eye contact bila bercakap dengan doctor. Aku pejam mata redha dengan apa yang doctor nak cakap lepas ni.
'ok kita berbual sahaja. Amani tak nampakkan sebarang alatan inject dalam bilik ni? Hanya Amani, doctor dan ibu je'
Than Amani diam.
'Amani faham tak?' Doktor Tanya dan Amani angguk. Still masih anggap doctor tak wujud.
' Bagus... Amani bole duduk? Doktor nak ckap sikit dengan ibu?'
Amani terus berjalan kat dalam bilik. Aku yang rimas...
'Duduk Amani! Tak ada Amani duduk luar!' Aku dah mula hilang sabar. Dia terus cakap tak nak. duduk tapi geramnya mulut dia tak boleh nak diam.
Aku pandang doctor, doctor tu pulak senyum. Aku macam bole agak apa yang doctor nak cakap.
'Puan tahukan kenapa pihak sekolah rujuk Amani kat sini?' Aku angguk.
' Saya tahu doctor, anak saya slow dan tak focus'
Doktor geleng kepala... baca laporan dari sekolah...
'Dia bukan slow. Tapi dia pandai (smart)' Aku salah dengar ke apa? Ha??
'Biar saya terangkan. Amani bukan slow tapi dia budak yang bijak. Dia tak ada masalah dengan pelajaran dia tapi dia tak boleh focus dan tak boleh duduk diam dalam kelas. Pihak sekolah mmg nak dia di keluarkan dari kelas dan masuk ke kelas lebih lemah. Tapi anak puan bukan budak lembab, dia budak bijak.' Terus rasa macam tersedar dari mimpi... time tu Amani dah mula ajak aku keluar dan ganggu perbualan dengan doctor.
'Amani dah selesa sekarang dalam bilik ni, dan saya rasa dia faham apa yang kita tengah bincangkan. Sbb tu dia cube ajak puan keluar' Doktor senyum lagi.
'Amani keluar la dr bilik ni kalau Amani nak ganggu ibu cakap dengan doktor' Aku dah hilang sabar. Mana adap ko nak!
'Pemikiran Amani adalah pemikiran org dewasa. Tak selari dengan umur dia sekarang.'
' Tapi doctor dia masih baru bercakap, ayat dia pun masih lagi tak teratur. Dia tak berminat Bahasa Melayu, dia lebih minat Bahasa lain'
Doktor angguk.
'Kes budak lemah or lembab memang banyak. Dan system pendidikan Malaysia mmg untuk kanak2 yang lemah mmg banyak tp untuk special kes macam anak pandai tak. Amani tak dapat kawal diri dia, sbb itu puan bole tengok dia ada symptom autism. Tapi bila saya berbual dengan dia tadi, dia tak lembab. Dia msih boleh jawab soalan saya dan faham saya walaupun dia tak focus.'
'Saya hantar Amani ke kelas tambahan doctor, semua yang mengajar dia rasa dia perlu masuk kelas bawah, kelas junior'
'itu bukan caranya. Meletakkan dia ke kelas yang bawah akan membuatkan masalah bagi dia. Dia tak minat dan tak focus sbb bagi dia, pelajaran tu membosankan. Kalau kita yang dewasa pun, tak boleh nak terima kalau masuk kelas di ajar ABC, 123 balikkan? So puan oleh cerita pasal Amani, dia anak nombor berapa, waktu lahirkan dia, ada sebarang komplikasi ke?'
Aku bagi info yang sepatutnya.
'Ada bagi Amani gajet?'
'Ada... umur seawal setahun. Saya sedar Amani berkelakuan pelik bila saya mengandung adik dia, dia rapat dengan saya. Dia melihat bangsa asing sebagai org asing dan dia akan mengamuk, saya masukkan sekolah campur bagi dia atasi masalah2 tu'
'Saya tak rasa Amani perlu masuk ke kelas pemulihan. Dia bukan lembab. Tapi sekolah jugak kita tak ada system lompat kelas macam Negara luar. Jad saya akan tulis laporan untuk Amani teruskan dalam kelas. Cuma puan dan keluarga kena kerja kuat sikit. Bantu dia dalam pembelajaran. Dalam buat homework.'
'Tapi dia tak nak doctor buku'
'Bukan buku... mmg buku tak jalan. Dia jenis yang suke explore. Puan perasaan tak, mesti dia ada guna perkataan-perkataan yang luar biasa. Maksud saya dia gune perkataan yang budak tak guna atau org dewasa sendiri tak pernah pakai' Doktor sambung lagi....
'Kita panggil dia 'cerdik pandai' diorg ada keistimewaan sendiri. Pemikiran diorg jauh dr pemikiran org dewasa. Jangan terkejut kalau budak seperti Amani ni tahu benda yang kita tak tahu. Dia bukan sekadar ingat, tapi tahu hal terperinci.'
Otak aku dah macam recall apa yang Amani buat.
Ye... dia hafal planet. Bukan nama planet tapi ciri setiap planet. Dia hafal bentuk, tapi bukan bentuk yang biasa, bentuk yang luar biasa pun dia kenal. Smapai aku pulak betulkan ayat dia konon ingat dia merapu. Contoh org tunjuk bentuk bulat, Amani akan cakap sphere dari round. Group hexagon, apa jenis gon pun dia hafal....
Dalam berbual, Amani datang interrupt lagi...
'Ibu, I can take medicine, I don't need any injection, it will make me stay healty'
Doktor senyum...'Puan faham maksud sayakan? tak ada budak yang bole fikir macam tu. Maknanya walau pun dia tak focus dengan saya tadi, dia tahu saya bagitahu injection ni untuk halang penyakit'
Aku tengok Amani dengan rasa yang sangat berdosa... aku salah menilai anak sendiri.
'Tak ada benda yang kita bole buat, sbb system pendidikan kat Malaysia hanya focus pada student yang bermasalah tapi kita tak ada student yang macam ni. Saya akan suggest dia continue balik kelas tanpa letakkan dia ke kelas yang lebih slow. Sbb ini akan buat dia lebih terganggu. Tapi dalam masa yang saya, puan kena tolong dia. Kalau dia tak minat buku, buat permaianan yang dia boleh enjoy. Buat jadual untuk dia. Sementara tu dia kena jugak pergi OT tapi bukan macam OT biasa. Since she special, kita akan ajar dia focus dan bertenang. So dia tak ganggu kawan2. Puan patut bangga. She gifted.'
Nangis mak dalam hati,
Tapi Ot dia lambat sangat bulan 9.
Sampai sekarang aku cuba google apa tu cerdik pandai tapi tak ada. Terus ke dewan Bahasa dan pusaka. Hahaha.... org kata autism jugak. Berapa kali aku cakap doctor autism ke dia cakap bukan so akak mengalah. Kang akak lak doctor chop slow... anak pandai mak bodo. Org cakap bukan, bukan la...
Fizikal Amani mmg Nampak ciri autism. Sbb tu jugak dia cepat terasa. Org tuakan mudah terasa. Dia memilih kawan. kalau ammar cakap lepas dengan dia pun dia sentap.
Since case ni rare, bila pergi jumpa nurse untuk buat cucuk, nurse tengok report doctor. Tengok Amani atas bawah. Doktor tak suruh pun anak aku baca huruf kak oii... dia plk suruh Amani baca huruf... Amani kuar dr bilik doctor happy la sbb ingat tak kena cucuk. Jalan lompat sementara aku berbual. Sorg tu macam faham. Dia tenangkan aku. Mmg kes cerdik pandai kurang. Masuk Amani 2 kes je yang klinik pasukan terima. Anak cina kata nurse tu. Mak bapak peguam, anak macam Amani, depa tak boleh terima hakikat sbb anak ada kekurangan. Tpi itu bukan kekurangan itu satu kelebihan. Kata nurse tu. Tp mmg la susuh hati sbb tak ada sekolah yang sesuai. Tu mak bapak peguam bole la. Aku ni??
Yang sorg pandang Amani tu mmg kerek habis... dalam Amani lari2 dia pangil Amani lagi
'Amani.... 5+5 berapa?' Amani pun ha??? sambung lompat... dtg balik kat dia terus jawab 10...
'10 -2?' Lagi sekali Amani ambik mood nak jawab lombat dan jawab 8!
'Puan dia mmg kat rumah macam ni ke?'
Kat rumah macam ni. Kalau tengok TV benda yang dia suke dia duduk la tengok. Kalau tak minat dia macam tu la
'Kat sekolah pun macam tu?'
Ko Nampak tak pandangan org pada kami? itu nurse yang kerja di situ. Yang hari2 mengadap pelajar yang masalah. Kalau Amani report dah tulis dia cerdik pandai pun ko Tanya soalan macam ni apa lagi yang lembab. Kawan dia yang cerita tadi menyampuk
'Saya dah lama dalam bidang ni. Saya tahu la puan.' Sambil tengok kawan dia.
'Saya baru dalam unit ni' Nurse yang Tanya soalan tadi jawab...
'Aku dah tengok dah... budak bijak macam ni la. Ligat macam gasing. Ada je dia nak buat. Kalau slow puan, puan tak payah susah hati... mmg dia dengar cakap sbb dia tak tahu nak buat apa. Duduk je la senyap. Saya tahu puan mesti takut kan anak puan kena masuk kelas pemulihan? Budak macam ni tak boleh masuk kelas lemah. Doktor ada cakapkan?'
'Itu yang doctor cakap tadi.'
'Haaa betul la tu...' Sambil pandang aku dan kawan dia.
Kesihan anak ibu... inject tak susah pun. Dua jab kena. Alahai. Nangis mmg nangis la. Tp tak la macam aku bayangkan dia guling2 banting diri. Peluk dia, nurse pegang tangan... cube dia keraskan tangan... aku cakap kalau Amani keras tangan, jarum patah lagi teruk. Kita kena dduk hospital. Baru la dia tenang.
Thank you doctor. Sebenarnya bukan senang nak dapat consultant dari doctor tentang perkembangan anak. Swata mahal. Kerjaaan macam ni la kena tunggu. Ramai yang minta aku pergi dapatkan opinion ke dua. Masih tak boleh decide. Sbb ikut mana pun diagnose, aku tahu Amani mmg ada masalah behavior. Sebelum Ammar lahirkan aku dah start bawak dia jumpa terapi than pakar kanak2 jugak ada bagi surat refer ke pusat terapi (Aku lupa la nama pusat tu haiz...) Rasa ada aku tulis dalam blog ni. Nanti aku try cari lagi. Sbb time tu Amani kecik, so diagnose diorg pun cakap macam terlalu awal tuk pastikan. Ada tahap and stage.
Jangan Tanya apa yang aku nak buat. Masih lagi mengali apa yang kena buat. Buat masa ni, Amani kena pergi Ot tuk bagi dia control diri dia tuk focus dan tak mengganggu kawan2 kelas. Lepas tu aku akan bincang dengan cik gu kelas dia kalau perlu. Rasa mmg perlu. Sbb sekolah mana lagi la aku nak hantar dia. Sekolah tu yang 2 kelas pun cik gu cakap ramai murid yang dia nak kena pantau... apa lagi kalau sekolah yang ada 5/6 kelas?
Anyway aku share kan jugak keperihatinan cik gu Bahasa Malaysia dia.
Oh aku lupa nak mention, Amani mungkin tak suka Bahasa Melayu. Ujian lepas, dia score mata pelajaran English. Sekarangkan math, science dah Bahasa English, so bole la score la jugak walaupun bukan A. Tapi English dia A, tuk penulisan dan pemahaman. Agama B, Bahasa Mandrin pun B. Tapi muzik, kesenian mmg D and E...
Erm... oklah cukup panjang entry ni... anak2 dah bangun tido... membuas sorang2... uhuhuh
Till than, lots of Love XoXo
No comments:
Post a Comment